Richard Matthew Stallman
Portrait - Denmark DTU 2007-3-31.jpg
Richard Stallman di DTU di Denmark 2007
Kelahiran (1953-03-16) 16 Mac 1953 (umur 67)
New York City, New York
Nama lainrms
PekerjaanPresiden Yayasan Perisian Bebas
Gerakan politikGerakan perisian bebas
Laman webwww.stallman.org

Richard Matthew Stallman (lahir 16 Mac 1953), juga disingkatkan kepada "rms",[2] ialah seorang aktivis kebebasan perisian, penggodam (pengatur cara), [3] dan pembangun perisian Amerika Syarikat. Pada September 1983, beliau melancarkan Projek GNU[4] untuk mencipta sistem pengendalian ala Unix bebas, dan ialah pengurus dan arkitek utama. Dengan pelancaran Projek GNU, beliau membentuk gerakan perisian bebas dan, pada Oktober 1985, menubuhkan Yayasan Perisian Bebas.

Stallman mencipta konsep nyah hak cipta (copyleft) dan pengarang utama banyak lesen copyleft termasuklah Lesen Awam Am GNU, lesen perisian bebas yang banyak digunakan.[5] Sejak pertengahan 1990-an, Stallman telah menggunakan banyak daripada masanya menyokong perisian bebas, dan menentang paten perisian dan apa yang beliau melihat sebagai undang-undang hak cipta yang berlebihan. Stallman telah juga memajukan perisian, termasuk Emacs asal, Koleksi Pengkompil GNU (GNU Compiler Collection), dan Penyahpepijat GNU (GNU Debugger). Beliau menubuhkan Liga Kebebasan Pengaturcaraan pada tahun 1989.

Kehidupan awal

Stallman anak kepada Daniel Stallman dan Alice Lippman dan dilahirkan pada tahun 1953 di New York City, New York.

Lihat juga