Untuk kegunaan lain, sila lihat Rom (nyahkekaburan).
Roma
Latar langit di Roma
Bendera Roma
Bendera
Nama panggilan: The Eternal City
Moto: Senātus Populusque Rōmānus (SPQR)  (Latin)
Negara Itali
Kawasan Lazio
Wilayah Rom (RM)
Diasaskan 21 April 753 SM (tradisional)
Pentadbiran
 • Mayor Gianni Alemanno
Keluasan
 • Bandar [[1 E+Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali_m²|1,285.3 km2]] (496.2 batu persegi)
Paras +20 m (66 ft)
Penduduk (31 Januari 2009)[1]
 • Bandar 2,722,907
 • Kepadatan 2,118/km2 (5,487/batu persegi)
 • Bandar 3,457,690
 • Metro 3,700,000
Zon waktu CET (UTC+1)
 • Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Poskod 00121 to 00199
Kod kawasan 06
Santo penaung Santo Peter dan Santo Paul
Laman web comune.roma.it

Rom (disebut /roʊm/; Bahasa Itali: Roma, disebut [ˈroma]; Bahasa Latin: Roma; Bahasa Inggeris: Rome) merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala penduduk kawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta oleh Eurostat.[2] OECD menganggarkan Kawasan metropolitan Rom mempunyai 3.7 juta penduduk.[3] Bandar ini terletak di bahagian barat-tengah Semenanjung Itali, di sungai Tiber.

Rom juga sering dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik dan ketua uskupnya, Paus. Satu enklaf Rom ialah Kerajaan Kota Vatican, wilayah berdaulat Takhta Suci dan negara paling kecil di dunia.

Sebagai satu daripada beberapa bandar utama Eropah yang terselamat dari Perang Dunia Kedua, Rom tengah pada dasarnya kekal dengan ciri Renaissance dan Baroque seperti biasa. Rom adalah destinasi pelancong ketiga paling dilawati dalam Kesatuan Eropah,[4] dan pusat sejarah disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia [5]. Seperti satu bandar moden ia menjadi ibu negara Itali semenjak 1870, dan bertumbuh terutamanya dalam dua jangka masa salah satu sisi Perang Dunia II.

Asal Usul

Pada 21 April 753S.M, Romulus telah membuka sebuah bandar di sini, di Lembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada masa itu. Pada tahun 1509, Rom telah menubuhkan sistem Republik selepas rakyat bangun menentang rajanya yang memerintah secara mutlak. Penentangan ini dipimpin oleh golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician. Pada masa kedua Masihi, telah wujudnya Majlis Perbandaran untuk mentadbir bandar- bandar di Rom. Pada masa yang sama, Pompei dijadikan bandar contoh. Tamadun Rom merupakan salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, selain Tamadun Yunani, Indus, India, China dan sebagainya.

Ekonomi

Dengan KDNK 2005 €94.376 bilion (AS$121.5 bilion),[6] bandar raya itu menghasilkan 6.7% daripada KDNK negara (lebih daripada mana-mana bandar raya yang lain di Itali), dan kadar penganggurannya, dikurangkan dari 11.1% ke 6.5% di antara 2001 dan 2005, kini adalah salah satu daripada kadar terendah di semua ibu negara Kesatuan Eropah.[6] Rom bertumbuh +4,4% setiap tahun dan terus bertumbuh pada satu kadar yang tinggi dalam perbandingan dengan mana-mana bandar lain dalam negara itu.[6]

Bandar berkembar

Rom mempunyai satu bandar berkembar, dan sejumlah bandar rakan kongsi:

Bandar berkembar