Tom Moore | |
---|---|
![]() Gambar Moore sebagai leftenan kedua Tentera British (sekitar tahun 1941) | |
Kelahiran | Thomas Moore 30 April 1920 Keighley, West Riding of Yorkshire, England |
Meninggal dunia | 2 Februari 2021 Bedford, Bedfordshire, England | (umur 100)
Sebab kematian | Komplikasi COVID-19 akibat pneumonia |
Pusat pendidikan | Keighley Grammar School |
Pekerjaan |
|
Terkenal kerana |
|
Pasangan |
|
Anak | 2 |
Anugerah |
|
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | ![]() |
Perkhidmatan | ![]() |
Tahun perkhidmatan | 1939–1946 |
Pangkat |
|
Unit |
|
Pertempuran | Perang Dunia II
|
Laman sesawang | captaintom![]() |
Kapten Sir Thomas Moore (30 April 1920 – 2 Februari 2021), lebih dikenali sebagai "Kapten Tom", ialah seorang pegawai Tentera British. Beliau terkenal atas pencapaiannya mengumpulkan wang untuk dana bersempena ulang tahun kelahiran beliau ke-100 semasa pandemik COVID-19.
Moore bertugas di India, terlibat dalam kempen Burma semasa Perang Dunia II, dan kemudian menjadi tenaga pengajar dalam perang berperisai. Selepas perang, beliah bekerja sebagai pengarah urusan syarikat konkrit dan merupakan pelumba gemar motosikal.
Pada 6 April 2020, pada usia 99 tahun, beliau mulai berjalan mengelilingi kebunnya untuk membantu NHS Charities Together, dengan tujuan mengumpulkan £1,000 menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-100.[1][2] Dalam tempoh 24 hari pengumpulan dana, beliau membuat banyak kemunculan media dan menjadi nama rumah tangga yang popular di United Kingdom. Tindakan beliau itu juga memperoleh sejumlah penghargaan dan menarik lebih dari 1.5 juta individu memberi sumbangan. Sebagai menghargai usahanya, beliau menerima anugerah BBC Sports Personality of the Year Helen Rollason Award. Beliau tampil dalam versi album lagu "You'll Never Walk Alone" bersama dengan Michael Ball. Hasilnya turut pergi ke badan amal yang sama. Album single beliau itu menduduki tangga teratas di tangga lagu Inggeris, menjadikannya individu tertua yang mendapat tempat pertama album single UK.
Pada pagi hari ulang tahunnya yang ke-100, jumlah yang diperoleh sepanjang pusingannya melebihi £30 juta,[3] dan pada saat kempen ditutup pada akhir hari itu, jumlah dana telah meningkat lebih dari £32.79 juta.[4] Hari lahirnya disambut dengan beberapa cara, termasuk flypast oleh Tentera Udara Diraja British αdan Tentera British. Beliau menerima lebih daripada 150,000 kad ucapan dan dilantik sebagai kolonel kehormat. Pada 17 Julai 2020, beliau dianugerahkan Knight Bachelor oleh Ratu Elizabeth II di Istana Windsor.
Pada 2 Februari 2021, Moore meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 iaitu pneumonia di Hospital Bedford.[5]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tom Moore |