Yang di-Pertuan Agong Malaysia
يڠ دڤرتوان اݢوڠ
Arms of the Yang di-Pertuan Agong of Malaysia.svg
Jata Rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Flag of the Supreme Head of Malaysia.svg
Bendera Rasmi Peribadi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Penyandang
KDYMM Sultan Muhammad V

sejak 13 Disember 2016
Gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Kediaman Istana Negara
Tempoh 5 tahun
Pemegang sulung Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Pembentukan 31 Ogos 1957; 61 tahun yang lalu (1957-08-31)
Timbalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Laman web Istana Negara Malaysia
Bendera Rasmi Peribadi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi bagi Ketua Negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh kerana Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa Eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1]. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti (Artikel 40). Ia, bagaimanapun tidak membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh menolak atau menggantung permohonan membubarkan parlimen (Artikel 40).[2] Boleh membubarkan atau menghentikan Parlimen (Artikel 55) tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana Menteri (Artikel 43). Boleh menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awal padanya (Artikel 66).[3]

Yang di-Pertuan Agong Malaysia kini ialah Sultan Muhammad V atau nama sebenar baginda ialah Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra yang merupakan Sultan bagi Negeri Kelantan. Baginda memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun apabila baginda dilantik secara rasminya melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-243 (Khas) pada 14 Oktober 2016 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Tajuk

Gaya dan tajuk penuh dalam bahasa Melayu adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia secara harfiah bermaksud Di bawah debu Yang Mahakuasa merujuk kepada bagaimana kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah debu berbanding dengan kuasa Allah dan pemerintah selalu tunduk kepada Tuhan.

Seri Paduka Baginda merujuk kepada Seri seperti pada seseorang. Paduka bermaksud menang dan istilah Baginda ada dalam bahasa Melayu untuk diraja di pihak ketiga.

Yang di-Pertuan Agong dalam bahasa Inggeris harfiah ialah "Dia yang telah dijadikan Tuhan Yang Maha Esa". Ia adalah istilah kuno untuk ketua pengetua iaitu "Yang di-Pertuan" atau secara harfiah bermaksud "yang bertanggungjawab." Agong "atau dalam Bahasa Standard Malaysia, Agung bermaksud tertinggi. tidak berubah kerana ia ditranskripsikan dan disimpan di Perlembagaan.

Istilah Bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam media dan oleh orang awam termasuk "Raja", "Raja Agung", "Paramount Ruler", "Ketua Negara", "Ketua Persekutuan", dan "Ketua Negara Persekutuan".

Dalam pasport Malaysia sebelum 2010, tajuk "Ketua Tertinggi Malaysia" telah digunakan dalam versi bahasa Inggeris nota pasport. Sejak penerbitan pasport e-compliant ICAO pada tahun 2010, gelaran yang tidak diterjemahkan "Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia" digunakan.

Tetapi dalam semua surat-menyurat bahasa Inggeris, Raja dirujuk sebagai "Yang Mulia Yang Yang Di-Pertuan Agong XV"

Sejarah

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu

Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Jika menurut tempoh lama memerintah, Al-Marhum Mejar Jeneral Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Yang kedua dalam turutan, Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama.

Raja-raja yang hadir ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama adalah:

  1. Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
  2. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
  3. Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
  4. Al-Marhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
  5. Al-Marhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
  6. Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
  7. Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III (Al-Sultan Terengganu; 1945-1979)
  8. Al-Marhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah Hu'an-hu (Sultan Perak; 1948-1963)
  9. Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu. Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.

    Giliran Negeri

    Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.

    Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.

    Istana Negara, Jalan Duta kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia

    Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai menjawat jawatan tersebut Majlis Raja-Raja.

    Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri boleh (tetapi tidak semestinya) menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:

    1. Negeri Sembilan
    2. Selangor
    3. Perlis
    4. Terengganu
    5. Kedah
    6. Kelantan
    7. Pahang
    8. Johor
    9. Perak

    Yang di-Pertuan Agong akan melantik sebagai istiadat iaitu Yang di-Pertua Negeri, atau Gabenor, kepada 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

    Faktor pemilihan

    Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem kekananan dan giliran yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

    Syarat yang akan diambil kira ialah:

    1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
    2. Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
    3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
    4. Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
    5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
    6. Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

    Faktor lain ialah usia dan tempoh masa pemerintahan dan kalau kita lihat daripada aspek status atau peranan yang dimainkan oleh Yang Dipertua usia dan tempoh masa pemerintahan seseorang Raja di sesebuah negeri amat penting kerana apabila baginda telah menjalankan pemerintahan dalam tempoh yang lama ini dapat menggambarkan kematangannya terhadap cara pemerintahan.

    Proses pemilihan

    Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

    Proses pemilihan ini hanya melibatkan raja-raja iaitu hanya raja-raja yang boleh bertanding dan mengundi. Ketika persidangan untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri tidak akan ikut hadir. Hanya raja-raja dan Penyimpan Mohor Besar selaku setiausaha mesyuarat yang akan terlibat.

    Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia pada sekeping kertas yang tidak bernombor dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya. Lazimnya, raja yang paling muda akan diberi tanggungjawab untuk mengira undian bersama-sama Penyimpan Mohor Besar.

    Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaannya dalam negara atau kerana keuzuran.

    Kebaikan sistem

    Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan (monarki) tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.

    Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.

    Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sembilan orang Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.

    Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan

    Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka,

    Tengkolok Diraja yang menjadi salah satu alat kebesaran bagi Yang di-Pertuan Agong

    Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.[4] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[5].

    Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[6]:

    1. Melantik seorang Perdana Menteri
    2. Menangguhkan pembubaran parlimen
    3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat

      Raja-raja berikut pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong sebelum ini:

      Nombor Nama Negeri Tempoh Pemerintahan Keputeraan Kemangkatan
      1 Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad  Negeri Sembilan 31 Ogos 1957 – 1 April 1960 (1895-08-24)24 Ogos 1895 1 April 1960(1960-04-01) (umur 64)
      2 Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah  Selangor 14 April 1960 – 1 September 1960 (1898-05-13)13 Mei 1898 1 September 1960(1960-09-01) (umur 62)
      3 Tuanku Syed Putra ibni al-Marhum Syed Hassan Jamalullail  Perlis 21 September 1960 – 20 September 1965 (1920-11-25)25 November 1920 16 April 2000(2000-04-16) (umur 79)
      4 Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al-Marhum Sultan Haji Zainal Abidin III Mu’azzam Shah  Terengganu 21 September 1965 – 20 September 1970 (1907-01-24)24 Januari 1907 20 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
      5 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Pemerintahan 1  Kedah 21 September 1970  – 20 September 1975 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
      6 Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim  Kelantan 21 September 1975 – 29 March 1979 (1917-12-10)10 Disember 1917 29 Mac 1979(1979-03-29) (umur 61)
      7 Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’azzam Shah  Pahang 26 April 1979 – 25 April 1984 (1930-10-24) 24 Oktober 1930 (umur 88)
      8 Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail  Johor 26 April 1984 – 25 April 1989 (1932-04-08)8 April 1932 22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
      9 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah  Perak 26 April 1989 – 25 April 1994 (1928-04-19)19 April 1928 28 Mei 2014(2014-05-28) (umur 86)
      10 Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman  Negeri Sembilan 26 April 1994 – 25 April 1999 (1922-07-19)19 Julai 1922 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
      11 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah  Selangor 26 April 1999 – 21 November 2001 (1926-03-08)8 Mac 1926 21 November 2001(2001-11-21) (umur 75)
      12 Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail  Perlis 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 (1943-05-17) 17 Mei 1943 (umur 75)
      13 Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah  Terengganu 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 56)
      14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Pemerintahan 2  Kedah 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
      15 Sultan Muhammad V  Kelantan 13 Disember 2016 – kini (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 49)

      Timbalan Yang di-Pertuan Agong

      Timbalan Yang di-Pertuan Agong(Timbalan Yang di-Pertuan Agong) dipilih oleh proses yang sama selepas Yang di-Pertuan Agong. Pejabat ini biasanya (tetapi tidak selalu) dipegang oleh pemerintah yang akan datang selepas Yang di-Pertuan Agong. Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas ketua negara semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong, atau ketidakupayaan untuk menjalankan fungsi-fungsinya akibat sakit atau kelemahan (serupa dengan bupati di negara-negara lain).

      Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara automatik berjaya sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila kekosongan berlaku di pejabat itu. Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua negara sebelum pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

      Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa adalah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dari Perak sejak 13 Disember 2016.[7]

      Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

      Raja-raja berikut telah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang dikenali sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong: [8]

      Nombor Nama Negeri Memegang Jawatan Keputeraan Kemangkatan
      1 Sultan Hisamuddin Alam Shah*  Selangor 31 Ogos 1957 – 1 April 1960 (1898-05-13)13 Mei 1898 1 September 1960(1960-09-01) (umur 62)
      2 Raja Syed Putra*  Perlis 14 April 1960 – 1 September 1960 (1920-11-25)25 November 1920 16 April 2000(2000-04-16) (umur 79)
      3 Sultan Ismail Nasiruddin Shah*  Terengganu 21 September 1960 – 20 September 1965 (1907-01-24)24 Januari 1907 20 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
      4 Sultan Abdul Halim Muadzam Shah*  Kedah 21 September 1965  – 20 September 1970 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
      5 Sultan Yahya Petra*  Kelantan 21 September 1970 – 20 September 1975 (1917-12-10)10 Disember 1917 29 Mac 1979(1979-03-29) (umur 61)
      6 Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah*  Pahang 21 September 1975 – 29 March 1979 (1930-10-24) 24 Oktober 1930 (umur 88)
      7 Tuanku Ja'afar*  Negeri Sembilan 26 April 1979 – 25 April 1984 (1922-07-19)19 Julai 1922 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
      8 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah*  Perak 26 April 1984 – 25 April 1989 (1928-04-19)19 April 1928 28 Mei 2014(2014-05-28) (umur 86)
      9 Tuanku Ja'afar*  Negeri Sembilan 26 April 1989 – 25 April 1994 (1922-07-19)19 Julai 1922 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
      10 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah*  Selangor 26 April 1994 – 25 April 1999 (1926-03-08)8 Mac 1926 21 November 2001(2001-11-21) (umur 75)
      11 Sultan Mizan Zainal Abidin*  Terengganu 26 April 1999 – 12 Disember 2006 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 56)
      12 Sultan Abdul Halim Muadzam Shah*  Kedah 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
      13 Sultan Muhammad V*  Kelantan 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 49)
      14 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah  Perak 13 Disember 2016 – kini (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 61)

      * Menandakan mereka yang menjadi Yang di-Pertuan Agong baru, dengan segera selepas tamat tempoh mereka sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

      Senarai Bekas Yang di Pertuan Agong

      Nama Negeri Memegang Jawatan Keputeraan Kenyataan
      Sultan Haji Ahmad Shah  Pahang 1979-1984 24 October 1930 (age 88) 7 Yang di-Pertuan Agong
      Sultan  Pahang
      Tuanku Syed Sirajuddin  Perlis 2001-2006 17 May 1943 (age 75) 12 Yang di-Pertuan Agong
      Raja  Perlis
      Sultan Mizan Zainal Abidin  Terengganu 2006-2011 22 January 1962 (age 56) 13 Yang di-Pertuan Agong
      Sultan  Terengganu

      Yang di-Pertuan Agong yang baru-baru ini mangkat ialah Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (28 November 1927-11 September 2017, berusia 89 tahun), ke-5 (1970-1975) dan ke-14 (2011-2016) Yang di-Pertuan Agong dan Sultan  Kedah

      Lihat juga