Perdana Menteri Malaysia
ڤردان منتري مليسيا
Coat of arms of Malaysia.svg
Government Ensign of Malaysia.svg
TSMY APP 2020.png
Penyandang
Muhyiddin Yassin

sejak 1 Mac 2020 (2020-03-01)
Kerajaan Persekutuan Malaysia
Kabinet Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
GelaranYang Amat Berhormat
AnggotaKabinet Malaysia
Dewan Rakyat
Lapor kepadaParlimen Malaysia
KediamanSeri Perdana
PejabatPerdana Putra, Putrajaya
Pelantik
Yang Di-Pertuan Agong
Tempoh5 tahun atau kurang, boleh diperbaharui sekali (Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat
Pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
)
Pemegang sulungTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Pembentukan31 Ogos 1957 (1957-08-31) (62 tahun yang lalu)
GajiMYR 22,826.65 sebulan[1]
Laman webwww.pmo.gov.my

Perdana Menteri ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang Perdana Menteri juga adalah bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia.

Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7

Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) telah dibentuk selepas diperkenankan oleh Sultan Muhammad V untuk memulakan kerajaan baharu dalam sejarah politik negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.

Selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada 24 Februari 2020, maka berlakulah Krisis politik Malaysia 2020 selepas beliau tidak mencalonkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Demi menyelamatkan keadaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyembahkan nama beliau kepada Al-Sultan Abdullah untuk menjadi calon sebagai Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong telah menemu ramah seramai 221 Ahli Dewan Rakyat Malaysia bagi menentukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin. Selepas baginda berpuas hati dengan jawapan daripada para Ahli Dewan Rakyat dan meyakini bahawa Tan Sri Muhyiddin telah mendapat sokongan majoriti. Maka, Tan Sri Muhyiddin telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 dan telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia pada 1 Mac 2020 lalu.

Beliau kemudiannya telah melantik barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020 pada 10 Mac 2020 lalu.

Perdana Menteri sementara

Berdasarkan Perkara 55 (3) Perlembagaan Malaysia, Parlimen rendah, melainkan jika dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan budi bicaranya sendiri atas nasihat Perdana Menteri, boleh meneruskan selama lima tahun dari tarikh pertemuan pertamanya. Perkara 55 (4) Perlembagaan membenarkan penangguhan 60 hari pilihan raya yang akan diadakan dari tarikh pembubaran dan Parlimen hendaklah diberitahu untuk bertemu pada tarikh tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Secara konvensyen, antara pembubaran satu Parlimen dan perjumpaan yang akan datang, perdana menteri dan kabinet kekal di pejabat dalam kapasiti sementara.

Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1955-1970)

Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.
Tunku abd rahman.jpg TunAbdulRazak.jpg

Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn.
TunAbdulRazak.jpg Ismail Rahman.jpg Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg

Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (1976-1981)

Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Haji Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg Mahathir 1984 cropped.jpg

Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Mahathir 1984 cropped.jpg Musa-hitam.jpg Ghafar Baba.jpg Anwar 980416.jpg Abdullah Badawi in April 2008.jpg

Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (2003-2009)

Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Abdullah Badawi in April 2008.jpg Najib Razak 2008-08-21.jpg

Era Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-2018)

Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.[2] Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.
Najib Razak 2008-08-21.jpg MuhyiddinUS.jpg AZHThai.jpg

Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (2018-2020)

Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen Pakatan Harapan. Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 berkuat kuasa serta-merta susulan daripada peristiwa Langkah Sheraton yang diketuai oleh anggota kabinetnya sendiri.
Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad (42910851015) (cropped).jpg Wan Azizah.jpg

Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh:

1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin
2. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof. Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
3. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan bin Merican
4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka, YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram
5. Hartawan Malaysia yang berpusat di Hong Kong, YBhg. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Era Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-kini)

Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah selepas melakukan tindakan kontroversi, Langkah Sheraton, bersama Ahli Pembangkang dan beberapa Ahli Kabinet yang lain yang menyebabkan Perdana Menteri ketika itu meletak jawatan berkuat-kuasa serta merta kerana kehilangan kepercayaan terhadap ahli kabinetnya sendiri.

Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan raya umum untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
TSMYPM8.png
Kabinet beliau tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Ahli Parlimen yang diberikan nama sebagai Menteri Kanan seperti berikut: