Rumah Kedai | |
---|---|
Genre | Komedi, drama, keluarga |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Rumah Kedai" |
Lagu penutup | "Rumah Kedai" |
Penggubah | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 180 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 23 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i (NTSC) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 18 April 1988 – 24 Mac 1993 |
Rumah Kedai ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia yang disiarkan di TV3. Siri ini disiarkan setiap hari dalam bulan Ramadan pada jam 5.30-6.00 petang (Isnin-Jumaat) dan 4.40-5.00 petang (Sabtu-Ahad). Siri ini disiarkan sebanyak 6 musim yang bersiaran dari 18 April 1988 hingga 24 Mac 1993. Drama ini berjaya mengangkat jenama pelawak Sudiro Sukiman, Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris ke peringkat yang membanggakan dalam bidang seni lawak jenaka tanah air.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]
Rumah Kedai mendapat sambutan hangat di kaca televisyen dan diteruskan sehingga musim keenam pada 1993. Ketika era kegemilangannya, drama ini begitu dinantikan terutama ketika menjelang waktu berbuka puasa. Drama ini membawa mesej kemasyarakatan dan dibawa dengan komedi santai.[2]
Menurut majalah Tele-skop, "siri ini lebih bertemakan soal-soal moral, keagamaan, politik dan keluarga".[petikan diperlukan] Rumah Kedai telah disenaraikan sebagai salah satu rancangan TV tempatan 1980-an dan 1990-an yang masih diingati oleh Free Malaysia Today.[3]
Versi baru sitkom Rumah Kedai memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2013 dibintangi oleh Didie Alias, Kazar Saisi, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Leyana, Nadiya Nisaa, Rozita Che Wan dan Talha Harith.[4]