Pilihan raya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 2020
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
← 2019 17–18 Jun 2020 2021 →

Bekas Anggota






Anggota Baharu Dipilih






Pilihan raya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2020 diadakan pada 17 dan 18 Jun 2020 semasa sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang diadakan di Ibu Pejabatnya di Bandar New York. Pilihan raya diadakan untuk lima kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan PBB untuk mandat dua tahun bermula pada 1 Januari 2021. Sesuai dengan peraturan putaran Majlis Keselamatan, di mana sepuluh kerusi UNSC tidak tetap berputar di antara berbagai blok wilayah di mana negara-negara anggota PBB secara tradisi membahagi untuk tujuan pengundian dan perwakilan, lima kerusi yang tersedia diperuntukkan sebagai berikut:

  • Satu untuk Afrika
  • Satu untuk Kumpulan Asia-Pasifik[1]
  • Satu untuk Amerika Latin dan Caribbean
  • Dua untuk Kumpulan Eropah Barat dan Lain-lain

Bagi undian yang diterima, negara-negara yang dipilih adalah Mexico, India, Norway, dan Ireland, dengan Kenya terpilih setelah undian pusingan kedua pada hari berikutnya. Lima anggota ini akan berkhidmat di Majlis Keselamatan untuk tempoh 2021–22.

Pilihan raya diadakan dalam keadaan khas kerana pandemik COVID-19, dengan duta hanya dibenarkan memasuki Dewan Perhimpunan Agung satu demi satu untuk memberikan suara mereka dan bukannya pengundian serentak yang biasanya berlangsung.

Calon

Kumpulan Asia-Pasifik