Ribut Siklon Bulbul-Matmo adalah satu siklon tropika kuat yang melanda Vietnam dan negeri Bengal Barat India selain Bangladesh pada bulan November 2019. Ia menyebabkan ribut kuat, hujan lebat dan banjir kilat.[1][2][3]Matmo terbentuk pada 28 Oktober dan mula menghentam Vietnam pada 30 Oktober. Sisa-sisa Matmo memasuki Laut Andaman. Berasal daripada sisa-sisa Ribut Tropika Matmo melintasi selatan Teluk Benggala pada awal November, Bulbul perlahan-lahan membesar menjadi sebuah ribut siklon amat kencang. Ia merupakan satu-satunya siklon tropikal tahap 4 yang pernah direkodkan di Laut Andaman, melintasi Asia Tenggara di atas daratan (oleh itu berkongsi nama Matmo dalam operasi JTWC). Selain itu, ia merupakan siklon kedua yang mencapai kekuatan hurikan, yang pertama pada tahun 1960.[4]

Rujukan

  1. ^ "Cyclone Bulbul Live: Bulbul Cyclone crosses West Bengal coast". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-11-10. 
  2. ^ Erdman, Jonathan (2019). "Tropical Cyclone Bulbul Targets Eastern India, Bangladesh With Flooding Rain, Storm Surge, Winds". TWC India. TWC India. Dicapai 9 November 2019. 
  3. ^ "Cyclone Bulbul: 5 to 7 feet high storm surge may hit coastal areas". The Daily Star. 8 November 2019. Dicapai 9 November 2019. 
  4. ^ "Tropical Cyclone Nikki is reborn as Bulbul". Aljazeera. 8 November 2019. Dicapai 9 November 2019.