Sabrina Ali
Kelahiran Sabrina binti Ali Dad Khan
(1980-06-26) 26 Jun 1980 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2000-kini
Pasangan
  • Mohd Shahrin Abd Halim (2006-10; bercerai)
  • Syed Amirul Syed Ahmad (2011-14; bercerai)
Anak 3
Saudara Zulkifli Khan (abang)
Miller (abang tiri)
Aliff Alli (adik tiri)
Farali Khan (adik tiri)
Isa Khan (adik tiri)
Syamsul Yusof (sepupu)
Syafiq Yusof (sepupu)
Rizal Ashreff (sepupu)
Fattah Amin (dua pupu)
Datuk Yusof Haslam (bapa saudara)

Sabrina binti Ali Dad Khan atau lebih dikenali sebagai Sabrina Ali (lahir 26 Jun 1980) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2] Beliau merupakan anak saudara penerbit filem terkenal, Dato' Yusof Haslam dan sepupu kepada Syamsul Yusof.[3]

Kehidupan awal dan keluarga

Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1980 di Kuala Lumpur dan mempunyai adik-beradik seramai lima orang, termasuk tiga adik-beradik tiri. Seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang lakonan, Miller, Aliff Alli dan Farali Khan membina nama dalam kerjaya lakonan di Indonesia. Sepupu beliau ialah pasangan adik-beradik pelakon dan pengarah filem terkenal Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof. Bapa saudara beliau ialah Dato' Yusof Haslam yang merupakan pelakon, pengarah, penerbit filem dan pengasas Skop Productions, ibu beliau merupakan kakak kepada Dato’ Yusof.

Kerjaya

Sabrina Ali dan suami menyertai musim kedua rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro,[4] bersama-sama peserta selebriti lain termasuk Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus. Beliau kemudiannya, berlakon bersama Tania Hudson dalam siri TV, Mayang Mengurai di TV3.[5]

Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Anna, bekas teman wanita Johan lakonan sepupunya.[6] Beliau kembali bekerja dengan Syamsul menerusi watak sebagai Zati, ibu tiri Maria lakonan Nabila Huda dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Munafik (2016).[7] Peranan filem beliau yang lain termasuk watak sebagai Faridah dalam Makrifat Cinta[8][9] dan sebagai Diana dalam KL Special Force.[10]

Sabrina juga muncul dalam iklan pesanan khidmat masyarakat, "#PintarkahAnda" terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Pada 13 Januari 2018, beliau melancarkan produk wangian Sphere Perfume Sweet dan Exclusive Sabrina, yang dikhususkan untuk wanita dan mesra wuduk.[11]

Kehidupan peribadi

Sabrina berkahwin sebanyak dua kali.[12] Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim yang berasal dari Singapura pada 2006, mereka memfailkan perceraian pada 2010. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Syed Amirul Syed Ahmad pada 2011 dan bercerai 3 tahun kemudian.[13][14]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2011 Khurafat Anna Syamsul Yusof Filem pertama
2016 Munafik Zati
2017 Dorm Melati Rose Eyra Rahman
2018 Makrifat Cinta Faridah Kamal G
KL Special Force Diana Syafiq Yusof

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2004 Sephia TV3
2005–08 Dilema Wanita Pelbagai watak RTM Peranan ulangan
2008 Kasih Iftitah TV3
2009 Matahari TV3
2010 Mayang Mengurai Kornilam TV3
2012 Ameera Rozi TV3
Tanah Kubur (Musim 3) Astro Oasis Episod: "Anak Angkat"
2014–kini Gerak Khas Pelbagai watak TV2 Peranan pembantu (3 episod)
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Astro Oasis Episod: "Mushahaqah"
2018 Sejuta Rasa Buat Adelia Puan Mona Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Sehati Berdansa (musim 2) Peserta Astro Ria

Iklan

Tahun Tajuk
2017 "#PintarkahAnda"

Rujukan

  1. ^ "Sabrina Ali selesa berlakon filem seram". Astro Gempak. 17 Januari 2017. Dicapai 7 Februari 2018. 
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (18 April 2018). Sabrina Ali hanya terima watak sesuai mStar Online. Dicapai pada 25 April 2018.
  3. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (20 Februari 2016). Sabrina bangkit daripada kemurungan Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2017.
  4. ^ Sein Ruffedge dan Nana bercerai
  5. ^ Raja Intan Dianna Raja Azaham (18 Januari 2010). "Mayang Mengurai, Rapunzel Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai 8 Julai 2018. 
  6. ^ Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat', mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.
  7. ^ "Munafik bukan sekadar seram". Utusan Malaysia. 7 Februari 2016. Dicapai 16 April 2016. 
  8. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai 6 Februari 2018. 
  9. ^ Nadzarul Amir Zainal Azam (25 Januari 2018). "Makrifat cinta Syamsul, Balqis, Sabrina". Kosmo!. Dicapai 6 Februari 2018. 
  10. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai 7 Februari 2018. 
  11. ^ "Actress Sabrina Ali launches wudhu friendly perfumw". The Sun Daily. 13 Januari 2018. Dicapai 5 April 2018. 
  12. ^ Hanis Zainal, Allison Yap, R. Aravinthan (25 December 2017). After two divorces, Sabrina now fears marriage The Star (Malaysia). Diperoleh pada 5 April 2018.
  13. ^ Nur Asyikin Mayudin (15 Disember 2017). Dua kali gagal, Sabrina Ali belum sedia nak kahwin lagi mStar Online. Diperoleh pada 2 April 2018.
  14. ^ Nor Eryani Yusup (19 Disember 2017). Sabrina Ali belum sedia kahwin lagi Kosmo!. Diperoleh pada 2 April 2018.

Pautan luar