Saiful Nizen Ayob
Kelahiran Saiful Nizen bin Mohd Ayob
(1985-08-11)11 Ogos 1985
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Meninggal dunia 6 Ogos 2018(2018-08-06) (umur 32)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Sebab kematian Kegagalan buah pinggang akibat demam denggi
Nama lain Nizen Ayob
Pendidikan Diploma Seni Bina
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
Tahun aktif 2008–2018
Ibu bapa Mohd Ayob Abdul Samad (bapa)
Kamisah Nasir (ibu)

Saiful Nizen bin Mohd Ayob (11 Ogos 1985 – 6 Ogos 2018) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2008 sehingga kematiannya, beliau merupakan salah seorang bekas peserta rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim ketiga.[1][2]

Kehidupan awal

Saiful Nizen Ayob dilahirkan pada 11 Ogos 1985 di Johor Bahru, Johor kepada pasangan Mohd Ayob Abdul Samad dan Kamisah Nasri. Beliau merupakan lulusan Diploma Seni Bina di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[2]

Kerjaya

Saiful Nizen memulakan kerjaya awalnya sebagai model dan pelakon tambahan, beliau pernah meneyrtai Hero Remaja.[1] Drama pertama lakonannya ialah Ezora yang dibintangi oleh Fazura.[3] Beliau juga pernah muncul dalam 2 episod siri drama keagamaan Pintu Taubat di Astro Oasis.

Beliau merupakan salah seorang dari 16 peserta rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga, yang turut disertai oleh Reen Rahim yang bergelar juara.[4] Selepas Pilih Kasih tamat, beliau muncul sebagai Karl dalam siri drama aksi Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff.[5]

Saiful Nizen mempunyai peranan sebagai Dr. Rizal dalam drama Istikharah Cinta lakonan Zul Ariffin dan Faye Kusairi. Beliau menjayakan peranan sebagai Inspektor Nizam dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas sebanyak 3 musim dari 2015 hingga 2017.[6]

Penampilan televisyen terakhir beliau ialah drama romantik ntv7, Cinta Koko Coklat yang mana beliau memegang watak Ehsan.

Kehidupan peribadi

Saiful Nizen lahir dan membesar di Johor. Beliau mempunyai pertalian darah dengan pelakon veteran terkenal, Allahyarham S. Roomai Noor dan isteri, Allahyarhamah Umi Kalthum.[1]

Pada awal 2017, beliau mendedahkan pernah mendedahkan telah disihir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.[7]

Kematian

Beliau meninggal dunia pada 6 Ogos 2018 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat kegagalan buah pinggang berikutan demam denggi pada usia 32 tahun.[8][9][10]

Filemografi

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Ezora TV3
Obsesi TV3
Klon Teja Astro Ria
2009 Ku Milikmu TV3
Anak Si Ikan Pari-Pari Telefilem
2010 Awan Dania Astro Ria Peranan undangan
Pintu Taubat Astro Oasis 2 episod
Saham Neraka Farid TV3 Telefilem
2011 Bibah Meletup Telefilem
Ko Mohon Telefilem
2012 Pilih Kasih 3 RTM Peserta
Evolusi KL Drift: The Series Karl TV2
Dendam Sarakit Tat TV3
2013 Cinta Jannah Ustaz Talha TV3
2014 Janji Jaslina Dr Ariff TV3
Istikharah Cinta Dr. Rizal TV3
2015 Ayuni Safira Fazrin TV9
2015–17 Gerak Khas Inspektor Nizam TV2
2016 Budak Magik Johan TV3
2018 Rahsia Hati Perempuan Gani muda Astro Ria
Cinta Koko Coklat Ehsan ntv7 Penampilan TV terakhir

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Pilih Kasih N/A Finalis

Rujukan

  1. ^ a b c Menangis diberi peluang Utusan Malaysia (30 November 2015). Dicapai pada 4 Jun 2016. "Bermula dengan angan-angan, Nizen Ayob bangga dengan pencapaian peribadi".
  2. ^ a b Adnan Ibrahim (7 Ogos 2018). 11 Ogos bukan tarikh nikah arwah 'Inspektor Nizam' Berita Harian. Diperoleh pada 8 Ogos 2018.
  3. ^ Budiey (12 Mei 2008). "Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura". Sensasi Selebriti. Dicapai 3 Mac 2015. 
  4. ^ "Pilih Kasih musim ketiga bermula". Utusan Malaysia. 5 Februari 2012. Dicapai 4 Jun 2013. 
  5. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  6. ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
  7. ^ Keluar Paku Dari Badan, Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob Disihir Lagi Astro Gempak (5 September 2017). Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  8. ^ Amirul Haswendy Ashari (6 Ogos 2018). ‘Inspektor Nizam’ meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  9. ^ Nurul Fadila Awlauddin (6 Ogos 2018). Pelakon Nizen Ayob meninggal dunia Kosmo!. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  10. ^ Zaidi Mohamad (6 Ogos 2018). "'Inspektor Nizam sudah tiada'". Berita Harian. Dicapai 7 Ogos 2018. 

Pautan luar