Virus hepatitis C
.ۏيروس هيڤاتيتيس سي
HCV EM picture 2.png
Mikograf elektron virus hepatitis C ditulenkan daripada kultur sel. Skala: palang hitam = 50 nanometer
Pengelasan virus
Group:
Kumpulan IV ((+)ssRNA)
Order:
Belum diberikan
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Virus hepatitis C

Virus hepatitis C (HCV, bahasa Inggeris: hepatitis C virus) ialah sebuah virus RNA bebenang tunggal, berderia positif, dikelubungi yang kecil (55–65 nm saiznya) daripada famili Flaviviridae. Virus hepatitis C ialah penyebab hepatitis C dan beberapa barah seperti barah hati (karsinoma hepatoselular, disingkatkan HCC) dan limfoma dalam manusia.[1][2]

Taksonomi

Virus hepatitis C virus tergolong dalam genus Hepacivirus, sejenis ahli daripada famili Flaviviridae. Sebelum ini, ia dianggap satu-satunya ahli dalam genus ini. Walau bagaimanapun, satu ahli daripada genus ini telah ditemui di dalam anjing: hepasivirus kanin.[3] Terdapat juga sekurang-kurangan satu virus dalam genus ini yang menjangkiti kuda.[4] Beberapa virus tambahan dalam genus ini telah dihuraikan di dalam kelawar dan roden.[5][6]

Lihat juga