Presiden
Republik Uruguay
Presidential Standard of Uruguay (On Land).svg
Presiden Uruguay
Visita Oficial del Presidente de Uruguay 2 (cropped).jpg
Penyandang
Tabaré Vázquez

sejak 1 Mac 2015
KediamanResidencia de Suarez
PelantikPilihan raya umum Uruguay 2014
TempohLima tahun, tidak diperbahrui
Pemegang sulungFructuoso Rivera
Pembentukan6 November 1830
TimbalanVice President of Uruguay
Gaji11,634 USD sebulan[1]
Laman webpresidencia.gub.uy

Presiden Uruguay juga dikenali sebagai Presiden Oriental Republik Uruguay merupakan ketua negara dan ketua kerajaan di negara Uruguay dan diperakukan di dalam Perlembagaan Uruguay. Bidang tugas seseorang Presiden adalah bersama-sama dengan Pejabat Sektariat Presiden, Lembaga Menteri dan pengarah utama eksekutif bagi proses perancangan ekonomi dan belanjawan negara. Di dalam kes ketidakhadiran seseorang Presiden atas tugas-tugas rasmi, tempatnya akan dipangku sementara oleh Timbalan Presiden Uruguay. Presiden juga merupakan komander utama bagi semua pasukannangkatan tentera Uruguay.

Mengikut Perlembagaan Uruguay 1967 atau Perlembagaan Uruguay 1997, sesorang Presiden ditentukan berdasarkan undi popular rakyat dan menjabat jawatan tersebut selama lima tahun sepenggal (tiada tempoh masa untuk diperbahrui). Setiap kali pilihan raya umum, parti-parti di Uruguay boleh manghantar dua orang calon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di peringkat pusingan pertama. Bagi yang memperoleh majoriti 50%+1 di peringkat tersebut, dua calon teratas akan layak untuk bertanding di peringkat pusingan kedua bagi penentuan ke jawatan Presiden.

Sejak tahun 1990, penggal mula jawatan Presiden ditetapkan setiap 1 Mac dan tamat juga pada 1 Mac, lima tahun kemudian. Presiden Uruguay terkini ialah Tabaré Vásquez.

Bidang kuasa

Berdasarkan Artikel 168 Perlembagaan Uruguay, seseorang presiden mempunyai fungsi-fungsi tertentu antaranya:

  1. Memelihara ketenteraman awam, kedamaian bersama dan keselamatan negara.
  2. Komander utama semua pasukan angkatan tentera Uruguay.
  3. Pengisytiharan semua undang-undang, mengeluarkan peraturan khas yang diperlukan untuk pelaksanaannya.
  4. Merasmikan pembukaan penggal Dewan Rendah Uruguay.
  5. Berhak untuk mencadangkan bil atau pindaan kepada undang-undang yang sebelum ini digubal.
  6. Berhak untuk membuat undang-undang veto apa yang beliau tidak berkenan.
  7. Berhak melakukann pemberhentian mana-mana penjawat awam jika melakukan salahlaku, atau ketidakseimbangan politik.
  8. Pengurusan hubungan diplomatik dan dengan persetujuan badan perundangan negara serta berhak untuk mengisytiharkan perang.
  9. Berhak untuk mengisytiharkan keadaan kecemasan atau darurat apabila diperlukan.
  10. Menyediakan draf dan perancangan belanjawan negara.
  11. Berhak membuat rundingan perjanjian diplomatik atau dalaman dengan pengesahan dan nasihat dari jabatan perundangan negara.

Senarai Presiden Uruguay

Keputusan pilihan raya umum Uruguay 2019

Pada 25 November 2019, keputusan awal tidak rasmi di dalam pusingan kedua menunjukkan Lacalle Pou, mendahului dengan majoriti (48.71%) jumlah pengundi ketika itu sebanyak 28,666 undi manakala Martínez sekadar dengan (47.51%). Proses pengumuman pemenang lewat kerana sebanyak 35,229 undi diperlukan untuk dikira. Pada 28 November 2019, Martínez kemudian mengakui kekalahannya. Pada 30 November 2019, undi terakhir mengesahkan Lacalle Pou sebagai pemenang dengan majoriti tipis memperoleh peratus undian 48.8% daripada jumlah undian yang dibuang manakala Martínez dengan peratus undian 47.3%. Luis Alberto Lacalle Pou dijangka mengangkat sumpah jawatan Presiden Uruguay ke-64 pada 1 Mac 2020.


Keputusan pilihan raya umum Uruguay 2014

s • b 'Ringkasan keputusan pada 26 Oktober 2014 Pilihan raya umum Uruguay 2014
dan pada 30 November 2014 bagi pusingan kedua.'
Parti bertanding
Calon Presiden
Pusingan pertama (Pilihan raya umum) Pusingan kedua
(Penentuan Presiden)
Undi % Kerusi
Bertanding +/– Senat +/– Undi %
Broad Front (Uruguay)
Tabaré Vázquez
1,134,187 49.45 50 0 15 –1 1,226,105 56.63
Parti Kebangsaan (Uruguay)
Luis Alberto Lacalle Pou
732,601 31.94 32 +2 10 +1 939,074 43.37
Parti Colorado (Uruguay)
Pedro Bordaberry
305,699 13.33 13 –4 4 –1
Parti Bebas (Uruguay)
Pablo Mieres
73,379 3.20 3 +1 1 +1
Popular Unity (Uruguay)
Gonzalo Abella
26,869 1.17 1 +1 0 0
Partido Ecologista Radical Intransigente
César Vega
17,835 0.78 0 N/A 0 N/A
Workers' Party
Rafael Fernández
3,218 0.14 0 N/A 0 N/A
Jumlah 2,372,117 100 99 0 30 0 2,321,230 100
Undi tidak sah / rosak 78,329 156,051
Pengundi berdaftar / turnout 2,620,791 90.51 2,620,791 88.57
Sumber: Corte Electoral, Buenos Aires Herald


Mantan Presiden yang masih hidup


Rujukan

Pautan luar