Takwim [ta-kwim] (daripada istilah Bahasa Arab: تقويم‎), kalendar [ka-lĕn-dar] atau penanggalan [pĕ-nang-gal-an] merupakan satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan. Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi, seperti matahari atau bulan. Takwim juga boleh merupakan satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.

Jenis Takwim

Jenis takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi yang diikuti:

Kalendar Suria (Solar)

Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya ialah Takwim Gregorius dan Takwim Julius.

Kalendar Qamari (Lunar)

Kalendar Qamari adalah berpandukan bulan semata-mata, iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah.

Kalendar Lunisolar

Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari. Contohnya ialah Kalendar Cina.

Senarai Takwim

Masih digunakan

Sudah pupus