Pengakuan Iman Rasuli

Apabila melihat kepada Pengakuan Iman Rasuli pada saya ia tidak sesuai dimasukkan ke dalam wikipedia ini atau paling kurang ia perlu dipinda kerana apa yang saya lihat bukanlah keterangan tetapi lebih kepada semacam 'doa'. Wikipedia digunakan untuk mencari keterangan tentang sesuatu dan bukannya mencari 'doa' tanpa keterangan. Ia juga berbeza dengan Apostles Creed yang mempunyai huraian. Azraai1511

Terima kasih

Terima kasih kerana menyokong saya menjadi penyelia, dan sekarang saya sudah jadi penyelia. Saya terhutang budi dengan anda. — Aeon 05:13, 6 Jun 2007 (UTC)

Tolong padamkan imej FA lama

Hai Sheikh Yosri, bolehkah anda tolong padamkan imej FA lama? imej itu berada saya sudah letakkan templat padam dan sudah berada di Kategori:Rencana untuk dipadamkan. Kerana saya sudah gantikan dengan imej FA yang lebih baru dan segar. Terima kasih banyak-banyak ye. :) — Imran Al-Sahih 06:14, 1 Oktober 2007 (UTC)

Perbualan baru

Saya telah hantar bantahan di meta berikutan steward di sana melantik Aeonimitz sebagai penyelia. Saya berpendapat birokrat tempatan yang sepatutnya melantik Aeonimitz menjadi penyelia supaya status penyelia Aeonimitz akan terpampang di log hak pengguna. Anda atau Aurora yang sepatutnya melantik Aeonimitz. — Master2841 10:26, 6 Jun 2007 (UTC)

Betul, tapi lebih suka Aeonimitz dilantik oleh orang tempatan. — Master2841 10:31, 6 Jun 2007 (UTC)

Nampaknya steward di meta begitu keras hati, dengan ini perlantikan Aeonimitz tidak dapat direkodkan dalam log hak pengguna di sini. — Master2841 18:19, 6 Jun 2007 (UTC)

Adat resam kahwin Melayu

Saya rasa suntingan terdahulu lebih sesuai. Frasa "Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya" itu amat bertepatan dengan situasi peminangan masyarakat melayu pada zaman dahulu. Jika frasa ini dibuang, maka ayat yang seterusnya akan kelihatan seperti tergantung. Lagipun suntingan saya yang kembalikan itu memang sah dilakukan oleh pelaku musnah, lihat bahagian bawah, pelaku musnah ini sengaja memasukkan <blockquote>blockquote</blockquote> di bawah rencana ini. [1]Master2841 08:22, 7 Jun 2007 (UTC)

Isu remeh

Assalammualaikum Yosri,

Banyak yang dikatakan fakta sebenarnya bukanlah fakta bagi orang lain. Dalam wikipedia English juga dimasukkan isu remeh seperti ini. Sesuatu perkara itu kekadang mempunyai nilai ' human sense' dan orang ramai lebih suka kepada 'human sense' berbanding fakta.

Human sense dapat menarik seseorang membaca dan akhirnya mencari fakta. Dari cerita human sense beralih kepada cerita fakta.

Banyak benda yang tidak menentukan sesuatu itu fakta. Seseorang yang berilmu , berijazah tinggi dikatakan ada autoriti, tetapi tetap dipertikaikan .

Apa yang penting , kita perlu mencatatkan agar ia tidak ditelan zaman dan menjadi suri teladan kepada generasi mendatang, sebagaimana harapan saudara. Orang Melayu kurang berani menulis dan mencatat, kecuali Raja Ali Haji dahulu. Kebiasaan menulis sejarah keluarga, sejarah tempatan, lisan dan pemikiran setempat dan kritikan hampit tidak ada, kecuali baru-baru ini dengan adanya blog.

Barnstar

Terima kasih di atas penghargaan anda. :) - Jay 15:24, 8 Jun 2007 (UTC)

Mengenai erti "Upload Wizard"

Sudah diperbaiki :) — Aeon 09:49, 12 Jun 2007 (UTC)

Rencana yang saya padam bahasa Inggeris di dalamnya

Saya nampak anda menyambung terjemahan Pertempuran Midway‎, terima kasih saya ucapkan. Selain daripada itu, berikut adalah rencana lain yang saya padamkan B.Inggeris di dalamnya. Sesetengah darinya, terlalu banyak dan sememangnya lebih dari 50 %. Berikut adalah senarai untuk makluman anda.

Manakala yang di bawah adalah rencana yang saya cadangkan agar dipadamkan, kalau tidak pun, seseorang mesti membetulkan dari awal. Ini adalah kerana, 2 daripadanya saya sebagai orang melayu pun tak faham apa yang ditulis, manakala lagi satu, bercampur perkataan english dalam ayat yang sama. Saya tuliskan nota kenapa saya rasa rencana2 di bawah perlu dipadam. Terus terang saya katakan, saya amat kecewa kerana kita di sini mempunyai penulis sebegini.

  • Hari Alam Sekitar‎ (ini bukan bahasa Melayu.. walaupun 5% telah diterjemahkan. Saya sebagai orang melayu pun tak faham!)
  • Abkhazia‎ (ini adalah 99.99% Bahasa Inggeris dan format yang dicedok tonggang terbalik)
  • Kefahaman menyaling‎ (99% bahasa Inggeris)

Terpulanglah kepada para penyelia untuk mempertimbangkan. Saya cadangkan agar kita ada satu peraturan yang lebih tegas untuk masalah sebegini. Saya postkan masej ini kepada penyelia-penyelia yang lain juga. - Jay 10:36, 15 Jun 2007 (UTC)


Terima kasih

Terima kasih. Tapi maaf sebab lambat menjawab. Alashr2003 08:44, 16 Jun 2007 (UTC)

Good Afternoon Yosri ,

Could you please help write a stub http://ms.wikipedia.org/wiki/Auckland_Grammar_School - just a few sentences based on http://en.wikipedia.org/wiki/Auckland_Grammar_School? Only 2-5 sentences enough. Please. --Per Angusta 01:05, 25 Jun 2007 (UTC) (We have many Malaysian students who go to this School)

Thankyou very much Yosri for your Excellent translation help!
Your help is very very Gratefully Appreciated.
May you be blessed and may Malay Wikipedia prosper! --Per Angusta 01:31, 25 Jun 2007 (UTC)


Welcome Yosri to Classical Chinese Wiki

I have modified Your User Page according to your info. Wish you like it. I like to travel to your country very much, & may I ask you question some times ?
美女森理世 07:53, 25 Jun 2007 二〇〇七年六月二五日 (一) (UTC)

Sila sekat dia

Tolong sekat Pengguna:若湖 kerana dia menggunakan perkataan Bahasa Cina sbg nama penggunanya. Ini tidak sepatutnya berlaku. --Edmund The King of The Woods! 11:22, 25 Jun 2007 (UTC)

Oh, maafkan saya kerana ketika itu saya agak kesuntukan masa. Walaupun tiada peraturan sebegitu dlm Wikipedia Bahasa Melayu, namun ada ditulis dlm Wikipedia Bahasa Inggeris dan Wikipedia Bahasa Indonesia. Sebabnya ialah, kerana perkataan yg bukan abjad Latin akan muncul sebagai tanda tanya "????", kotak-kotak, atau pelbagai punctuation marks (apa tu dlm Bahasa Melayu ya?) di sesetengah komputer, yg tak sokong pembacaan tulisan tersebut. Ini akan mengelirukan pengguna2 yg menggunakan komputer yg tiada fungsi pembacaan tulisan bukan-Latin, tidak seperti komputer saya yg dpt baca tulisan Cina, Jepun, Korea, Arab, Devanagari, Sirilik (Cyrillic), Georgia, Armenia... Lagipun, anda pasti tau bahawa kebanyakan pengguna yg aktif di sini ialah Org Melayu, dan kebanyakan Org Melayu tak tau baca Bahasa Cina. Mcm mana nak Org Melayu di sini nak cam seseorang yg bernama dlm tulisan Cina? Saya boleh cam dia kerana saya berbahasa Cina, tapi bolehkah anda cam dia? Jadi kita perlu memperbaharui polisi nama pengguna kita... --Edmund The King of The Woods! 11:24, 26 Jun 2007 (UTC)

Adalah penting untuk memastikan supaya nama itu dapat dibaca oleh setiap pengguna, tak apa kalau nama dlm Bahasa Jerman muncul di sini, asalkan kita dpt cam dia walaupun tak faham Bahasa Jerman. Kerana Bahasa Jerman juga ditulis dlm abjad Latin. Tapi untuk pengguna yg saya sebutkan tu, kemungkinan besarada banyak orang yg langsung tak dapat baca nama itu, sebaliknya hanya nampak seperti "??" atau " " atau kotak2. Keadaan ini akan mengelirukan mereka. Tentang keadaan di Wikipedia dlm bahasa bukan abjad Latin pula, itu kerana semua komputer dpt baca abjad Latin, semua pengguna komputer, tak kira berbahasa apa pun, pasti dpt baca tulisan Latin, biarpun tak faham. Tulisan Latin adalah universal dlm dunia komputer ini, oleh itu adalah dibenarkan dlm Wiki dlm SEMUA bahasa. Tapi utk tulisan lain pula, adalah penting bahawa segala pengguna di sana dapat mengenal pasti pengguna itu. Andaikan kalau banyak org mendaftar diri dgn tulisan Cina, adakah anda dpt membezakan mereka? Kalau banyak org daftarkan diri dgn tulisan Ibrani atau sbgnya, saya tak tau siapa tu siapa!! --Edmund The King of The Woods! 09:37, 27 Jun 2007 (UTC)

Ok lah, biarkan saja. Alasan anda juga agak munasabah... --Edmund The King of The Woods! 10:09, 27 Jun 2007 (UTC)

Kedai kopi

Saya rasa perbincangan yang terakhir tu samada dipadam atau diarkib. Tak ada guna berbincang dengan orang yang hanya akan meneruskan pergaduhan yang tidak memberi makna kepada Wiki ms. Terima kasih - Jay 06:58, 28 Jun 2007 (UTC)

Gambar

Saya rasa dah betul. Hurm. Kali pertama tu memang saya silap. Polar 09:52, 28 Jun 2007 (UTC)

Apa kbabar!

Assalamualaikum Yosri, Kif halak? (How are you?), I hope you're in good condition. By the way, Sheikh Yosri, saya minta maaf atas kesalahan saya. Jadi semuanya ok bagi anda? Saya datang sini cuma untuk tanya khabar, beri pesanan, melihat-lihat dan meninjau perkembangan wiki ms, bukan lagi menyunting rencana, itu dah lepas. Saya sebenarnya secara jujur amat sayang pengguna di sini. Jadi anda tidak perlu ingat pesanan saya ini pesanan pura-pura, ini memang benar. Anda dah makan? Saya secara jujur, amat rindukan anda dan juga pengguna terkenal dan berjasa di sini. Adakah anda sudah baca pesanan saya yang baru saya hantarkan di kedai kopi, jika tidak, kalau boleh, sila bacakan pesanan saya ini, baca atau tak mahu baca pesanan saya yang baru saya hantar di kedai kopi, itu pilihan anda, saya tak boleh paksa. InsyaAllah semoga wiki ms menjadi maju dan berjasa dan terkenal, InsyaAllah. Oh satu lagi, saya harap anda reply, untuk kebaikan bersama, saya tahu anda amat penyabar dan baik hati, InsyaAllah. — Imran Al-Sahih 10:14, 28 Jun 2007 (UTC)

Syukran (thanks) banyak-banyak yosri untuk bantuan mengenai password yang saya tak ingat dalam akaun lama saya, saya tahu anda baik hati, semoga sifat baik hati berkekalan buat selama-lamanya, InsyaAllah. :) —

Hello! I'm sorry to write in english, but I need a translation of this anthem to malaysian. Can you make it to me, when you get free time, please? Thank you very much! 189.30.68.97 02:06, 30 Jun 2007 (UTC)

Terima Kasih

Terima Kasih di atas komen anda mengenai rencana saya. Saya amat menghargainya. Anda boleh padam gambar yang tidak digunakan saya. ;)Iliana 13:40, 30 Jun 2007 (UTC)


Tasik Songkhla

Dear Yosri,
1. I wonder is there an article about "danau/lake" in Bahasa Melayu.

2. Can you please write / or get some one to write a stub for "Danau Songkhla" in Southern Thailand ? You may find information about the Songkhla lake (Thai: ทะเลสาบสงขลา) and/or ask me if you need more.

Thanks a lot !!!

Mori Riyo 03:44, 13 Julai 2007 (UTC)

Saw that page 3 hours ago, & absolutely thrilled !!
Thanks a lot mate !!

Sila lantik saya sebagai penyelia secepat mungkin. Saya baru mendapati bahawa saya belum dilantik menjadi penyelia, walaupun sudah memenangi pengundian. Saya dah periksa User right log di sini serta di Meta-Wiki, tapi tiada rekod saya pun! Saya juga periksa Senarai pengguna, saya tidak ditandakan sebagai penyelia pun! --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 18:37, 17 Julai 2007 (UTC)

Sila maklumkan saya segera melalui SMS sekiranya dah lantik saya. Saya sudah e-melkan nombor hp saya. Terima kasih! --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 18:50, 17 Julai 2007 (UTC)


Boleh tak anda lantik Pengguna:MSWiki. Sebab dia sudah memenangi undian perlantikan yang telah dijalankan baru-baru ini. Budi baik anda amatlah saya hargai. -— Didie 13:19, 21 Julai 2007 (UTC)

Terima kasih

Terima kasih atas pesanan saudara. Saya berjanji akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memajukan Wikipedia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Siapakah sebenarnya pengasas Wikipedia versi Bahasa Melayu? ..MSWiki 15:27, 26 Julai 2007 (UTC)..

Ya, saya juga nak tanya ini. Dan macam mana anda menjadi penyelia & birokrat? --Edmund The King of The Woods! 08:48, 27 Julai 2007 (UTC)

Anda boleh lihat di

Assalamualaikum, Sheikh Yosri. Untuk makluman anda, secara jujurnya saya masih sayangkan wiki ms ni meskipun saya lakukan kesalahan yang teramat besar di sini. Juga, saya lebih manusia berbanding syaitan, dan juga saya juga lebih cenderung kepada kebaikan, bukan kejahatan. Jadi, kalau boleh, fikirlah dalam-dalam tentang apa yang saya katakan ni. Serta jika anda tak mahu reply pesanan saya ni, tak mengapa. Saya juga tahu ramai pengguna wiki ms yang tak mahu undi untuk saya, meskipun saya telah bawa wiki ms ke tahap yang maju. Saya cakap berterus-terang. Maaflah banyak2 ye jika saya terkasar bahasa. Semoga anda dicucuri rahmat, InsyaAllah. :) — Imran Al-Sahih 09:37, 27 Julai 2007 (UTC)

Dari mana anda berasal?

Assamualaikum, Sheikh Yosri, boleh tak saya tanya anda sesuatu? Takpe ke? Kat mana negeri Malaysia yang anda berasal dan dilahirkan? Berkenaan saya pulak, saya dilahirkan dan berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Saya lihat anda ini terlalu baik, walaupun untuk orang Melayu. Adakah anda berketurunan orang Arab Yaman? Saya pun mungkin orang berketurunan Arab kerana muka saya, secara jujur, bukan muka Melayu, tapi walau bagaimanapun, saya masih tetap orang Melayu. Juga, saya baca hadis Rasulullah S.A.W., orang Yaman merupakan orang yang amat lembut hati. Banyak betul soalan saya kan? — Imran Al-Sahih 11:21, 30 Julai 2007 (UTC)

Jalur Gemilang

Saya telah menambah maklumat yang tepat ketika anda menghantar perbualan kepada saya. — Polar 10:08, 31 Julai 2007 (UTC)

Tentang menara berkembar Petronas

Assalamualaikum, Sheikh Yosri. Ayah saya kata, Menara Berkembar Petronas mengalami kecondongan. Saya dengar ni pun saya dah mula risau kerana setahu saya, Menara Berkembar ini takde apa2 masalah. Saya rasa memang ramai yang tak tau perkara ini dan saya harap agar bangunan ini tak jatuh kerana ia boleh menimbulkan malapetaka yang amat besar. — Imran Al-Sahih 09:34, 1 Ogos 2007 (UTC)

Saya memang tak faham anda, Bahasa Inggeris anda bukannya begitu teruk sampai perkataan "Fuck" pun tak tau, kenapa anda tak sekat nama itu, sebaliknya hantar pesanan selamat datang kpdnya!? Saya dah baru sekat dia. --Edmund The King of The Woods! 06:57, 4 Ogos 2007 (UTC)

Nama pengguna

Baru-baru ini terdapat pelbagai perselisihan faham yang sedang berlaku di Wikipedia MS antara pengguna dan penyelia dalam pelbagai hal. Saya berharap saudara memahami tentang perkara ini.

Kebanyakan pengguna disekat disebabkan nama pengguna (saya hampir disekat oleh penyelia lain). Adakah terdapat apa-apa peraturan di Wikipedia yang menyatakan tentang nama pengguna yang boleh digunakan? Bolehkah saya menukar nama pengguna saya?

Saya cuma berharap segala perselisihan faham di Wikipedia dapat diatasi dengan segera. Lihatlah pesanan-pesanan beberapa pengguna. Diharapkan perkara ini akan mendapat perhatian sewajarnya daripada saudara dengan secepat mugkin. Saya tidak terdaya untuk melakukan apa-apa....MSWiki 16:03, 4 Ogos 2007 (UTC)...

Baca ini. Tengok "Misleading usernames". Dan saya rasa sudah tiba masa utk kita memperbaharui laman polisi nama pengguna kita, jgn asyik bergantung pd Wikipedia Bahasa Inggeris saja, melainkan kita nak jadi bunga anggerik (orkid) yg tumbah pd sana :-P --Edmund The King of The Woods! 11:10, 7 Ogos 2007 (UTC)

Apakah maksud bunga anggerik yang tumbuh? Saya ingin menukar nama pengguna saya kepada nama pengguna yang baru? Apakah yang patut saya lakukan terlebih dahulu? ...MSWiki 08:23, 8 Ogos 2007 (UTC)...

Macam mana mengesan IP?

Macam mana nak mengesan sesebuah alamat IP dari mana? --Edmund The King of The Woods! 14:13, 6 Ogos 2007 (UTC)

Sila tukar nama saya

Tolong tukar nama saya kpd EdmundEzekielMahmudIsa, kerana "kh" dlm nama saya skrg adalah dpd nama Cina, atau sebenarnya nama Hokkien saya. Kini saya nak "memperYahudikan" serta "MemperMelayukan" atau "memperArabkan" sendiri dgn nama begitu.
Saya rasa menjadi Orang Cina memang melecehkan! Kebanyakan budaya Cina memang tak disenangi. Saya memang tak suka jadi Orang Cina. Kpd para Org Cina, maafkan saya kerana bercakap begitu! Saya tak mau guna nama itu lagi. Terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 21:55, 9 Ogos 2007 (UTC)

Tentang bangsa kita

Saya, secara jujur, memang ternyata amat salah tentang orang Melayu. Saya rasa bangga jadi orang Melayu walaupun kita amat lambat berkembang. Ini kerana, maaflah banyak2 ye kena cakap ni, kita pandai tapi kita tak gandakan usaha kepandaian kita tu kita hingga ke tahap yang membanggakan untuk teladan diri dan bangsa lain, dan, walaupun begitu, kita orang Melayu juga mempunyai sikap bersimpati dan peramah terhadap orang lain, itu yang saya amat suka. :) :) — Imran Al-Sahih 01:09, 10 Ogos 2007 (UTC)

P/S: Saya, buat masa sekarang, secara jujur, tidak begitu minat untuk sunting rencana banyak2 di wiki ms ni, kerana sekarang ni saya lebih suka meluangkan masa saya di Youtube. Oh, satu lagi, saya suka dokumentari. Kalaulah orang Melayu pandai buat dokementari canggih, tentu saya amat suka, sebab saya memang no.1 dalam dokumentari. Bukan tiada orang Melayu pandai dokumentari, ada, cuma kebanyakannya pasal haiwan dan tumbuhan sahaja yang saya lihat, tu pun tak detail, maaflah banyak2 ye kerana cakap ni, nobody is perfect, but we can try. Semua manusia dijadikan sama hebat. Kita orang Melayu boleh berubah, cuma persoalannya jika dan bila.

Tahniah banyak2!

Tahniah Yosri, di atas sumbangan dan kegigihan anda yang teramat berharga. — Imran Al-Sahih 10:11, 10 Ogos 2007 (UTC)


RE: Kuih Makmur

ooh..baru tahu..tapi kenapa pautan untuk ke rencana minyak sapi dipindakan? apa yang diketahui saya, pautan bertujuan dalam membantu rencana..apa-apa pun, terima kasih bagi info - Hafrul 10:30, 15 Ogos 2007 (UTC)

Kumpulan Hujan

Saya rasa kita mungkin perlu kekalkan dahulu. Mereka adalah kumpulan underground dan tidak mempunyai album. Tak silap saya mereka ada single mereka yang diminati sesetengah orang. Asalkan mereka ada peminat dan lagu, saya rasa itu sudah mencukupi. Polar 14:02, 17 Ogos 2007 (UTC)

Dulu macam mana dia dapat jalankan tugasnya sebagai seorg penyelia!? Dia dah lupa Bahasa Melayu pun... Aneh... --Edmund The King of The Woods! 04:34, 20 Ogos 2007 (UTC)

Adakah anda dan Jay maksudkan soalan saya kpd anda tentang Kowey? Jika ya, sebenarnya saya langsung tak berniat utk mencaci Kowey, tapi perangai saya memang macam ni, kadangkala bercakap dgn begitu kasar! Namun saya berjanji, kelak sayua akan berhati-hati dgn pepatah kata saya. Saya minta maaf atas kekasaran saya. --Edmund The King of The Woods! 12:02, 20 Ogos 2007 (UTC)

Bilakah anda jadi birokrat?

Sila nyatakan tarikh anda jadi birokrat di Wikipedia:Penyelia/Pengundian. Terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 05:42, 20 Ogos 2007 (UTC)

RE: Komen

Sila tunjukkan apa masalah dgn pesanan saya kpd tuan kepunyaan robot itu. --Edmund The King of The Woods! 15:40, 20 Ogos 2007 (UTC)

Sila berikan status robot kpd itu, memandangkan robot ni telah berjasa di sini. Terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 15:45, 20 Ogos 2007 (UTC)

Biarlah. Bantahan saya kerana saya nak tengok apa yg dibuat steward di sini. Tapi tak penting sangat sebenarnya.

Assalamualaikum Yosri, saya tak tau berapa lama saya akan berada di sini, mungkin saya tidak akan berada di sini menjelang akhir tahun. Juga, jika saya bakal jadi penyelia sekali lagi pada bulan November atau Disember tahun ini, adakah itu masa yang lebih menyenangkan? Serta adakah anda akan kemungkinan sokong saya? Jika saya gagal sekali lagi pada bulan tersebut saya akan minta jadi penyelia buat kali kelima dalam akaun asal saya (Emrrans) pada bulan April atau Mei tahun 2008. Saya harap dosa saya ditebus 100% sebersihnya-bersihnya. Hehe, anda tak perlu risau sangat tentang saya. Saya boleh jaga diri saya dengan baik. — Imran Al-Sahih 14:06, 22 Ogos 2007 (UTC)

Saya berharap anda tak kisah saya tukarkan imej di sana kepada gambar yg saya buat sendiri. --Edmund The King of The Woods! 06:30, 23 Ogos 2007 (UTC)

Saya pilih warna itu, kerana, anda juga orang Malaysia juga patut tau bahawa warna itu yg digunakan oleh kerajaan kita! Kadangkala bulatan dgn perkataan itu dlm hitam dgn latar putih, kadangkala latar warna lain dgn bulatan & perkataan dlm warna putih. Eh, kenapa anda terlupa pula tandatangan utk pesanan anda!? --Edmund The King of The Woods! 09:09, 24 Ogos 2007 (UTC)

RE: Myanmar Kecil

Kenapa saya perlu menyertakan petikan? Khairul hazim 11:15, 27 Ogos 2007 (UTC)

Sekatan anda yg terlalu tegas

Assalamualaikum!
Baru-baru ni saya nampak anda mengambil tindakan sekatan yg terlalu keras. Kenapa anda menyekat pula alamat IP yg hanya melakukan vandalisme SEKALI saja!? Saya juga nampak anda juga sekat satu alamat IP Malaysia! Sila rujuk kpd apa yg telah saya nyahsekat. Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 10:57, 30 Ogos 2007 (UTC)

ArrazzazBot

Untuk menyekat pengguna dan melindungi laman yang ditimpa vandalisme, bot saya perlukan status sysop. ~ Aviator 03:11, 4 September 2007 (UTC)

Oh ya, satu lagi, apakah dasar WikipediaMs dalam menyambut pengguna-pengguna baru? Saya buka log pengguna baru dan mendapati bahawa sebahagian pengguna disambut dan sebahagian yang lain dibiarkan sahaja. Boleh beri keterangan? ~ Aviator 12:36, 4 September 2007 (UTC)


Untuk status bot, kita boleh calonkan untuk perlantikan. Mengenai pengguna baru, dahulunya saya menyambut semua pengguna, tetapi apabila jumlah mereka meningkat melebihi keupayaan saya menyambutnya, saya menghadkan sambutan kepada pengguna yang mempunyai nama manusia normal. Tetapi bot boleh menyambut semua pengguna, kecuali yang nama jelik. Yosri 23:59, 4 September 2007 (UTC)

Terima kasih kerana memberi status bot. Saya juga telah perasan mengenai masalah pertindanan tersebut dan membaikinya. Sebelum ini, bot saya diprogramkan untuk menggantikan mana-mana laman perbualan pengguna baru yang tidak mengandungi {{sd}}. ~ Aviator 04:40, 12 September 2007 (UTC)

"KeYahudian" saya

Excuse me, adakah anda bercakap dgn kedua-dua saya dan Emrrans? --Edmund The King of The Woods! 09:07, 4 September 2007 (UTC)

Dia sudah menang dlm pengundian utk menjadi penyelia. Sila lantik dia secepat mungkin. Terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 07:05, 8 September 2007 (UTC)

Harap anda berikan status bot kepada mereka berdua secepat mungkin. Terima kasih. — Didie 05:31, 9 September 2007 (UTC)

mau tanya

bung Yosri saya ingin bertanya kepada anda

Kekal, jenayah dalam bahasa indonesia itu apa ya dan Jawatan karena ada artikel yang belum beres atau tidak kirim ke pembicaraan pengguna indonesia saya fajarapa ya? 03:01, 3 Oktober 2007 (UTC)

Wah Makasih ya Fajarkirim pesan

pecah amanah=korupsi kolar putih=white colar/kerja pejabat rogol=rape Yosri 00:47, 11 September 2007 (UTC)

Saya tolong jawab

jenayah = kriminil (Indonesia)

korupsi = rasuah (Melayu)

kerja pejabat? pejabat dalam bahasa Indonesia = pegawai (melayu), officer (en), atau orang yang memegang jawatan.

jawatan = jabatan (indonesia)


Syafrein 10:22, 11 September 2007 (UTC)

Artis Indonesia

id:Daftar aktris Indonesia

Wikipedia:Pengenalan

Adalah tidak mengapa kalau pengguna melakukan kerosakan di Wikipedia:Pengenalan. Jangan hentam pengguna baru. :) WikipediaEn pun menganggap en:Wikipedia:Introduction seperti sandbox. ~ Aviator 03:22, 12 September 2007 (UTC)

Kedutaan

Eh kenapa anda bercakap di laman perbualannya!? Embassy tu kan dah tidur lama!? Lagipun yg di atas tu ialah percakapan Alistair yg dah lebih satu tahun dulu!
Satu lagi, apa yg seseorg patut tahu sebelum boleh menjadi duta? Saya seolah-olah rasa bahawa duta harus tau tentang robot! Terima kasih dan Selamat Berpuasa, harap anda masih bertenaga menyumbang di sini (Maafkan saya kalau dah terkeluar kata-kata yg sumbang ya!) --Edmund The King of The Woods! 06:19, 12 September 2007 (UTC)

Memanglah anda. --Edmund The King of The Woods! 07:31, 13 September 2007 (UTC)

Selamat berpuasa

Hai Syeikh Yosri, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Oh, hehe, satu lagi, selamat berwiki... — Imran Al-Sahih 11:17, 12 September 2007 (UTC)

Sedia dah tuk semayang Tarawikh? Juga, dah sedia puasa tuk esok?

Hai Yosri, anda dah sedia tuk semayang Tarawikh? Dan juga, sedia puasa tuk esok? Saya pun kejap lagi kena semayang Tarawikh, dan juga sahur dan puasa esok hari, hehe.. :) — Imran Al-Sahih 11:59, 12 September 2007 (UTC)

Saja nak borak ngan anda

Hai Yosri, anda sihat? Saya memang tak aktif buat masa ni, tapi bermula bulan ni, saya akan cuba aktif semula. Walaupun saya sibuk ngan Cosmopoint saya. Hati saya tetap di sini. Kalau anda tak nak reply, takpe. Boleh jadi anda sibuk, hehe. :P — Imran Al-Sahih 09:27, 13 September 2007 (UTC)

Putera William

Bukankah semua rencana tentang golongan kerabat diraja dalam Wiki B.M. menggunakan nama pangkat? (contoh: Charles, Putera Wales) Peraturan Wiki B.I. itu saya percaya hanya untuk pangkat bukan diraja, seperti gelaran-gelaran "Datuk" di Malaysia. Tengok Prince William of Wales dan Elizabeth II of the United Kingdom ataupun Juan Carlos I of Spain dan Felipe, Prince of Asturias, itu semua nama pangkat diraja. Apabila dia menaiki takhta nanti, gelarannya akan berubah, dan tajuk rencana pula perlu berubah, seperti dalam penggunaan media antarabangsa. -Yk Yk Yk 09:58, 13 September 2007 (UTC)

--Maaf kalau saya ini degil sangat-- Sebenarnya, contoh-contoh yang saya berikan di atas sudah membuktikan bahawa gelaran pangkat diraja harus dimasukkan dalam tajuk rencana di Wikipedia B.I.. Sebenarnya saya bersetuju dengan polisi itu kerana golongan kerabat diraja mendapat gelaran mereka setelah dilahirkan, dan gelaran ini tidak sama dengan gelaran lain yang dianugerahkan. Penggunaan "Putera William dari

Anda dijemput menyertai perbincangan tentang pesanan sistem itu. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. --Edmund The King of The Woods! 09:10, 15 September 2007 (UTC)

Korus

Hi Yosri,

Betul cakap awak tu, tetapi lihat DBP Terjemahan dan maksud istilah Chorus / Korus. Tetapi kita boleh juga buat (disambiguation) untuk mengelakkan kekeliruan di antara korus pertengahan lagu dengan korus untuk koir. - Jay 07:27, 17 September 2007 (UTC)

Saya dan buang redirect dan letak sepatah 2 kata kat dalam tu. Kalau awak boleh tambah sedikit lagi dalam rencana

Hai Yosri,

Anda cuti dan berpuasa di KL ke? Hehe, sebab tadi saya cek alamat IP anda dan ianya dari Kuala Lumpur.

Tambahan lagi, anda punya kampung kat KL ye? Saya cuma akan raya kat sini sahaja, kerana nenek saya sudah kembali ke Rahmatullah.

Btw, jauh betul dari Terengganu ke KL anda berjalan. Hehe, kalau saya bersama anda, boleh kita berbual bersama-sama! Fiuh best tuu...

Imran Al-Sahih 06:26, 19 September 2007 (UTC)

Petua-petua tradisional

Apakah pandangan anda tentang laman ini ?- Petua-petua tradisional Patutkah ia diubahsuai atau dipadamkan? -Yk Yk Yk 07:13, 19 September 2007 (UTC)

Kosmo

Saya lihat Kosmo! telah diubah seperti Kotak Pasir. Saya risau maka saya simpan suntingannya di MS Word untuk dikemaskini serta letakkan pautan lalu kembalikan rencana buat sementara waktu hingga saya ubahnya kembali kerana saya takut terlupa dan dari membiarkannya menjadi rencana tampal, saya kembalikan buat sementara waktu. Tidak salah dengan isinya. Polar 12:34, 25 September 2007 (UTC)

Minta rencana

Rencana en:Plácido Domingo terpaksa ditutup pada 24 Sept 07 dari disunting oleh pengguna IP kerana telah beberapa fakta salah yang sengaja ditukar secara bertalu-talu oleh beberapa IP. Apabila rencana di EN telah ditahan, mereka beralih pula ke bahasa – bahasa lain, dan mereka baru sampai di MS pada 5.40pm. Saya baru saja “undo” 2 kali. Saya harap sekiranya mereka tetap menukar fakta (Salah satu ialah Tarikh lahir), saya nak minta rencana ini disekat daripada suntingan pengguna IP. Terima kasih - Jay 09:40, 26 September 2007 (UTC)

Terima kasih. -

Hai Sheikh Yosri, macamana kursus? Ok tak? Lupa pulak nak tanya anda lepas anda baru habis kursus. Hehe, satu lagi, anda buat kursus tentang apa semasa dalam dua hari? Saya nak tahulah, hehe.... — Imran Al-Sahih 04:56, 28 September 2007 (UTC)

Hospital Changkat Melintang

Hospital Changkat Melintang ini di Perak Tengah. Malekhanif 12:39, 1 Oktober 2007 (UTC)

Selamat berpuasa, hari raya dan maaf zahir dan batin

Hai Sheikh Yosri, selamat berpuasa, hari raya dan maaf zahir dan batin. Moga anda dicucuri berkat. — Imran Al-Sahih 00:48, 2 Oktober 2007 (UTC)

UDIM

Saya undurkan suntingan tersebut kerana disalin terus dari laman webnya. ...Aurora... 14:21, 3 Oktober 2007 (UTC)

Wikipedia: WikiProjek Kualiti Rencana

Terima kasih atas undian anda dalam pemilihan logo. MSWiki 05:56, 5 Oktober 2007 (UTC)

Tunas

Bagi saya, rencana stub atau tunas ialah rencana yang ringkas, hanya memberi maklumat yang sedikit, tidak lanjut, tidak mendalam dan tidak mampu memberi kefahaman 40%. Tidak kira ayatnya 10 atau 20 sekalipun, kalau isinya terlalu sedikit, rencana tersebut harus dikembangkan untuk kebaikan semua. Sekurang-kurangnya saya tak mahu padam kerana masih ada maklumat yang tertera... Polar 01:54, 9 Oktober 2007 (UTC)

Mungkin ya, tetapi anda juga antara penyumbang rencana stub yang banyak dan sering tidak meletakkannya dalam kategori dan menyukarkan sebarang proses perkembangan rencana. Keobjektifan dalam penilaian tidak menjurus kepada penilaian nilai sebenar yang sepatutnya tersirat di sebalik isi. Yang penting, sama-sama perbaiki kelemahan diri. :)

Salam Yosri, salam eid fitr..mengenai perkara ni..saya dah buat kajian sedikit dari penggunaan bahasa. Mentega yang digunakan oleh bahasa Melayu, adalah hampir sama sebutan dengan Portugis iaitu manteiga yang juga merujuk kepada butter

Manakala marjerin adalah sama dengan margarine atau dalam bahasa portugis atau sepanyol margarina yang merujuk kepada gantian butter. Maka, mentega adalah butter, dan marjerin adalah margerine. Harap apa yang dikaji mempunyai kesahihan.Salam. Hafrul 05:11, 23 Oktober 2007 (UTC)

Camelia

Yg mana yg betul? Dayang Nur Camelia Abang Khalid atau Dayang Nor Camelia binti Abang Khalid. ...Aurora... 13:25, 23 Oktober 2007 (UTC)

Saya dah gabungkan tapi saya tak letak senarai lagu sebab tak tahu yg mana popular.

Terima kasih atas usaha anda utk menulis rencana-rencana tentang sekolah, termasuk sekolah saya SM Poi Lam (SUWA). Bolehkah anda ceritakan mcm mana anda tiba-tiba dpt ilham utk menulis rencana sebegini, dan mcm mana anda dpt maklumat? --Edmund The King of The Woods! 08:29, 25 Oktober 2007 (UTC)

OK saya akan tulis tentang sekolah sendiri. Hmmm... baru-baru ini pengetua kami ambil cuti sampai akhir tahun supaya dpt bersara dgn cepat, dan kini dia tidak datang bekerja lagi. Kami masih sedang menantikan pengetua baru, tapi tahun depan saya tak belajar di sekolah ini lagi, tahun ni tahun terakhir saya.
Oh ya, terlupa pula, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. --Edmund The King of The Woods! 08:39, 25 Oktober 2007 (UTC)

enwiki

Dah balas pesanan anda di sana. --Edmund The King of The Woods! 11:11, 26 Oktober 2007 (UTC)

Laku musnah

SalamVandalismeDariIndonesia,GANYANGMALINGSIA yang sedang melakukan musnah terhadap Wikipedia. Saya nak tolong kamu mencegah laku musnah. Juga, menyekat SalamVandalismeDariIndonesia,GANYANGMALINGSIA daripada lakukan vandalisme. Bryan See 12:54, 27 Oktober 2007 (UTC)

Rename

Mind renaming User:Cool Cat to User:White Cat? -- Cat chi? 13:34, 27 Oktober 2007 (UTC)

Sudah done.

Bukan semua perkara layak mendapat rencana sendiri. Apa yang saya padam ialah lagu2 yg langsung tidak terkenal. Kandungannya pula cuma: X lagu didalam single pertama Y iaitu Z. Kenapa satu single perlu sampai tiga rencana? ...Aurora... 13:25, 2 November 2007 (UTC)

Kalau setakat nak pendapat kedua, sayalah pendapat kedua. Yk Yk Yk telah memberikan pendapat pertama, lihat

Wow, anda macam online sepanjang hari saja, macam tak perlu bekerja saja. Jadi saya nak tanya anda sikit, adakah anda seorang yang bersara? --Edmund The King of The Woods! 16:24, 2 November 2007 (UTC)

Copyvio by Rizuan, Again

The Image Imej:Hk G36E.jpg upload by Rizuan come from hkpro.com. This file Imej:Hkg36cqb.jpg can you find here. Regards a german User. I hope you can help.--88.73.180.129 23:48, 4 November 2007 (UTC)

gabung

Pokok Kacang Buncis = Kacang Buncis? ...Aurora... 14:24, 5 November 2007 (UTC)

Nama yg mana betul:

...Aurora... 13:29, 9 November 2007 (UTC)

Satu lagi. L. Ramli atau L Ramlie? ...Aurora... 13:35, 15 November 2007 (UTC)

S. Hamid dan Suhaimi Hamid. Orang yang sama ke lain? ...Aurora... 15:17, 29 November 2007 (UTC)

As-Sahilin

Laman webnya di sini, itu bukti kewujudannya. -Yk 10:22, 6 November 2007 (UTC)

Kalau begitu saya tidak dapat mengesahkan pendaftaran syarikat ini. :) -

Saya rasa itu sudah terlalu kejam. Cuma IP saja, dan hanya kosongkan satu laman, perlukah anda sekat dia 1 tahun!? --Edmund The King of The Woods! 09:03, 7 November 2007 (UTC)

boleh

bolehkah saya menyunting di laman ini Fajar ab 08:25, 9 November 2007 (UTC)

Koran

Saya masih tak faham kenapa carian "Koran" sampai "Akhbar". Koran ialah perkataan bahasa melayu kah? Kamus saya tak ada. Ryan Albrey 09:48, 12 November 2007 (UTC)

Sumbangan

Terima kasih. Saya cuma nak buat ringkasan supaya mudah saya melihat dan memantau kerja saya. Ruangan 'sumbangan' yang disediakan oleh wiki tu memang berguna tetapi terlalu panjang dan detail. Terima kasih kerana sering membantu saya. Cheguman 00:03, 13 November 2007 (UTC)

Diminta saudara Yosri memadam perkara yang tak 'berapa' penting dalam rencana 'Pulau Batu Putih' . Wikipedia bukannya berita dan tidak perlu ada laporan tentang pertelagahan Singapura dan Malaysia. Putera Luqman Tunku Andre 01:35, 13 November 2007 (UTC)

Jemputan untuk mengemukakan pendapat tentang cadangan pembukaan Wikiquote ms

Hai Sheikh Yosri, adakah anda tak sedar tentang apa yang saya tulis di Kedai Kopi?? Penat lelah tau saya mohon projek ini. Maaf ye kerana terkasar bahasa dengan anda. Anda dialu-alukan untuk mengemukakan pendapat anda mengenai pendapat anda tentang pembukaan projek Wikiquote ms. Inilah pautannya. — Imran Al-Sahih 05:50, 13 November 2007 (UTC)

Terima kasih banyak-banyak sangat kerana memberikan sokongan pembukaan projek Wikiquote ms di meta. Oh by the way, saya minta maaf banyak-banyak sangat kerana berkasar bahasa dengan anda pada pesanan saya di atas, ini kerana saya masa itu dalam keadaan terburu-buru. Sekian salam, jumpa lagi. :) —

Hai Mr Yosri, bolehkah anda tolong padamkan rencana dan imej yang terdapat di link Kategori:Rencana untuk dipadamkan, thanks. Maaf ye kerana mengganggu anda. ^-^ — Imran Al-Sahih 08:36, 15 November 2007 (UTC)

Saya Tau

Saya mengambil rencana mazhab Syiah dari wikipedia Indonesia dan cuba membetulkan ke romanais Melayu. Saya sekarang agak sibuk sekarang. Jangan padam lagi. Esok saya perbetullkan. Saya nak pergi tusyen sekarang Putera Luqman Tunku Andre 12:03, 19 November 2007 (UTC)

Arghh , kepalaku naik pening. Tolong wikikan semula. Ayat yang berbahasa Indonesia akan saya Melayukan esok. Saya harap bantuan. Putera Luqman Tunku Andre 12:06, 19 November 2007 (UTC)

Nama buruk?

Apakah pandangan anda tentang nama pengguna ini: Xenophobia xeno? Kan xenofobia bermaksud takut atau benci terhadap kaum lain? Adakah ia nama buruk? -Yk 07:07, 16 November 2007 (UTC)

Saya juga rasa nama ini buruk. Tapi dia sudah banyak menyumbang, jadi baik kita pergi tegur dia... --Edmund The King of The Woods! 16:55, 19 November 2007 (UTC)


Saya rasa ia seperti satu

Hi Yosri, sebenarnya walaupun bahan-bahan Melayu tidak banyak, yang ada juga tidak diketahui orang ramai. Kedua-dua buku ialah dapatan saya yang terbaru dari Perpustakaan Sultan Ismail di Johor Bahru. Terkejut saya melihat kedua-dua buku ini kerana saya bertanggapan bahawa saya telah membaca semua buku am tentang bahasa Melayu di perpustakaan itu, hehehe. Sebenarnya, buku jenis ini tidak banyak di perpustakaan tersebut. Oleh itu, "semua" bermaksud tak sampai sepuluh buah buku sahaja, hehehe.

Wikikhas? Kan WikiMelayu lagi baik bagi semua rencana berkenaan dengan orang dan kebudayaan Melayu, termasuk buku-bukunya? — Syarikat Pemunggahan Rencana 12:24, 20 November 2007 (UTC)


Sebenarnya, pemasukan rencana buku sebagai rencana Wikipedia bahasa Inggeris bukannya suatu perkembangan yang baru. Saya menyumbangkan Servant of the Bones pada 19 Julai 2005 dan mengembangkan tunas rencana Lasher di sana pada 26 Julai 2005. Sebenarnya ketika itu, saya hendak meyumbangkan rencana Gone with the Wind tetapi rencana itu telah pun ditulis seawal 18 Disember 2001.

Yang saya maksudkan tentang WikiMelayu bukannya Wikipedia bahasa Melayu tetapi nama itu memang tidak sesuai kerana akan menimbulkan kekeliruan. Yang saya maksudkan ialah wiki khas untuk rencana-rencana yang berkenaan dengan orang dan kebudayaan Melayu secara langsung. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:00, 20 November 2007 (UTC)

Typo error

Hai Yosri, sila lihat lelaman ini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Imej:Anuarzain2.jpg Terdapat typo dalam beberapa perkataan di 'Lesen hak cipta' (dibold):

Penyungbang yang memuat naik media ini tidak pasti stutus hak ciptanya. Silalah membantu memasukkan media ini ke dalam kategori yang sepatutnya.
->penyumbang ->status

harap maklum. Dekoelie 16:07, 20 November 2007 (UTC)

Hi, Yosri bolehkah awak tolong saya menterjemahkan perkataan ini ;Asian Indoor Games. Kelly Ho 09:10, 22 November 2007 (UTC)

Karyanet kata indoor games menjadi "sukan dalam", bukan "sukan dalaman".—Aviator, 02:18, 23 November 2007 (UTC)

RE:Test

Anda kan tau, kebanyakan pengguna di sini datang dari Malaysia. Anda sepatutnya tahu bahawa Kebanyakan IP Malaysia ialah IP dinamik. Hanya sesetengah syarikat besar saja yang menggunakan IP statik. Apa yg saya padam itu semuanya perbualan IP. Saya padam kerana semuanya sudah ketinggalan, tidak sepatutnya utk terus biarkan saja. Satu IP Malaysia kemungkinan besar akan bertukar miliknya tiap-tiap hari.

Tentang alasan anda "mengesan vandalisme dpd IP", itu hanya berkesan dlm satu hari, kalau IP itu IP dinamik yg kemungkinan besar dari M'sia. Manalah tau nanti salah satu IP melakukan test edit hari ini, besok org yg lain menggunakan IP itu dan buat test edit dan disekat, kan pemilik baru ini boleh dikira terfitnah? Oleh itu alasan anda tidak memuaskan utk apa-apa yg saya hapus semalam.

Mungkin anda berasa walau bagaimanapun saya hanya buat kerja sia-sia. Sebenarnya saya menganggap semua perbualan IP yg tidak berguna seperti ini sampah, dan tiada gunanya kalau rekod sumbangan kita terdapat banyak sampah macam ini. Rekod sumbangan kita tidak sepatutnya ada banyak sampah sarap seperti ini. --Edmund The King of The Woods! 06:31, 28 November 2007 (UTC)

Lihat betul-betul apa yg saya hapuskan itu - semuanya sudah beberapa bulan! Jadi semuanya tiada nilai lagi. Apa yg anda cakap itu hanya berkesan lazimnya buat beberapa jam saja. Andaikan saya melakukan vandalisme tanpa nama, saya terima amaran. Selepas itu saya disconnect dpd internet dan connect lagi, balik melakukan vandalisme lagi. Kalau orang lain diberikan IP yg saya guna tadi dan membuat test edit, dia disekat pula, bukankah dia terfitnah, kalau dia tak tau apa-apa polisi di sini? --Edmund The King of The Woods! 14:36, 28 November 2007 (UTC)

sebelumnya saya minta maaf kalau saya dirasa menggunakan nama yang buruk serta banyak orang Indonesia yang menyerang situs ini, saya disini tidak untuk bervandalisme, tetapi juga untuk menyumbang.. ponorogo bukan tarian johor dan selangor, tetapi dari Ponorogo, dadak merak saja diekspor ke malaysia, itulah sebabnya rakyat Indonesia (lebih tepatnya ponorogo) sangat marah.. ReogpunyaIndonesia 08:28, 28 November 2007 (UTC)

oh iya, Reog dibawa oleh suku-suku di Indonesia ke Malaysia sejak ratusan tahun lalu, berarti punya Indonesia ReogpunyaIndonesia 10:52, 28 November 2007 (UTC)

Usul sahaja

Hai saya ingin usul untuk pesan baru di sini bisa dijadikan seperti ini <span style="text-decoration:blink;">Anda mempunyai $1 <img src="http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/36/Nuvola_apps_email.png" alt="" width="25" height="25" title="Anda mempunyai pesanan baru!" /> ($2). </span> menjadi seperti ini Anda mempunyai $1 <img src="http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/36/Nuvola_apps_email.png" alt="" width="25" height="25" title="Anda mempunyai pesanan baru!" /> ($2). Fajar ab 06:04, 3 Disember 2007 (UTC)

Permohonan Menukar Nama Pengguna

Saya ingin menukar nama pengguna saya dari MSWiki kepada Diagramma Della Verita. Terima kasih.MSWiki 08:00, 9 Disember 2007 (UTC)

Bolehkah proses penukaran ini dipercepatkan?MSWiki 08:58, 13 Disember 2007 (UTC)

Anda boleh menukar nama pengguna tanpa was-was. Saya telah menukar hampir semua nama pengguna saya dalam Wikipedia. Sudah tentu nama pengguna ini mempunyai maksud tersendiri.

Saya fikir artikel en:Wikipedia:WP:Notability masih belum diterjemahkan ..apa maksud notability...Dikenali atau Terkenal..che 08:13, 10 Disember 2007 (UTC)

Minta Bantuan

Salam Yosri. Saya agak pening orang-orang berbincang di dalam laman artikel Malingsia..Sila masuk dan campur tangan di Perbincangan Malingsia che 01:21, 10 Disember 2007 (UTC)

Anugerah

Terima kasih atas anugerah anda. Saya akan berusaha lebih gigih mengembangkan Wikipedia BM. -Yk Yk Yk 12:38, 11 Disember 2007 (UTC)

Surat Khalifah Ali

Pandangan anda diperlukan dalam oldwikisource:Wikisource:Proposed deletions#Wikisource:Letters. -Yk Yk Yk 11:09, 13 Disember 2007 (UTC)

Dadak merak

Kalau buktinya gambar begitu, saya bisa dengan mudah dong, menambah di artikel Bendera Malaysia, "Bendera ini mirip dengan Bendera Amerika Serikat". ReogWarrior | bicara 09:18, 14 Disember 2007 (UTC)

Baik, sila beri rujukan, tapi, gunakan bahasa yang tidak mengesankan dadak merak menjiplak, karena memang tidak 16:48, 15 Disember 2007 (UTC)

Tentang penghantaran mesej alu-aluan

Saya ada sikit permintaan - semasa anda hantar pesanan alu-aluan kelak bolehkah kita taip {{subst:sd}}{{subst:interd}} daripada {{sd}} atau apa-apa, kerana template substitution harus dilakukan supaya menggambarkan keadaan semasa? --King Edmund of The Woods 19:21, 14 Disember 2007 (UTC)

rujukan + label

label tu penting untuk menggalakkan orang berusaha mencari rujukan... kenapa pula tidak perlu? memang saya sedang mencari rujukan.. ditulis oleh: IzZ pada: 13:42, 17 Disember 2007 (UTC) .. + harap sama-sama membantu

OK ditulis oleh:

Apakah anda pernah tengok rencana ini? Bagaimana bahagian & tahun 1938 itu seperti paparan di Wikipedia Bahasa Indonesia Azmi 02:53, 18 Disember 2007 (UTC)

Rujukan

      1. Teks Asal ###

Hai Adou,
Bolehkan anda letakkan rujukan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Ini kerana saya tidak dapat memastikan anda merujuk kepada Mazhab mana. Sekiranya anda merujuk kepada mazahab lain dari Syafie, sila nyatakan sedemikian, kerana kebanyakan pembaca di sini merujuk kepada mazhab Syafie, bukannya Mujtahid, Syiah, atau Wahabi. Yosri 11:46, 18 Disember 2007 (UTC)

Adakah anda syiah? Ini kerana saya lihat anda memilih rencana di forum terbuka melebihi/dan mengenepikan hadis Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Yosri 11:54, 18 Disember 2007 (UTC)
      1. Balasan ###

Salam,
Saya letakkan rujukan berbahasa Arab kerana saya tidak sempat cari dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Rujukan itu dikeluarkan oleh badan bertauliah, dan ulama' yang diakui seperti Syeikh Muhammad bin Salih Al-`Uthaymin, Syeikh Nasiruddin Al-Albani, Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian-Kajian Ilmiah dan Fatwa, Kerajaan Arab Saudi, dan lain-lain yang menjadi rujukan Umat Islam Ahli s-Sunnah Wal-Jama`ah. Tulisan saudara yang mengandungi beberapa butiran yang disanggah oleh para ulama' perlu dibaiki. Terima kasih. Adou 12:14, 18 Disember 2007 (UTC)

Salam, Pengguna forum tersebut telah memetik seorang ulama, Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah. Justeru, saya meletakkan pautan itu. Saya juga telah meletakkan pautan http://sirah.al-islam.com/display.asp?f=zad1110.htm yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat, Kerajaan Arab Saudi, yang juga memetik ulama yang sama, Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah, dalam bukunya Zadu l-Ma`ad. Untuk lebih lanjut, petikan ini menghuraikan tentang hadis-hadis sahih [daripada Bukhari dan Muslim, dan Kutub Sittah, berserta dengan hujah yang membantah tulisan saudara dalam tajuk tersebut. Petikan hadis yang saudara utarakan daripada Ibnu Majah juga dihuraikan dalam petikan itu, yang menyebut bahawa yang sahih {daripada Bukhari & Muslim) ialah "sebelum kamu duduk", bukan "sebelum kamu datang". Terima kasih. Adou 12:43, 18 Disember 2007 (UTC)

Salam,
Terima kasih. Saya buat pindaan adalah kerana ia rencana agama. Justeru, ia perlu dibetulkan. Rujukan daripada mazhab berlainan biasanya disebut juga dalam petikan-petikan tersebut, dengan klausa "Menurut Ahmad", "Menurut Hanafiyyah"... . Jika ada pautan setara dalam Inggeris/ Melayu, juga akan dipautkan. Jika tiada/ belum jumpa, pautan asal akan digunakan. Terima kasih. Adou 12:55, 18 Disember 2007 (UTC)

Salam,
Tentang mazhab di Arab Saudi, rujuk teks ini "Main sources of Saudi law are Hanbali fiqh as set out in a number of specified scholarly treatises by authoritative jurists, other schools of law, state regulations and royal decrees (where these are relevant), and custom and practice" dalam http://en.wikipedia.org/wiki/Saudi_Arabia dan http://www.law.emory.edu/ifl/legal/saudiarabia.htm. Tentang hadis saudara, pautan merujuk kepada Bukhari, dan Muslim, sedangkan hadis saudara daripada Ibnu Majah. [Teks dalam rujukan berlainan tidak sama!]. Suntingan awal saya [tentang tajuk ini, yang saudara telah 'reject', merujuk kepada Syeikh Ibnu `Usaymin, yang menjadi rujukan Ahli s-Sunnah. Juga disebut di situ beberapa pendapat (mazhab), termasuk Asy-Syafi`i dalam bukunya Al-Umm. Adou 13:17, 18 Disember 2007 (UTC)

Salam,
Saya baru terjumpa artikel untuk bacaan saudara tentang tajuk ini http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/09/pencerahan-dalam-persoalan-solat-sunat-qabliyah-jumaat/. Terima kasih. Adou 13:21, 18 Disember 2007 (UTC)

Salam,
1- Hadis Abu Bakr Al-Munzir dihuraikan sebagai salat sebelum masuk waktu Zuhur.
2- Hadis amat lemah (dha`if jidda) tidak boleh digunakan sebagai amalan menurut ijma`. Dalam syarat menggunakan hadis dha`if sebagai amalan, ia hendaklah bukan hadis dha`if jiddan.
3- Nabi tidak melarang dengan jelas, kerana ia tidak berlaku.
4- Maaf, saya belum jumpa teks Imam An-Nawawi [dalam hal ini]
Sekian. Adou 14:05, 18 Disember 2007 (UTC)

  1. - Hadis Abu Bakr Al-Munzir dihuraikan sebagai salat sebelum masuk waktu Zuhur. Menurut qiyas siapa? Ia dihuraikan dalam laman berbahasa Arab ini http://sirah.al-islam.com/display.asp?f=zad1110.htm
  2. - Hadis amat lemah (dha`if jidda) tidak boleh digunakan sebagai amalan menurut ijma`. Dalam syarat menggunakan hadis dha`if sebagai amalan, ia hendaklah bukan hadis dha`if jiddan. Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam risalah Tabyini l-`Ajab http://www.alalbany.net/misc/misc028.php
  3. - Nabi tidak melarang dengan jelas, kerana ia tidak berlaku. Rujuk no 1
  4. - Maaf, saya belum jumpa teks Imam An-Nawawi [dalam hal ini] Baca balik rencana yang anda rujukkan saya itu. Di antara yang berhujah dengan hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal ialah al-Imam al-Nawawi rahimahullah (676H) dimana beliau berkata: Dan adapun sunat sebelumnya (qabliyah Jumaat) maka asasnya adalah hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal yang telah disebut dalam perbincangan sebelum ini: “Di antara setiap dua azan ada solat” dan juga diqiyaskan kepada solat Zohor. [al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (tahqiq: M. Najib; Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut, 2001), jld. 3, ms. 349] ' Penggunaan hadis ini juga dihuraikan dalam http://sirah.al-islam.com/display.asp?f=zad1110.htm, Saya belum jumpa teks Imam An-Nawawi [dalam hal ini], kerana saya tiada buku tersebut [dalam Arab]. Adalah perlu untuk merujuk buku asal untuk membaca huraian dan syarah dan tidak melalui petikan ringkas. Terima kasih.

Maafkan saya, saya rasa anda kurang teliti dalam pembacaan anda dan saya kini kurang percayakan hujah anda. Yosri 14:32, 18 Disember 2007 (UTC) Saya pautkan laman itu untuk bacaan saudara, kerana saya tidak ada pautan seperti pautan Arab dalam bahasa Melayu, mungkin ia dapat membantu saudara jika tidak dapat merujuk terus kepada bahasa Arab. Adou 15:02, 18 Disember 2007 (UTC)

Permohonan robot

Bolehkah anda datang sini sekejap untuk menangani 3 permohonan status robot? Terima kasih! --King Edmund of The Woods 05:13, 19 Disember 2007 (UTC)

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Mohon Maaf Dipinta Dari Saya,Putera Luqman Tunku Andre. Enjoy Raya. Cheers. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 12:05, 19 Disember 2007 (UTC)

Calon pemeriksa 2008

Kepada saudara Yosri, anda dijemput memberikan status menjadi Pemeriksa anda pada laman ini → Wikipedia:Penyelia/Permohonan#Calon_pemeriksa_2008. Diharap kerjasama daripada anda dapat diberikan. Sekian terima kasih. Dari — Didie (bincang) 07:18, 26 Disember 2007 (UTC).

Salam, status menjadi Pemeriksa yang diberikan saudara baru-baru ini telahpun diproses. Kini, terdapat laman pengundian saudara berhubung perlantikan sebagai pemeriksa → Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Yosri sebagai pemeriksa 1 Januari 2008. Selamat berjaya dan selamat tahun baru 2008. Sekian. — Didie (bincang) 04:39, 31 Disember 2007 (UTC)

Maaf, saudara Yosri. Anda tidak dapat dilantik menjadi 'checkuser' buat masa ini kerana jumlah sokongan pada laman pengundian saudara tidak mencapai jumlah sokongan yang ditetapkan di Meta-Wiki untuk perlantikan sebagai 'checkuser'. Teruskan menyumbang sumbangan saudara yang cukup berharga buat ms.wiki ini. Sekian. —

Sila pergi ke laman permohonan itu untuk membuat pengesahan anda dalam jadual yg Didie buat itu dgn letak tick, terima kasih. --אדםוןד ואודס, King Edmund of The Woods 09:43, 26 Disember 2007 (UTC)

Ganti Nama

Tuan Yosri, apakah saya boleh mengganti nama user saya menjadi Azmi. Ketika saya mahu login, saya mudah lupa id saya. Azmi 13:17, 27 Disember 2007 (UTC)

Bagaimana kalau Azmi1995? Azmi 08:27, 2 Januari 2008 (UTC)