PORTAL BIOGRAFI
Biografi (dari perkataan Greek bios bererti "hidup", dan graphein bererti "tulis") merupakan genre penulisan atau bentuk media lain seperti filem, berasaskan penulisan mengenai kehidupan seseorang. Walaupun biografi mungkin menumpu pada subjek rekaan ataupun bukan rekaan, istilah ini biasanya dikaitkan dengan bukan rekaan (non-fiction). Berbeza dengan profil atau vitae kurikulum, biografi mengembangkan sudut rumit dan menonjolkan perbezaan perwatakan termasuk pengalaman peribadi.
Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (lahir 22 Disember 1993) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi telefilem pertama lakonannya yang bertajuk Dee, dan sejak itu, beliau telah muncul dalam pelbagai kredit lakonannya dalam televisyen dan filem. Bagi kerjayanya dalam bidang muzik, Daiyan telah merakamkan sejumlah lagu yang telah menjadi kejayaan komersial termasuk "Cinta Suka Sayang Kamu", "Kita Manusia" dan "If I".(Baca lagi...)
Alessandra Dianne Ampuria (16 September 1994 – 11 September 2020) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai peserta Mentor Legend, beliau terkenal dengan lagu masyhurnya "Hey! Kau". Pada tahun 2020, Sandra merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.(Baca lagi...)
- Lihat 18 Januari untuk melihat maklumat lanjut berkaitan hari ulang tahun pilihan pada hari ini.
Perkara Yang Anda Boleh Bantu
Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan biografi. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan biografi sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.
Purge server cache
|