Berikut merupakan beberapa soalan (FAQ) umum mengenai Wikipedia:

Apakah Wiki?

Tujuan Wikipedia adalah untuk mencipta sebuah ensiklopedia percuma yang terbesar dan terlengkap. Tujuan ini tidak mudah dicapai dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lamanya. Untuk makluman, Wikipedia bahasa Melayu sendiri telah mencecah umur 12 tahun kini dan kami terus berkembang pesat!

Siapa yang memiliki Wikipedia?

Wikipedia diuruskan oleh sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan,
Disebabkan oleh projek ini merupakan satu projek kerjasama, tidak terdapat satu saluran tunggal. Namun, cuba lihat
Ahli Wikipedia yang mempunyai akaun mempunyai beberapa kelebihan:
  • Lebih senang dihubungi. Setiap pengguna berdaftar mempunyai laman perbualan sendiri.
  • Boleh mendapat reputasi baik. Jika berlaku pertikaian, anda lebih dipercayai untuk membantu menyelesaikannya jika anda mempunyai sejarah sumbangan rencana yang baik.
  • Berkebolehan menyunting beberapa halaman yang hanya dibuka untuk penyunting berdaftar sahaja.
  • Lebih bersendirian (privacy) dan kerahsiaan (anonymity). Jika anda log masuk, nombor IP anda tidak akan terpapar untuk dilihat oleh semua orang.
  • Penganugerahan "barnstar" kepada pengguna berdaftar yang terus komited dalam meningkatkan mutu kualiti Wikipedia.
  • Sebagai pengguna berdaftar, anda layak mengemukakan permohonan atau calon kepada banyak aktiviti anjuran Yayasan Wikimedia misalnya permohonan "Steward Wikimedia", permohonan biasiswa penuh ke Persidangan Wikimania (sebuah persidangan berkaitan projek-projek Yayasan Wikimedia termasuk Wikipedia bertaraf dunia) dan banyak lagi.
  • Lebih banyak kelebihan lain pada masa akan datang sebagai pengguna berdaftar.
Lihat juga
Kerana sesiapa pun boleh menyunting sesuatu rencana, tidaklah mustahil untuk sesuatu rencana mengandungi maklumat yang berat sebelah, lapuk atau kurang tepat. Namun oleh kerana ada ramai orang yang membaca rencana-rencana tersebut dan memantau perubahan terkini, rencana berkenaan selalunya akan dibetulkan segera. Maka secara keseluruhannya ketepatan ensiklopedia ini sentiasa meningkat dengan bertambahnya penyumbang. Anda digalakkan membantu membetulkan sebarang kesilapan dan juga boleh menambahkan pengetahuan anda.
Lihat juga
Wikipedia bahasa Melayu kini mempunyai 320,838 rencana. Versi terbesar, versi bahasa Inggeris pula mempunyai lebih empat juta rencana.

Mengapa Wikipedia versi bahasa Melayu dinamakan Wikipedia bahasa Melayu bukannya Wikipedia bahasa Malaysia?

Asas pembentukan sesuatu versi bahasa di Wikipedia adalah menjurus keseluruhannya kepada bahasa pertuturan penutur sejagat, ia tidak mengehadkan kepada satu-satu entiti negara atau wilayah penaklukan politik tertentu. Memandangkan Wikipedia yang dihoskan di Florida, Amerika Syarikat, pemegang amanah projek ini iaitu Yayasan Wikimedia mempunyai hak untuk menuruti apa yang terkandung pada Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat (United States Constitution) dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Dasar utama penubuhan Wikipedia adalah untuk mewujudkan pelbagai judul rencana dalam pelbagai bahasa yang dipertuturkan oleh pelbagai kaum dan bangsa di dunia.
Wikipedia bahasa Melayu, dikira sebagai tajuk versi bahasa yang terbaik untuk digunakan oleh Wikipedia ini, Wikipedia bahasa Melayu menggunakan Bahasa Melayu Piawai iaitu Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Bahasa Melayu piawai ini juga wajib mengikut saranan dan ketepatan yang ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wikipedia bahasa Indonesia pula merupakan versi lain dalam projek Wikipedia. Penggunaan bahasa Indonesia sebenarnya adalah untuk menentukan entiti bahasa sejagat, ini berlaku berikutan pelbagai bahasa pertuturan dalam wilayah-wilayah kecil di sekitar kepulauan Indonesia itu adalah amat berbeza dari segi penggunaan tatabahasanya, kosa katanya, maksudnya, dan lain-lain. Oleh demikian adalah baik untuk merapatkan jurang-jurang kelainan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan tersebut memandangkan etnik-etnik peribumi di Indonesia berasal daripada satu rumpun. Walau bagaimanapun, penciptaan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan Indonesia itu juga turut dibenarkan di Wikipedia seperti berlakunya penciptaan Wikipedia bahasa Sunda, Wikipedia bahasa Jawa, Wikipedia bahasa Banyumasan dan lain-lain.
Berikutan itu, Wikipedia bahasa Malaysia mungkin tidak praktikal untuk dinamai kerana, pertama, hak penggunaan bahasa Melayu tidak terhad untuk bangsa Malaysia sahaja, ia boleh digunakan di Brunei mahupun di Singapura sekali pun. Hal ini juga bagi mengelakkan sesuatu negara itu cuba menyalahgunakan nikmat bahasa, untuk kepentingan sendiri atau menggunakan keistimewaan bahasa secara berat sebelah. Kedua, rata-rata bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia adalah sama dari segi tatabahasa, kosa kata, makna dan lain-lain dengan bahasa pertuturan masyarakat di negeri-negeri yang Melayu yang lain, walaupun dielek agak berbeza namun penulisannya hampir serupa. Oleh itu, tidak praktikal juga untuk mewujudkan "Wikipedia bahasa Melayu Kelantan" atau "Wikipedia bahasa Melayu Jambi" misalnya atas sebab geografi. Namun begitu atas sebab demografi, boleh juga diwujudkan misalnya "Wikipedia bahasa Dusun" (ujian di Wikimedia Incubator sedang dijalankan, anda dijemput membantu mengembangkannya). Bahasa Kadazan-Dusun memang diakui mempunyai dialek dan gaya penulisan, tatabahasa, ayat dan makna yang jauh berbeza daripada bahasa Melayu piawai.
Maka, pengguna juga perlu perlu tahu, bahawa adalah elok bagi pihak Wikipedia mengekalkan kesinambungan pelbagai dielek dalam rumpun Melayu kepada satu jenis bahasa perpaduan yang dikenali sebagai bahasa Melayu. Dengan ini, ia dapat merancakkan proses mengayakan istilah bahasa Melayu itu tanpa dicemari dengan unsur luar bukan daripada rumpun bahasa Melayu itu sendiri.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wikipedia
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan