"Pak Ngah" dilencongkan di sini.
Datuk
Pak Ngah
Nama lahirSuhaimi bin Mohd Zain
Kelahiran(1958-09-26)26 September 1958
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia25 September 2018(2018-09-25) (umur 59)
Batam, Indonesia
PekerjaanPenggubah lagu, penerbit rakaman
InstrumenAkordion
Tahun aktif1986–2018
Pengkarya berkait
Siti Nurhaliza, Noraniza Idris

Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah (26 September 1958 – 25 September 2018)[1][2] merupakan seorang penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal dengan memperjuangkan muzik Irama Malaysia, selain itu karya beliau banyak dipersembahkan oleh penyanyi terkenal termasuk Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

Beliau telah meninggal dunia di Kota Batam, Indonesia pada 25 September 2018 akibat serangan jantung, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-60.[3]

Kehidupan awal

Pak Ngah dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarga dari lima adik-beradik. Setelah tamat peperiksaan MCE ketika itu, Pak Ngah telah ditawarkan sebagai pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) sekitar tahun 1977 iaitu ketika berumur 19 tahun. Semasa di KBN, beliau mengambil peluang untuk mempelajari seni muzik dengan lebih mendalam. Ketika inilah beliau berpeluang menyertai pelbagai kelas muzik tradisional.[1]

Kerjaya muzik

Pak Ngah memulakan kerjaya awal sebagai pereka bunyi pada 1987. Beliau menubuhkan syarikat rakaman sendiri Pak Ngah Production Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1995.[4] Pak Ngah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya—"Hati Kama", "Samrah Mentari" dan "Dondang Dendang" dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999 yang melayakkan beliau memenangi kategori itu.

Beliau juga menerbitkan album Ala Dondang nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997. Pak Ngah kemudian menerbitkan album ketiga Siti Nurhaliza, Cindai yang dikeluarkan pada 17 November 1997. Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.[5]

Allahyarham juga pencipta lagu patriotik "Jalur Gemilang". Pak Ngah juga merupakan penerbit album Seri Balas oleh Noraniza Idris dan Siti Nurhaliza.[6] Beliau kembali bekerjasama dengan Siti menerusi lagu "Hari Kemenangan" yang dikeluarkan pada Jun 2016, semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.[7][8] Pada tahun 2017, Pak merupakan juri yang mewakili Malaysia dalam D'Academy Asia musim ketiga.[9]

Kematian dan legasi

Pada 21 September 2018, beliau bersama keluarganya telah pergi ke Batam, Indonesia untuk bercuti.[3] Pada 25 September, beliau telah menghadapi serangan jantung lalu meninggal dunia pada pukul 3:02 petang di Tanjung Pinang, Batam,[10] sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-60 pada 26 September 2018.[1][11][3] Jenazah beliau selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Pasir Gudang, pada 10.18 pagi 26 September sebelum tiba di Masjid Jamek Kampung Baru kira kira jam 3.10 petang untuk disembahyangi.[3][12] Kemudian, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Asar. Turut hadir ketika pengebumian jenazah Pak Ngah ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Syura, Nassier Wahab, Datuk Jalaluddin Hassan dan beberapa rakan artis.[3]

Pak Ngah merupakan individu yang amat dikenali dalam industri hiburan Malaysia terutamanya bagi penggiat Irama Malaysia. Pada 29 September 2018, Harian Metro menyenaraikan 10 karya unggul ciptaan beliau yang dinyanyikan oleh 10 penyanyi terkenal bagi menghargai sumbangan beliau dalam bidang muzik.[13]

Diskografi

Album terbitan

  • Ala Dondang - Noraniza Idris (1997)
  • Masyhur - Noraniza Idris (1998)
  • Cindai - Siti Nurhaliza (1998)
  • Seri Balas - Siti Nurhaliza & Noraniza Idris (1999)
  • Bekaba - Noraniza Idris (1999)
  • Iktiraf - Noraniza Idris (2000)
  • Sahmura - Siti Nurhaliza (2000)
  • Sanggar Mustika - Siti Nurhaliza (2002)
  • Anugerah Aidilfitri - Siti Nurhaliza (2003)
  • Balaghah - Syura (2004)
  • Syahda Berdendang - Syura (2007)
  • Permata Irama - Dato’ Siti Nurhaliza (2007)
  • Zapin Suri - Haziq Rosebi (2008)
  • Lentera Timur - Dato' Siti Nurhaliza (2008)
  • Pewaris Lagu-Lagu Tradisional - Dato’ Siti Nurhaliza (2012)

Lagu ciptaan

  • "Cindai" - Siti Nurhaliza (1997)

Filemografi

Dokumentari

    • D'Academy Asia musim pertama (2015) sebagai juri
    • D'Academy Asia musim kedua (2016)
    • D'Academy Asia musim ketiga (2017)

Anugerah

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 Anugerah Juara Lagu ke-13 Pak Ngah "Cindai" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Menang
Pemenang Keseluruhan Menang

Rujukan

  1. ^ a b c "Perjalanan terakhir Pak Ngah Suhaimi". Astro Awani. 28 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
  2. ^ Ifqdar Rahman (25 September 2018). "Komposer Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 September 2018.
  3. ^ a b c d e "Hasrat sambut hari lahir di tanah air tak kesampaian". Berita Harian. 26 September 2018. Dicapai pada 2 Oktober 2018.
  4. ^ "Pejuang irama Malaysia Pak Ngah meninggal dunia". Astro Awani. 25 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018.
  5. ^ Zainal Alam Kadir (1 December 1997). "Group chalking up record sales". New Straits Times. m/s. 4 (Life & Times). Dicapai pada 3 March 2018.
  6. ^ "Album tradisional.... Siti dan Noraniza berduet". Utusan Malaysia. 20 Oktober 1998. Dicapai pada 10 Disember 2015.
  7. ^ My News Hub Staff (22 Mei 2016). "'Hari Kemenangan' Single Terbaru Hari Raya Datuk Siti". MyNewsHub.cc. Dicapai pada 2016-06-23.
  8. ^ Nurul Dayana Simangoon (21 Mei 2016). "Siti Nurhaliza keluarkan lagu Hari Raya baru, yang pertama dalam 10 tahun". Berita Mediacorp. Dicapai pada 2016-06-23.
  9. ^ Meen Tahrim (14 November 2017). "Pak Ngah tidak mahu campur tangan". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2018.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 September 2018). "Pak Ngah sudah tiada". myMetro. Dicapai pada 23 Disember 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  11. ^ Kemalia Othman (25 September 2018). "Pak Ngah Suhaimi meninggal dunia, rebah di Batam". mStar Online. Dicapai pada 26 September 2018.
  12. ^ Nurul Amanina Suhaini (26 September 2018). "Jenazah Pak Ngah tiba di tanah air". Harian Metro. Dicapai pada 29 September 2018.
  13. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 September 2018). 10 ciptaan unggul Pak Ngah Harian Metro. Dicapai pada 2 Oktober 2018.

Pautan luar