Rahah Mohamed Noah | |
---|---|
Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-2 | |
Dalam jawatan 22 September 1970 – 14 Januari 1976 | |
Raja | Abdul Halim Yahya Petra |
Perdana Menteri | Abdul Razak Hussein |
Didahului oleh | Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah |
Digantikan oleh | Suhailah Mohamed Noah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Muar, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Tanah Melayu British (kini Malaysia | 11 Jun 1933
Meninggal dunia | 18 Disember 2020 Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 87)
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Pasangan | Abdul Razak Hussein (k. 1952; m. 1976) |
Anak-anak | Mohd Najib Ahmad Johari Mohd Nizam Mohd Nazir Mohd Nazim |
Allahyarhamah Tun Hajah Rahah binti Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah (11 Jun 1933 - 18 Disember 2020) ialah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato' Hussein dan ibu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib. Beliau ialah anak kepada allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar, bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur, Malaysia.
Rahah dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor. Beliau ialah anak kedua daripada empat beradik dan anak kepada Mohamad Noah Omar. Semasa bersekolah di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Rahah diperkenalkan kepada Abdul Razak Hussein yang pada ketika itu sudah menjadi ahli aktif parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) oleh Taib Andak, rakan kepada Abdul Razak semasa belajar di London. Abdul Razak dan Rahah berkahwin pada 4 September 1952.[1]
Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. Sebagai pasangan perdana menteri, Rahah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).[1] Pada tahun 1976, suami beliau meninggal dunia, meninggalkan Rahah menjadi balu pada usia 43 tahun.
Rahah ialah canselor Universiti Tun Abdul Razak, universiti yang ditubuhkan untuk memperingati jasa suaminya.[1] Oleh kerana Abdul Razak ialah perdana menteri yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Republik Rakyat China, semua duta besar China membuat kunjungan hormat kepada Rahah setelah tiba di Malaysia.[2]
Dalam satu temu bual bersama Rahah pada tahun 2011, beliau berkata bahawa beliau menghabiskan sebahagian besar masanya menghadiri kelas agama bersama dengan rakan-rakan.[3]
Tun Rahah meninggal dunia pada 18 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.[4]
Tun Rahah telah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara bagi mengenang jasa beliau sebagai seorang tokoh wanita negara dan telah disempurnakan di Lingkaran Makam Pahlawan pada 19 Disember 2020.[5]
Suami beliau, Tun Abdul Razak Hussein disemadikan di Makam Pahlawan bersama abang iparnya, Tun Hussein Onn, manakala bapanya, Tan Sri Mohamed Noah Omar dan kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah disemadikan bersama beliau di Lingkaran Makam Pahlawan.
Abdul Razak dan Rahah mempunyai lima orang anak:[1]
Kakak kepada Rahah, Suhaila, berkahwin dengan pengganti Abdul Razak sebagai perdana menteri, Hussein Onn.[7]