Kota Surabaya

Surabaya
Majlis Bandaraya Surabaya
Bandaraya
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Sura and Baya statue di Surabaya Zoo, Jambatan Suramadu, Tugu Pahlawan, Tunjungan Plaza
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Sura and Baya statue di Surabaya Zoo, Jambatan Suramadu, Tugu Pahlawan, Tunjungan Plaza
Official seal of Kota Surabaya
Jata
Nama panggilan: 
Kota Pahlawan
Moto: 
Sparkling Surabaya
Lokasi Surabaya di Negeri Jawa Timur
Lokasi Surabaya di Negeri Jawa Timur
Kota Surabaya yang terletak di Indonesia
Kota Surabaya
Kota Surabaya
Lokasi Surabaya di Indonesia
Koordinat: 7°15′55″S 112°44′33″E / 7.26528°S 112.74250°E / -7.26528; 112.74250Koordinat: 7°15′55″S 112°44′33″E / 7.26528°S 112.74250°E / -7.26528; 112.74250
Negara Indonesia
NegeriCoat of arms of East Java.svg Jawa Timur
Hari jadi31 May 1293
Ditubuhkan24 Disember 1949, sebagai Ibu Negeri Jawa Timur
Kerajaan
 • JenisMajlis Bandaraya
 • Datuk BandarTri Rismaharini
 • Timbalan Datuk BandarWisnu Sakti Buana
Luas
 • Bandaraya350.5 km2 (135.3 batu persegi)
 • Metro
2,787 km2 (1,076 batu persegi)
Ketinggian
5 m (16 ft)
Populasi
 (2016 census [1])
 • Bandaraya3,457,404
 • Kepadatan9,900/km2 (26,000/batu persegi)
 • Metro
6,484,206
 • Kepadatan metro2,300/km2 (6,000/batu persegi)
Demonym(s)Suroboyoan
Demographics
 • Ethnic groupsJavanese
Chinese
Indian
Madurese
Sundanese
Minangkabau
Batak
Banjar
Balinese
Bugis
 • Religion[2]Islam 77.25%
Christianity 15.61%
Catholic 4.60%
Hinduism 1.30%
Buddhism 1.15%
Confucianism 0.07%[3]
Zon waktuUTC+07:00
Poskod
60xxx
Kod Panggilan+62 31
GeokodID-JI
Kod ISO 3166ID-SBY
Plat KenderaanL
Lapangan TerbangLapangan Terbang Antarabangsa Juanda
PelabuhanPelabuhan Tanjung Perak
Laman websurabaya.go.id


Bandaraya Surabaya ialah ibu negeri wilayah Jawa Timur, Indonesia yang merupakan Bandaraya kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Dengan jumlah penduduknya yang melebihi empat juta orang, Surabaya ialah pusat perniagaan, industri, serta pendidikan di kawasan timur Pulau Jawa dan sekitarnya.

Sejarah

Sebelum ketibaan Belanda

Surabaya yang terletak di muara Sungai Kali Mas dahulunya merupakan pintu masuk ke Kerajaan Majapahit. Hari jadi Kota Surabaya ditetapkan pada 31 Mei 1293.

Pada abad ke-15, Islam mulai tersebar dengan pesat di daerah Surabaya. Sunan Ampel, salah satu anggota walisongo (penyebar agama Islam di tanah Jawa), mendirikan sebuah masjid dan sebuah sekolah agama berasrama di daerah Ampel. Kemudian pada tahun 1530, Surabaya menjadi sebahagian Kesultanan Demak.

Selepas kejatuhan Kesultanan Demak, Surabaya menjadi sasaran penaklukan Kesultanan Mataram. Ia diserang oleh Panembahan Senopati pada tahun 1598, oleh Panembahan Seda ing Krapyak secara besar-besaran pada tahun 1610, dan oleh Sultan Agung pada tahun 1614. Penyekatan aliran Sungai Brantas oleh Sultan Agung akhirnya memaksa Surabaya menyerah. Pada tahun 1675, Trunojoyo dari Madura menyerang Surabaya, namun akhirnya ia ditaklukkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) pada tahun 1677.

Dalam perjanjian antara Paku Buwono II dan SHTB pada 11 November 1743, Surabaya diserahkan penguasaannya kepada SHTB.

Zaman Hindia-Belanda

Pada zaman Hindia-Belanda, status Surabaya ialah ibu kota Keresidenan Surabaya yang wilayahnya juga mencakupi daerah yang kini merupakan wilayah Kabupaten Gresik, Sidoarjo, Mojokerto, dan Jombang. Pada tahun 1905, Surabaya mencapai status kotamadya (Gemeente), dan pada tahun 1926, ia ditetapkan sebagai ibu kota provinsi Jawa Timur. Sejak itu, Surabaya berkembang menjadi kota moden yang kedua terbesar di Hindia-Belanda selepas Batavia.

Sebelum tahun 1900, pusat kota Surabaya hanya berkisar di sekitar Jambatan Merah sahaja. Bagaimanapun menjelang dekad 1920-an, tertumbuhlah kawasan-kawasan pemukiman baru seperti daerah Darmo, Gubeng, Sawahan, dan Ketabang. Pada tahun 1917, sebuah pelabuhan moden dibina di Surabaya.

Jepun gugur bom di Surabaya pada 3 Februari 1942 dan pada bulan Mac 1942, berjaya menawan Surabaya. Surabaya kemudian menjadi sasaran serangan udara Pihak Berikat pada 17 Mei 1944.

Pertempuran mempertahankan Surabaya

Selepas Perang Dunia II tamat pada 25 Oktober 1945, 6,000 orang askar Inggeris-India daripada Briged 49, Divisi 23 yang dipimpin oleh Brigadier Jeneral Aulbertin Walter Sothern Mallaby, mendarat di Surabaya dengan perintah utama untuk melucuti senjata tentera Jepun, serta tentera dan tentera awam militia Indonesia. Mereka juga mengurus bekas tawanan perang dan memulangkan tentera Jepun. Angkatan tentera Jepun menyerahkan semua senjata mereka, akan tetapi tentera awam militia serta melebihi 20,000 orang askar Indonesia enggan berbuat demikian.

Pada 26 Oktober 1945, suatu persetujuan antara Bapak Suryo, gabenor Jawa Timur, dengan Brigadier Jeneral Mallaby tercapai bahawa angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia tidak perlu menyerahkan senjata mereka. Malangnya terjadi salah faham antara angkatan tentera Inggeris di Surabaya dengan markas tentera Inggeris di Jakarta yang dipimpin oleh Leftenan Jeneral Sir Philip Christison.

Pada pukul 11.00 pagi 27 Oktober 1945, pesawat Dakota AU Inggeris dari Jakarta menggugurkan risalah-risalah di Surabaya yang memerintahi semua tentera Indonesia dan tentera awam militia supaya menyerahkan senjata mereka. Para pimpinan tentera dan tentera awam militia Indonesia marah ketika membaca risalah ini dan menganggap bahawa Mallaby tidak menepati perjanjian mereka.

Pada 28 Oktober 1945, angkatan-angkatan tentera Indonesia dan tentera awam militia menggempur angkatan tentera Inggeris di Surabaya. Untuk menghindari kekalahan, Mallaby meminta agar Sukarno selaku Presiden Republik Indonesia, dan Mejar Jeneral Douglas Cyril Hawthorn, panglima angkatan tentera Inggeris Divisi 23, ke Surabaya untuk mengusahakan perdamaian. Oleh itu, pada 29 Oktober 1945, Presiden Sukarno, Naib Presiden Mohammad Hatta, dan Menteri Penerangan Amir Syarifuddin Harahap bersama-sama Mejar Jeneral Hawthorn pergi ke Surabaya untuk berunding.

Pada 30 Oktober 1945, suatu persetujuan tercapai dan ditandatangani oleh Presiden Sukarno dan Mejar Jeneral Hawthorn. Intipati perjanjian tersebut adalah bahawa gencatan senjata diadakan dan angkatan tentera Inggeris akan berundur dari Surabaya dengan secepat mungkin. Kesemua penandatangan kemudian bertolak dari Surabaya dan kembali ke Jakarta.

Pada petang hari tersebut, Brigadier Jeneral Mallaby melawat kubu-kubu angkatan tentera Inggeris di Surabaya untuk memberitahu mereka tentang persetujuan tersebut. Ketika mendekati kubu angkatan tentera Inggeris di Bangunan Antarabangsa yang terletak berhampiran dengan Jambatan Merah, kereta Mallaby dikepung oleh angkatan tentera awam militia yang sebelumnya telah mengepung Bangunan Antarabangsa.

Kerana menganggap komandannya akan diserang oleh angkatan tentera awam militia, angkatan tentera Inggeris Kompeni D yang dipimpin oleh Mejar Venu K. Gopal melepaskan sedas tembakan ke atas untuk memencarkan para askar awam miltia. Malangnya para askar awam militia menganggap bahawa mereka telah diserang oleh askar-askar Inggeris yang berada di dalam Bangunan Antarabangsa dan menembak balas. Kapten R.C. Smith, pegawai askar Inggeris, melemparkan grenad ke arah askar-askar awam militia Indonesia, akan tetapi grenad tersebut meleset malahan jatuh tepat pada kereta Mallaby yang kemudian terbakar. Akibatnya, Mallaby dan pemandu keretanya maut. Laporan awal yang diberikan oleh angkatan tentera Inggeris di Surabaya kepada markas besar angkatan tentera Inggeris di Jakarta mengatakan bahawa Mallaby maut ditembak oleh angkatan tentera awam militia Indonesia.

Leftenan Jeneral Sir Philip Christison amat marah ketika mendengar khabar kematian Mallaby dan mengerahkan 24,000 orang askar tambahan untuk menguasai Surabaya. Pada 9 November 1945, pihak Inggeris mengumumkan kata dua agar semua senjata tentera Indonesia dan tentera awam militia diserahkan dengan segera kepada tentera Inggeris, akan tetapi kata dua itu tidak diendahkan.

Pada 10 November 1945, tentera Inggeris mulai mengebom Surabaya dan perang sengit berlangsung terus menerus selama 10 hari. Dua buah pesawat Inggeris ditembak jatuh oleh angkatan tentera Republik Indonesia dan salah seorang penumpang Brigadier Jeneral Robert Guy Loder-Symonds mengalami kecederaan parah dan maut pada hari keesokannya.

Pada 20 November 1945, tentera Inggeris berjaya menguasai Surabaya dengan kematian ribuan orang askar Inggeris. Melebihi 20,000 orang askar Indonesia, askar awam milita, serta penduduk Surabaya maut dalam pertempuran ini, dengan seluruh kota Surabaya hancur lebur.

Pertempuran ini merupakan salah satu pertempuran yang paling berdarah yang dialami oleh angkatan tentera Inggeris pada dekad 1940-an, dan menunjukkan kesungguhan bangsa Indonesia untuk mempertahankan kemerdekaan mereka serta mengusir para penjajah. Disebabkan oleh pertempuran ini yang sengit dan besar pengorbanannya, jumlah askar Inggeris di Indonesia mulai dikurangkan secara berperingkat dan digantikan oleh angkatan tentera Belanda. Pertempuran tersebut pada 10 November 1945 kini dikenangi sebagai Hari Pahlawan.

Geografi

Surabaya yang luasnya 326.36 kilometer persegi terletak di tepi pantai utara provinsi Jawa Timur. Wilayahnya menyempadani Selat Madura di utara dan timur, Kabupaten Sidoarjo di selatan, dan Kabupaten Gresik di barat.

Surabaya terdiri daripada dataran rendah yang tingginya antara 3 - 6 meter di atas aras laut, kecuali di bahagian selatan yang mempunyai dua buah bukit landai, iaitu di daerah Lidah dan Gayungan, dengan tingginya antara 25 - 50 meter di atas aras laut. Kawasan baratnya beralun sedikit. Muara Sungai Kali Mas terletak di Surabaya dan merupakan salah satu daripada dua cabang Sungai Brantas.

Pembahagian pentadbiran

Kota Surabaya terdiri daripada 31 buah kecamatan. Yang berikut adalah senarai kecamatan di Surabaya yang dibahagikan kepada lima buah wilayah:

Surabaya Pusat

Surabaya Utara