Sukan Malaysia XIX
Bandar tuan rumah Perak
Cogan kata Wow! Kita Hebat!
Penyertaan pasukan 15
Penyertaan atlet 7464
Acara 427 dalam 29 sukan
Upacara pembukaan 11 September
Upacara penutup 22 September
Dirasmikan oleh Sultan Nazrin Shah
Stadium Utama Stadium Perak
Laman Sesawang sukma2018.perak.gov.my
2016 Sarawak 2020 Johor  >

Sukan Malaysia 2018, dikenali secara rasmi sebagai Sukan Malaysia ke-19 merupakan sebuah acara beraneka sukan yang diadakan di Perak dari 14hb hingga 22hb September 2018.[1][2][3]

Bandar tuan rumah

Pada 15 Mei 2015, semasa mesyuarat jawatankuasa eksekutif Sukma yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, jawatankuasa itu menganugerahkan Perak dan Johor masing-masing bersama-sama sebagai tuan rumah bagi Sukan Malaysia 2018 dan 2020.[4]

Pembangunan dan persiapan

Tempat

Pada 29 Mei 2016, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM152 juta kepada kerajaan negeri Perak untuk menganjurkan temasya sukan tersebut. Ia termasuk RM 20 juta yang dibelanjakan untuk kerja pengubahsuaian dan pembaikan untuk sesetengah kemudahan sukan lama seperti Stadium Perak, Velodrom Rakyat dan Stadium Indera Mulia, dan pembinaan semula Kompleks Renang Majlis Bandaraya Ipoh.[5][6][7][8][9][10]

Daerah Tempat pertandingan Sukan
Kinta
Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Stadium Perak Olahraga, Upacara pembukaan dan penutupan
Pusat Akuatik Akuatik
Arena Badminton Amanjaya Badminton
Stadium Indera Mulia Gimnastik
Stadiium Azlan Shah Hoki
Stadium Skuasy Skuasy
Kompleks boling padang boling padang
Stadium mini ragbi Rugby tujuh sebelah
Velodrome Rakyat Basikal (Balapan)
Lain
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sepak takraw
Ampang superbowl Boling
Kompleks Menembak Amanjaya, Chepor Menembak
SM Poi Lam Bola keranjang
Padang Ipoh Kriket
Padang Batalion Kem Syed Putra Kriket
Kelab Golf Diraja Perak Golf
Larut, Matang dan Selama
Taiping Bike Park Cycling (Mountain bike)
Taman Tasik Kamunting Basikal (BMX)
Arena Square Batu Kurau Basikal (Jalan)
Taman Tasik Taiping Basikal (Kriterium)
Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping Bola jaring
Manjung
Stadium Majlis Perbandaran Manjung Bola sepak
Stadium TLDM Lumut Bola sepak
Pangkalan TLDM Perahu layar
Manjung Indoor Sports Arena Futsal
Kuala Kangsar Dewan Jubli Perak Pencak silat
Gelanggang Petanque Petanque
Kampar Kolej Matrikulasi Gopeng Wushu
Sekolah Berintegrasi Penuh Integrasi Gopeng Wushu
Kerian SMJK Krian Judo
Padang Bandaran Majlis Kerian Bola sepak
Muallim Universiti Pendidikan Sultan Idris Bola baling, Bola sepak
Politeknik Sultan Azlan Shah Karate
Bagan Datuk Dewan Dato' Loppe Hashim Tinju
Batang Padang Merdeka Hall Tapah District Council Weightlifting
Hilir Perak SMK San Min, Teluk Intan Taekwondo
Hulu Perak Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik Muay
Perak Tengah Universiti Teknologi Petronas Memanah

Temasya sukan

Negeri peserta

Acara sukan

Pada 12 Disember 2017, menteri sukan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa angkat berat, sepak takraw dan taekwondo telah digugurkan daripada senarai 19 sukan teras serta senarai sukan temasya sukan kerana penurunan prestasi, isu doping serta perebutan kuasa dalam persatuan, meninggalkan hanya 16 sukan teras untuk edisi 2018.[11] Keputusan ini bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dari beberapa majlis sukan negeri di seluruh negara termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan.[12][13] Pada 8 Februari 2018 selepas perbincangan dengan persatuan sukan yang terlibat dalam isu itu, menteri mengumumkan bahawa angkat berat, sepak takraw dan taekwondo telah dikembalikan semula sebagai acara permainan hanya sebagai sukan elektif. Pada masa yang sama, sejumlah 29 sukan telah dipastikan sebagai sebahagian daripada program temasya.[14][15][16][17]


Jadual pingat

Petunjuk

  *   Tuan rumah (Perak)

Jadual pingat Sukan Malaysia 2018
Ked. Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Terengganu (TRG) 56 51 53 160
2  Wilayah Persekutuan (WPE) 52 38 49 139
3  Selangor (SGR) 47 68 67 182
4  Sarawak (SWK) 42 36 60 138
5  Perak (PRK)* 37 50 56 143
6  Pahang (PHG) 33 20 30 83
7  Pulau Pinang (PNG) 32 30 31 93
8  Sabah (SBH) 32 28 46 106
9  Johor (JHR) 29 34 37 100
10  Kedah (KDH) 19 20 29 68
11  Melaka (MLK) 18 18 18 54
12  Negeri Sembilan (NSE) 13 18 43 74
13  Perlis (PER) 12 7 13 32
14  Kelantan (KEL) 6 7 13 26
15  Brunei (BRU) 0 1 3 4
Jumlah (15 Negeri) 428 426 548 1402

Rujukan

Pautan luar