Pilihan raya negeri Sabah 2020
← 2018 26 September 2020 2025 →

Semua 73 kerusi kepada Dewan Undangan Negeri Sabah
37 kerusi yang diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Haji Apdal.jpg GRS Anifah Aman meeting Iranian FM Javad Zarif.jpg
Pemimpin Shafie Apdal Bung Mokhtar Radin Anifah Aman
Parti Warisan
PH
UPKO
BN
PN
PBS
Parti Cinta Sabah
Gabungan Warisan Plus Gabungan Rakyat Sabah -
Pemimpin sejak 2020 2016 2020
Kerusi pemimpin Senallang Lamag Bongawan
Pilihan raya
lepas
29 31 kerusi
(29 di bawah BN, 2 di bawah STAR)
0
Kerusi sebelum N/A N/A N/A
Peralihan undi 17.59% 13.74%

  Fourth party Fifth party Sixth party
  LDP PHRS GAGASAN
Pemimpin Chong Kah Kiat Liew Yun Fah Ationg Tituh
Parti Parti Liberal Demokratik Parti Harapan Rakyat Sabah Parti Gagasan Rakyat Sabah
Gabungan - - -
Pemimpin sejak 2020 2020 2020
Kerusi pemimpin Inanam Merotai Kuamut
Pilihan raya
lepas
0 0 0
Kerusi sebelum N/A N/A N/A

  Seventh party Eighth party
  Pandikar Amin Mulia.jpg PPRS
Pemimpin Pandikar Amin Mulia -
Parti USNO Baru Parti Perpaduan
Rakyat Sabah
Gabungan - -
Pemimpin sejak 2020 2020
Kerusi pemimpin Pintasan Tiada
Pilihan raya
lepas
0 0
Kerusi sebelum N/A N/A

Ketua Menteri

Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah

Bakal Ketua Menteri

Masih dalam proses

Pilihan raya negeri Sabah 2020 merupakan pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16. Pilihan raya ini dijadualkan berlangsung pada 26 September 2020 bagi memilih 73 anggota DUN baharu. Dewan sebelum ini dibubarkan pada 30 Julai 2020 selepas permohonan pembubaran dewan diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari tersebut.

Latar belakang

Selepas berlangsungnya Pilihan raya negeri Sabah 2018 yang berlangsung serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2018, negeri Sabah menyaksikan perubahan landskap politik yang besar selepas dua gabungan parti politik memperoleh keputusan yang hampir sama. Berlakunya anggota dewan yang telah bertukar kesetiaan dari parti yang menang pada pilihan raya kepada parti lawan.

Pilihan raya negeri Sabah 2018

Barisan Nasional yang dianggotai oleh parti UMNO, PBS, UPKO dan PBRS dalam keputusan pilihan raya 2018 telah menang 29 kerusi, manakala Pakatan Harapan yang dianggotai PKR dan DAP bersama-sama Parti Warisan Sabah juga telah menang 29 kerusi. Sebuah lagi parti iaitu STAR Sabah menang 2 kerusi.

Walau bagaimanapun, parti UPKO telah bertindak keluar BN dan menyokong Parti Warisan Sabah menyaksikan BN telah berkurang menjadi 24 kerusi, manakala PH mempunyai 34 kerusi sekaligus membentuk kerajaan negeri. Pertukaran parti berlangsung lagi apabila 16 daripada 17 ADUN BN-UMNO telah keluar daripada parti menyertai Warisan, UPKO dan Bebas.

Pada April 2019 pula, BERSATU telah melebarkan sayap ke Sabah dan menarik sebilangan ADUN Bebas bekas UMNO menyertainya.

Kemelut politik Sabah 2020

Pada tahun 2020 telah berlakunya kemelut politik Malaysia, menyaksikan Sabah juga turut terkesan. Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan UMNO, BERSATU, PBS, PBRS mendakwa telah mempunyai majoriti kerusi DUN Sabah. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertua Negeri Sabah bersetuju untuk membubarkan DUN selepas dipohon oleh Ketua Menteri Sabah.

Rumusan perubahan landskap politik Sabah sepanjang penggal ke-15, 2018-2020
No. Dewan Undangan Negeri Nama ahli politik Gabungan (Parti)

(PRU 2018)[N 1]

Gabungan (Parti)

(Pasca-PRU 2018)[N 2]

Gabungan (Parti)

(2019-2020)[N 3]

Gabungan (Parti)

sebelum dibubar (2020)

N1 Banggi Mohamad Mohammarin WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N2 Tanjong Kapor Ben Chong Chen Bin WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N3 Pitas Bolkiah Ismail[N 4][1][2][3] BN (UMNO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N4 Matunggong Julita Majunki[N 5] BN (PBS) GBS (PBS)[6] PBS PBS
N5 Tandek Anita Baranting[N 6][6][7] BN (PBS) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N6 Tempasuk Musbah Jamli[N 7][8] BN (UMNO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N7 Kadamaian Ewon Benedick[N 8][9][10] BN (UPKO) UPKO UPKO UPKO
N8 Usukan Japlin Akim[N 9] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N9 Tamparuli Jahid Jahim[N 10] BN (PBS) GBS (PBS)[6] PBS PBS
N10 Sulaman Hajiji Mohd Noor[N 9][N 11][11] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N11 Kiulu Joniston Bangkuai[N 12] BN (PBS) GBS (PBS)[6] PBS PBS
N12 Karambunai Azhar Matussin WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N13 Inanam Kenny Chua Teck Ho PH (PKR) PH (PKR) PH (PKR) Bebas[12]
N14 Likas Tan Lee Fatt PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP)
N15 Api-Api Christina Liew Chin Jin PH (PKR) PH (PKR) PH (PKR) PH (PKR)
N16 Luyang Templat:Illm PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP)
N17 Tanjong Aru Junz Wong Hong Jun WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N18 Petagas Uda Sulai WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N19 Kepayan Jannie Lasimbang PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP)
N20 Moyog Jenifer Lasimbang WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N21 Kawang Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar[N 9] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N22 Pantai Manis Aidi Moktar WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N23 Bongawan Daud Yusof WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N24 Membakut Mohd Arifin Mohd Arif[N 9] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N25 Klias Isnin Aliasnih[N 9] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N26 Kuala Penyu Limus Jury[N 13][1][2][3] BN (UPKO) UPKO Bebas[13] Bebas
N27 Lumadan Matbali Musah[N 9] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N28 Sindumin Yusof Yacob WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N29 Kundasang Joachim Gunsalam[N 14] BN (PBS) GBS (PBS)[6] PBS PBS
N30 Karanaan Masidi Manjun[N 9][N 15][11] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N31 Paginatan Abidin Madingkir[N 16][9] BN (UPKO) UPKO UPKO Bebas[14]
N32 Tambunan Jeffrey Kitingan STAR GBS (STAR)[15] STAR STAR
N33 Bingkor Robert Nordin STAR GBS (STAR)[15] STAR STAR
N34 Liawan Rasinin Kautis WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N35 Melalap Peter Anthony WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N36 Kemabong Jamawi Jaafar[N 17][9][10] BN (UMNO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N37 Sook Ellron Alfred Angin[N 18] BN (PBRS) GBS (STAR)[16] STAR STAR
N38 Nabawan Bobbey Ah Fang Suan[N 19][17][18] BN (UPKO) PH (BERSATU)[19] BERSATU BERSATU
N39 Sugut James Ratib[N 20][1][2][3][20] BN (UMNO) UPKO Bebas[13] Bebas
N40 Labuk Abd. Rahman Kongkawang[N 21] BN (PBS) GBS (PBS)[6] WARISAN[21] Bebas[4][5]
N41 Gum-Gum Arunarsin Taib WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N42 Sungai Sibuga Musa Aman[N 9] BN (UMNO) GBS (UMNO) [15] BN (UMNO) BN (UMNO)
N43 Sekong Arifin Asgali WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N44 Karamunting Hiew Vun Zin WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N45 Elopura Calvin Chong Ket Kiun PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP)
N46 Tanjong Papat Frankie Poon Ming Fung PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP)
N47 Kuamut Masiung Banah[N 22][1][2][3][22] BN (UPKO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N48 Sukau Saddi Abdul Rahman[N 23][23] BN (UMNO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N49 Tungku Assaffal P. Alian WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N50 Lahad Datu Dumi Pg. Masdal WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N51 Kunak Norazlinah Arif WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N52 Sulabayan Jaujan Sambakong WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N53 Senallang Shafie Apdal WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N54 Bugaya Manis Buka Mohd. Darah WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N55 Balung Osman Jamal[N 24][9][10][24][10][25] BN (UMNO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N56 Apas Nizam Abu Bakar Titingan[N 9] BN (UMNO) PH (BERSATU) BERSATU BERSATU
N57 Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP) PH (DAP)
N58 Merotai Sarifuddin Hata WARISAN WARISAN WARISAN WARISAN
N59 Tanjong Batu Hamisa Samat[N 25][9][10] BN (UMNO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
N60 Sebatik Abd. Muis Picho[N 26][9][10] BN (UMNO) WARISAN WARISAN Bebas[4][5]
ADUN Lantikan Wilfred Madius Tangau[N 27][26] UPKO UPKO UPKO
ADUN Lantikan Lorreto Padua Jr.[N 28] WARISAN WARISAN WARISAN
ADUN Lantikan Terrence Siambun[N 29] WARISAN WARISAN WARISAN
ADUN Lantikan Jaffari Waliam[N 30][27] PH (PKR) Bebas[28] Bebas
ADUN Lantikan Ronnie Loh Ee Eng[29] PH (DAP) Bebas[30]
Stephen Wong Tien Fatt[N 31] PH (DAP)

Tarikh penting

Hari penamaan calon ditetapkan pada 12 September, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga jam 11:59 malam 25 September.

Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka bermula 17 Ogos 2020 dan tarikh tutup dalam negara ialah 11 September manakala tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada 3 September 2020.

Sebanyak 64 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan manakala 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 tempat mengundi (saluran) dan 56 pusat mengundi awal.

Penamaan calon