Gambar pilihan mingguan
Tengkorak manusia Tengkorak manusia merupakan sebuah struktur bertulang yang membentuk kepala dalam rangka manusia. Ia menyokong struktur muka dan membentuk rongga untuk otak. Seperti tengkorak vertebrata lain, ia melindungi otak daripada kecederaan. Tengkorak terdiri daripada tiga bahagian, dari asal embriologi yang berbeza – neurokranium, sutur, dan rangka muka (juga dipanggil viskerokranium bermembran). Neurokranium (atau tempurung otak) membentuk struktur tulang pelindung yang mengelilingi dan menempatkan otak dan batang otak. Sutur adalah sendi yang agak tegar antara tulang neurokranium. Bahagian atas tulang tengkorak membentuk kalvaria (topi otak), manakala rangka muka dibentuk oleh tulang yang menyokong muka, termasuk mandibel. Gambar ini adalah gambarajah tengkorak manusia seperti yang dilihat dari sebelah kiri, menunjukkan tulang-tulang utama neurocranium dan rangka muka.

Kredit rajah: Mariana Ruiz Villarreal
ArkibGambar pilihan lagi...

Lihat juga