Perseverance
PIA23499-Mars2020Rover-FirstTestDrive-20191217a.jpg
Robot perayau Perseverance dalam tahap pembangunan dan pengujian di Jet Propulsion Laboratory
Ciri kapal angkasa lepas
PembuatJet Propulsion Laboratory
Berat berlepas1,025 kilogram (2,260 lb)
Dimensi3 × 2.7 × 2.2 meter (9.8 × 8.9 × 7.2 ka)
Kuasa110 watt (0.15 hp)
Permulaan misi
Tarikh pelancaran30 Julai 2020
RoketAtlas V 541
Servis kemasukan18 Februari 2021 (rancangan)
Peralatan
----
Perayau Marikh NASA
← Curiosity

Perseverance ialah sebuah robot perayau Marikh yang dibuat oleh pihak Jet Propulsion Laboratory untuk digunakan dalam misi Mars 2020 oleh NASA. Dengan reka bentuk kendaraan yang serupa dengan pendahulunya, Curiosity, Perseverance membawa tujuh peralatan saintifik untuk mengkaji permukaan Marikh di Kawah Jezero. Robot perayau ini juga akan membawa helikopter Ingenuity, kenderaan pertama yang dirancanng akan melakukan penerbangan di planet lain. Perseverance berjaya dilancarkan menuju Marikh pada 30 Julai 2020 pada 11:50 UTC[1] dengan roket Atlas V dan bakal mendarat di Marikh pada Februari 2021.

Rujukan

  1. ^ June 2020, Mike Wall 30. "NASA delays launch of next Mars rover to no earlier than July 30". Space.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-02.

Pautan luar