Sandra Dianne
Nama lahirAlessandra Dianne Ampuria
Kelahiran(1994-09-16)16 September 1994
Tuaran, Sabah, Malaysia
Meninggal dunia11 September 2020(2020-09-11) (umur 25)
Hospital Putrajaya, Putrajaya, Malaysia
GenrePop, R&B
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–2020

Alessandra Dianne Ampuria (16 September 1994 – 11 September 2020) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia, beliau terkenal dengan lagu masyhurnya "Hey Kau!".[1][2] Pada tahun 2020, Sandra merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3] Beliau juga ialah bekas peserta Mentor Legend.

Kerjaya

Sandra Dianne, pada usia 20 tahun, memulakan kerjaya muziknya dengan mengambil bahagian dalam Mentor Legend di TV3 dan beliau merupakan anak didik Dayang Nurfaizah. Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu pertama. Pada tahun 2015, Sandra muncul dengan lagu "Hey Kau!" yang menjadi runut bunyi dalam drama Cik Cinderella dan Encik Tengku.

Pada tahun 2018, beliau bersama Mell Ahmad dan Lii menubuhkan kumpulan Dona sebagai sebuah projek khas. Mereka muncul dengan single pertama, "Rasa".[4] Beliau merupakan salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria. Meskipun begitu, akibat insiden yang menimpanya, beliau dikecualikan.

Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam perniagaan menjual ikan masin.[5]

Mentor Legend

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 N/A "Cinta dan Benci" Geisha TERSINGKIR

Big Stage Musim 3

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Hey Kau!" Dirinya sendiri SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" Elyana SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Aku Kau Dan Muzik" (duet bersama Sufi Rashid) Akim & Stacy SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Nuri" Ella DIKECUALIKAN

Kehidupan peribadi

Sandra Dianne dilahirkan dan dibesarkan di Tuaran, Sabah dan dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam.[petikan diperlukan] Beliau mempunyai seorang abang dan dua adik tiri.[petikan diperlukan]

Kematian

Pada 5 September 2020, Sandra terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9.2, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berdekatan Subang Jaya, Selangor pada jam 2:30 petang. Beliau mengalami kecederaan di kepala selepas kereta Haval H1 yang dinaiki bersama-sama sepupunya dikatakan mengalami masalah brek sebelum hilang kawalan lalu terbalik dan melanggar tiga kenderaan lain.[6] Sandra dibawa ke unit rawatan rapi Hospital Putrajaya dalam keadaan beliau tidak sedarkan diri dan kritikal. Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage.[7][8]

Pada 11 September 2020 jam 1:20 pagi, Sandra meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas lima hari terlantar dalam keadaan koma selepas terlibat dalam kemalangan tersebut.[9] Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat lima hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 16 September. Jenazah beliau dibawa pulang ke Sabah dan disemadikan di Kampung Kauluan, Tuaran.[10][11]

Diskografi

Single

  • "Hey Kau!" (2015)
  • "Ku Tak Mahu Cinta" (2016)
  • "Aku Dan Kekasih" (2017)
  • "Terkemuka" (2018)
  • "Tulus" (2020)

Rujukan

  1. ^ Othman, Kemalia (9 Mei 2016). "Sandra Gembira 'Hey Kau' Terima Respons Positif Di Indonesia". mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 21 Ogos 2016.
  2. ^ Atak, Feride Hikmet (19 April 2018). "Sandra gilap semula nama". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 19 April 2018. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  3. ^ Hashim, Qarami (4 Ogos 2020). "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
  4. ^ Jefri, Syafil Syazwan (11 September 2018). "Sandra tak duduk diam". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 25 Februari 2020.
  5. ^ Mohd Sallehuddin, Serimah (11 Ogos 2020). "Sandra jual ikan masin". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 11 Ogos 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  6. ^ Mohd Noor, Hafizul Hilmi (6 September 2020). "Kereta Sandra langgar tiga kereta". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  7. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 September 2020). "Penyanyi Sandra Dianne tak sedar diri selepas kemalangan". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  8. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 September 2020). "Sandra Dianne kemalangan". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.
  9. ^ Mohd Tahir, Sudirman (11 September 2020). "Sandra meninggal dunia". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  10. ^ Joseph, Georgie (11 September 2020). "Jenazah Sandra dikebumi di Sabah". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  11. ^ "Jenazah Sandra Dianne selama dikebumikan". Astro Awani. 11 September 2020. Diarkib daripada yang asal pada 12 September 2020.

Pautan luar