Yang Berhormat
Scott Morrison
MP
Scott Morrison 2014 crop.jpg
Perdana Menteri Australia ke-30
Memegang jawatan
24 Ogos 2018
Raja Elizabeth II
Peter Cosgrove
Timbalan Michael McCormack
Didahului oleh Malcolm Turnbull
Ketua Parti Liberal Australia
Memegang jawatan
24 Ogos 2018
Timbalan Josh Frydenberg
Didahului oleh Malcolm Turnbull
Bendahari Australia
Dalam jawatan
21 September 2015 – 24 Ogos 2018
Perdana Menteri Malcolm Turnbull
Didahului oleh Joe Hockey
Digantikan oleh Josh Frydenberg
Menteri Perkhidmatan Sosial
Dalam jawatan
23 Disember 2014 – 21 September 2015
Perdana Menteri Tony Abbott
Malcolm Turnbull
Didahului oleh Kevin Andrews
Digantikan oleh Christian Porter
Meneteri Imigresen dan Pengawalan Sempadan
Dalam jawatan
18 September 2013 – 23 December 2014
Perdana Menteri Tony Abbott
Didahului oleh Tony Burke
Digantikan oleh Peter Dutton
Ahli Parlimen Australia
untuk Cook
Memegang jawatan
24 November 2007
Didahului oleh Bruce Baird
Butiran peribadi
Lahir Scott John Morrison
(1968-05-13) 13 Mei 1968 (umur 50)
Waverley, New South Wales, Australia
Parti politik Liberal
Sekutu gabungan
politik lain
Coalition
Pasangan Jenny
Anak-anak 2
Alma mater University of New South Wales (B.Sc.)
Laman sesawang Official website

John Scott Morrison (lahir 13 Mei 1968) ialah seorang ahli politik Australia, Beliau merupakan Perdana Menteri Australia ke-30 dan terkini serta Pemimpin Partai Liberal, di pejabat sejak 24 Ogos 2018. Beliau telah menjadi anggota Dewan Perwakilan Australian sejak tahun 2007, mewakili Divisi Cook di New South Wales.

Berikutan kemenangan pakatan Coalition dalam pilihan raya persekutuan Australia pada tahun 2013, Morrison dilantik sebagai Menteri Imigresen dan Pengawalan Sempadan dalam kabinet kerajaan pimpinan Tony Abbott.[1] Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi Menteri Perkhidmatan Sosial pada akhir tahun 2014.[2] Morrison dilantik sebagai Bendahari sebaik sahaja Malcolm Turnbullmenggantikan Tony Abbott sebagai perdana Menteri pada bulan September 2015.[3]

Kehidupan awal dan pendidikan

Morrison lahir di Waverley, New South Wales, sebuah bandar berdekatan kota Sydney.Beliau merupakan anak bongsu kepada John Morrison, seorang polis dan kemudiaanya juga datuk bandar kawasan tersebut[4], dan Marion Morrison (nee Smith) - ayah Marion pula merupakan kelaihran New Zealand.[5] Namun Scott membesar di Bronte iaitu bandar yang berjiranan dengan Waverley.

Pada masa kecilnya beliau menjadi seorang pelakon kana-kanak yang beberapa kali muncul sebagai bintang iklan televisi.[6] Morrison memperoleh pendidikannya di Sydney Boys High School sebelum mendapat ijazah sarjananya dalam bidang geografi ekonomi di UNSW.[4]

Kerjaya profesional

Setelah menamatkan pengajiannya dari universitinya, Scott bekerja sebagai pengurus penyelidikan dan polisi negara untuk Majlis Harta Tanah dari tahun 1989 sehingga 1995. Beliau kemudiannya beralih kepada bidang pelancongan di mana beliau bertindak sebagai naib ketua eksekutif Australian Tourism Task Force serta pengurus am Majlis Pelancongan Australia. Pada tahu 1998, Morrison berpindah ke New Zealand untuk menjawat jawatan sebagai pengarah Jabatan Pelancongan dan Sukan negara tersebut; antara sumbangan yang terkenal kepada jabatan ini ialah penciptaan kempen "100% Pure New Zealand".[6]

Morrison kembali ke Australia sebagai ketua negeri Parti Liberal di New South Wales pada April 2000.

Sebagai perdana menteri Australia

Pada Ogos 2018, terdapat laporan bahawa Morrison akan mempertandingkan pimpinan Parti Liberal terhadap Peter Dutton dalam acara itu sebuah tantangan. Berikutan memanggil kepimpinan tumpah pada 24 agustus, Morrison telah dilantik sebagai Pemimpin Parti Liberal.[7] Beliau diangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia kemudiannya pada malam yang sama.

Rujukan

  1. ^ "Tony Abbott's cabinet and outer ministry". The Sydney Morning Herald. AAP. 16 September 2013. Dicapai 16 September 2013. 
  2. ^ "Dutton to immigration in reshuffle". News.com.au. 21 December 2014. 
  3. ^ Murphy, Katharine (20 September 2015). "Malcolm Turnbull unveils his ministry". The Guardian. Dicapai 20 September 2015. 
  4. ^ a b Nick Bryant (February 2012). "Scott Morrison: So Who the Bloody Hell Are You?". The Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2018. Dicapai 7 February 2018. 
  5. ^ Members' statements in relation to citizenship: Scott Morrison, Parliament of Australia. Retrieved 7 February 2018.
  6. ^ a b Deborah Snow (30 April 2016). "Scott Morrison's relentless rise to power". The Sydney Morning Herald. Dicapai 7 February 2018. 
  7. ^ "Scott Morrison wins Liberal party leadership spill". Nine News. 24 August 2018. Dicapai 24 August 2018. 

Pautan luar