Pyongyang (ڤيوڠيڠ)
Bandaraya pemerintahan langsung
Bandaraya Pemerintahan Langsung Pyongyang
Transkripsi  
 • Chosŏn'gŭl평양직할시
 • Hancha直轄市
 • McCune-ReischauerP'yŏngyang Chikhalsi
 • Perumian SemakanPyeongyang Jikhalsi
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Pemandangan bandaraya, Menara Juche, Istana Matahari Kumsusan, Gerbang Kemenangan, Gerbang Penyatuan Semula, Makam Dongmyeong dari Goguryeo dan Stesen Puhŭng, Metro Pyongyang
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Pemandangan bandaraya, Menara Juche, Istana Matahari Kumsusan, Gerbang Kemenangan, Gerbang Penyatuan Semula, Makam Dongmyeong dari Goguryeo dan Stesen Puhŭng, Metro Pyongyang
Nama panggilan: 
력동적 로동 (Korea: "Buruh yang Dinamik")
NegaraKorea Utara
KawasanP'yŏngan
Diasaskan1122 S.M.
Luas
 • Jumlah3,194 km2 (1,233 batu persegi)
Ketinggian
27 m (89 ft)
Populasi
 • Jumlah2,581,076
Zon waktuUTC+8:30 (PYT)
 • Musim panas (DST)UTC+8:30 (Tiada)
Hangul평양 직할시
Hanja平壤直轄市
Perumian SemakanPyeongyang Jikhalsi
McCune–ReischauerP'yŏngyang Chikhalsi

Pyongyang (Korea: 평양, 平壤) merupakan ibu negara bagi Republik Demokratik Rakyat Korea atau Korea Utara dan ia adalah bandar terbesar di negara itu. Bandaraya ini terletak di tebing Sungai Taedong. Populasi rasmi bandaraya ini tidak diumumkan; diberi 2,741,260 pada tahun 1993, dan dilaporkan pada 2.5 dan 3.8 juta pada tahun 2002 dan 2003 oleh Chongryon, sebuah pertubuhan penyokong Korea Utara di Jepun.

Bandaraya ini dipisahkan dari wilayah P'yŏngan Selatan pada tahun 1946 dan ditadbir sebagai sebuah Bandaraya Pemerintahan Langsung (직할시, Chikhalsi), pada peringkat yang sama seperti kerajaan wilayah, bukannya Bandaraya Khas (특별시, Teukbyeolsi) seperti di Seoul, Korea Selatan. Sesetengah sumber mengatakan, kebanyakan golongan tua dan rakyat Korea Selatan, menggelar P'yŏngyang sebagai Bandaraya Khas, tetapi pernah dilaporkan juga bahawa kerajaan Korea Selatan pula diberikan status Bandaraya Pemerintahan Langsung pada tahun 1994.

Sejarah

Pemandangan satelit P'yŏngyang.

Pada tahun 1955, sebuah desa kuno besar di kawasan P'yŏngyang bernama Kǔmtan-ni dikorek oleh ahli arkeologi yang menemui pendudukan prasejarah dari zaman tembikar Chǔlmun dan Mumun[2].

Menurut legenda, kota ini diasaskan pada tahun 2333 SM dengan nama Wanggŏmsŏng (왕검성; 王儉城) dan menjadi sebuah bandaraya utama pada zaman Gojoseon.

Pada tahun 108 SM, China Dinasti Han menawan Gojoseon dan ibu negara Komanderi Lelang terletak berhampiran Pyongyang. Lelang kekal sebagai sebuah kota kara komersial dan kebudayaan yang penting sehingga diranapkan oleh kerajaan Goguryeo yang berkembang pada tahun 313.

Goguryeo berpindah ke ibu negerinya di sini pada tahun 427. China Dinasti Tang dan Silla bersekutu lalu menumbangkan Goguryeo pada tahun 668. Pada tahun 676, Pyongyang dirampas oleh Silla tetapi meninggalkannya di sempadan dengan Balhae sehingga dinasti Goryeo, apabila kota ini dibangkitkan semula sebagai Sŏgyŏng (서경; 西京; "Ibu Kota Barat") meskipun tidak pernah dijadikan ibu negeri Goryeo. Kota ini menjadi ibu wilayah P'yŏngan pada dinasti Joseon, ibu wilayah P'yŏngan Selatan sejak tahun 1896 dan melalui zaman pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1945, pemerintahan Jepun berakhir dan Pyongyang diduduki tentera Soviet, lalu menjadi ibu negara sementara Republik Rakyat Demokratik Korea yang baru ditubuhkan pada tahun 1948 dan hendak menawan semula ibu negara rasminya pada masa itu iaitu Seoul. Pyongyang nyrais ranap dalam Perang Korea, apabila diduduki tentera Korea Selatan untuk masa yang singkat. Selepas perang, bandaraya ini dibina semula dengan cepatnya dengan bantuan Soviet, maka banyak bangunan dibina berteraskan seni bina Leninis-Stalinis.

Pembahagian pentadbiran

P'yŏngyang dibahagi kepada 19 wad (ku- atau guyŏk) (kawasan bandaraya sebenar) dan 4 daerah (kun atau gun). [3]