Perdana Menteri Malta
Prim Ministru ta' Malta
Coat of arms of Malta.svg
Jata negara kerajaan Republik Malta
Penyandang
Robert Abela

sejak 13 Januari 2020
GelaranYang Berhormat
AnggotaKabinet Malta
Lembaga Eropah
KediamanVilla Francia (utama)
Girgenti Palace (musim panas)
PelantikPresiden Malta
Pemegang sulungJoseph Howard
Pembentukan1923
Gaji€50,276 tahunan[1]
Laman webhttp://opm.gov.mt/

Perdana Menteri Malta (Bahasa Malta: Prim Ministru ta' Malta) merupakan ketua kerajaan, yang mana ia merupakan pangkat tertinggi pegawai kerajaan di dalam kerajaan Malta. Perdana Menteri ketika ini ialah Robert Abela, pemimpin dari Parti Buruh Malta yang mengangkat sumpah pada 13 Januari 2020.

Penubuhan jabatan kerajaan dan pembanguna

Pejabat "Ketua Kementerian" diwujudkan sebaik sahaja Malta diberikan hak kerajaan autonomi pada tahun 1921.[2] Perlembagaan 1921 pernah digantung sebanyak dua kali (2) sebelum ia juga pernah dibatalkan. Semasa krisis yang melanda kabinet yang pertama (1930-33), ketua pentadbir (pada masa itu Gerald Strickland) dan kabinetnya berjaya dikekalkan selepas melalui fasa penggantungan. Berikutan penggantungan kali kedua pada tahun 1934, kabinet akhirnya dibubarkan.

Perlembagaan telah dibatalkan pada tahun 1936 dan jawatan itu tidak wujud selagi Malta berada di bawah pentadbiran kolonial secara langsung. Pejabat kerajaan ini ditubuhkan semula dengan pemberian kerajaan sendiri pada tahun 1947 dengan jawatan yang dinamakan semula sebagai "Perdana Menteri Malta". Jawatan itu sekali lagi ditindas apabila perlembagaan 1947 sekali lagi digantung antara 1958 dan 1962 tetapi dikekalkan sebahagian besarnya tidak berubah dalam perlembagaan kemerdekaan 1964 dan pindaan berikutnya pada 1974 yang mengubah bentuk kerajaan menjadi republik.

Fungsi dan peranan

Presiden Malta, yang secara nominal mengetuai cawangan eksekutif, akan melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan ahli parlimen yang mana akan membantu dan menasihati seseorang presiden, mampu untuk memberi arahan kepada majoriti anggota Dewan Rakyat Malta / Dewan Perwakilan Rakyat. Perdana Menteri menasihati presiden mengenai pelantikan beberapa jawatan menteri-menteri yang lain.

Perdana Menteri merujuk di dalam perlembagaan Malta mewajibkan beliau perlu membantu dan menasihati tuan presiden sepenuhnya mengenai tadbir urus kerajaan Malta. Sekiranya perdana menteri berada jauh dari negara Malta atas urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan untuk mentadbir kerajaan, tuan presiden boleh memberi kuasa kepada mana-mana anggota Kabinet lain untuk melaksanakan fungsi perdana menteri dan anggota itu mampu menggalas tugas tersebut buat sementara waktu sebagai seorang pemangku. Kebiasaanya seorang timbalan perdana menteri yang akan mengisi tugas pangkuan tersebut.

Secara perlembagaan, perdana menteri juga bertanggungjawab untuk melantik setiausaha tetap kerajaan serta memantau dan menasihati tuan presiden mengenai pelantikan beberapa anggota terutamanya badan kehakiman dan legislatif di dalam kerajaan Malta.

Pejabat kerajaan rasmi

Auberge de Castille, pejabat rasmi Perdana Menteri Malta

.

Sebagai menteri dengan haknya sendiri, sesorang perdana menteri bertanggungjawab untuk memimpin beberapa jabatan kerajaan. Pejabat Perdana Menteri (OPM) berpusat di Auberge de Castille di Valletta sejak tahun 1972, memainkan peranan penting dalam membuat keputusan selain sebagai fungsi utama ibu pejabat pentadbiran kerajaan pusat Malta.[3]

Misi OPM adalah untuk menyokong perdana menteri dalam menyediakan kepemimpinan dan arahan untuk kerajaan agar lebih stabil dan efisyen. Jabatan utama OPM termasuk Sekretariat Kabinet, Pejabat Pengurusan dan Personel dan Jabatan Penerangan.

Kediaman rasmi

Villa Francia adalah kediaman rasmi perdana menteri, manakala Girgenti Palace adalah kediaman beliau pada musim panas sahaja. Walau bagaimanapun, mereka tidak banyak digunakan kecuali pengecualian awam, menerima jemputan pelawat luar yang terkenal dan berfungsi sebagai bangunan simbolik kerajaan.[4]

Mantan perdana menteri yang masih hidup

Nama Tempoh pentadbiran Tarikh lahir
Karmenu Mifsud Bonnici 1984–1987 (1933-07-17) 17 Julai 1933 (umur 86)
Eddie Fenech Adami 1987–1996
1998–2004
(1934-02-07) 7 Februari 1934 (umur 86)
Alfred Sant 1996–1998 (1948-02-28) 28 Februari 1948 (umur 71)
Lawrence Gonzi 2004–2013 (1953-07-01) 1 Julai 1953 (umur 66)
Joseph Muscat 2013–2020 (1974-01-22) 22 Januari 1974 (umur 46)

Lihat juga

  • Senarai perdana menteri Malta
  • Presiden Malta
  • Kerajaan Malta
    1. ^ "PAY RISE: proposal for PM's salary to double in 2018, PM opposes increase, PN reacts (UPDATE 2) - The Malta Independent". www.independent.com.mt.
    2. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-28. Dicapai pada 2011-03-08.
    3. ^ "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 2011-10-07. Dicapai pada 2009-08-14.
    4. ^ "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 2011-10-07. Dicapai pada 2009-08-14.

    Pautan luar