Rencana ini ialah mengenai Tentera Laut tetap Iran. Untuk Kor Pengawal Revolusi Islam, sila lihat Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam.
Tentera Laut Republik Islam Iran
Seal of the Islamic Republic of Iran Navy.svg
Mohor Tentera Laut Iran
Aktif500 SM–kini
Negara Iran
JenisTentera laut
PerananPeperangan laut
Saiz18,000 (anggaran 2011)[1]
Sebahagian daripadaTentera (Artesh)
MarkasTehran
Nama samaranBahasa Parsi: دریادلان‎, Daryādelān
"Seahearts"
MotoBahasa Parsi: راه ما، راه حسین است‎, Rāh-e ma, rāh-e hoseyn ast
"Our Path, Is Hussain's Path"[2]
Kawat18 April
Peringatan28 November (Hari Tentera Laut)
KelengkapanKapal-kapal terkini
Pertempuran
Komander
Komander
terkini
Komodor Hossein Khanzadi
Tanda kebesaran
Panji-panjiNaval Jack of Iran.svg
BenderaFlag of the Islamic Republic of Iran Navy.svg

Tentera Laut Republik Islam Iran (Bahasa Parsi: نیروی دریایی ارتش جمهوری اسلامی ایران‎) disingkatkan NEDAJA (Bahasa Parsi: نداجا‎), adalah cabang peperangan laut bagi Tentera Republik Islam Iran (Artesh).[1][3]

Ia diberi tugas mengawal garisan pertahanan pertama Iran di Teluk Oman serta diluarnya dengan misi bertindak sebagai angkatan laut lepas yang efektif.[1] Akan tetapi, ia secara umumnya dianggap sebagai angkatan laut sempadan yang konvensional[3] kerana ia kebanyakannya beroperasi pada peringkat serantau, iaitu di Teluk Parsi dan Teluk Oman tetapi juga beroperasi jauh ke Laut Merah, Laut Mediterranean dan barat laut Lautan Hindi.[1] Pada Julai 2016, pihak Tentera Laut menyatakan ia akan membuat kehadiran di Lautan Atlantik, bagi tempoh yang tidak ditentukan.[4]

Salah satu dari dua cabang tentera maritim Iran bersama dengan Tentera Laut IRGC, fungsi dan bidang tanggungjawabnya bertindih dengan tentera laut yang lain, tetapi ia berbeza dari segi strategi ketenteraan dan peralatan. Berbeza dengan Tentera Laut IRGC, yang dilengkapi dengan kapal serang laju yang kecil, tulang belakang inventori tentera laut Artesh terdiri daripada kapal-kapal permukaan yang lebih besar, termasuk frigat, korvet, dan kapal selam.[3]

Lihat juga

  • Senarai kapal terkini Tentera Laut Iran
  • Sejarah Tentera Laut Iran
    1. ^ a b c d Hossein Aryan, The Artesh: Iran’s Marginalized and Under-Armed Conventional Military, [[Middle East Institute]], November 15, 2011.
    2. ^ {{{author}}}, باید در همه مسئولین تفکر بحری به وجود بیاید, [[Fars News Agency]], {{{date}}}.
    3. ^ a b c Michael Connell (March 12, 2013). "Gulf III: Iran's Power in the Sea Lanes". The Iran Primer, United States Institute of Peace. Dicapai pada January 5, 2016.
    4. ^ Kenneth Katzman (6 February 2017), "Iran's Foreign and Defense Policies" (PDF), Congressional Research Service, Federation of American Scientists, m/s. 22, dicapai pada 1 March 2017

    Pautan luar

    Koordinat: 27°08′34″N 56°12′55″E / 27.1427°N 56.2154°E / 27.1427; 56.2154