![]() Logo bahasa Inggeris ISO | |
![]() Senarai anggota | |
Pembentukan | 23 Februari 1947 |
---|---|
Jenis | NGO |
Tujuan | Pemiawaian antarabangsa |
Ibu pejabat | Geneva, Switzerland |
Ahli | 163 anggota[2] |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Perancis & bahasa Rusia[3] |
Laman sesawang | www.iso.org |
Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Organization for Standardization, ISO) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia. Pertubuhan ini mengeluarkan piawai yang dipakai dalam pelbagai bidang industri dan komersial.
Tiga bahasa rasmi ISO ialah bahasa Inggeris, bahasa perancis dan bahasa Rusia.[3] Logo pertubuhan ini dalam dua bahasa rasminya, iaitu bahasa Inggeris dan Perancis, termasuk perkataan ISO. Pertubuhan ini biasanya dirujukkan mengikut nama pendeknya.
Logo serta nama ISO ialah cap dagang berdaftar, dan kegunaannya adalah terbatas.[4]
ISO dibiayai oleh gabungan:[5][6]
Dokumen-dokumen ISO adalah berhak cipta dan kebanyakannya dikenakan bayaran untuk salinannya oleh ISO. Namun, ISO tidak mengenakan bayaran untuk kebanyakan salinan draf bagi dokumen dalam format elektronik. Walaupun berguna, draf-draf ini perlu digunakan dengan cermat kerana berkemungkinan ada perubahan penting sebelum ia dijadikan piawai. Sesetengah piawai oleh ISO dan wakil A.S rasminya (dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa melalui Jawatankuasa Kebangsaan A.S) tersedia secara percuma.[8][9]
|date=
(bantuan)