Koordinat: 60°N 90°E / 60°N 90°E / 60; 90

Persekutuan Rusia
Russian Federation

  • Российская Федерация (Bahasa Rusia)
  • Rossiyskaya Federatsiya
Bendera Rusia
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Lagu kebangsaan: 
"Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii"
"Lagu Negara Persekutuan Rusia"
Lokasi Rusia dengan Krimea dalam hijau muda. [a]
Lokasi Rusia dengan Krimea dalam hijau muda. [a]
Ibu negara
dan bandar terbesar
Moscow
55°45′N 37°37′E / 55.750°N 37.617°E / 55.750; 37.617
Bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan
Rusia
Bahasa kebangsaan yang diiktirafLihat Bahasa-bahasa Rusia
Kumpulan etnik
(2010)
Agama
73% Kristian
—70% Ortodoks Rusia
—3% Christian
15% Tiada agama
10% Islam
2% Lain
DemonimOrang Rusia
KerajaanRepublik berperlembagaan separa presiden parti dominan persekutuan
• Presiden
Vladimir Putin
Mikhail Mishustin
Valentina Matviyenko
Vyacheslav Volodin
Vyacheslav Lebedev
PerundanganPerhimpunan Persekutuan
Majlis Persekutuan
Duma Negara
Pembentukan
862
• Rus' Kiev
879
1283
16 Januari 1547
22 Oktober 1721
15 Mac 1917
8 Disember 1991[b]
12 Disember 1993
18 Mac 2014
4 Julai 2020
Keluasan
• Jumlah
17,098,246 km2 (6,601,670 bt2)[3] (tanpa Krimea)[c] (Ke-1)
• Air (%)
13[5] (termasuk kawasan paya)
Penduduk
• Anggaran 2020
(ke-9)
• Kepadatan
8.4/km2 (21.8/sq mi) (ke-225)
KDNK (PPP)Anggaran 2020 
• Jumlah
$4.519 trillion[7] (ke-5)
• Per kapita
$30,819[7] (ke-50)
KDNK (nominal)Anggaran 2020 
• Jumlah
$1.657 trillion[7] (ke-11)
• Per kapita
$11,305[7] (ke-61)
Gini (2018)negative increase 37.5[8]
sederhana · ke-98
HDI (2018) 0.824[9]
sangat tinggi · ke-49
Mata wangRuble Rusia () (RUB)
Zon masaUTC+2 ke +12
Format tarikhdd.mm.yyyy
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+7
Kod ISO 3166RU
DPT Internet

Rusia,[d], atau Persekutuan Rusia,[10][e], ialah sebuah negara rentas benua yang terletak di Eropah Timur dan Asia Utara. Dengan meliputi kawasan seluas 17,125,200 kilometer persegi (6,612,100 bt2),[11] ia merupakan negara terbesar di dunia mengikut keluasan, merentangi lebih daripada satu perlapan kawasan tanah yang didiami di Bumi,[12][13] menjangkau sebelas zon masa, dan bersempadan dengan 16 negara berdaulat. Wilayah Rusia meluas dari Laut Baltik di barat ke Lautan Pasifik di Timur, dan dari Lautan Artik di utara ke Laut Hitam dan Caucasus di selatan. Dengan 146.7 juta penduduk tinggal dalam 85 Subjek Persekutuan negara tersebut,[6] Rusia merupakan negara paling ramai penduduk di Eropah dan negara paling ramai penduduk kesembilan di dunia.[14][15] Bandar terbesar dan ibu negara Rusia ialah Moscow; kawasan bandar utama yang lain termasuk Saint Petersburg, Novosibirsk, Yekaterinburg, Nizhny Novgorod, Kazan dan Chelyabinsk.

Etimologi

Nama asal negara ini ialah Rus' (Русь), sebuah negara zaman pertengahan yang diduduki oleh kaum Slav Timur. Akan tetapi, nama khas ini lebih menonjol kemudian, maka negara ini mendapat gelaran "Russkaya Zemlya" (Русская Земля), iaitu "Tanah Rus'". Untuk membezakan negara ini daripada negeri-negeri lain yang berasal daripadanya, ia digelar Kievan Rus' dalam kerja historiografi moden.

Nama Rus' ada satu nama Latin lama itu Ruthenia yang lazimnya digunakan untuk kawasan barat dan selatan Rus' yang berdekatan dengan rantau Eropah Katolik. Nama negara ini sekarang, "Rossiya" (Россия), berasal dari nama Rus' versi Yunani iaitu Rosía (Ρωσία) iaitu nama Kievan Rus' dalam Empayar Byzantium.[16]

Sejarah

Sejarah Rusia bermula dengan kisah silam kaum Slav Timur.[17][18] Tarikh permulaan tradisi sejarah Rusia spesifik adalah penubuhan negara Rus di utara pada tahun 862 yang diperintah oleh Viking.[19] Rus Kiev, negara Slav Timur bersatu yang pertama, ditubuhkan oleh pewaris Rurik, Oleg dari Novgorod pada tahun 882.[20] Negara ini memeluk agama Kristian daripada Empayar Byzantium pada tahun 988,[21] maka bermulanya persepaduan kebudayaan Bizantium dan Slav yang mencorakkan budaya Rusia selama seabad yang seterusnya.[22] Kievan Rus' akhirnya cerai-berai akibat Serangan Mongol terhadap Rus' pada tahun 1237–1240. Ketika itu, munculnya sebilangan kuasa serantau, khususnya Novgorod dan Pskov, yang merebut warisan budaya dan politik Kievan Rus'.

Selepas abad ke-13, Moscow mulai mendominasi bekas pusat kebudayaan itu.[22] Pada tahun 1547, Adipati Agung Ivan Ganas ditabalkan sebagai Tsar pertama Rusia. Menjelang abad ke-18, Duci Agung Moscow berkembang menjadi Empayar Rusia yang terbentang luas dari Komanwel Poland-Lithuania ke arah timur hingga Lautan Pasifik. Peluasan wilayah ke arah barat mencelikkan lagi kefahaman Rusia akan betapa terpisahnya dariada seluruh Eropah, sekaligus memecahkan keterpencilan yang dialaminya pada awal peluasan. Rejim demi rejim yang bersilih-ganti pada abad ke-19 menangani tekanan sedemikian dengan pembaharuan yang tidak bersungguh-sungguh serta penindasan. Perhambaan di Rusia dimansuhkan pada tahun 1861, tetapi pemansuhan itu tercapai atas dasar-dasar yang tidak menyebelahi kaum petani dan terus menghangatkan lagi tekanan untuk berrevolusi. Dari masa pemansuhan perhambaan hingga meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, pembaharuan Stolypin, perlembagaan 1906 dan Duma Negara melakukan perubahan ketara pada ekonomi dan politik Rusia,[23]tetapi tsar (maharaja) masih tidak sanggup melepaskan pemerintahan autokrasi atau berkongsi kuasa.[24] Akhirnya, kerakusan kuasa kerabat diraja membawa padah kepada Tsar Nikolai II selaku Maharaja terakhir yang digulingkan di penghujung Perang Dunia Pertama.

Revolusi Rusia pada tahun 1917 dicetuskan oleh keruntuhan ekonomi, kelelahan daripada berperang, dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem kerajaan autokratik, sehingga pemerintahan beraja diganti oleh kerajaan sementara campuran liberal dan sosialis sederhana, tetapi kegagalan dasar-dasar mereka menyebabkan pada 25 Oktober, tampuk pemerintahan negara ini jatuh di tangan Bolshevik Komunis yang memerintah secara sistem satu parti[25] mulai tahun 1918. Pada tahun 1922, Rusia bersama beberapa republik lain di Eropah Timur yang memeluk fahaman sosialis membentuk Kesatuan Soviet, sebuah negara berasaskan ideologi komunisme yang kemudiannya disertai oleh beberapa lagi republik sosialis yang berjiran dengannya di Eropah Timur dan Asia Barat dan Tengah. Bagaimanapun, pendekatan sosialisme yang diamalkan oleh Kesatuan Soviet berbeza-beza dari zaman ke zaman, bermula dengan ekonomi campuran dan kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan pada tahun 1920-an yang digantikan oleh ekonomi perancangan pusat dan kezaliman zaman Joseph Stalin hingga "zaman genangan" pada 1980-an. Di sebalik keperitan itu, Kesatuan Soviet tetap melakar detik-detik terpenting dalam sejarah manusia, misalnya menyertai Pihak Berikat yang menjadi pihak yang menang dalam Perang Dunia Kedua (1937–1945) ke atas ancaman Kuasa Paksi (Jerman Nazi dan Empayar Jepun), cuba meluaskan ideologi dan pengaruh Komunisme ke seluruh dunia hingga membimbangkan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain lalu mencetuskan Perang Dingin yang berlarutan sejak akhir Perang Dunia hingga akhir 1980-an; melancarkan satelit buatan manusia pertama serta menghantar manusia pertama, Yuri Gagarin, ke angkasa lepas. Pada akhir 1980-an, akibat kelemahan struktur ekonomi dan politik yang makin meruncing, kepimpinan Komunis melakukan pembaharuan besar-besaran yang menyebabkan tumbangnya Kesatuan Soviet.[26]

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1991, Persekutuan Rusia diakui sebagai pewaris sah kepada Kesatuan Soviet di mata dunia.[27] Bagaimanapun, Rusia kehilangan taraf kuasa terbesarnya kerana berdepan dengan cabaran getir dalam usahanya untuk membentuk sistem politik dan ekonomi pasca-Soviet yang baru. Dengan menggugurkan ekonomi terancang sosialis dan pemiliknegaraan harta dari zaman Soviet, Rusia cuba membina ekonomi yang berunsur kapitalisme pasaran tetapi tidak kurang mendapat hasil yang memilukan.[26] Sehingga hari ini, Rusia mewarisi banyak kesinambungan budaya politik dan struktur sosialnya daripada zaman silam tsar dan Soviet.

Politik

Pemerintahan

President Vladimir Putin.jpg Mikhail Mishustin (2020-07-09).jpg
Vladimir Putin
Presiden
Mikhail Mishustin
Coat of Arms of the Russian Federation 2.svg Perdana Menteri

Menurut Perlembagaan Rusia, negara ini merupakan sebuah persekutuan asimetrik dan republik separa presiden. Presiden ialah ketua negara[28] dan Perdana Menteri ialah ketua kerajaan. Persekutuan Rusia pada dasarnya berstruktur demokrasi berperwakilan berbilang parti, dengan kerajaan persekutuan yang terdiri daripada tiga cabang:

Presiden dipilih oleh rakyat mengundi untuk penggal enam tahun (layak hingga dua penggal sahaja, tetapi bukan penggal ketiga berturut-turut).[29] Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan timbalan-timbalan, menteri-menteri, dan individu-individu lain yang terpilih; kesemua mereka dilantik oleh Presiden atas nasihat Perdana Menteri (sementara pelantikan Perdana Menteri memerlukan persetujuan Duma Negara). Parti-parti politik utama di Rusia termasuk Rusia Bersatu, the Parti Komunis, the Parti Demokratik Liberal Rusia, dan Rusia Adil. Pada tahun 2019, Rusia diletakkan di tempat ke-134 daripada 167 negara dalam Indeks Demokrasi, yang disusun oleh Unit Perisikan The Economist,[30] sementara Projek Keadilan Dunia, setakat tahun 2014, meletakkan Rusia di tempat ke-80 daripada 99 negara ditinjau dari segi peraturan perundangan.[31]

Bahagian politik

Map of federal subjects of Russia (2014).svg
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Akhmad Kadyrov, bekas pemberontak dan ketua Republik Chechen, 2000
Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Presiden Tatarstan Mintimer Shaimiyev di Kazan, ibu kota Tatarstan, 2011
Subjek persekutuan

Mengikut Perlembagaan, negara tersebut terdiri daripada lapan puluh lima subjek persekutuan,[32] termasuk Republik Krimea dan bandar raya persekutuan Sevastopol yang dipertikai.[33] Pada tahun 1993, apabila Perlembagaan diguna pakai, terdapat lapan puluh sembilan subjek persekutuan yang disenaraikan, tetapi kemudian ada sesetengah daripada mereka digabungkan. Subjek-subjek tersebut mempunyai perwakilan sama rata—dua wakil untuk setiap subjek—dalam Majlis Persekutuan.[34] Bagaimanapun, subjek-subjek ini berbeza dari segi tahap autonomi yang dinikmati.

  • 46 oblast (wilayah): jenis subjek persekutuan yang terbanyak, dengan gabenor lantikan persekutuan dan perundangan lantikan setempat.
  • 22 republik: berautonomi atas nama; setiap satu mempunyai perlembagaan, presiden dan parliment sendiri. Republik dibenarkan menetapkan bahasa rasmi sendiri di samping bahasa Rusia tetapi diwakili oleh kerajaan persekutuan dalam hal-ehwal luar negara. Republik dimaksudkan sebagai tanah air kelompok etnik minoriti tertentu.
  • 9 krai (jajahan): pokoknya sama dengan oblast. Nama "krai" adalah bersejarah, asalnya diberikan kepada kawasan sempadan dan juga bahagian pentadbiran yang terdiri daripada okrug berautonomi atau oblast berautonomi.
  • 4 okrug (negeri autonomi): asalnya entiti berautonomi dalam oblast dan krai yang dibentuk untuk kelompok minoriti etnik, tarafnya dinaikkan kepada subjek persekutuan pada 1990-an. Semua pentadbiran okrug berautonomi masih tertakluk kepada krai atau oblast yang dianggotainya kecuali Negeri autonomi Chukotka.
  • 1 oblast autonomi (Wilayah autonomi Yahudi): asalnya oblast berautonomi selaku unit pentadbiran di bawah taklukan krai. Pada tahun 1990, semuanya kecuali WA Yahudi dinaik taraf kepada republik.
  • 3 bandar persekutuan (Moscow, St. Petersburg dan Sevastopol): bandaraya besar yang berfungsi sebagai kawasan berasingan.
Daerah persekutuan

Subjek-subjek persekutuan dikumpulkan kepada lapan daerah persekutuan, setiap satunya ditadbir oleh seorang duta lantikan Presiden Rusia.[35] Berbeza dengan subjek persekutuan, daerah persekutuan ini bukan peringkat kerajaan subnasional, sebaliknya merupakan tahap pentadbiran dalam kerajaan persekutuan. Duta daerah persekutuan berkhidmat sebagai penghubung antara subjek-subjek dan kerajaan persekutuan, dan bertanggungjawab terutamanya untuk memantau kepatuhan subjek-subjek dengan undang-undang persekutuan.

Geografi

Rusia merupakan negara terbesar di dunia; jumlah keluasannya ialah 17,075,200 kilometer persegi (6,592,800 bt2).[36][37] Hal ini menjadikannya lebih besar daripada benua Oceania, Eropah dan Antartika. Ia terletak di antara latitud 41° dan 82° N, dan longitud 19° E and 169° W.

Perkembangan wilayah Rusia adalah sebahagian besar dicapai pada akhir abad ke-16 di bawah Cossack Yermak Timofeyevich semasa pemerintahan Ivan Ganas, pada suatu masa apabila negara kota yang bersaing di kawasan barat Rusia berkumpul bersama untuk membentuk sebuah negara. Yermak mengumpulkan sebuah pasukan tentera dan menolaknya ke timur. Beliau menawan hampir kesemua tanah yang pernah dimiliki Orang Mongol, menewaskan pemerintah mereka, Khan Kuchum.[38]

Rusia mempunyai sebuah tapak sumber asli yang luas, termasuk deposit utama kayu balak, petroleum, gas asli, batu arang, bijih dan sumber mineral yang lain.

Ekonomi

Ekonomi Rusia merupakan sebuah ekonomi pendapatan tengah atas[39] campuran dan peralihan. Ia merupakan ekonomi negara terbesar kelima di Eropah, KDNK nominal terbesar kesebelas di dunia, dan ekonomi negara terbesar kelima di dunia mengikut pariti kuasa beli.

Demografik

Bahasa

Kebudayaan

Lihat juga