Perlombongan ialah aktiviti mengeluarkan galian atau bahan geologi berharga lain dari bumi. Pelombong bermaksud orang yang mengerjakan lombong. Lombong bermaksud lubang atau gelombong iaitu sebuah lubang seperti terowong dari sebuah bukit atau dari sebuah tebing.

Bijih yang dapat dilombong termasuklah logam, batu arang dan syal minyak, permata, batu kapur dan batu dimensi, garam batu dan potasy, batu kerikil dan tanah liat. Perlombongan diperlukan untuk mendapat sebarang bahan yang tidak dapat ditanam melalui proses pertanian, atau dibuat tiruan dalam makmal atau kilang. Perlombongan dalam erti yang lebih meluas termasuk pengeluaran sebarang sumber tak boleh dibaharui seperti petroleum, gas asli atau malah air.

Lihat juga