Tokyo
東京
Metropolis
東京都 · Metropolis Tokyo
From top left: Shinjuku, Menara Tokyo, Jambatan Pelangi, Shibuya, Bangunan Diet Kebangsaan
Mohor rasmi bagi Tokyo
Mohor
Logo rasmi bagi Tokyo
Mohor
Location of Tokyo within Japan
Location of Tokyo within Japan
Foto satelit kesemua 23 wad khas di Tokyo yang diambil oleh Landsat 7 NASA
Foto satelit kesemua 23 wad khas di Tokyo yang diambil oleh Landsat 7 NASA
Negara  Jepun
Kawasan Kantō
Pulau Honshū
Pembahagian 23 wad khas, 26 bandaraya, 1 daerah, & 4 subwilayah
Pentadbiran
 • Jenis Metropolis
 • Gabenor Naoki Inose
 • Ibu wilayah Shinjuku 
Keluasan(ked. ke-45)
 • Jumlah 2,187.08 km2 (844.44 batu persegi)
Penduduk (#1)[1]
 • Jumlah 12,790,000
 • Kepadatan 5,847/km2 (15,140/batu persegi)
 • 23 wad 8,653,000
  (1 Januari 2009)
Zon waktu Waktu Piawai Jepun (UTC+9)
ISO 3166-2 JP-13
Laman web metro.tokyo.jp(Inggeris)

Tokyo (東京, Tōkyō, "Ibu Kota Timur"), secara rasminya Metropolis Tokyo (東京都, Tōkyō-to),[2] ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau utama Honshū, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun.

Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion mengikut pariti kuasa beli pada tahun 2008.[3]

Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia, di samping Bandaraya New York dan London.[4] Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008[5] serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008.

Tokyo merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja, dan juga tempat bersemayam Wangsa Diraja Jepun.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Tokyo

Tokyo asalnya merupakan perkampungan perikanan kecil yang bernama Edo. Pada tahun 1457, Ōta Dōkan membina Istana Edo. Pada tahun 1590, Tokugawa Ieyasu berpangkalan di Edo, dan sebaik sahaja menjadi shogun pada tahun 1603, bandar ini menjadi pusat pentadbiran tenteranya untuk seluruh negara. Pada zaman Edo, Edo menjadi salah sebuah bandaraya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencapai sejuta orang menjelang abad ke-18.[6]

Edo menjadi ibu negara de facto di Jepun[7] sungguhpun maharaja bersemayam di Kyoto, ibu kota diraja. Selepas kira-kira 263 tahun, kerajaan shogun digulingkan di bawah bendera pemulihan pemerintahan maharaja. Pada tahun 1869, ketika Maharaja Meiji pindah ke Edo pada usia 17 tahun, Tokyo sudah menjadi pusat politik dan kebudayaan negara,[8] kemudian dijadikan ibu kota diraja de facto oleh istana di samping bekas Istana Edo menjadi Istana Diraja. Bandaraya Tokyo ditubuhkan lalu kekal sebagai ibu negara sehingga taraf perbandarannya dimansuhkan pada tahun 1943 untuk digabungkan dengan "Wilayah Metropolitan" Tokyo.

Malangnya, Tokyo mengalami dua malapetaka hebat pada abad ke-20, tetapi mujurlah ia sempat pulih daripada kedua-duanya. Yang pertama ialah gempa bumi besar Kantō 1923 yang menyebabkan 140,000 penduduk maut atau hilang,[9] dan yang kedua ialah Perang Dunia Kedua, ketika Tokyo dibedil bertubi-tubi pada tahun 1944 dan 1945, menyebabkan 75,000 hingga 200,000 orang terbunuh dan separuh bandaraya musnah, lebih kurang sedahsyat jumlah kesan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.[10]

Selepas perang, Tokyo dibina semula sepenuhnya, dan berkilauan di mata dunia ketika Sukan Olimpik Tokyo 1964. Zaman 1970-an menyaksikan pembangunan bertingkat tinggi seperti Sunshine 60, pembinaan lapangan terbang baru yang berkontroversi[11] di Narita (yang agak jauh dari sempadan bandaraya) pada tahun 1978, dan jumlah penduduk meningkat kepada kira-kira 11 juta (dalam lingkungan kawasan metropolitan).

Rangkaian kereta api bawah tanah dan komuter Tokyo menjadi antara yang tersibuk di dunia[12] kerana semakin ramai orang yang berpindah ke kawasan Tokyo. Pada 1980-an, harga harta tanah melangit dalam gelembung hartanah dan hutang. Setelah gelembung itu meletup pada 1990-an, banyak syarikat, bank, dan orang ramai didapati berhutang gadai janji di sebalik kejatuhan nilai harta tanah, sehingga disusuli kemelesetan besar yang menjadikan 1990-an sebagai "sedekad hilang" di Jepun[13], tetapi kemudian beransur-ansur pulih.

Projek penebusgunaan tanah di Tokyo juga berterusan selama berabad-abad lamanya, terutamanya di kawasan Odaiba yang dijadikan kawasan beli-belah dan hiburan utama.

Geografi dan bahagian pentadbiran

Carta iklim untuk Tokyo
JFMAMJJOSOND
 
 
49
 
10
2
 
 
60
 
10
2
 
 
115
 
13
5
 
 
130
 
18
11
 
 
128
 
23
15
 
 
165
 
25
19
 
 
162
 
29
23
 
 
165
 
31
24
 
 
209
 
27
21
 
 
163
 
22
15
 
 
93
 
17
10
 
 
40
 
12
5
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: JMA

Bahagian tanah besar Tokyo berada di barat laut Teluk Tokyo dan jaraknya kira-kira 90 km timur ke barat dan 25 km utara ke selatan. Metropolis Tokyo bersempadan dengan wilayah Chiba di timur, wilayah Yamanashi di barat, wilayah Kanagawa di selatan, dan wilayah Saitama di utara. Tanah besar Tokyo dibahagikan kepada wad-wad khas (yang menduduki bahagian timur) dan kawasan Tama yang memanjang ke arah barat.

Juga dalam sempadan pentadbiran Tokyo Metropolis adalah dua gugusan pulau di Lautan Pasifik secara langsung selatan: Kepulauan Izu, dan Kepulauan Ogasawara, yang memanjang lebih 1,000 km jauhnya dari tanah besar Jepun. Disebabkan wujudnya pulau-pulau ini dan kawasan-kawasan pergunungan di barat, angka kepadatan penduduk keseluruhan Tokyo jauh rendah berbanding angka sebenar untuk kawasan bandar dan pinggir bandar Tokyo.

Mengikut undang-undang Jepun, Tokyo ditentukan sebagai sebuah to (), atau terjemahannya metropolis.[14] Struktur pentadbirannya serupa dengan wilayah-wilayah lain di Jepun. Di dalam Tokyo terletaknya berpuluh-puluh entiti yang lebih kecil yang sering dianggap sebagai bandaraya, termasuk 23 wad khas ( -ku) yang pernah membentuk Bandaraya Tokyo sehingga tahun 1943, tetapi kini merupakan kawasan perbandaran yang berasingan dan berkerajaan sendiri, setiap satunya ditadbir oleh datuk bandar dan majlis, serta memegang taraf bandaraya.

Selain 23 perbandaran tersebut, Tokyo juga merangkumi 26 lagi bandaraya ( -shi), lima bandar ( -chō atau machi), dan lapan kampung ( -son atau -mura), setiap satunya ditadbir oleh kerajaan tempatan. Kerajaan Metropolitan Tokyo diketuai oleh seorang gabenor dan perhimpunan metropolitan undian awam. Ibu pejabatnya terletak di daerah Shinjuku. Kerajaan Metropolitan mentadbir seluruh wilayah metropolis Tokyo, termasuk, sungai, empangan, ladang, pulau terpencil, dan taman negara selain belantara neon, pencakar langit dan keretapi bawah tanah di bandaraya.

Wad khas

Wad-wad khas (特別区, tokubetsu-ku) di Tokyo pernah merangkumkan kawasan yang dahulunya diperbadankan sebagai Bandaraya Tokyo. Pada 1 Julai 1943, Bandaraya Tokyo digabungkan dengan Wilayah (Prefektur) Tokyo (東京府, Tōkyō-fu) untuk membentuk "wilayah metropolitan" masa kini. Hasilnya, berbeza dengan wad-wad bandaraya lain di Jepun, wad-wad khas di Tokyo ini bukan sebahagian bandaraya berperbadanan yang lebih besar. Setiap wad ialah sebuah kawasan perbandaran dengan datuk bandar dan perhimpunan terpilih sama seperti bandaraya lain di Jepun. Wad-wad ini berlainan dari bandaraya lain kerana hubungan pentadbiran yang unik bersama kerajaan wilayah. Fungsi-fungsi perbandaran tertentu seperti kerja air, pembetungan, dan bomba, diuruskan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo. Untuk membayar kos pentadbiran tambahan, kerajaan wilayah mengutip cukai perbandaran yang biasanya dikenakan oleh kerajaan wad.[15]

Wilayah Tokyo mempunyai 23 wad khas yang terdiri dari: