Tupai Akar Malam
Ptilocercus lowii.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Ptilocercidae

Lyon, 1913
Genus:
Ptilocercus

Gray, 1848
Spesies:
P. lowii
Nama binomial
Ptilocercus lowii
Gray, 1848

Tupai Akar Malam atau Tupai Ekor Kembang (Bahasa Inggeris: Pen-tailed Treeshrew atau Gunther Lesser Treeshrew) ialah sejenis tupai tanah yang yang terdapat di Indonesia, Malaysia dan Thailand.[1]. Nama saintifiknya Ptilocercus lowii dan ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Ptilocercus dan famili Ptilocercidae.

Taburan

Tupai Akar Malam boleh didapati di Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Ciri-ciri

Tupai Akar Malam adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan Scandentia, tergolong dalam keluarga Ptilocercidae. Tupai Akar Malam adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Tupai Akar Malam terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Tupai Akar Malam adalah salah satu daripada tujuh spesies mamalia liar yang sering meminum alkohol. Satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan ini di Malaysia mendapati bahawa setiap malam, ia menghabiskan kira-kira dua jam meminum nektar yang ditapai secara semula jadi dari buah bertram, sebanyak yang bersamaan 10 hingga 12 gelas wain yang mengandungi 3.8% alkohol. Meskipun sebegitu banyak meminum alkohol, namun Tupai Akar Malam ini langsung tidak mabuk. Sukatan biomarker ethanol breakdown menunjukkan bahawa mungkin haiwan ini memetabolismekan bahan alkohol itu melalui suatu laluan yang tidak begitu banyak digunakan oleh manusia.[2]

Pembiakan

Sebagai mamalia, Tupai Akar Malam berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Tupai Akar Malam akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan

Tupai Akar Malam merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan

  1. ^ a b Insectivore Specialist Group (2006). Ptilocercus lowii. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 2007-07-29.
  2. ^ Wiens, Frank (2008-07-29). "Chronic intake of fermented floral nectar by wild treeshrews". Proceedings of the National Academy of Sciences. 105 (30): 10426–10431. doi:10.1073/pnas.0801628105. Dicapai pada 2008-07-29. Parameter |coauthors= yang tidak diketahui diendahkan (|author= dicadangkan) (bantuan); Periksa date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z