Tupai Pinang
Plantain squirrel.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. notatus
Nama binomial
Callosciurus notatus
(Boddaert, 1785)
Callosciurus notatus distribution.png

Tupai Pinang (Callosciurus notatus) adalah speseis rodensia dalam keluarga Sciuridae. Ia terdapat di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Ia didapati dalam habitat yang luas: hutan, taman, kebun, kawasan pertanian. Pekebun buah mengangap mereka sebagai perosak.

Ia mempunyai panjang purata antara 20-30 cm dengan ekor yang sama saiz. Ia bewarna kelabu/perang dengan perut perang dan belang hitam putih antara keduanya. Nama genus Callosciurus bererti Tupai Cantik.

Makanannya terdiri kebanyakannya dari daun dan buah, tetapi ia turut makan serangga dan telor burung. Ia diketahui mematahkan ranting yang mengandungi larva semut untuk memakannya. Ia mampu makan buah yang jauh lebih besar dari mereka seperti mangga, nangka atau kelapa. Ia amat lincah dan pantas di atas pokok, dan mampu melompat sejauh beberapa meter antara pokok dan jarang turun ke tanah.

Rujukan

  • Baillie, J. 1996. Callosciurus notatus. 2006 IUCN Red List of Threatened Species. Downloaded on 29 July 2007.
  • Thorington, R. W. Jr. and R. S. Hoffman. 2005. Family Sciuridae. Pp. 754-818 in Mammal Species of the World a Taxonomic and Geographic Reference. D. E. Wilson and D. M. Reeder eds. Johns Hopkins University Press, Baltimore.

Pautan luar

Templat:S. Callosciurinae nav