Haji

Subky Abdul Latif

K.M.W. (Wilayah Persekutuan)
Pengerusi As-Sabiqun
Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
2017–2020
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehMahfodz Mohamed
Butiran peribadi
Lahir(1940-07-28)28 Julai 1940
Sitiawan, Perak
Meninggal dunia23 Jun 2020
Kampung Padang Lalang, Kuala Lumpur
Parti politikPAS logo.svg PAS
PasanganNaznah Taha
Anak-anak5 orang
  • Dang Fatiha
  • Hang Muhammad Iftitah
  • Abdul Latif Rahbar
  • Muhammad Ramadhan Subky
  • Ahmad Huzaifah
KediamanWilayah Persekutuan Kampung Padang Lalang, Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik, Wartawan

Haji Ahmad Subki bin Abdul Latif atau Subky Abdul Latif (28 Julai 1940 – 23 Jun 2020) merupakan seorang penulis, wartawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan kolumnis tetap ruangan Mens Sana in Corpore Sano dalam akhbar Harakah terbitan PAS, dan kolumnis bagi portal Harakahdaily. Di peringkat parti, beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut[1].

Keluarga

Beliau dilahirkan di Setiawan, Perak pada 28 Julai 1940[2]. Beliau berkahwin dengan Hajah Naznah binti Taha dan anak-anak iaitu Dang Fatiha, Hang Muhammad Iftitah, Abdul Latif Rahbar, Muhammad Ramadhan Subky dan Ahmad Huzaifah.[3]

Dunia Penulisan dan Kewartawanan

Subky Abdul Latif pernah menjadi pemberita Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963. Beliau pernah menyertai Kursus Diploma Kewartawanan di Internationales Institut für Journalismus, Berlin Barat, Jerman. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan di Utusan Melayu. Beliau merupakan mantan wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu yang sangat disegani dan popular dengan tulisannya yang sangat berwibawa selaku pengarang tajuk rencana dan penulis pojok. Pada masa itu, beliau berada di barisan ketiga dalam hierarki pimpinan Utusan Melayu, iaitu Mazlan Nordin (Tan Sri), Osman Abadi dan beliau di tempat ketiga. Hal ini demikian kerana, dalam kalangan wartawan kanan yang telah lama bertugas di Utusan waktu itu, termasuk Zainudin Maidin (kini Tan Sri), Ali Salim (Jiro) dan lain-lain, Subky Latif lah yang ada latar belakang pendidikan yang agak tinggi iaitu MCE dan pelajaran agama di Gunung Semanggol, Perak.[4]

Beliau kerap mengikuti kursus sambil belajar di negara-negara luar khususnya di negara Eropah yang ditaja oleh pejabat kedutaan asing di Kuala Lumpur. Beliau turut menjadi pengasas beberapa buah akhbar seperti dwi mingguan ‘Suara Rakyat’ dan ‘Suara Merdeka.’ Begitu juga dengan beberapa majalah yang ‘diciptanya’ seperti ‘Sarina’, ‘Keluarga’, ‘Kisah Cinta’ dan ‘Kritik’.

Pada tahun 1976, Tan Sri Mohd Khir Johari melancarkan akhbar ‘Harian Watan’ yang tujuannya untuk menjadi suara bebas. Akhbar dwibahasa itu adalah untuk menjadi alternatif kepada akhbar arus perdana. Bagaimanapun, akhbar yang dipimpinnya itu gagal dan kemudian menjadi tabloid politik mingguan.[2]

Beliau merupakan pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978.[5]

Hasil penulisan

Berikut merupakan antara karya beliau:

  • Suka duka politik Tun Razak (1976)
  • Krisis Timbalan Perdana Menteri (1976)
  • Siapa Ganti Asri (1977)
  • Barisan Nasional Digugat dan Digigit (1978)
  • Vietnam : Siasah Serampang Banyak Mata (!979)
  • Anak Jawa Pelabuhan Kelang : Analisa Awal Pilihanraya Kecil (1980)
  • Shah Iran dikehendaki hidup atau mati (1980)
  • Malaysia Ke Arah Pemikiran Islam (1982)
  • Sokongan dan Tentangan terhadap The Malay Dilemma (1982)
  • Kumpulan Fokus Subky Latif Isu: 1977 (1984)
  • Dilema Pemuda UMNO (1985) Terbitan Media Intelek
  • The Malay Dilemma : Secebis Kertas Usang (1990)
  • Kemelut Baru pemuda UMNO! (1996)
  • Mula-mula Harakah kini Almanak (2000)
  • I.S.A. : Ia Sah Aniaya (2006) Terbitan Gerakan Mansuhkan ISA
  • Adam & Hawa : Dari Syurga Ke Jabal Rahmah, Idris : Manusia Bumi, Manusia Langit (2006) Sarjana Media
  • Nabi Nuh : Selamatkan Binatang, Tidak Isteri & Anak (2006) Sarjana Media
  • Nabi Hud : Nabi Bagi Orang Gagah Dan Mewah, Nabi Salleh : Dibenci Tsamud, Dikasihi Unta (2007) Sarjana Media
  • Subky Latif: Istimewa Terkenang (2009) Terbitan Media Icon Sdn. Bhd.
  • Anak Apak : Memoir Politik Kewartawanan (2011) Terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd
  • Fadzil Noor: Dia Guru Dia Kawan (2012) Terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd, & Terbitan Penerbitan al-Azim Sdn. Bhd
  • Propagandis Zaman (2012) Terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd
  • Mens Sana In Corpore Sano (2012) Terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd

Berikut merupakan antara karya beliau dalam karya orang lain:

  • Siapa selepas Tun Razak? (1975) Harun Hassan
  • Merdeka melalui Malaysia : sebahagian dari memoir Tun Datu Mustapha (1981) Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun

Berikut merupakan karya beliau yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri

  • PAS Masuk Lubuk Merbau (1985) Terbitan Penerbitan Gedung Gua. No. Warta 01-07-1985, P.U. (A) 297

    Dalam arena politik, Subky Abdul Latif pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 1983 hingga 2005. Beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat bermula tahun 1988[7]. Beliau pernah juga menjawat jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Kini beliau merupakan Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.[1]

    Pilihan Raya

    Subky Abdul Latif pernah menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam. Walau bagaimanapun, beliau tewas. Sebaik sahaja kalah, beliau telah menulis buku Anak Jawa Pelabuhan Kelang : Analisa Awal Pilihanraya Kecil.[8] Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

    Kerusi Pilihan Raya yang ditandingi Subky Abdul Latif
    Tahun Kerusi Individu Undi Catatan Calon Lain Undi Catatan Majoriti
    1979 Parlimen Pelabuhan Kelang, Selangor Subky Abdul Latif (PAS) 7,525 Kalah V. Govindaraj (BN-MIC) 17,219 Menang 9,442
    K. Ramasen (DAP) 7,777 Kalah
    Abdul Hanif Abdul Manaf (Bebas) 114 Hilang Deposit
    Mani Nagaindra Valliappan (Bebas) 83 Hilang Deposit
    Mohan Lal (Bebas) 43 Hilang Deposit
    Hari Devan Mookhen (Bebas) 22 Hilang Deposit
    1982 Parlimen Kemaman, Terengganu Subky Abdul Latif (PAS) 9,950 Kalah Ismail @ Mansor bin Said (BN-UMNO) 16,582 Menang 6,632
    1986 Parlimen Parit Buntar, Perak Subky Abdul Latif (PAS) 9,846 Kalah Abdul Rahman Sulaiman (BN-UMNO) 11,029 Menang 1,183
    Lim Yan Chiow (DAP) 5,011 Kalah
    1990 Parlimen Jerai, Kedah Subky Abdul Latif (PAS) 11,121 Kalah Ghazali Ahmad (BN-UMNO) 15,723 Menang 4,602
    1995 Parlimen Parit, Perak Subky Abdul Latif (PAS) 6,634 Kalah Ainon Khariyah Mohd Abas (BN-UMNO) 14,207 Menang 7,573
    1999 Parlimen Kubang Pasu, Kedah Subky Abdul Latif (PAS) 12,261 Kalah Dr. Mahathir bin Mohamad (BN-UMNO) 22,399 Menang 10,138

    Anugerah & Pengiktirafan

    Pingat dan Darjah Kebesaran

    •  Wilayah Persekutuan
      • 2020 -
        • PAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
          • 2017 - Tokoh Istiqamah 2017 sempena Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah, 29 April
          • 2011 - Tokoh Pemuda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat 2011 di Shah Alam, 2 Jun.
          • 2011 - Anugerah Jasa Baktimu Dikenang oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang, 25 April

    Meninggal dunia

    Subky Abdul Latiff meninggal dunia akibat sindrom myelodyplastic (MDS) kira-kira jam 11 pagi Selasa, 23 Jun 2020. Awal Jun 2020, Subky dimasukkan ke Hospital Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan akibat darah merah rendah, jangkitan paru-paru dan masalah jantung[9]. Almarhum meninggal di rumahnya di Padang Balang, Gombak pada jam 11.05 pagi dan meninggalkan seorang balu serta lima orang anak[10].

    Rujukan

    1. ^ a b https://pas.org.my/pengerusi-lajnah-lajnah-pas-pusat-sesi-2019-2021/
    2. ^ a b Azamin Amin (25 Ogos 2008). "Subky Latiff sebagai 'sifu' bidang kewartawanan". HarakahDaily. Dicapai pada 19 Mei 2009.
    3. ^ https://text-id.123dok.com/document/oz1e7nvy-kajian-terhadap-faham-nasionalisme-melayu-dalam-partai-umno.html
    4. ^ http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/haji-subky-latif.html
    5. ^ https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/3714-golongan-veteran-mata-rantai-perjuangan
    6. ^ https://epq.kdn.gov.my/e-pq/index.php?mod=public&opt=pl
    7. ^ https://www.facebook.com/paspusat/posts/hari-ini-dalam-sejarah-pas-pas-luluskan-perletakan-jawatan-ustaz-nakhaie-ahmad-8/1434788189871254/
    8. ^ Revisiting Rantau Panjang
    9. ^ "Veteran Pas, Subky Latiff meninggal dunia". Astro Awani. 23 Jun 2020. Dicapai pada 23 Jun 2020.
    10. ^ "Belasungkawa: Pak Subky pergi buat selamanya". Harakahdaily. 23 Jun 2020. Dicapai pada 23 Jun 2020.

    Pautan luar