Shukery Hashim
ShukeryHashim02.jpg
Kelahiran1954
Meninggal dunia10 Jun 2009 (umur 55)
Sebab kematianKanser pankreas
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1975 - 2009
PasanganFaridah Md. Desa
Anak5

Shukery Hashim (1954–10 Jun 2009) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang banyak bergiat aktif dalam drama dan filem.

Kehidupan peribadi

Shukery dilahirkan pada tahun 1954 di Kg Ewa Ayer Hangat Pulau Langkawi,Kedah.[1] Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.

Beliau berkahwin dengan Faridah Md. Desa dan mempunyai 5 orang anak.

Kerjaya

Shukery mula berlakon pada 1984. Beliau terbabit dalam drama radio pada 1975 di RTM. Drama lakonannya ialah Azimah (di samping Uji Rashid), Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.

Kematian

Shukery Hashim meninggal dunia pada 10 Jun 2009, 1.15 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu. Jenazah beliau dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang Selangor.[2]. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Ampang.

Filemografi

Drama

Bergandingan dengan Noor Kumalasari dalam Rahsia