Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa
Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa.jpg
Lokasi
Pulau Chapa, Jitra, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH HIDUP
Nombor sekolah047942084
Kod sekolahKBA4056
SingkatanSK Chapa
Faks047942084
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa atau nama ringkasnya SK Pulau Chapa, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa mempunyai kod sekolah KBA4056.

Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa merupakan sekolah sesi pagi sahaja, dan merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan. Ia mempunyai murid lelaki dan perempuan dan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa tidak memiliki asrama.


Sejarah

Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa bermula sebagai Sekolah Rakyat Pulau Chapa dan ditempatkan di bangunan surau pada tahun 1952. Namanya diambil sempena nama pokok Chapa yang banyak tumbuh di kawasan ini.

Sebuah bangunan bertiang kayu bulat, beratap nipah dan berlantaikan tanah dengan keluasan 20 kaki x 40 kaki telah dibina di atas tapak seluas 2 relong sebagai bangunan sekolah. Sekolah ini bermula dengan tenaga pengajar seramai 2 orang dan murid 35 orang, pengajaran dijalankan secara kelas bercantum.

Pada tahun 1972 diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan, kemudian dibina sebuah bangunan konkrit 4 bilik kelas atas sebuah tapak baru di Kampung Matang Keriang dan dikekalkan namanya Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa di atas tapak sekarang ini keluasannya 3.5 ekar.

Pada tahun 1983 bangunan ini ditambah sebuah blok bangunan 2 tingkat yang mana bagi menampung pelajar seramai 170 orang. Jumlah pelajar sekarang ini seramai 157 orang dengan 16 staf akademik dan 6 orang kakitangan sokongan dan 3 kakitangan swasta.

Pencapaian

Alamat

Pulau Chapa, Jitra
06000 Kedah Darul Aman
Telefon : 047942084
Faks : 047942084

Pautan luar