Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Yang di-Pertuan Agong ke-14.jpg

Yang di-Pertuan Agong ke-14
13 Disember 201112 Disember 2016
Pertabalan 11 April 2012
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Mizan Zainal Abidin
Pengganti Sultan Muhammad V
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah
Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-13
13 Disember 200612 Disember 2011
Pelantikan 13 Disember 2006
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Mizan Zainal Abidin
Pengganti Sultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-5
21 September 197020 September 1975
Pertabalan 20 Februari 1971
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pengganti Sultan Yahya Petra
Raja Permaisuri Agong Tuanku Bahiyah
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-4
21 September 196520 September 1970
Pelantikan 21 September 1965
Negeri Kedah
Pendahulu Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pengganti Sultan Yahya Petra

Sultan Kedah ke-28
14 Julai 195811 September 2017
Pendahulu Sultan Badlishah
Pengganti Sultan Sallehuddin‎
Pelantikan 14 Julai 1958
Pertabalan 20 Februari 1959

Tunku Abdul Halim ibni Tunku Badlishah
Keputeraan (1927-11-28)28 November 1927
Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British

Gering
Kemangkatan 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Dimakamkan 12 September 2017
Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah
Tempat persemayaman Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
Ayahanda Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Hamid Shah
Bonda Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud
Sultanah Tuanku Bahiyah
Sultan Haminah
Putera-Puteri Tunku Puteri Intan Safinaz (Tunku Temenggong Kedah)
Tunku Soraya
Tunku Sarina (1960-1991)

Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (28 November 1927 - 11 September 2017) merupakan Sultan Kedah ke-28 (14 Julai 1958 - 11 September 2017) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 - 13 Disember 2016). Baginda merupakan Raja pertama yang memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong dua kali, dan yang paling lama memegang jawatan. Sejurus sebelum kemangkatannya, baginda ialah raja yang paling lama berkuasa kedua di dunia selepas Ratu Elizabeth II dari United Kingdom.

Kehidupan awal

Sultan Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdul Halim Shah di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Paduka ayahanda baginda, Raja Muda Kedah (kemudian Sultan Badlishah), merupakan paduka putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim. Paduka bonda baginda, Nai Sofia binti Abdullah, muallaf dari negeri Siam. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Kolej Wadham, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]

Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama).[3]

Kebawah Duli Tuanku telah menunaikan ibadat haji pada tahun 1974 di kota suci Mekah. Antara yang mengikuti rombongan baginda mengerjakan ibadat haji ialah Tun Dr. Mahathir.[4]

Baginda mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit, Kedah pada pukul 2.30 petang waktu tempatan.[5]

Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong dari 20 September 1965 sehingga 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[6]

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan Pertama memegang jawatan ini dua kali.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.[7]

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.[8][9]

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[10] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[11][tiada dalam ayat yang diberikan] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.[perlu rujukan]

Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telah pun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.[12]

Kerabat diraja

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua orang sultanah rasmi:

  1. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
  2. Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kemudian dimasyhur sebagai Sultanah Kedah.[13]

Baginda memiliki tiga orang puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Shafinaz. Baginda juga memiliki lima orang cucu.

Baginda pernah berkahwin pada awal remaja yakni sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa baginda melanjutkan pelajaran baginda ke England. Hasil perkahwinan ini, baginda telah dikurniakan seorang puteri.[perlu rujukan]

Sambutan Jubli Emas

Pada 15 Julai 2008, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah merayakan Jubli Emasnya sebagai Sultan Kedah. Baginda satu-satunya Sultan keempat dalam seramai 28 orang Sultan yang telah merayakan 50 tahun pemerintahan di Kedah.[14] Sultan Kedah yang telah meaniki takhta lebih daripada 50 tahun ialah Sultan Ataullah Muhammad Shah (1432-1473) Sultan ke-8, Sultan Zainal Adilin Mu'azam Shah II (1710-1778) Sultan ke-19 dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943), paduka nenda baginda.

Bersempena dengan Jubli Emas, 15 Julai 2008 diisytiharkan sebagai cuti umum untuk seluruh negeri Kedah.[15] Majlis penyerahan sumbangan sempena Jubli Emas telah diadakan di Istana Anak Bukit pada 6 Julai 2008 oleh Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Sepanjang minggu keseluruhan Jubli Emas, pelbagai acara diadakan untuk memperingati Sultan.

Pangkat ketenteraan

Tuanku Abdul Halim memegang pangkat Marsyal Tentera Udara Diraja Malaysia[16] dalam tugas perlembagaannya sebelum ini sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta pangkat Marsyal Padang Tentera Malaysia dan Laksamana Armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejak tahun 1972, beliau ialah Ketua Kolonel Rejimen Melayu Diraja, dan juga melaksanakan tugas yang sama untuk Kor Khidmat Diraja Tentera Malaysia.

Terasul dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 28 November 1927 – 13 Mei 1943: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Tunku Badlishah
  • 13 Mei 1943 – 6 Ogos 1949: Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah
  • 6 Ogos 1949 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
  • 9 Mac 1957 – Julai 1957: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Pemangku Raja Kedah
  • Julai 1957 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
  • 15 Julai 1958 – 21 September 1970: Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII
  • 21 September 1970 – 20 September 1975: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong V
  • 20 September 1975 – 13 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII
  • 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong XIV
  • 13 Disember 2016 – 11 September 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII

Gelaran penuh baginda sebelum kemangkatan baginda: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbudin Tuanku al-haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Kedah Darul Aman dan Jajahan Takluknya.

Kurniaan

Kurniaan Negara dan Negeri