Sukan Paralimpik XVI
2020 Summer Paralympics Logo.svg
Bandar tuan rumahTokyo, Jepun
Cogan kataUnited by Emotion
(Bahasa Jepun: 感動で、私たちはひとつになる
Bahasa Melayu: Bersatu atas emosi
Penyertaan negara163
Penyertaan atlet4,537
Acara539 dalam 22 sukan
Upacara pembukaan24 Ogos 2021
Upacara penutupan5 September 2021
Pembukaan dirasmikan olehMaharaja Naruhito
Obor paralimpikYui Kamiji

Karin Morisaki

Shunsuke Uchida
Stadium utamaStadium Tokyo

Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 (Bahasa Jepun: 2020年夏季パラリンピック会, Hepburn: 2020-Nen Kaki Pararinpikku) lebih dikenali sebagai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 merupakan sebuah acara sukan utama bagi atlet kurang upaya yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.Juga dikenali sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas ke-16, temasya ini telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.[1] Acara ini sebelumnya dijadualkan berlangsung dari 25 Ogos hingga 6 September 2020. Walau bagaimanapun, pada 24 Mac 2020, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo secara rasmi mengumumkan bahawa Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2020 ditunda ke tahun 2021 kerana masalah pandemik COVID-19, menandakan kali pertama Sukan Paralimpik ditangguhkan. Meskipun begitu, acara ini masih dipasarkan secara rasminya sebagai Paralimpik Musim Panas 2020 sungguhpun dengan penundaan penjadualan selama satu tahun.[2]

Bidaan

Tokyo, Istanbul dan Madrid merupakan tiga calon bandar raya. Bandar raya Baku dan Doha tidak dinaikkan pangkat kepada status calon. Bidaan Rom ditarik balik.

Undi

48 undi diperlukan untuk pemilihan dalam undian pertama dan & undian semula; 49 dalam undian terakhir.

IOC mengundi untuk memilih bandar raya tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020 pada 7 September 2013 di Sesi IOC ke-125 yang mengambil tempat di Buenos Aires Hilton, Buenos Aires, Argentina. Sistem undi lengkap telah digunakan. Tiada bandar raya yang menang lebih daripada 50% undi di dalam pusingan pertama apabila Madrid dan Istanbul terikat di tempat kedua. Undian semula diantara kedua-dua bandar raya tersebut dijalankan untuk menentukan bandar raya yang akan disingkirkan. Dalam undian terakhir di antara Tokyo and Istanbul, Tokyo dipilih selepas meraih 60 undi berbanding Istanbul yang meraih 36 undi.

Keputusan bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2020[3]
Bandar Negara Pusingan 1 Semula Pusingan 2
Tokyo  Jepun 42 60
Istanbul Flag of Turkey.svg Turki 26 49 36
Madrid  Sepanyol 26 45

Pemasaran

Maskot

Maskot bagi Tokyo 2020 telah dipilih berdasarkan 2,042 penyertaan yang diterima melalui sebuah pertandingan rekaan maskot. Daripada penyertaan-penyertaan tersebut, tiga penyertaan telah dipilih oleh Panel Pemilihan Maskot pada Disember 2017.[4] Pada 28 Februari 2018, keputusan akhir maskot rasmi telah diumumkan dengan pasangan A mendapat undian tertinggi dengan sebanyak 109,041 undi berdasarkan undian pelajar-pelajar sekolah rendah di serata Jepun.[5]

Nama bagi maskot-maskot tersebut diumumkan pada 22 Julai 2018, yaitu Miraitowa dan Someity. Nama Miraitowa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu mirai (未来, "masa depan") dan towa (永遠, "selama-lamanya"). Someity pula diambil daripada nama pokok ceri Yoshino dalam bahasa Jepun, Somei Yoshino (染井吉野, ソメイヨシノ) serta menyerupai ungkapan bahasa Inggeris "So Mighty" (Sungguh Gagah).[6]

Gelanggang

Berikut merupakan gelanggang Sukan Paralimpik Musim Panas 2020:[7]

Zon Warisan

Gelanggang Acara
Stadium Olimpik Kebangsaan Upacara Pembukaan dan Penutupan
Olahraga
Gimnasium Negara Yoyogi Badminton
Ragbi kerusi roda
Gimnasium Metropolitan Tokyo Ping Pong
Nippon Budokan Judo
Forum Antarabangsa Tokyo Powerlifting
Taman Ekuestrian Tokyo Ekuestrian

Zon Tokyo Bay

Gelanggang Acara
Gelanggang Sukan Urban Aomi Bola Sepak 5 Sebelah
Jalan air Sea Forest Mendayung, Para kanu
Pusat Akuatik Sukan Olimpik Renang
Makuhari Messe Goalball, Bola Tampar Duduk, Tae Kwon Do, Lawan Pedang Kerusi Roda
Taman Yumenoshima Memanah
Ariake Arena Bola keranjang kerusi roda
Taman Marin Odaiba Para Triatlon
Pusat Gimnastik Olimpik Boccia
Ariake Coliseum Tenis kerusi roda

Kawasan lain

Gelanggang Acara
Plaza Sukan Musashina Forest Bola Keranjang Kerusi Roda (peringkat awal)
Lapang Sasar Menembak Asaka Menembak
Velodrom Izu Lumba basikal (balapan)
Litar Fuji Lumba basikal (jalan raya)

Bangunan lain