Nota: WikiProjek Wikipedia bukan Projek saudara Wikimedia atau projek sekolah dan universiti Wikipedia.

WikiProjek sebuah projek khas dimana sekumpulan para penyumbang boleh bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk menambah baik mutu Wikipedia. Kumpulan ini kebiasaannya memberi tumpuan kepada satu bidang topik (contohnya sejarah) atau tugas tertentu (contohnya menyemak laman baharu). WikiProjek bukanlah tempat untuk menulis rencana ensiklopedia, tetapi sumber yang membantu menyelaraskan serta mengurus penulisan dan penyuntingan rencana-rencana berdasarkan topik berkaitan.

Ingin turut serta

WikiProjek mengalu-alukan penyumbang baru dalam WikiProjek. Anda boleh menyertai mana-mana WikiProjek yang anda inginkan. Lihat direktori untuk melihat senarai WikiProjek yang terdapat dalam Wikipedia bahasa Melayu ini.

Mencipta dan menyelenggara projek