Gambar-gambar

Mengenai gambar-gambar, hati saya cuma pada ms:Wikipedia sahaja. Saya tidak fikir tentang kegunaan lain kerana setiap kegunaan memerlukan tentuan masing-masing. Umpamanya, saya mengehadkan lebar gambar supaya tidak melebihi 400px (400px sudah terlalu besar kalau diletak pada kiri atau kanan rencana) dan mengurangkan resolusinya supaya cepat dimuat turun. Kalau saya hendak membuat untuk tujuan lain, saya kena meningkatkan lagi resolusi dan ini akan menjejaskan pengguna yang masih menggunakan dial-up tmnet ataupun mempunyai komputer lauyar seperti komputer saya. Oleh sebab itu, saya harap kamu tidak akan menghapuskan simpanan asal.

Fail PHP

Saya akan menulis kaedah untuk menukarkan antara muka sewaktu saya menghabiskan projek itu. Sebenarnya, ia tidak susah, cuma hendak tahu langkah-langkahnya sahaja. Nasib, Borgx adalah seorang yang amat sabar serta sudi tolong-menolong. Dari segi ini, Wikimedia langsung tidak berguna. Entah siapa yang boleh memahami huraiannya yang tidak mengandungi langkah-langkah yang penuh! Mereka membuat andaian bahawa anda tahu akan cara menggunakan perisian-perisian yang terlibat. Lagipun, mereka tidak layan pertanyaan saya juga, baik dipaparkan di halaman perbualan ataupun secara langsung.

Saya akan mengirimkan kaedah-kaedah kepada kamu selepas saya menyemak semula langkah-langkahnya. Saya tidak hendak menyimpannya kerana saya akan kurang aktif pada masa hadapan. Ini disebabkan saya mempunyai banyak lagi kegemaran yang telah dibiarkan sejak enam bulan ini, bukan sebab tidak puas dengan ms:Wikipedia. Kegemaran saya termasuk mempelajari komputer, multimedia, rekaan web, pengaturcaraan dan sebagainya dengan lebih lanjut. Amat ajaib teknologi maklumat ini!! Walau bagaimanapun, saya akan terus menyumbang kepada portal ini, tetapi bukan secara 15 jam setiap hari. — PM Poon 14:54, 16 Januari 2006 (UTC)

Templat-templat

Hai Yosri, saya telah mengemaskinikan templat stub serta templat terjemahan kerana harap menggalakkan lebih penyertaan (selaras dengan konsep pemasaran dan promosi yang saya pernah belajar). Format lama cuma mengatakan jenis rencana berkenaan secara deskriptif tanpa mempunyai unsur pemasaran.

Saya juga bertambah dua templat:

  • templat bukan: untuk rencana yang biasanya tidak tergolong dalam rencana ensiklopedia mana-mana;
  • templat telefon: untuk rencana yang lebih sesuai untuk Panduan Telefon Halaman Kuning. —

    Hai Yosri, sebagaimana yang kamu tahu, saya telah mengubahkan teg terjemahan baru-baru ini. Tujuannya semata-semata untuk menurunkan bilangan stub di portal ini.

    Sebagaimana saya telah memberitahu kamu pada 11 Januari, terdapat 60% daripada rencana di sini (rencana tarikh dikecualikan) yang mengandungi 3 ayat atau kurang. Rencana tarikh merupakan 30.2% daripada rencana-rencana yang sedia ada. Bila digabungkan, di antara 12,000 rencana pada waktu ini, terdapat 72% yang langsung tidak mempunyai maklumat. Dengan kata lain, sewaktu saya menekan butang "halaman rawak", saya akan 3 kali mendapat maklumat yang lebih sempurna setiap 10 kali saya menekan butang tersebut. Dengan kata yang lain juga, strategi saya ini tidak diperlukan sekiranya portal ini tidak mempunyai terlalu banyak stub. Satu strategi lagi yang kamu mungkin boleh mempertimbangkan ialah untuk menghapuskan stub yang terlalu lama. Dengan kata yang lain juga, kita kini di antara "devil and the deep bluesea" (dua pilihan yang sama-sama tidak baik).

    Dengan strategi saya ini, saya harap mencapai lebih penyertaan melalui "kempen" "Seorang seayat, lama-lama membukit!". Saya sengaja tidak menggunakan "menjadi bukit" kerana frasa itu selalu dipergunakan sehingga terhilang maksudnya; jika kamu ada frasa yang lebih bagus, harap kamu boleh memperbaikinya lagi. Saya juga tidak hendak menggunakan "Seorang seperenggan" walaupun saya harap mereka akan menterjemahkan sekurang-kurang seperenggan. Mana tau, sewaktu menterjemahkan satu ayat, mereka mendapat motivasi untuk meneruskan sehingga bukan seperenggan tetapi sebahagian?

    Selaras dengan strategi ini, saya telah membekalkan pautan Kamus Dewan Bahasa serta memasukkan rencana bahasa Inggeris untuk memudahkan penyertaan mereka. Kalau kita tidak berbuat begini, siapakah akan mencari teks bahasa Inggeris untuk menterjemah sebahagian kecil? Cuma orang yang betul-betul hendak menterjemahkan rencana akan mengambil masa untuk mencari rencana dalam en:Wikipedia. Amalan lama mengecualikan hampir kesemua penyumbang yang sudi menyumbang sebahagian kecil sahaja.

    Strategi saya ini juga berdasarkan pengalaman saya sewaktu hendak menterjemahkan rencana. Kadang-kadang, sewaktu hendak menterjemahkan rencana, selepas dapat mencarinya di en:Wikipedia (bukan sesuatu yang selalu senang), dah tak ada mood nak meneruskannya.

    Oleh sebab rencana USS Idaho (BB-42) kosong sahaja kecuali satu jadual tunggal, ia tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam portal ini. Bagaimanapun, bila dibandingkan dengan penghapusan rencana ini, lebih baik kita memudahkan sesiapa yang mampu menterjemahkan rencana itu.

    Teg baru amat besar. Oleh sebab itu, sewaktu pengguna nampak teg itu, dia akan tahu bahawa ini bukan rencana bahasa Malaysia. Kan ini sama sahaja dengan ketiadaan rencana tersebut?

    Selepas pesanan kamu, saya telah menyembunyikan sebahagian teks bahasa Inggeris (melalui teg komen) kecuali perenggan pendahuluan (sila lihat rencana USS Idaho (BB-42)). Kemungkinan, ini boleh juga memotivasi penyumbangan kerana sewaktu pengguna melihat rencana ini amat panjang, mereka hilang minat nak menterjemahkannya.

    Perkara lain

    Saya nampak terdapat beberapa pengguna baru yang amat aktif, umpamanya Matthew A. Lockhart dan Coljames. Sebagai bapa Wikipedia bahasa Melayu, ada baiknya jika kamu memotivasi mereka supaya tidak terhilang.

    Pada waktu sekarang, nampaknya cuma Aurora dan kamu amat aktif. Memang kerjanya berat jika hendak mencipta sebuah portal yang cemerlang tanpa lebih banyak orang membantu. Bagi pendapat saya, kamu kena membentukkan sebuah jawatankuasa "think-tank" yang terdiri daripada 6-8 orang supaya dapat mencapai tujuan kamu untuk mendapat lebih pengguna yang aktif. Dalam jargon pentadbiran perniagaan, "Do the same thing over and over again, and you will get the same result." Kalau tidak mengubahkan strategi sekarang, memang selepas satu tahun, portal ini akan menerima sambutan yang sama. — PM Poon 12:38, 20 Januari 2006 (UTC)

    * * * * *

    Hai Yosri, saya hendak keluar sekejap. Nanti saya balik, saya akan menjawab dengan lebih teliti. Bagaimanapun, ingatlah sahaja bahawa apa yang saya mengemukakan merupakan pendapat saya sahaja, berdasarkan:

    • Pembelajaran pentadbiran perniagaan;
    • Pengalaman sebagai pentadbir selama 20 tahun (kini dah bosan dengan bidang pentadbiran; sebab itu, tak larat menjadi pentadbir syarikat atau Wikipedia, hehehe);
    • Pengalaman tiga bulan di en:Wikipedia (rasanya, penyertaan tiga bulan di sana bersama dengan penyertaan lebih setahun bila dibanding dengan penyertaan orang lain);
    • Pemikiran sendiri.

    Saya telah menterjemahkan lagi satu perenggan dalam rencana USS Idaho kerana saya nampak kamu membuatnya. Sebenarnya, saya memang tidak terfikir hendak menterjemahkan tadi.

    (P/S: Yosri, bila kamu ada masa, boleh tolong mencari rencana saya yang berikut (say terlupa tajuk yang tepat):

    • Distraction Osteogenesis (Osteogenesis keregangan);
    • South Korean car industry (Industri kereta/automobil Korea Selatan).

    Kedua rencana merupakan sumbangan sebahagian besar saya di en:Wikipedia). — PM Poon 13:36, 20 Januari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, kedua-dua rencana telah pun dapat dijumpai melalui gambarnya! Amat hairan mengapa ia tidak dapat dijumpai melalui satu perkataan, umpamanya "Osteogenesis" ataupun "Automobil"! Sama juga keadaannya di en:Wikipedia. —

    Hai Yosri, statistik adalah sejenis alat analisis yang amat berkuasa. Dengan menggunakan sedikit data, ia dapat membuat kesimpulan yang dapat mencapai sehingga ketepatan 99%!!! Teknik utamanya menggunakan data rawak serta formula-formula tertentu untuk memastikan ketepatannya. Akan tetapi saya telah lupa bagaimana mengiranya. Yang saya tahu, jumlah data mesti sekurang-kurang 30 unsur (rencana bagi kes kita). Kalau kita menggunakan lebih data, ia akan lebih tepat, tetapi biasanya 100 unsur dah dikira terlalu bagus. Oleh sebab itu, saya menggunakan 100 halaman rawak. Dah buat banyak kali dahhh! Saya juga pernah mengira bilangan penyimpangan daripada Manual Gaya Wikipedia. Memang banyaknya!!

    Pada masa yang saya hendak mengirimkan keputusan kepada kamu, bini saya menasihatkan saya jangan mengirim. Orang tak suka dengar berita yang tak baik. Saya pun bersetuju dengannya dan membuang analisis saya sahaja. — PM Poon 17:10, 20 Januari 2006 (UTC)

    Penggunaan Bahasa Inggeris

    Hai Yosri, kalau kamu pernah membaca terjemahan saya, saya juga cenderung kepada penggunaan bahasa Melayu yang asal; umpamanya, saya tidak suka menggunakan perkataan seperti "mendefinasikan" tetapi selalu menggunakan "mentakrifkan" (kecuali bila bahasa Melayu mungkin menimbulkan kekaburan... terlupa satu perkataan tadi yang saya terpaksa mengguna perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris).

    Memang sebagai kelaziman, kita kena menggunakan bahasa Melayu dalam portal bahasa Melayu. Akan tetapi sekiranya kita boleh memperoleh manfaat melalui bahasa Inggeris, saya berasa kita kena mengambil kesempatan itu untuk memajukan portal ini. Kan banyak rencana di portal ini merupakan terjemahan daripada en:Wikipedia? Saya nampak ada beberapa pengguna yang menterjemahkannya.

    Yosri, mungkin kamu tidak tahu masalah bahasa Melayu pada dekad 60-an dan 70-an. Sewaktu kerajaan Malaysia hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, semua orang ketawa. Memang sewaktu itu, perbendaharaan bahasa Melayu tidak mencukupi untuk menjadi bahasa penghantaran untuk undang-undang, sains dan teknologi. Jika tidak meminjamkan perkataan daripada bahasa Inggeris melalui satu sistem pertukaran yang amat cerdik, saya berasa kerajaan Malaysia boleh mengistiharkan apa-apa tetapi bahasa Inggeris akan terus digunakan. Bagaimanapun, bahasa Inggeris pun selalu meminjam daripada bahasa lain. (Bahasa Inggeris yang tulen biasanya mempunyai satu suku kata sahaja, seperti "talk", "walk", "eat" dan sebagainya. Yang mempunyai banyak suku kata, umpamanya "introduction", "institution", "psychology" dan sebagainya biasa dipinjam daripada bahasa Latin.)

    Deng Xiaoping selalu dituduh oleh Mao Zedong kerana memilih jalan kapitalis walaupun China adalah sebuah negara komunis. Bagi menjawab Mao, Deng dikatakan berkata: "Tak peduli ia tu kucing putih atau kucing hitam, asalkan ia dapat menangkap tikus, ia adalah tikus yang baik!"

    Tengok negara China pada hari ini. Tak kan kamu tak mau Wikipedia Bahasa Melayu berkembang serupa dengan China (yang masih mengamalkan gagasan Deng) pada hari ini? Ataupun kamu lebih suka mengikut cara Mao yang lebih tulen?

    (P/S: Saya masih berasa bahawa untuk mengatasi persoalan stub, kita harus masukkan kandungan, baik bahasa Inggeris ataupun bahasa India. Akan tetapi, saya akan mengubahsuai cara untuk merangkumi gagasan kamu, iaitu memaparkan seperenggan sahaja dan menyembunyikan yang lain supaya tidak kelihatan terlalu banyak bahasa asing dalam portal ini (rencana gaya penulisan dikecualikan kerana ia dapat menolong sesiapa yang memahami bahasa Inggeris. Memang pengguna portal ini amat lemah dalam gaya penulisan ensiklopedia, baik gaya Wikipedia ataupun gaya ensiklopedia secara am.) — PM Poon 17:46, 20 Januari 2006 (UTC)

    Terjemahan antara muka

    Hai Yosri, sila lihat: Halaman Antara Muka dan Halaman PerbualanPM Poon 21:46, 21 Januari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, oleh sebab saya akan memundurkan diri buat sementara dalam dua tiga hari, saya ingin tahu mana yang lebih bagus:
    • Saya mengirimkan fail LanguageMs.php terus kepada Borgx dalam dua tiga hari ini; ataupun
    • Saya mengirimkan fail LanguageMs.php kepada kamu dan kamu boleh mengirimkannya kepada Borgx selepas kamu siap menyemaknya. Dengan cara ini, terdapat lebih masa untuk kamu membuat semakan yang selaras.
    Sebagaimana yang kamu memberitahu saya, kamu tidak suka Bahasa Inggeris dalam portal ini, sedangkan antara muka mengandungi banyak ayat dalam Bahasa Inggeris. Saya juga berasa begitu dan walaupun penguasaan bahasa saya terhad, saya telah mencuba apa-apa sahaja yang saya berupaya. Baik kamu mengemaskannya supaya portal ini mempunyai antara muka yang piawai. —

    Hai Yosri, okay, saya akan hantarkan besuk (atau selewat-lewatnya lusa). Nak semakkan kali yang terakhir walaupun saya telah menyemakkannya banyak kali. Setiap kali, saya membuat perubahan baru kerana kekurangan penguasaan bahasa Melayu. Yosri, kamu tidak perlu menyimpan salinan fail LanguageMs.php sebab fail itu akan dimuat naik ke pelayan Wikipedia dan boleh dimuat turun dari Sourceforge.net pada bila-bila masa sahaja.

    Ya, saya memang lihat kamu lebih suka mengarang daripada mengurus. Kecenderungan ini boleh menjejaskan kejayaan portal ini kerana kamu bukan pengguna biasa! (Bukan satu kritikan, memang benar kan?) Bagaimanapun, portal ini sudah boleh dikira berjaya bila dibandingkan dengan kebanyakan Wikipedia bahasa yang lain. Oleh sebab itu, biarkanlah sahaja dan ikut kegemaran kamu.

    Bagi saya, sebagai kegemaran, saya pun lebih suka mengarang (memang dah bosan dengan tugas pentadbiran). Akan tetapi sebagai pengurus pentadbiran selama dua dekad, amat sedih nampak kebanyakan kerja pentadbiran tidak dibuat! hahaha. Oleh sebab itu, saya telah mengabaikan pengarangan rencana dan menghabiskan banyak masa untuk membuat apa yang saya memang tidak gemar; mencipta rencana tarikh, memperbaiki rencana yang sedia ada supaya pengguna lain boleh mengikut caranya, menterjemahkan antara muka, menterjemahkan garis panduan, mencipta templat dan sebagainya. Ini semua amat membosankan, tetapi untuk membantu dalam perkembangan portal ini, terpaksalah... khususnya, kerana sewaktu saya menyertai portal ini (ataupun en:Wikipedia), saya sudah merancang tidak akan lama-lama di sini. (Untuk antara muka, saya rasa itu merupakan muka Wikipedia dan kena sempurna.)

    Sebagai cadangan sahaja, jika Yosri hendak portal ini maju dengan lebih pantas, kamu kena mencari seorang pemimpin portal untuk mengetuai tugas-tugas pentadbiran. Kaedah ini merupakan seorang kaya menggajikan pengurus untuk membantunya. Jangan cari dari luar. Memang susah. Sehingga hari ini, saya tidak berjaya mendapat seorang pun yang ingin menyertai kepada Wikipedia, baik en:Wikipedia ataupun ms:Wikipedia. Carilah dari golongan pengguna ms:Wikipedia sahaja. Gunakan pendekatan syarikat pemasaran. Ubahkan Laman Utama menjadi papan iklan ms:Wikipedia (biar kita membuat penyimpangan daripada en:Wikipedia, jika kita ada alasan yang munasabah). Paparkan jawatan kosong untuk:

    • pentadbir "kertas kerja" (umpamanya menukar paparan Laman Utama dari semasa ke semasa, dan menterjemahkan garis panduan en:Wikipedia yang sering bertukar); dan
    • pentadbir perhubungan pengguna (menjawab soalan pengguna dengan pantas dan memotivasikan pengguna).

    Kemahiran yang diperlu untuk kedua jenis pentadbir adalah berbeza. Sewaktu saya tengok kerja pentadbiran yang perlu dibuat, memang banyak. Kerja ini tidak boleh dibuat oleh seaurora atau dua sahaja. Kena memerlukan satu kumpulan. Inilah rasiah pentadbiran yang baik. Kena ada kumpulan yang berdedikasi!!!

    Saya baru membaca rencana "Penjajahan Mongol terhadap Jepun" dan "Perpustakaan digital". Memang bagusnya! Kelihatan sesama taraf dengan en:Wikipedia!! Kalau terdapat rencana semacam ini, memang lagi ramai pembaca akan mencapai halaman ms:Wikipedia. Dan lagi ramai pengguna akan mengarang mengikut piawai kamu.

    Di sini, saya hendak meminta maaf jika terdapat sebarang kesalahfahaman antara kami. Tujuan kami sama sahaja, cuma kaedah kami berbeza. Saya akan kembali pada masa depan. Bagaimanapun, sebagai seorang penagih Wikipedia, saya akan menyumbang sedikit-sedikit jika ada masa. — PM Poon 14:11, 25 Januari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, sila lihat Perbualan Aurora untuk pesanan saya mengenai terjemahan antara muka. — PM Poon 11:33, 27 Januari 2006 (UTC)

    Kena ingat nak melawat http://www.india4world.com/indian-culture/indian-monument/Chittaurgarh-Fort-in-india.shtml

    Terjemahan antara muka

    Hai Yosri, saya akan membantu dari semasa ke semasa, khususnya dari segi mengukuhkan asas portal ini, terutamanya sehingga pengguna-pengguna dapat mengikut sedikit cara en:Wikipedia. Memang cara di sana amat berbeza; ada kebaikannya dan ada keburukannya, tetapi kebaikan di sana lebih daripada keburukan sekiranya kita mengukur mereka dari segi pencapaian. Memang cara mereka amat kasar. Ini bukan disebabkan oleh en:Wikipedia yang selalu mengajar cara yang lembut untuk mengatasi masalah, tetapi disebabkan oleh kebudayaan mereka.

    Saya juga berharap bahawa portal ini akan menjadi sumber yang cemerlang dan termasyhur untuk rencana-rencana bahasa Melayu. Walaupun saya bukan orang Melayu, saya tetap orang Malaysia. Kalau saya pergi ke China hari ini, mereka tidak akan menerima saya sebagai orang Cina. Lagipun, saya tidak tahu menulis dalam Bahasa Cina. Saya juga tidak pernah menjejak tanah China dan tidak tahu adakah negara itu bulat atau empat segi. Yang saya tahu, ramai orang telah kena tipu sewaktu berniaga di sana, hahaha.

    Yosri, selalu ingatlah bahawa kamu adalah bapa Wikipedia Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kamu tidak boleh melalaikan pengurusannya. Peruntukkanlah 25%-30% untuk tugas-tugas pengurusan! Portal ini memerlukan seorang ketua dan kamu adalah orang yang paling sesuai untuk mengetuainya. Macammana pun, kamu kena membentuk sekumpulan yang terdiri daripada 6-8 pentadbir untuk membantu kamu. Kamu tidak perlu membuat semua tugas pentadbiran sendiri. Cuba pamerkan iklan di Laman Utama dan tengok gerak balas. Bincanglah dengan Aurora. Walaupun dia memang sibuk tetapi dia amat komited kepada portal ini. — PM Poon 12:28, 27 Januari 2006 (UTC)

    Rencana "Abdullah bin Haji Ahmad Badawi"

    Hai Yosri, terima kasih kerana mengemaskinikan rencana Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang baru-baru ini saya mengembangkan. Saya mengembangkan rencana itu atas permohonan seorang budak sekolah di Perbualan Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

    Baru-baru ini, saya nampak beberapa pengguna telah menyumbang rencana yang cukup panjang, khususnya dalam bidang sains. Ini adalah satu tanda yang baik untuk portal ini.

    Rencana "Kamus" yang kamu memulakan juga telah diperkembangkan sehingga ia kelihatan seolah-olah rencana dalam Wikipedia Bahasa Inggeris!

    Saya masih ketagih portal ini selepas dapat mengeluarkan diri selama tiga empat hari sahaja! Bagaimanapun, saya akan membuat satu percubaan lagi pada masa depan supaya dapat mengemaskinikan kehidupan peribada saya. — PM Poon 11:53, 6 Februari 2006 (UTC)

    Penawaran Pentadbir

    Hai Yosri, saya baru memperbaiki imej kamu bertajuk "YosriCongkak.jpg". Saya tidak tahu adakah gambar itu terang sewaktu dipaparkan dalam komputer kamu tetapi bila saya melihat dalam komputer saya, gelap sahaja. Bagaimanapun, saya telah mencuba memperbaiki gambar itu dalam dua versi:

    • yang satu, saya tidak memperkecil gambar atas permintaan anda;
    • yang lagi satu, saya memperkecil supaya lebarnya 400px, sebab jarangnya kita akan menggunakan lebih daripada 350px jika dipaparkan di sebelah kanan atau kiri.

    Sebenarnya, saya lebih suka menterjemahkan rencana daripada en:Wikipedia. Kini, saya masih dalam penterjemahan Mark Twain yang merupakan dewa serta buku kesusasteraan saya sewaktu saya belajar di Tingkatan 5 pada tahun 1971. Lagi banyak rencana pengarang Barat seperti Charles Dicken, Ernest Hemingway, Oscald Wilde, dan lain-lain lagi yang saya hendak menterjemahkan; belum lagi mengirakan ahli falsafah Barat dan Timur! Dengan ini, kamu boleh agak mengapa saya masih ketagih!

    Hari ini, saya baru habis menterjemahkan keseluruh rencana Wikipedia:Menyunting. Terdapat beberapa kekeliruan mengenai pautan ke rencana lain yang belum saya mengemaskinikan. Dah nak muntah!! Rencana ini memang susah hendak membetulkan reka letaknya. Bagaimanapun, Wikipedia Bahasa Malaysia kini merupakan satu portal antara cuma beberapa Wikipedia bahasa lain yang mempunyai garis panduan yang lebih menyeluruh!!

    Mengenai penawaran kamu, memang itu tidak sepadan dengan haluan saya. Bagaimanapun, saya berasa saya harus tidak menolak penawaran anda buat kali kedua. Saya akan cuba dengan sedaya upaya saya dan saya berharap tidak akan mengecewa kamu. Memang hati saya hendak membantu, terutamanya kerana saya melihat anda amat komited. Bagaimanapun, jika saya tidak dapat mencapai harapan kamu, di sini saya meminta maaf lebih dahulu.

    Kini, saya memang hendak mencari perniagaan kerana dah tua. Kalau keje dengan syarikat pun, cuma lagi 3-4 tahun sahaja. Saya akan memberitahu kamu jika saya langsung tidak mempunyai masa. — PM Poon 12:44, 6 Februari 2006 (UTC)

    Terima kasih atas pandang tinggi kamu. —

    Hai Yosri, saya baru siap menterjemahkan rencana "Mark Twain" daripada versi bahasa Inggeris di en:Wikipedia. Saya amat puas dengan hasil ini kerana pada pendapat saya, ia merupakan perbaikan versi Inggeris kerana:

    • Gambar: Saya telah menukarkan arah muka Mark Twain supaya ia pandang ke tengah rencana, seperti yang disyorkan untuk semua penyampaian gambar, jika boleh. Saya juga menjadikan gambar itu lebih terang. Entah mengapa saya melihat kebanyakan gambar selalu gelap sahaja (ataupun mata saya ada masalah!).
    • Penyingkatan rencana: Saya cuba menyingkatkan rencana ini. Rencana en:Wikipedia kekadang terlalu panjang kerana terdapat terlalu banyak sumbangan (sedangkan kita mempunyai masalah yang bertentangan). Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa jika kita hendak mengarang sebuah rencana sehingga ia menjadi sebuah buku tebal, kita pun boleh berbuat demikian, akan tetapi memang susah untuk pembaca membacanya dalam talian.

    Yosri, jika kamu ada masa, bolehkah anda kemaskinikannya supaya ia boleh merupakan rencana terpilih? Adakah ciri "Rencana minggu ini" di halaman Portal Masyarakat aktif dengan ramai penyumbang pada masa sekarang? Kalau tidak, saya akan memikirkan cara untuk mengaktifkannya.

    Saya telah melihat statistik yang kamu memaparkan di Wikipedia:Kedai Kopi. Bolehkah kita mempergunakan statistik ini untuk memberi penghargaan kepada pengguna-pengguna yang amat menyumbang ke portal ini? Kita kena berjaga-jaga tentang penggunaan statistik juga, kerana jumlah penyuntingan kekadangnya tidak memberi gambaran yang benar. Terdapat ramai pengguna di en:Wikipedia yang cuma hendak meningkatkan bilangan penyuntingan dengan suntingan yang amat kecil. Perangai ini telah digelarkan "penyakit editcountitis" di sana.

    Kita akan mengutamakan kualiti sahaja berbanding kuantiti jika kita tidak dapat cara yang baik untuk menghitung kuantiti. Saya berasa kita boleh mengadakan "pertandingan" rencana terbaik bulanan melalui pemilihan oleh pengguna. Sesiapa yang hendak menyertai pertandingan ini kena menyerahkan satu sumbangan mereka yang merupakan sekurang-kurang 75% usahanya. Dengan ini, pengguna tidak perlu cuma mencipta rencana yang baru untuk bertanding. Penghargaan bulanan akan diberikan kepada pengguna-pengguna (pentadbir tidak layak) sebagai dorongan untuk penyertaan di portal ini.

    frames

    Saya pernah mencipta logo yang dipaparkan di sebelah kanan untuk en:Wikipedia (atas permintaan mereka) tetapi kita akan mencarikan gagasan yang lebih baik, khususnya, logo itu harus menghuraikan pencapaian, umpamanya "Rencana terbaik Mac 2006", melalui penggunaan templat, jika boleh! — PM Poon 15:33, 7 Februari 2006 (UTC)

    Kenyataan kepada Pengguna Baru

    Hai Yosri, di bawah merupakan petikan daripada kenyataan kepada pengguna baru:

    Terima kasih kerana mencuba Wikipedia. Cubaan anda berjaya, dan sekarang telah dialihkan. Sila guna kotak pasir untuk sebarang percubaan yang anda ingin lakukan, kerana bahan percubaan dalam rencana akan dialih dengan segera.

    Anda mungkin hendak membuat sedikit perubahan ke atas kenyataan itu kerana ia memberi tanggapan bahawa mereka boleh membuat percubaan dalam rencana, cuma perbuatan itu akan dialih dengan segera. Dengan kata yang lain, jika mereka berak merata-merata, berak akan dipungut dengan segera, hehehe. — PM Poon 10:58, 15 Februari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, saya baru-baru ini mendapat dua kawan saya daripada Universiti Utara Malaysia untuk menyemak rencana "Mark Twain" yang saya menterjemahkan. Maklum balas kedua-dua kawan sama sahaja! "Banyak teruk laaaa. Jangan buang masa lagi!!" hehehe "Baik kami mengesyorkan awak balik sahaja ke Wikipedia Bahasa Inggeris supaya tidak memalukan orang!"

    Baru-baru ini, seorang pengguna baru bernama Miracynonix memberi pesanan kepada Aurora seperti berikut:

    Aurora, Ingin saya menawarkan diri saya sebagai pembantu tatabahasa secara tidak langsung. Maksud saya, tidak rasmi. Saya lebih ke arah penggunaan Bahasa Melayu yang agak tidak peminjam. Ya, betul bahawa Bahasa Melayu bahasa gabungan tetapi kita berpendirian sendiri, maka tidak perlulah kita TERLALU meminjam bahasa asing. Harap Aurora dapat menimbang perkara ini. Saya bukanlah pakar Bahasa Melayu tetapi saya mahu menjadi pemantap. Sila ambil kira bahawa saya tidak selalu menggunakan Wikipedia Bahasa Melayu. Miracynonix 14:34, 8 Februari 2006 (UTC)

    Saya amat gembira sewaktu membaca pesanan itu dan seterusnya, memberi pesanan kepadanya supaya menyemak rencana "Mark Twain". Sehingga hari ini, saya langsung tidak mendengar apa-apa daripadanya. Selepas itu, saya memberikan pesanan untuk menterjemahkan sebuah ayat al-Quran (kemungkinan sebuah rencana yang penuh terlalu makan masanya) untuk rencana "Abd Al-Rahman Ali Al-Jifri". Tiada balasan juga!! Kan pengguna ini amat mengambil berat tentang penggunaan Bahasa Melayu yang baik? Hmmmm.... saya harap bukannya ada udang disebalik batu, tetapi kerana alasan yang lain, hehehe.

    Mengenai "tugas pengurusan perhubungan, dengan memberi maklum-balas kepada para penyumbang", saya telah memberi pesanan kepada beberapa pengguna (sekurang-kurang enam atau lapan) tetapi setakat ini, nampaknya tiada sesiapa pun (kecuali Naisi yang saya memesan sebelum menjadi pentadbir) yang pernah memberi balasan. Saya rasa bahawa saya akan lebih berkesan jika saya menukarkan nama samaran saya kepada nama yang berbau kewanitaan, hehehe — PM Poon 21:56, 15 Februari 2006 (UTC)

    Rencana "Mark Twain"

    Hai Yosri, serupa dengan gaya saya yang baru, rencana Mark Twain telah dibahagikan kepada dua rencana jika ia terlalu panjang. Maka riwayat hidup Mark Twain tertulis dalam rencana Mark Twain dan karya-karyanya di dalam Karya Mark Twain. Untuk rencana Charles Darwin dan Albert Einstein, saya juga berhajat mengasingkan riwayat hidup mereka daripada pencapaiannya supaya mudah dibaca. Bagaimanapun, motivasi sekarang amatlah rendah, hehehe.

    Gambar di halaman pengguna saya telah dicukur sehingga komputer pun terhilang, hehehe. — PM Poon 00:38, 16 Februari 2006 (UTC)


    Kenapa bila log in muncul tulisan-tulisan lain??

    Tolog yosri..saya ni baru lagi tapi saya tak faham bilamana saya log in muncul tulisan2 yang pelik-pelik...macammana nak kembali macam laman sebelum log in.

    Che090572 04:25, 19 Februari 2006 (UTC)

    Gambar di ms:Wikipedia

    • Tersilap papar dalam halaman saya sendiri, hehehe.

    Hai Yosri, komputer saya baru-baru ini terbakar! Saya telah memperolehi komputer yang baru. Amat terkejut bila saya terlihat sebahagian gambar-gambar yang saya memperbaiki. Dalam pengawas yang lama, gambar itu amat canggih (umpamanya gambar Mark Twain yang terlalu canggih sekali lagi sekali!) tetapi dalam pengawas baru ini, kelihatannya terlalu terang dan langsung tidak cantik!! — PM Poon 00:29, 18 Februari 2006 (UTC)

    Penambahan bilangan pengguna yang amat aktif

    Hai Yosri, nampaknya portal ini kini amat aktif dengan penyumbangan yang pesat oleh Polar, Emrrans, Coljames, dan sebagainya! — PM Poon 00:26, 20 Februari 2006 (UTC)

    Mark Twain dan lain-lain hal

    Hai Yosri, asalkan rencana saya dapat diperbaiki dan tidak perlu dikarang semula, saya tidak mempunyai masalah. Mengikut maklum balas kedua-dua kawan saya, rencana saya langsung tidak dapat difahami! Oleh sebab itu, saya berasa kalau macam itu, tidak perlulah saya menyumbang rencana lagi, hehehe.

    Berkenaan logo, saya tidak sedar terhadap cadangan untuk menukarkannya. Bagi saya, logo sekarang patut dikekalkan kerana semua Wikipedia bahasa yang lain juga menggunakannya. Bagi saya, yang lebih penting ialah kandungan portal ini.

    Saya memperkecilkan gambar supaya lebarnya 400px kerana kesemua gambar yang terletak pada kiri dan kanan pengawas biasanya tidak melebihi 350px sewaktu saya menggunakan resolusi pengawas sebanyak 800px x 600px. Masa untuk muat turun halaman bergambar amat lambat sewaktu saya menggunakan komputer lama. Kini, dengan komputer yang baru, saya mendapati bahawa saya telah menggunakan teknologi yang tertinggal masa, hehehe.

    Sebenarnya, saya adalah daripada aliran sains sewaktu bersekolah. Sewaktu itu, saya memang tidak suka akan kesusasteraan ataupun bahasa. Pada masa itu, saya dipengaruhi oleh guru-guru saya yang mengatakan bahawa kesusasteraan adalah untuk murid-murid yang lemah. Entah mengapa, semakin saya menjadi tua, saya semakin suka akan kesusasteraan. Kemungkinan, ini disebabkan prasangka dahulu, serta kesedaran bahawa pengetahuan adalah neutral dan tidak boleh dikatakan untuk murid daripada golongan ini atau golongan itu. Kalau hendak mengikut pendidikan saya, saya kena menyumbang rencana berasaskan sains tetapi jika mengikut minat terkini, saya akan menyumbang rencana kesusasteraan. Konfused tak?

    (P/S: Pesanan ini tidak memerlukan jawapan, hehehe.) — PM Poon 13:44, 20 Februari 2006 (UTC)

    Berkenalan

    Hai Yosri. Saya masih lagi baru aktif dalam ruangan portal wikipedia ini (walaupun dah lama singgah-menyinggah) dan saya ingin mengenali lebih tentang warga yang aktif dalam wikipedia bahasa ini agar dapat memperbanyakkan rujukan dari segi sumber, data dan gaya penulisan agar lebih tersusun dan bersistem. Oh, ya. Terima kasih kerana menyokong saya tentang artikel Harry Potter tu. (Dah minat, alang-alang dah minat, mana boleh kalah dengan bahasa lain.) Saya akan cuba menambah baikkan segala maklumat artikel yang saya buat agar lebih terkini. — Polar 23:18, 22 Februari 2006 (UTC)

    Bingkai gambar

    Hai Yosri, saya nampak kamu suka menggunakan bingkai untuk gambar. Pada pendapat saya, penggunaan bingkai tidak sesuai bagi sebuah ensiklopedia sebab ia "fanciful" dan kurang formal. Apa pendapat kamu jika kamu gugurkannya?

    (P/S: Pesanan ini tidak memerlukan jawapan.) — PM Poon 00:37, 23 Februari 2006 (UTC)

    Hai, yosri....boleh jelas imej yang berbingkai dengan yang tidak...sebab saya cuba untuk jadikan ia berbngkai dan mempunyai caption tetapi tidak berjaya...boleh tolong ..

    che 15:28, 7 Mac 2006 (UTC)

    Dhivehi Wikipedia

    Hi, Yosri, I would be very happy if you can help (guide) us in upgrading Dhivehi Wikipedia. Now the problem is we want to change the logo to translated logo. How to do that and to change titles like Main Page (Laman Utama) to (މައި ޞަފްޙާ), Community Portal (Portal masyarakat)to (މުޖުތަމައުގެ ނެރު) and etc. Leave me a message in English, Talk Deviathan in English wikipedia (Deviathan 14:44, 23 Februari 2006 (UTC))

    Gambar tanpa tajuk

    Hai Yosri, kemungkinan anda boleh memulakan "Wiki Umum" di portal ini. Biar tajuknya generik, umpamanya "semut1.jpg", "semut2.jpg", asalkan gambar-gambar itu dikategorikan. Buat sementara, saya tidak nampak sesiapa yang minat dalam rencana botani. Bagaimanapun, asalkan anda muat naik gambar-gambar anda, memang ada harapan bahawa pada suatu hari nanti, ada orang yang akan menggunakannya. Tetapi kita kena pamerkan maklumat tentang lokasi gambar-gambar itu supaya pengguna sedar akan kewujudannya.

    Bagi bingkai, saya tidak mempunyai perasaan yang kuat mengenai hal tersebut. Bagaimanapun, Wikimedia Commons tidak mengesyorkan penggunaannya. — PM Poon 22:46, 23 Februari 2006 (UTC)

    Terjemahan antara muka

    Hai Yosri, selepas satu tempoh yang agak panjang, saya baru ada angin untuk meneruskan terjemahan antara muka. Sewaktu saya melihat fail "LanguageMs.php", saya mendapati bahawa sistem terjemahan sudah bertukar menjadi lebih mudah. Kini, fail "LanguageMs.php" tidak mengandungi banyak butiran. Kebanyakannya telah dipindah ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Istimewa:Allmessages. Bagaimanapun, saya tidak dapat mencapai halaman ini. Bolehkah kamu membukanya supaya saya dapat memasukkan terjemahan yang telah disemak oleh Aurora? — PM Poon 07:18, 25 Februari 2006 (UTC)


    Siapa Abdillah Murad bin Md. Shari?

    Siapa Abdillah Murad bin Md. Shari di ruang laman tak berkategori. Saya rasa kalau tokoh berkenaan tak penting elok dipadamkan sahaja laman berkenaan.

    che 15:36, 26 Februari 2006 (UTC)

    Pelaku musnah

    Hai Yosri, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:01, 26 Februari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, saya telah mengumpulkan semua pesanan mengenai hal pelaku musnah dan mencipta halaman

    Hai Yosri. Sebenarnya, en:Wikipedia telah mengunci Laman Utama mereka. Banyak lagi halaman mereka telah dikunci selepas kejadian biografi fitnah pada halaman mereka 'baru-baru' ini. Pada kelihatannya, semangat en:Wikipedia telah berubah selepas kejadian itu.

    Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan penguncian laman utama kerana perlakuan musnah bukan sahaja melibatkan halaman itu. Masalah kini bukannya "masalah laku musnah pada Laman Utama" tetapi sebaliknya, merangkumi banyak rencana. Ini cuma merupakan pendapat saya sahaja.

    Saya berasa bahawa kami kena mencipta satu sistem pengundian untuk membuat keputusan berbanding dengan tindakan peribadi masing-masing. — PM Poon 11:22, 28 Februari 2006 (UTC)

    Hai PM Poon, Itulah sebabnya saya nyatakan bahawa 2 penyelia diperlukan, seorang bagi mencadang dan seorang penyelia lagi bagi mengunci. Ini agar terdapat 2 orang membuat keputusan. (Pengesah dan penimbang - Check and balance). Dengan itu keputusan peribadi atau mengikut perasaan dapat dielakkan. Bagaimanapun, Wiki en melakukannya kerana serangan vandal yang hebat. Persoalan saya adakah Wiki Bahasa Melayu mengalami masaalah yang sama ketika ini? Mungkin lebih elok kita cuba menyekat pengguna/IP dahulu sebelum melakukan tindakan mengejut/drastik seperti mengunci laman. Yosri 11:36, 28 Februari 2006 (UTC)

    Laku musnah

    Fail:Credibility crisis.jpg
    Sila tekan gambar untuk membaca kandungannya.

    Hai Yosri, dua pesanan daripada anda dalam satu hari? Nampaknya, saya kena membeli ekor untuk hari Rabu, hehehe.

    Masalah laku musnah telah membimbangkan tiga orang pengguna kami yang paling aktif, iaitu Master2841, Polar, serta Emrrans. Bagi saya, saya lebih mementingkan burung di dalam tangan berbanding burung-burung di atas pokok, hehehe. Lagipun, portal ini sudah wujud selama tiga tahun dan kita masih mengharap-harapkan ramai pengguna yang akan datang menyumbang. Yang dapat pada masa ini bukannya penyumbang tetapi pelaku musnah yang memberak di portal ini, hehehe.

    Kesemua laku musnah sehingga hari ini dilaksanakan oleh pengguna tanpa nama. Bagaimanapun, sewaktu saya menterjemahkan rencana Wikipedia:Laku musnah, saya mendapati bahawa di en:Wikipedia terdapat juga laku musnah yang dibuat oleh pengguna yang mendaftarkan diri atas nama pengguna yang kekadangnya tidak senonoh. Namun demikian, masalah laku musnah juga tidak dapat dihapuskan dengan sempurna melalui pendaftaran masuk; diharap-harapkan bahawa ia dapat mengurangkan keadaan ini.

    Dari segi pengurusan, baik di dalam syarikat ataupun di mana-mana, pihak pengurusan harus mengambil tindakan sewaktu menerima aduan. Jika pengurusan kelihatan "tidak peduli", maka semangat dan motivasi kakitangan ataupun pengikutnya akan merosot. Pada hakikatnya, tiada orang lagi yang akan mengemukakan maklum balas, seperti yang terlihat di banyak syarikat.

    Jika kami, sebagai pihak pentadbiran, tidak mempunyai cadangan yang lebih baik selain daripada status quo, baiklah kita buat sahaja apa yang dicadangkan. Aurora tidak membantah cadangan untuk menyekat pengguna yang tidak mendaftar diri daripada menyunting di portal ini. Mengikut cadangan anda, saya akan menghantar pesanan ke Sourceforge untuk mencari kaedah untuk melaksanakan penyekatan itu.

    P/S: Yosri, daripada manakah anda mendapat maklumat bahawa en:Wikipedia melakukan kewajipan mendaftar diri kerana "serangan laku musnah yang hebat"? Sebagaimana yang saya tahu, mereka berbuat demikian kerana peristiwa rencana fitnah yang telah dilaporkan di surat khabar "The Star" di Malaysia pada 15 Disember 2005: "The website.... has reached a crossroads...a scandal that has forced the site to tighten up monitoring of its contents." Sebelum saya terlupa, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menyunting rencana Wikipedia:Laku musnah. — PM Poon 13:50, 28 Februari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, saya berasa bahawa penghalangan pengguna yang tidak mendaftar diri tidak akan menghalang mereka yang betul-betul hendak menyumbang kepada portal ini (termasuknya juga pelaku-pelaku musnah yang memang hendak meneruskan kegiatan mereka, hehehe). Yang akan dihalang cuma mereka yang melaku musnah dengan tidak sungguh-sunguh. &mdash

    Hai Yosri, persoalan mendaftar diri di Wikipedia Hebrew atau di mana-mana satu Wikipedia bahasa lain tidak tertimbul sekiranya kita tidak memahami bahasa itu. Untuk mengatasi sesuatu masalah, kita kena menumpukan perhatian kepada masalah di hadapan kita dan cuma mempertimbangkan faktor-faktor berkenaan yang penting. Adakah pautan ke laman bahasa lain amat penting berbanding masalah laku musnah?

    Pertentangan pendapat kami cuma terdiri daripada penilaian adakah perbuatan pelaku musnah mencapai tahap yang terlalu serius. Daripada komen-komen yang telah ditulis, Aurora, Hayabusa dan anda tidak berpendapat bahawa ia sudah sampai ke tahap itu. Bagi saya, saya lebih mementingkan arah alihan masalah ini. Kalau kita sudah mengetahui bahawa en:Wikipedia yang merupakan Abang Besar kita telah menghadapi masalah ini, tak kan kita akan dikecualikan. Mengapakah kita hendak menggunakan lagi jalan yang diketahui kita jalan itu merupakan jalan mati. Mengapakan kita tidak hendak bersikap proaktif tetapi, dalam bahasa yang kasar dikatakan orang, "tunggu sehingga telah berak dalam seluar sebelum kita mencari mananya jamban?"

    Masalah yang anda menimbulkan mungkin dapat berdiri jika en:Wikipedia masih belum mengamali penghalangan pengguna tanpa mendaftar diri. Bagaimanapun, saya baru mendapati bahawa mereka cuma menyekat pengguna daripada membuka halaman baru, tetapi tidak menyekat pengguna daripada membuat suntingan. — PM Poon 02:52, 1 Mac 2006 (UTC)

    Nak kunci atau buang ke kandungan lama kat Laman Utama Bahasa Melayu tu?

    Laman Utama Bahasa Melayu tu saya tengok semakin lawa tapi masih ada kandungan lama dan halaman Laman Utama tu tak dapat kunci serta boleh divandalise oleh sesiapa saja.. Masalahnya boleh buang tak kandungan lama lain atau kuncikan Laman Utama tu? Laman Utama yang jadi lawa sebab saya yang buat. Harap you do something sebab kandungan lama dalam Laman Utama menjadi eyesore dan kalau boleh kuncikan Laman Utama tu. Perkara ini perlu dibuat untuk menarik ramai orang ke Wikipedia Bahasa Melayu. Komen tentang Laman Utama telah saya buat kepada Aurora dan PM Poon dan harap kita boleh kerjasama. Minta maaf kalau saya terkasar bahasa semasa memberikan komen atau membuat pendapat yang sukar untuk diterima. Okey jangan lupa reply Emrrans 04:51, 1 Mac 2006 (UTC). :>

    Rencana "Bahasa Sepanyol" di rencana "Wikipedia:Kotak pasir"

    Hai Yosri, mata saya ada masalah ke? — PM Poon 05:59, 1 Mac 2006 (UTC)

    Hai Yosri, maksud saya, mengapakah kandungan "Bahasa Sepanyol" bukan dalam rencana "Bahasa Sepanyol" tetapi sebaliknya dalam rencana "Wikipedia: Kotak pasir"? Kan kotak pasir cuma untuk membelajari penyuntingan sahaja? —

    Hai Yosri, taipkan perkataan "monitor" pada Kamus Komputer KaryaNet. Kan saya pernah memberikan anda alamat web KaryaNet yang merupakan usaha sama Dewan Bahasa dan Pustaka (Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan IGD Hitech Corp. Sdn Bhd.? Di sini terdapat banyak jenis kamus Dewan Bahasa. — PM Poon 03:51, 3 Mac 2006 (UTC)

    Rambutan anda

    Hai Yosri, nampaknya saya dulu telah merosakkan banyak gambar! Pengawas saya pada waktu itu tidak mencukupi kuasa letrik dan oleh sebab itu, kesemua gambar, baik di en:Wikipedia ataupun di ms:Wikipedia, kelihatan gelap sangat sehingga tidak ternampak perinciannya. Kan saya pernah bertanya anda mengenai hal itu? Pelik saya pada masa itu mengapa semua pengguna muat naik gambar yang gelap! hehehe.

    Semalam, saya mencapai halaman "Pokok rambutan". Terkejut saya sewaktu saya melihat gambar "rambutan" anda yang saya "memperbaiki". Ia terlalu terang sehingga tak nampak! Saya telahpun memulihkannya ke versi anda yang kini kelihatan canggih dalam pengawas LCD saya, hehehe.

    Nampaknya, kesemua gambar yang saya memperbaiki supaya kelihatan canggih dalam pengawas lama kini kelihatan teruk! Nasib komputer saya terbakar! Kalau tidak, saya akan terus merosakkan lebih gambar dalam ms:Wikipedia, hehehe. — PM Poon 04:08, 3 Mac 2006 (UTC)


    Spin @ Kumpulan Spin

    1) Terima kasih kerana prihatin..cuma saya ingin beri cadangan mungkin kita boleh buat seperti dalam satu muka surat (spt wikipedia Inggeris] dengan gunakan satu sahaja laman sebagai penggunakan sbg contoh Spin (synonymous)..

    2) Oleh kerana banyak sangat kategori..boleh tak administrator buat pautan dengan menggunakan abjad supaya pautan kepada kategori menjadi lebih mudah..tidak seperti sekarang terpaksa gunakan pautan dengan menggunakan hasil pencarian 50, 100 dsb.

    che 17:59, 4 Mac 2006 (UTC)

    Pantau

    Apa khabar saudara Yosri, saya ingin bertanya tentang masalah yang saya hadapi iaitu saya tak dapat memaparkan senarai pantau lengkap saya lalu menyukarkan saya untuk mencari dan menambah baikkan artikel yang saya telah buat. Malah, ianya terus ke halaman "Ralat" di mana tertulis:

    Tiada halaman istimewa tersebut
    Anda memintai halaman istimewa yang tidak dikenalpasti oleh perisian Wikipedia.
    Kembali ke Laman Utama.

    Harap saudara dapat membantu kerana saya tak tahu kepada siapa saya harus mengadu akan hal ini kerana saya masih belum berapa mengenali golongan pentadbiran dan pengurusan dengan baiknya. Kerjasama anda amat saya harapkan dan didahulukan dengan jutaan terima kasih. Sekian, salam.... — Polar 11:43, 6 Mac 2006 (UTC).

    Permohonan Emrrans untuk menjadi Penyelia

    Hai Yosri, Emrrans telah memberitahu saya melalui satu pesanan pada hari ini bahawa dia berminat menjadi Penyelia.

    Pada hari kebelakangan ini, saya berasa bahawa Emrrans merupakan seorang pengguna yang luar biasa. Bukan sahaja dia menyumbang rencana, dia juga amat mengambil berat tentang persoalan-persoalan di portal ini, termasuknya persoalan laku musnah. Pengenalan "Rencana Terpilih" olehnya di dalam Laman Utama merupakan suatu pencapaian yang amat mengkagumkan, khususnya kerana dia merupakan pengguna yang amat baru dalam portal ini. Oleh sebab itu, saya berasa bahawa segala syarat-syarat tertentu untuk menjadi penyelia boleh dikecualikan dalam kes yang luar biasa ini.

    Diharapkan bahawa permohonan Emrrans akan mendapat pertimbangan anda yang wajar serta positif, hehehe. — PM Poon 13:05, 7 Mac 2006 (UTC)

    Perihal pentadbir

    Hai Yosri, terima kasih ke atas sokongan anda. Nampaknya, anda juga amat berfikiran terbuka.

    Sebenarnya, seminggu dahulu (sewaktu dia memperkenalkan rencana terpilih), saya telah berpendapat bahawa Emrrans amat berpotensi menjadi bukan sahaja seorang pentadbir, malahpun seorang pentadbir yang amat baik. Tetapi oleh sebab dia masih baru, saya berasa say harus menunggu sehingga dia mencapai sekurang-kurang tiga bulan dalam portal ini sebelum mengemukakan cadangan ini kepada anda.

    Cadangan anda untuk menurunkan pentadbir yang tidak aktif adalah suatu langkah yang baik. Bagaimanapun, kita harus mentakrifkan apa yang dianggap sebagai "aktif". Selain daripada itu, mungkinnya seseorang yang tidak aktif selama 60 hari harus diberikan satu kenyataan dan jika tidak terdapat apa-apa jawapan serta gerak balas, diturunkan secara automatik selepas lagi 30 hari. Dengan demikian, tidaklah perlu kita amat sakit kepala tentang adakah seorang yang berminat menjadi pentadbir akan berupaya atau tidak. Baik juga jika kita dapat menyatakan prosedur dan syarat-syarat yang biasa untuk menjadi pentadbir bagi pengetahuan segala pengguna di halaman Penyelia.

    Bagi had sepuluh pentadbir, saya lebih cenderung kepada nisbah pengguna yang aktif. Kalau bilangan pengguna yang aktif terlalu banyak, mungkin had sepuluh orang boleh dinaikkan, tetapi buat sekarang, sepuluh orang memang mencukupi. Kalau tidak, kita akan mengalami keadaan yang digelarkan "more leaders than followers", hehehe. — PM Poon 12:59, 8 Mac 2006 (UTC)

    Terima kasih banyak-banyak

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana melantik saya menjadi seorang penyelia. — Emrrans 02:18, 9 Mac 2006 (UTC)

    Kesulitan dalam penterjemahan rencana "Perempuan"

    Hai Yosri, saya menterjemahkan ayat Kitab Bible di dalam rencana Perempuan sehingga banyak peluh. Memang susah ayat agama untuk diterjemahkan. Kini nak katakan hidup, tak hidup, nak katakan mati, tak mati... kecederaan teruk, rupanya. Sekarang otak tak berapa center, hehehe.

    Bagaimanakah saya harus menterjemahkan ayat ini:

    For this reason a man will leave his father and mother and be united to his wife, and the two will become one flesh?

    Saya menterjemahkan seperti berikut tapi tidak puas dengan "satu daging", hehehe:

    Untuk alasan ini, seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan menyatukan dengan isterinya, dan kedua-dua itu akan menjadi satu daging?

    ... menjadi satu daging? ... menjadi satu tubuh? kedua-dua itu bersetubuh? Mana satu yang lebih tepat?

    Tolong semakkan seluruh perenggan terjemahan kitab, jika boleh. — PM Poon

    Penterjemahan petikan kitab Bible

    Hai Yosri, adakah kitab Bible pada keseluruhannya dibenarkan penterjemahan dalam Bahasa Melayu di Malaysia? Kalau saya tidak salah, ia diharamkan untuk mengelakkan sebarang konflik dengan agama rasmi Malaysia. Bagaimanapun, saya pernah nampak versi Bahasa Indonesia sewaktu di Jakarta.

    Oleh sebab tiadanya versi Bahasa Malaysia, saya berasa bahawa terjemahan yang buruk lebih baik daripada tiadanya terjemahan. Jika sesiapa dapat membetulkannya pada masa hadapan, mereka boleh berbuat demikian. — PM Poon 00:40, 10 Mac 2006 (UTC)


    Hai Yosri, versi Iban ialah versi bahasa Iban dan bukannya versi Bahasa Melayu. Sila lihat petikan ini daripada Project: Open Book:

    Ban on Bible Rescinded
    8 May 2003
    On 25 April the Malaysian Government revoked a previous ban on the Iban language translation of the Bible. The ban is lifted with immediate effect.


    Bagaimanapun, saya telah memasukkan nota penghujung selepas terjemahan saya untuk mengelakkan sebarang pertikaian. — PM Poon 01:08, 10 Mac 2006 (UTC)

    Permohonan baru untuk jawatan penyelia

    Hai Yosri, kami telah mendapat lagi satu permohonan daripada Master2841 di Wikipedia:Penyelia. Nampaknya dah sampai masa untuk kami menyemak senarai penyelia.

    Jika boleh, tolong kosongkan satu tempat lagi kerana saya berasa ada seorang pengguna lagi yang akan amat membantu portal ini. Selepas tiga orang ini menjadi penyelia, saya berasa kami boleh berhenti pengurusan senarai penyelia sebentar. — PM Poon 17:52, 11 Mac 2006 (UTC)

    Tentang sekatan

    Hai Yosri, saya sedar IP address bukannya unik dan tentang sekatan IP address pengguna. InsyaAllah saya akan berlembut dengan pengguna baru. — Emrrans 05:00, 14 Mac 2006 (UTC)

    Terima Kasih

    Terima kasih kerana melantik saya sebagai penyelia. — Master2841 13:33, 14 Mac 2006 (UTC)

    Tentang pendahuluan Laman Utama

    Hai Yosri, saya mencadang apabila pengguna Wikipedia Bahasa Melayu mencapai 15,000 pengguna, saya akan membuang sebahagian dari kata pendahuluan Laman Utama. Ini akan saya buat untuk mencantikkan lagi Laman Utama. Saya berharap agar cadangan saya diterima. — Emrrans 16:47, 15 Mac 2006 (UTC).

    Pertanyaan

    Saya bercadang ingin memulakan rencana mengenai benua-benua didunia. Tetapi saya mendapat masalah ketika ingin menulis tentang benua Afrika Tengah dan benua Afrika Selatan kerana kedua-dua nama itu digunakan untuk dua buah negara di Afrika iaitu Republik Afrika Tengah dan Afrika Selatan. Adakah patut saya menggantikan nama benua itu kepada benua Tengah Afrika dan Selatan Afrika? — Master2841 07:16, 17 Mac 2006 (UTC)


    Rencana Fuziah Harun Al Rashid @ Uji Rashid??

    Yosri, saya fikir tajuk penyanyi lebih kepada nama glamour...apa pendapat anda..

    Fuziah Harun Al Rashid atau lebih dikenali sebagai Uji Rashid merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal.

    ditukar kepada..

    Uji Rashid atau nama sebenarnya Fuziah Harun Al Rashid merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal..

    che 04:48, 23 Mac 2006 (UTC)

    Pembatalan keahlian Wikipedia

    Hai Yosri, oleh sebab saya tidak hendak meninggalkan tahi, saya sudah menghapuskan segala gambar yang mungkin menimbulkan keraguan kepada anda, termasuknya gambar yang diimbas daripada surat khabar, serta gambar hak kerajaan Malaysia. Kalau Wikipedia tak ada niat nak jual rencana, saya berasa tiada masalah kalau kita mempergunakannya dan memberikan penghargaan yang sewajar. Tetapi, apabila kita hendak menjualnya, ini merupakan cerita yang lain. Sememangnya, pemilik-pemilik akan menuntut wang royalti yang berdasarkan hasil jualan (sales revenue), bukannya pendapatan (profits); rugi pun kena bayar mereka! Dengan kata yang lain, karya orang lain tidak boleh dijual.... cuma karya pengguna Wikipedia, hehehe.

    Dengan kesedaran baru-baru sahaja tentang hala Wikipedia, saya dengan ini membatalkan keahlian saya kepada Wikipedia Bahasa Melayu kerana:

    • Saya tidak bersetuju bahawa karya yang diperoleh daripada sumbangan percuma dijual untuk keuntungan.
    • Jika portal ini telah berkembang sehingga memerlukan pelayan yang baru, dan kita masih tidak dapat sumbangan daripada mana-mana satu pihak, termasuknya kerajaan Malaysia (yang memang ada peruntukan untuk NGO) ataupun yayasan-yayasan, ini bermakna bahawa bahan-bahan dalam portal ini tidak berguna dan cuma mengambil ruang cakera keras. Lagipun, komputer sekarang semakin murah.
    • Jika pengguna dah menumpukan banyak masa dan usaha untuk menyumbang kepada portal ini, dan kemudiannya lagi diperlu menyumbang wang melalui pembelian buku atau CD (yang mungkinnya, sebahagian itu merupakan karya yang disumbang olehnya), bukankah keadaan ini amat kelakar?
    • Sewaktu saya membaca dalam suratkhabar "The Star" bahawa Jimmy Wales yang merupakan pengasas Wikipedia induk adalah pemilik tapak web lucah komersil (porn site operator), saya pun hairan mengapa dia mampu menyumbang AS$500,000 untuk memulakan Wikipedia yang tidak memberikan sebarang keuntungan kewangan. Seorang usahawan tetap seorang usahawan. Saya pernah dengar banyak "dermawan" yang "menderma" berjuta-juta ringgit tanpa mengeluarkan satu sen. Jika ada pun, ia biasanya merupakan urus niaga dalam kertas (paper transaction) sahaja, kerana ia semata-mata untuk mengelakkan cukai melalui pengecualian cukai. "Penerima" derma tidak dapat menggunakan satu sen pun daripada "derma" yang diumumkan dalam surat khabar. Kini, nampaknya teka-teki saya terhadap mengapa Jimmy Wales mampu menyumbang banyak wang nampaknya amat terang. Kemungkinan saya silap, tetapi saya tidak berniat hendak dipergunakan oleh Wikipedia. Saya salah faham bahawa saya tengah menyumbang kepada masyarakat Malaysia.
    • Pemasukan ke dalam dunia perniagaan akan menimbulkan banyak konflik kepentingan bagi sebuah pertubuhan yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada masyarakat (serta menerima sumbangan yang percuma). Banyaknya pertubuhan-pertubuhan yang telak kekal lama tanpa memikirkan hendak masuk ke bidang perniagaan; umpamanya, Persatuan Palang Merah, St Johns, dan sebagainya. Mengapakah mereka dapat membekalkan makanan dan ubat kepada ramai orang yang menderita (sehingga tidak dapat dikira) tanpa membuat perniagaan? Kan jelas bahawa mereka mendapat sokongan yang amat kuat untuk perkhidmatan kemanusian mereka?

    Sebelum saya mengakhirkan pesanan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sokongan yang anda memberikan kepada saya selama ini, dan saya meminta maaf atas segala kesilapan yang saya telah buat dalam portal ini dalam bulan-bulan kebelakangan ini. Sekian, terima kasih.

    (P/S: Saya telah menyemak senarai gambar saya tiga kali. Bagaimanapun, kalau anda menemui mana-mana satu gambar yang tertinggal, tolong hapuskannya. Jangan nanti selepas anda mencetak buku, pemilik hak cipta hendak anda mengeluarkannya pulak! hehehe) — PM Poon 14:37, 24 Mac 2006 (UTC)

    Terima Kasih

    Terima Kasih kerana sudi melantik saya sebagai sysop. Saya berjanji akan terus berusaha memajukan ms.wikipedia.Ychmatematik 03:27, 26 Mac 2006 (UTC)

    Selamat tinggal Wikipedia

    Hai Yosri, dengan sukacitanya saya mengucapkan selamat tinggal dari Wikipedia ini buat selama-lamanya. Ini kerana menurut cerita PM Poon yang telah membaca suratkhabar, dia mengetahui bahawa pengasas Wikipedia induk, iaitu Jimmy Wales, bahawa dia merupakan pemilik tapak web lucah (porn site operator). Jadi saya telah pun mengetahui hakikat ini dan mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai penyelia dan meninggalkan Wikipedia ini buat selama-lamanya. Jadi jangan sedih. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi melantik saya sebagai penyelia. — Emrrans 12:08, 27 Mac 2006 (UTC)


    Hai Yosri,

    Keputusan saya untuk meninggalkan Wikipedia (baik BM, BI, atau mana-mana satu bahasa Wikipedia) bukannya disebabkan oleh anda. Sebaliknya, anda yang memberitahu saya gambaran Wikipedia yang sebenarnya. Oleh itu, saya kena mengucapkan beribu-ribu terima kasih kepada anda.

    Sebagaimana yang anda mungkin tahu, saya menghabiskan antara 10-15 jam SETIAP hari untuk ms:Wikipedia dari November 2005 sehingga kini (jumlahnya di lingkungan 1,500 jam). Mengapakah saya hendak berbuat demikian? Selain daripada minat dalam penulisan dan bidang akademik, saya sedar bahawa sumber bahasa Malaysia masih tidak mencukupi dalam internet, berbanding bahasa Inggeris ataupun bahasa Indonesia. Oleh itu, walaupun penguasaan bahasa Melayu saya masih tidak mencukupi, saya sebagai rakyat Malaysia, sudi menghabiskan 10-15 jam setiap hari semata-mata untuk tujuan itu sahaja. Harapan saya bahawa pengguna-pengguna lain akan memperbaiki rencana saya dalam mengamalkan konsep bekerjasama tidak terwujud, dan saya tidak dapat membelajari sebarang apa bahasa Melayu dalam ms:Wikipedia. Bagaimanapun, saya telah pun membeli banyak buku bimbingan bahasa Melayu untuk mengukuhkan penguasaan bahasa itu.

    Pendirian saya mudah sahaja. Sumbangan saya diberikan dengan percuma dan harus diberikan secara percuma kepada semua orang di dalam dunia ini. Penerima sumbangan harus bertanggungjawab untuk memperlindungi karya saya supaya tidak dipergunakan untuk keuntungan kewangan oleh sesiapa. Sekiranya mereka nak menjual karya saya, saya harus dibayar. Adakah pendirian ini berlogik?

    Tak kan saya nak menghabiskan berjam-jam untuk memperkayakan orang lain, tanpa menerima sedikit manfaat kewangan sebagai pampasan? Saya tidak peduli tentang hal-hal teknikal seperti GDFI dan sebagainya. Bagi saya, GDFI seolah-olah fine print yang biasa dipergunakan untuk menipu orang. Tanpa membaca tentang GDFI, tiada seorang penyumbang pun yang akan sedar bahawa karyanya boleh dijual. Kalau anda tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini, cuba meninjau mana-mana satu halaman, baik di en:Wikipedia, ataupun mana-mana satu bahasanya dan cuba mencari perkataan "boleh dijual". Saya pernah bertugas dengan sebuah syarikat penerbitan yang amat besar di Malaysia sebagai Pengurus Pentadbiran, dan saya tahu akan harga rencana-rencana yang baik dalam pasaran. Jika sesuatu buku berjaya, pengarangnya bukan sahaja boleh membeli Volvo baru, dia juga boleh membeli sebuah rumah berkembar dua tingkat. Dan itu saje untuk pengarang (yang tidak rugi apa-apa jika buku itu tidak berjaya), apalagi untuk penerbitnya yang mengambil risiko untuk mencetaknya?

    Sememangnya teguran anda pada laman Kedai Kopi adalah secara umum. Ia bukan ditujukan khusus pada saya, tetapi ia juga tidak mengecualikan saya. Oleh sebab itu, saya cuma mematuhi teguran anda itu. Sememangnya juga, tiada sesiapa, termasuknya Jimmy Wales, boleh memaksa siapa-siapa untuk menyumbang walaupun kalau dia membayar wang, apa lagi kalau tidak.

    Oleh sebab pendirian saya atas satu prinsip mudah yang tertulis di atas, saya berasa saya tidak akan balik ke Wikipedia lagi. Lagipun, saya telah mencari laluan yang lain untuk menghabiskan masa saya.

    Bagaimanapun, saya hendak mengucapkan terima kasih ke atas sokongan anda selama ini. Sememangnya, portal ini boleh berjaya tanpa sumbangan saya. Terdapatnya lagi ramai orang yang masih hendak menyumbang kepada Jack Cranfield, walaupun beliau dah kaya. Kalau nak menyumbang kepada Jack Cranfield, lebih baik menyumbang kepada Wikipedia!

    (P/S: Selepas saya siap memindahkan karya saya ke komputer saya, saya tidak akan kerap masuk Wikipedia lagi.) — PM Poon

    Portal wiki bukan komersil

    Hai Yosri, jika anda menemui mana-mana satu portal wiki bukan komersil yang bertujuan semata-mata untuk memperkembangkan sumber-sumber bahasa Melayu serta mampu memperlindungi karya-karya yang disumbang daripada dijual, tolong beritahu saya. Saya masih minat menyumbang untuk perkembangan sumber-sumber bahasa Melayu di dunia. — PM Poon

    Selamat maju jaya

    Hai Yosri, saya telah muat turun ke dalam komputer saya perisian MediaWiki yang serupa dengan Wikipedia. Tatarajahnya sama sahaja dengan Wikipedia, tanpa sebarang perubahan.

    Kini, banyak portal telah menggunakan perisian MediaWiki. Saya tengah mencari syarat yang mengatakan penggunaan perisian MediaWiki harus tertakluk kepada lesen GDFL, tetapi masih gagal. Nampaknya, pemilik boleh memilih adakah mereka hendak menggunakan GNU atau tidak. Umpamanya, ada tapak-tapak yang menggunakan lesen Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.0 yang merupakan sumber bebas, tetapi tidak mengizinkan bahan-bahannya untuk kegunaan komersil.

    Bagaimanapun, saya tidak bertujuan memulakan portal sendiri. Saya minat menulis dan cuma hendak menggunakannya untuk kegunaan sendiri. Dengan itu, saya boleh berbuat apa-apa yang saya suka. Saya boleh muat turun gambar-gambar orang lain yang amat cantik ataupun rencana-rencana orang lain yang saya amat suka tanpa waswas. Saya telah tersedia tiga cakera keras, kalau-kalau satunya rosak, hehehe. Jika saya mengarang rencana sendiri seperti Penjara Johor Bahru, saya akan memaparkannya dalam laman web percuma seperti Geocities, dan sebagainya.

    Memang saya tidak faham mengapa ada jenis hak cipta orang, umpamanya "film and television screen shots" boleh digunakan walaupun ia merupakan hak cipta orang lain, tetapi yang lain, seperti surat khabar, tidak. Bagaimanapun, ini tidak lagi merupakan masalah. Dengan perisian MediaWiki sendiri, saya mempunyai kebebasan 100% tanpa mempunyai sakit kepala tentang syarat ini dan syarat itu, hehehe.

    Yayasan

    Walaupun entiti yayasan terpisah daripada Jimmy Wales, terdapatnya banyak cara untuk mendapat wang jika ada niat. Saya pernah bertugas dengan sebuah yayasan di mana mereka cuba menekan saya supaya mendapat gaji yang lebih rendah. Pengerusinya berkata kepada saya: "Kita cuma hendak orang yang sudi mengorbankan diri untuk kebaikan masyarakat. Kita tak nak orang yang cuma hendak wang. Saya sendiri pun langsung tidak ada gaji." Hmmmm, kalau saya mempunyai manfaatnya, saya juga tidak memerlukan gaji, hehehe. Suka suka, bawa keluarga ke luar negeri sewaktu ada peluang untuk menyertai persidangan, dan menuntut semua perbelanjaan kepada yayasan. Makan popiah sendiri di restoran Vietnam di Singapura dan juga menuntut perbelanjaan. Untuk makluman anda, satu popiah di restoran Vietnam berharga SGD$10.00, dan itu lagi, kena membalut sendiri, hehehe. Pengerusi itu menggunakan wang yayasan serupa piggy bank sendiri. Kesemua orang atasan merupakan saudara sendiri serta kawan rapatnya.

    Barangkali anda akan berkata: "Tetapi Yayasan Wikipedia tidak sama!" Baru-baru saje, Ketua Pegawai Eksekutif National Kidney Foundation di Singapura meletak jawatan selepas seorang (bukan kerajaan Singapura) mendedahkan salah lakunya dalam surat khabar. Tiap-tiap tahun, National Kidney Foundation memperoleh derma melebihi SGD$6 juta melalui kempen televisyen. Beliau membayar diri SGD$50,000 sebulan dan menggunakan wang yayasan untuk kegunaan peribadi. Tak kan beliau boleh naik gaji sendiri tanpa kebenaran Lembaga Pengarahnya? Memang kesemuanya berpakat. Gua makan, lu pun makan. Kita sama-sama makan, hehehe.

    Kan kita yang mendesak hendak penyertaan ahli politik pembangkang dalam Public Audit Committee? Jika tidak salah, ahli-ahli Public Audit Committee Melaka merancang pergi Madrid untuk persidangan dan kemudiannya mengambil cuti pelepasan untuk program menonton wanita bogel dalam sebuah kapal khas. Kan ahli politik pembangkang pun bersetuju, hehehe....

    Bagaimanapun, Yayasan Wikipedia tidak semestinya serupa, ada yang baik juga.... akan tetapi jika saya kena membuat pertaruhan, saya tidak berani. Terdapatnya satu penyanyi Barat (nama tidak ingat kerana memang saya tidak minat akan lagu) yang masyhur yang hendak memulakan yayasan untuk kebajikan. Kesemua wang permulaan sebanyak AS$3 juta dimakan oleh syarikat pengurusan sehingga beliau memutuskan menutup yayasannya.

    Saya memang tidak faham mengapa sumbangan yang diperoleh dengan percuma harus dijual. Tiadakah cara yang lain? Kan ada banyak yayasan (termasuknya yayasan keluarga Barat) yang khusus untuk memperluaskan pengetahuan dan mempunyai wang yang banyak? Jika saya tidak silap, Lee Foundation di Malaysia mampu memberikan wang untuk bidang pendidikan. Saya pernah memperolehnya, hehehe. Saya berasa kalau-kalau tiada pilihan, benarkanlah iklan dalam portal Wikipedia, berbanding memasuki bidang perniagaan untuk menjual sumbangan. Perniagaan dan kebajikan tidak boleh bercampur. Sewaktu bercampur, banyak hal boleh terjadi.

    Kalau Persatuan Palang Merah mengatakan bahawa mereka akan menjual sumbangan yang diterimanya, saya memang terperanjat. Bayangkan Persatuan Palang Merah menjual ubat dan beras!

    Ini cuma untuk pertukaran pendapat saje. Bagaimanapun, jika Jack Cranfield dari Chicken Soup masih boleh mendapat ramai penyumbang sehingga kini pemilihan rencana amat ketat, saya rasa tiada masalah untuk Wikipedia terus menerima sumbangan. Dengan ini, saya mengucap "Selamat maju jaya". — PM Poon


    Hai Yosri, kalau saya jadi pengarah Wiki Bahasa Melayu, saya akan makan lagi banyak, hehehe. Seperti yang saya pernah kata, cuma terhad oleh niat saje. Semua undang-undang boleh dipecah melalui pemikiran kreatif (creative thinking) serta proses rationalisasi (rationalization). — PM Poon

    Fail MessageMs.php untuk antara muka Wikipedia BM

    Hai Yosri, saya pernah hantar sekali fail antara muka kepada Bugzilla sebelum Aurora mengemaskinikannya. Selepas saya mendapati bahawa Aurora telah mengemaskininya, saya meminta Bugzilla menarik balik fail yang saya telah kirimkan.

    Kini, sistem telah bertukar sedikit; fail LanguageMs.php kini tidak dipentingkan, kebanyakan butiran telah dipindah ke fail MessageMs.php. Saya telah siap membuat perubahan beberapa minggu dahulu tetapi tidak dapat membuat patchnya dengan komputer baru ini.

    Saya baru cuba sekali lagi tetapi masih gagal (mungkinnya kerana saya mempunyai dua jenis php sekarang). Bolehkah saya hantar fail itu kepada anda supaya anda boleh meminta Borgx menolong anda? Memang susah kalau anda nak buatnya kerana saya pernah buat, dan masih menghadapi masalah.

    Macam manakah saya boleh kirimkan fail MessageMs.php kepada anda? Anda harus jangan membazirkan usaha itu sebab ia memang makan masa yang amat banyak, termasuk masa Aurora. — PM Poon

    Perisian MediaWiki

    Hai Yosri, saya telah membaca dengan teliti halaman yang anda memberikan saya: Sourceforge.net. Perisian itu memang tertakluk kepada GNU, tetapi kandungannya tidak seharusnya. Kini, terdapatnya lebih daripada 160 portal yang menggunakan perisian itu. Terdapatnya empat (4) jenis lesen lagi yang boleh digunakan dengan perisian MediaWiki, selain daripada lesen GNU. Saya telah membuat analisa tentang peratus penggunanya bagi setiap lesen. Saiz sampel sebanyak 60 telah digunakan untuk analisa ini (memang mencukupi kerana bilangan minimum ialah 30).


    Jenis lesen Bilangan Peratus (%)
    Lesen GNU (boleh dijual) 24 40.0%
    Lesen Non-Commercial (tidak boleh dijual) 4 6.8%
    Hak cipta terpelihara 8 13.4%
    Lesen rojak (Some rights reserved) 1 1.7%
    Tanpa mengatakan lesennya 19 31.3%
    Portal yang tak aktif 4 6.8%
    Jumlah 60 100.0%


    Jika sesuatu portal tidak mengatakan lesennya, ia dianggap secara lalai (default) mempunyai hak cipta terpelihara. Oleh itu, kita boleh mencipta jadual yang baru (serta menggugurkan portal yang tidak aktif):


    Jenis lesen Bilangan Peratus (%)
    Lesen GNU (boleh dijual) 24 42.8%
    Lesen Non-Commercial (tidak boleh dijual) 4 7.2%
    Hak cipta terpelihara 27 48.2%
    Lesen rojak (Some rights reserved) 1 1.8%
    Jumlah 56 100.0%


    Dari sini, kita nampak bahawa kurang daripada setengah portal-portal menggunakan lesen GNU. Cuma 7.2% menggunakan lesen Non-Commercial ShareAlike 2.0 yang sudi menyebarkan rencananya secara bebas tetapi tidak membenarkannya dijual (iaitu, jenis yang saya suka, hehehe).

    Mengapa jenis yang saya suka tidak popular berbanding lesen GNU yang merupakan enam kali lebih popular? Saya amat keliru. Kemudian, ilham sampai!!! Hehehe.... kalau saya pengasas portal, saya pun memilih lesen GNU! — PM Poon


    Hai Yosri, memang masih ada masalah! Tidak bagus jika saya menulis dengan terus terang di halaman ini. Sila fikir dengan lebih mendalam! hehehe

    (PETUA: Bagi maksud "pengasas portal", saya merujuk kepada orang yang memulakan portal itu, dan bukannya orang yang memulakan cabangnya. Dengan kata yang lain, anda bukannya "pengasas portal" tetapi pengasas cabangnya. Terdapatnya banyak perbezaan kerana dalam istilah itu, pengasas cabang portal merupakan pengguna. Sila fikir dengan lebih mendalam, hehehe.) — PM Poon

    Kesedaran Baru: Satu pusing besar

    Hai Yosri, saya baru saje mendapat sudut pandangan yang baru, dan sewaktu hendak masuk komputer untuk menulisnya kepada anda, saya menerima pesanan anda yang lagi mengukuhkan pendapat saya.

    Selepas pemikiran yang lebih lanjut, saya berasa lesen GNU adalah yang paling baik... bukannya yang paling teruk. Beberapa jam dahulu, saya masih berfikir bahawa lesen GNU tidak memperlindungi penyumbangnya, cuma memperbodohkan mereka, sedangkan usahawan-usahwan (termasuknya pengasas yang memang merupakan usahawan) yang menerima manfaat kewangan daripada sumbangan percuma mereka.

    Saya telah menjelajah banyak portal lain yang menggunakan perisian MediaWiki. Kebanyakannya tidak cergas semacam Wikipedia, sebaliknya setengah mati. Ini menyebabkan saya berfikir: "Mengapakah cuma portal yang menggunakan lesen GNU antara mereka yang lebih aktif?" Sememangnya Wikipedia Bahasa Inggeris tiada tandingan. Sebenarnya, saya hendak menyertai EvoWiki yang mempunyai lesen bebas bukan komersil, tetapi keadaan di sana jauh lebih teruk daripada Wikipedia Bahasa Melayu setengah tahun dulu. Selepas pemikiran yang lebih lanjut, saya mendapati bahawa cuma dengan perdagangan bahawa sesuatu portal dapat mencapai kemajuan; iaitu, serupa dengan sebuah negara.

    Perbandingan saya antara Persatuan Palang Merah dan Wikipedia tidak tepat. Perbezaan mereka terdiri daripada fakta bahawa ciri-ciri sumbangan yang diterima amat berbeza. Sewaktu sumbangan Persatuan Palang Merah dijual, ia tidak lagi boleh diberikan kepada mangsa-mangsa kederitaan, sedangkan sumbangan Wikipedia boleh diduplikasikan beribu-ribu kali dan penerimanya masih memiliknya bahan-bahan yang disumbang itu. Ciri ini ialah yang menyebabkan Bill Gates menjadi orang yang terkaya di dunia.

    Perbezaan antara sumbangan kepada Jack Cranfield daripada "Chicken Soup" dan sumbangan Wikipedia juga amat berbeza. Bagi penyumbang Jack Cranfield, mereka tidak menerima apa-apa pampasan, malahpun karya mereka dihakcipta oleh Jack Cranfield menjadi hak miliknya yang tunggal. Penyumbang asal tiada hak lagi kepada rencananya sendiri! Memang sehingga hari ini, saya masih tidak faham mengapa orang akan menyumbang kepadanya. Sebagai seorang yang amat kaya pada hari ini, saya selalu berasa dia sekurang-kurang pun kena membayar antara AS$200 - $500 kepada setiap penyumbangnya, tergantung kepada panjang rencana serta usaha untuk memperbaiki rencana yang disumbang. Ini bukannya wang yang banyak dalam dunia penerbitan.

    Bagi sumbangan Wikipedia, lesen GNU tidak mengehadkan sesiapa yang hendak menjual rencananya. Maka, saya pun TIDAK DIHALANG menggunakan sebarang rencana dalam Wikipedia untuk memperkayakan saya sendiri. Dari sudut pandangan itu, ia memanglah adil. Ini terlepas perhatian saya kerana saya asyik menyumbang saje tanpa memikirkan nak memperkayakan diri. Jika lesen itu membenarkan anda memperkayakan diri, tak kan nak menghabiskan sekurang-kurang sepuluh jam setiap hari tanpa menerima apa-apa manfaat kewangan, kan? hehehe.

    Bagaimanapun, setelah mengunjungi banyak portal yang lain, saya kini berasa bahawa tiadanya salah bagi Wikipedia menggunakan lesen GNU; sebaliknya ia merupakan pilihan yang terbaik, jika diperlihatkan daripada kejayaan portal itu. (Mengapa portal yang mempunyai lesen bukan komersil tidak begitu berjaya, saya masih tidak faham.) — PM Poon


    Hai Yosri, saya hendak menggunakan nama samaran yang baru, dengan sifat yang baru juga. Adakah anda mempunyai nama lelaki yang berbau kewanitaan? — PM Poon

    Nama samaran

    Hai Yosri, terima kasih kerana mengambil masa untuk memikirkan beberapa nama samaran untuk saya. Saya meminta maaf kerana tidak menjawab anda lebih dahulu, kerana kini, otak saya dipenuhi dengan penyelidikan terhadap Wikipedia, Jimmy Wales, dan lesen GNU.

    Terdapatnya beberapa anggapan saya terhadap Jimmy Wales yang telah dibukti benar. Sememangnya, beliau merupakan seorang usahawan tegar yang memulakan Wikipedia bukan kerana sebarang wawasan untuk dunia, tetapi untuk memperoleh rencana yang percuma untuk menyokong Nupedia. Bagaimanapun, Nupedia telah mati di tepi jalan.

    Yayasan Wikimedia dimulakan oleh Jimmy untuk tujuan tertentu, iaitu kepentingan sendiri:

    "Pada pertengahan 2003, Wales menubuhkan Yayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan tanpa untung di St. Petersburg, Florida, untuk menyokong Wikipedia dan projek-projek kembar yang lebih baru. Beliau melantik diri dan dua pekongsi perniagaannya ([dengan kata yang lain, kawan rapatnya, hehehe]) yang bukan ahli Wikipedia aktif kepada lembaga lima ahli; dua orang ahli yang tinggal diperuntukkan untuk wakil-wakil komuniti. Langkah ini bukan sahaja dapat melegakan Wales dan Bomis daripada sebarang beban untuk menyokong pembiayaan Wikipedia yang semakin meningkat, tetapi ia juga dapat mengekalkan jawatan pimpinan dalam Yayasan itu untuk seumur hidupnya. Jawatannya itu tidak tertakluk kepada pemilihan." — Petikan daripada rencana Jimmy Wales.

    Jika Yayasan Wikipedia benar-benar bebas, kan dah keterlaluan jika Jimmy menjadikan diri sebagai ahli Lembaga yang tetap, apa lagi kalau beliau memberikan diri kuasa untuk melantik dua orang pengarah lagi? Apakah logiknya untuk memperoleh kuasa untuk melantik dua orang pengarah daripada cuma empat jawatan yang tinggal, jika bukannya berniat untuk menguasai pentadbiran Yayasan? Lagipun, perlembagaan Yayasan tidak dapat ditukar selama-lamanya tanpa persetujuan Jimmy kerana dalam mana-mana satu pengundian, wakil-wakil komuniti Wikipedia tidak akan menang. Sememangnya, perlembagaan memerlukan sekurang-kurangnya 65% sokongan untuk meluluskan sesuatu resolusi. Kan senang sahaja kalau tiga orang dah setuju (ataupun membantah)? Untuk perincian:

    • jika tiga orang sudah bersetuju, yang dua lagi biasanya akan mengikut kerana membantah adalah tidak berguna; ia cuma akan mengakibatkan hubungan yang buruk serta keterasingan untuk ahli Lembaga itu dan pembantah adalah dalam keadaan kelemahan;
    • sebagai wakil tanpa gaji untuk tempoh singkat sahaja, wakil-wakil tidak akan terlalu mengambil berat, khususnya kerana mereka juga tahu bahawa mereka menyertai Lembaga Yayasan cuma sebagai hiasan sahaja (apalagi kalau struktur Lembaga sudah sebegini);
    • jika kedua-dua wakil melawan Jimmy, Jimmy boleh menggunakan taktik "membahagi dan memerintah" ("divide and rule")
    • Jimmy akan menyediakan sedikit gula bagi wakil-wakil supaya jangan terlalu kacau, hehehe.

    Bagaimanapun, saya berasa bahawa kita tidak perlu mengambil berat terhadap Jimmy atau terhadap Yayasan Wikimedia. Pada suatu hari, sewaktu kita dapat berdikari dari segi pembiayaan portal ini, kita boleh mengisytiharkan merdeka dengan anda merupakan Tunku Abdul Rahman bagi portal yang baru. Kemudian, anda boleh menubuhkan sebuah yayasan mengikut rumusan Yayasan Wikimedia. Bukannya penciptaan anda, kan dah ada duluan (precedent)... cuma ikut duluan sahaja, hehehe.

    Okay, balik ke nama samaran yang berbau kewanitaan. Gagasan itu tertimbul sewaktu saya menghubungi beberapa pengguna dan langsung tidak terdapat sebarang balasan. Sewaktu itu, saya berfikir: "Memang terdapatnya beberapa pengguna, umpamanya Cool Cat, di Wikipedia Bahasa Inggeris yang tidak hendak mengemukakan jantina mereka. Saya tidak tahu alasannya pada waktu itu. Saya cuma sedar sewaktu mencuba menghubungi pengguna-pengguna dalam Wikipedia Bahasa Melayu."

    Bagaimanapun, saya pun telah fikir balik sewaktu hendak memilih nama baru. (Kan banyak U-turn kini? Otak memang dalam pergolakan.) Nama samaran berbau kewanitan cuma akan menarik "pengguna-pengguna" yang bukan ikhlas nak menyumbang ke portal ini. Mereka memang mempunyai niat yang lain. Lagi baik jika mereka tidak membalas. Tak perlu buang masa menjawab, hehehe — PM Poon 12:38, 3 April 2006 (UTC)

    Yayasan Wikimedia

    Hai Yosri, kemungkinan anda tidak dapat menangkap apa yang saya hendak mengemukakan. Jika anda membaca rencana-rencana yang saya telah menterjemahkan daripada Wikipedia Bahasa Inggeris dan membaca antara garis garis (read between the lines, hehehe), anda akan mendapat gambaran yang sebenarnya. — PM Poon 00:49, 4 April 2006 (UTC)

    Selamat maju jaya

    Hai Yosri, adakah "Selamat maju jaya" bermaksud "Selamat pergi"? Saya tak kisah. Tetapi untuk terjemahan antara muka, apakah rancangan anda tentang itu. Nak buang saje atau apa? Terjemahan itu adalah untuk kesemua orang yang menggunakan perisian MediaWiki (bukan WikiMedia) untuk bahasa Melayu. Saya hendak muat naik fail itu dalam ms:Wikipedia tetapi format html tidak dapat diterima. — PM Poon 01:12, 4 April 2006 (UTC)

    Sensitif ke?

    Hai Yosri, sensitif ke? Sebagaimana yang anda tahu, penguasaan bahasa Melayu saya tidak mencukupi. Kalau saya tidak ingat salah, anda menggunakann "Selamat maju jaya" sewaktu Emrrans nak pergi. Lagipun, saya juga memeriksa maknanya dalam banyak juga portal dalam internet, termasuk portal ini. Ertinya dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris ialah "Good luck" ataupun "Good bye", hehehe.

    Berkenaan fail antara muka, bukannya saya tidak nak hantar atau tidak tahu macam mana nak hantar. Kini, saya telah muat turun wiki sendiri yang menggunakan EasyPHP, iaitu versi yang lebih mudah untuk trafik sikit. Untuk menghantar MessageMs.php ke Sourceforge.net, saya cuba menggunakan versi ini tetapi tak jadi. Mungkin command untuk EasyPHP tidak sama dengan apa yang diajar oleh Borgx untuk versi lengkap. Sewaktu saya muat turun versi yang lengkap, terdapatnya percanggahan sehingga wiki saya tak boleh diguna, dan fail itu pun tak dapat dihantar.

    Satu penyelesaian ialah untuk saya menghapuskan wiki saya dahulu. Tetapi saya bukannya pandai dalam penggunaan komputer. Untuk muat turun wiki itu pun, kena cuba banyak kali sehingga saya sendiri pun tak tahu apa yang saya bikin. Oleh itu, saya tidak berani nak menghapuskannya. Adalah baik bahawa saya mempunyai wiki sendiri kerana memang saya suka gambar. Oleh itu, anda tidak perlu lagi berasa bimbang kerana jika gambar itu tak ada hak cipta, saya akan muat turun dalam wiki sendiri untuk syok sendiri.

    Saya cuma kena hantar fail MessageMs.php itu kepada anda ataupun sesiapa tetapi saya harus mendapat alamat emel. Anda jangan buat sendiri sebab kena muat turun tiga atau empat perisian. Mintalah bantuan daripada Borgx. Saya tidak tahu tentang hubungan anda dengannya; adakah rapat atau tidak. Kalau tidak, lebih baik meminta Aurora hantarkan fail itu kepadanya untuk membuat patch dan mengirim.

    P/S: Saya terperanjat tadi sewaktu membaca rencana Pesawat pejuang, dan Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu anda. Susah nak percaya, hehehe. Bukan ke u nie "stub king"? hehehe — PM Poon 04:19, 4 April 2006 (UTC)

    Borak-borak

    Hai Yosri, pesanan ini semata-mata untuk berborak saje.

    Janganlah terkagum dan terlalu memperdewakan Jimmy kerana dia telah menyumbang "AS$500,000" bagi penubuhan Wikipedia. Saya pun membuat kesilapan yang sama sewaktu saya membacanya dalam surat khabar, walaupun saya juga pernah meminda ("massage") angka-angka untuk pembacaan pengurus-pengurus bank (terpaksa oleh bos, bukan salah saya, hehehe).

    Orang yang paling tidak percaya tentang angka ialah ahli-ahli angka, iaitu akauntan, khusnya pengurus kewangan, hehehe. Angka-angka boleh dipalsukan. Andai katalah angka itu tidak palsu, ia masih dapat diurut, hehehe. Terdapatnya banyak kaedah. Umpamanya, kadar susut nilai untuk aset boleh diubah secara sah (bukan tipu). Tetapi itu adalah sesuatu perbuatan yang terlalu ketara dan tiada standard! Lain satu yang tidak begitu ketara ialah penguntukan ("cost allocation, bukannya "peruntukan") untuk penggunaan sumber syarikat.

    Larry Sanger digajikan untuk menjadi ketua penyunting untuk Nupedia yang dimulakan pada Mac 2000. Wikipedia telah dimulakan pada 15 Januari 2001 cuma sebagai projek sampingan untuk menyokong Nupedia. Larry telah dikatakan dibayar gaji untuk perkhidmatannya kepada Wikipedia. Andai katalah kenyataan ini betul, tetapi saya akan membuktikan kepada anda kemudian bahawa ini adalah kenyataan tipu berdasarkan fakta-fakta.

    Sanger mempunyai ijazah kedoktoran falsafah. Andai katalah gajinya bulat-bulat AS$10,000 sebulan, termasuk segala kos yang lain (macam insuran, kemudahan perubatan, dan sebagainya). Sanger digajikan untuk Nupedia, tetapi masanya lebih digunakan untuk Wikipedia. Macam mana kita harus menguntukkan kos ini bagi kedua-dua projek?

    Mengikut logik, kesemua gaji Sanger harus diuntukkan kepada Nupedia. Alasannya? Dia digaji semata-mata untuk Nupedia. Kalau Wikipedia tidak wujud, gajinya pun kena bayar juga. Betul tak?

    Tetapi, dasar-dasar perakaunan memang mengizinkan penguntukan berdasarkan penggunaan sumber. Oleh itu, jika Nupedia hampir-hampir tidak aktif (cuma mencipta 24 buah rencana lengkap dan 74 rencana separuh dalam tempoh wujud selama dua setengah tahun), Jimmy boleh menguntukkan segala gaji Sanger untuk projek Wikipedia (iaitu, dari segi perakaunan). Oleh sebab Wikipedia bermula pada 15 Januari 2001 dan gaji Sanger ditamat pada Febuari 2002, gaji yang dibayar kepada Sanger oleh Jimmy pada tempoh 12.5 bulan ialah AS$125,000.

    Lebar jalur pertama disewa semata-mata untuk kegunaan Nupedia. Jika Wikipedia tidak wujud, lebar jalur juga kena dibayar (kecuali jika bayaran tambahan dikenakan kerana peningkatan trafik disebabkan oleh kepopularan Wikipedia). Oleh itu, mengikut logik, lebar jalur yang asas harus ditanggung oleh Nupedia, dan kos tambahan disebabkan peningkatan trafik diuntukkan kepada Wikipedia. Tetapi menurut dasar-dasar perakaunan yang berdasarkan penggunaan, kesemua kos boleh diuntukkan kepada Wikipedia. Sesama juga dengan sewa pejabat, bil elektrik, kos komputer, dan perkakasnya. Oleh itu, kesemua kos untuk membiayai Nupedia boleh diuntukkan kepada Wikipedia.

    Dari segi perakaunan, sememangnya jika kos untuk membiayai projek Nupedia ialah AS$500,000, kita juga boleh mengatakan bahawa penguntukan kepada Wikipedia juga merupakan AS$500,000. Tetapi sewaktu kita menggunakan angka ini dalam konteks yang lain, iaitu jika Jimmy mengatakan bahawa "Saya telah membelanjakan AS$500,000 untuk kebajikan Wikipedia", ia jelas merupakan kenyataan tipu.

    Wikipedia dimulakan bukan untuk kebajikan komuniti antarabangsa. Jika tujuan asalnya ialah semata-mata untuk kebajikan komuniti antarabangsa, saya cenderung untuk menerima AS$500,000 sebagai sumbangan Jimmy kepada komuniti antarabangsa. Tetapi Wikipedia cuma merupakan kebajikan komuniti antarabangsa secara ingkar ("default", "lalai" digunakan untuk komputer saje, hehehe). Dan sewaktu Jimmy menyedari bahawa Wikipedia telah menjadi projek kebajikan komuniti antarabangsa, beliau DENGAN PANTASNYA tidak hendak lagi membiayai projek itu. Oleh itu, beliau menamatkan gaji Sanger pada Februari 2002, iaitu selepas kewujudan Wikipedia selama CUMA setahun.

    Mengapa saya mengatakan "Larry telah dikatakan dibayar gaji untuk perkhidmatannya kepada Wikipedia" adalah kenyataan tipu? Cuba berfikir. Kalau Sanger dibayar gaji untuk Wikipedia, dan bahagian gajinya untuk Wikipedia ditamatkan, mengapakah beliau kena meletakkan jawatannya untuk Nupedia? Kan dia digajikan semata-mata untuk Nupedia, dan masih ada gaji utamanya daripada Nupedia? Mengapakah sewaktu gajinya untuk Wikipedia ditamatkan, dia harus meletakkan jawatan untuk Nupedia? Jelas bukan, bahawa gaji untuk Wikipedia serupa saje dengan gaji untuk Nupedia. Jika gaji untuk Wikipedia ditamatkan, ia bermakna bahawa Sanger kena makan "udara".

    Yayasan Wikimedia ditubuhkan semata-mata untuk melepaskan tanggungan Jimmy terhadap Wikipedia. Dan Yayasan Wikimedia telah direka bentuk dan distruktur sehingga ia merupakan syarikat Jimmynya sendiri. Inilah yang menyebabkan saya tidak berapa menghormatinya. Wakil-wakil komuniti dalam lembaga Yayasan cuma dipergunakan untuk hiasan saje kerana mereka memang langsung mati pucuk, hehehe.

    Bagaimanapun, AS$500,000 bukanlah satu jumlah yang amat besar, apalagi jika hampir kesemuanya sebenarnya merupakan kos untuk mengelolakan projek Nupedia. (Mana tau, AS$500,000 juga termasuk masa Jimmy yang merupakan "opportunity cost"). Saya juga boleh mengatakan bahawa saya telah menyumbang di lingkungan RM80,000 (berdasarkan gaji terakhir saya dan masa yang saya menghabiskan dalam portal ini) kepada Wikipedia Bahasa Melayu, kalau saya juga menggunakan dasar yang digunakan oleh Jimmy. Anda juga boleh mengatakan bahawa anda telah menyumbangkan berpuluh-puluh ribu ataupun lebih, apalagi anda telah bermula pada Disember 2003 dan saya benar-benar aktif cuma bermula dari November 2005.

    Oleh itu, tidak perlulah kita memperdewakan Jimmy. Saya letak kes saya di atas meja. ("I rest my case"), hehehe.

    P/S: Pendapat-pendapat saya adalah berdasarkan sembilan buah rencana bahasa Inggeris yang saya baru-baru ini menterjemahkan untuk portal ini, sewaktu hendak tahu lebih lanjut tentang permulaan Wikipedia. Jika maklumat itu salah, maka pendapat saya pun turut salah juga. — PM Poon 18:25, 4 April 2006 (UTC)

    Jawapan saya

    Hai Yosri, jika saya membuka syarikat penerbitan, saya harap semua pengarang saya akan bersikap serupa dengan anda, hehehe. Maka saya tidak perlu membayar satu sen royalti pun. Sewaktu saya bertugas di syarikat penerbitan, saya nampak pengarang-pengarang selalu tukar kereta dan membeli rumah sewaktu buku mereka berjaya. Kalau saya membuka syarikat penerbitan, kan banyaknya rumah dan kereta saya... kerana kesemua pembelian mereka akan menjadi hak saya, hehehe. Mungkin anda belum tengok dengan mata sendiri. Oleh itu, pendapat anda berlainan.

    Saya baru siap menterjemahkan Sejarah Wikipedia. Rencana itu mengatakan: "Pada Ogos 2002, Jimbo Wales mengumumkan bahawa pengiklanan komersil tidak akan dibenarkan dalam Wikipedia..." Saya masih menggaru kepala. Kan Nupedia memulakan Wikipedia semata-mata untuk mempergunakan rencana-rencana Wikipedia untuk mendapat keuntungan MELALUI pengiklanan dalam portalnya? Apakah alasannya? Kan baik jika Wikipedia dapat memperolehi wang untuk membiayai diri? Apakah tujuan menggunakan lesen komersil jika tidak hendak menjual rencana Wikipedia? Mengapa tak nak menggunakan "Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.0" supaya rencana tidak boleh dijual? Hmmmm.... mengapakah Jimmy hendak membuka syarikat baru, iaitu Wikia, Inc. pada tahun 2004, untuk mendapat untung daripada pengiklanan? Nampaknya ada percanggahan kepentingan. Jika banyak syarikat mengiklankan dalam portal Wikipedia bahasa Inggeris yang mempunyai lebih daripada sejuta pengguna berdaftar (tidak termasuk pengunjung-pengunjung), kan peruntukan wang pengiklanan syarikat-syarikat itu akan menjadi kurang untuk portal yang lain? Mungkin saya salah kot. Mungkinnya wang semacam rencana dalam Wikipedia. Selepas diberikan kepada orang lain, rencana itu masih tertinggal dalam portal Wikipedia, hehehe. Cuba fikir dan beritahu saya apakah alasannya untuk melarangkan pengiklanan dalam Wikpedia, sedangkan banyak portal yang mendapat keuntungannya bukan daripada pembaca-pembaca tetapi melalui pengiklanan (termasuk mirror site untuk Wikipedia, seperti Answer.com) DAN sedangkan syarikat-syarikat Jimmy sendiri juga menggunakan pengiklanan untuk mendapat keuntungan. Saya akan tunggu jawapan anda, okay?

    Setiap orang memang mempunyai sudut pandangan masing-masing. Kemungkinan saya salah, kemungkinan juga anda salah. Tak kan kita kedua-dua boleh betul pada waktu yang sama? Cuma masa dapat memberitahu.

    Steve Job

    Anda terperangkap dalam kes Steve Job, hehehe. Tak kan selepas beliau menjual sebahagian besar syarikatnya, syarikat itu masih merupakan syarikatnya seorang? Kalau macam itu, saya pun nak jual harta saya, hehehe.

    Terdapatnya perbezaan yang amat besar antara sebuah perbadanan yayasan dan sebuah syarikat swasta. Jika Jimmy nak menguasai Wikipedia, beliau harus menubuhkan sebuah syarikat swasta, bukannya menggunakan sumbangan orang ramai dan kemudian menjadikan perbadanan itu sebagai syarikat sendiri. Beliau memang nak makan kek dan menyimpannya pada waktu yang sama. Apa katakan anda jika salah seorang perdana menteri Malaysia mengatakan beliau hendak menyimpankan jawatan perdana menteri seumur hidupnya kerana takut ada orang akan merosakkan Malaysia? Kan anda yang menulis ayat-ayat yang berikut:

    Akan tiba satu masa anda perlu percayakan seseorang untuk terus maju. Saya terpaksa percayaan pengguna yang saya lantik sebagai sysop tidak akan menjahanamkan hasil kerja saya selama bertahun lamanya.

    Mengapa buat U-turn pulak? hehehe.

    Dari segi kerohanian, kesemua hal-hal kita adalah berasaskan "niat". Katakanlah saya hendak memberi pertolongan kewangan kepada seorang chatter dalam talian. Ini disebabkan dia memberikan gambar palsu kepada saya. Sebenarnya, dia berumur 70 tahun, tetapi dia memberi saya gambar berumur 17 tahun, hehehe. Akankah Tuhan mengambil kira pertolongan saya ini sebagai perbuatan "hati baik"?

    Niat adalah amat mustahak dalam mahkamah. Jika saya membunuh orang tanpa niat, perbuatan saya tidak akan dianggap sebagai "murder" dan saya tidak perlu gantung leher. Sebaliknya, kerajaan Malaysia akan menaja makanan dan perlindungan saya untuk selama-lamanya, hehehe. Kan amat berbeza? — PM Poon 02:18, 5 April 2006 (UTC)

    Fail MessageMs.php.htm

    Hai Yosri, oleh sebab anda tidak memberi alamat emel anda, saya telah muat naik fail MessageMs.php.htm di Geocities. Anda boleh muat turun fail itu di sana. — PM Poon 22:45, 8 April 2006 (UTC)

    Pokok Kenikir

    Hai Yosri, saya mendapati bahawa Pokok Kenikir adalah sama sahaja dengan Pokok Ulam Raja. Bolehkah anda memeriksa kebenaran ini, dan jika didapati benar, bolehkah anda menggabungkan kedua-dua rencana itu? — PM Poon 00:52, 13 April 2006 (UTC)

    Tentang pengguna baru

    Hai Yosri, nampaknya semakin ramai pengguna datang di Wikipedia Melayu. Tapi, masalahnya mereka 'cuma' letak saja nama mereka di sini, jarang atau tiada langsung mereka menyunting. Saya amat mengharap-harapkan agar mereka fahami tentang tujuan berada di Wikipedia Melayu ini. — Emrrans (Perbualan) 02:44, 17 April 2006 (UTC)

    Penyelia

    Hai Yusri..Saya faham kalau saya tak dapat menjadi penyelia kerana sudah sampai kuota 10 orang.. Saya akan menunggu untuk menjadi penyelia di Wikipedia ini...kalau dah ada kekosongan, sila beritahu saya.

    che 12:08, 21 April 2006 (UTC)

    hai yosri...tak kecil hati...cuma saya hormati anda sebagai penyelia di wikipedia bahasa melayu...syabas...teruskan usaha..

    che 17:15, 21 April 2006 (UTC)

    Cadangan untuk perlantikan penyelia

    Hai Yosri, memang anda kini kepala pening terhadap perlantikan penyelia yang baru. Walaupun senarai penyelia kini terdiri daripada sepuluh orang, bukan semuanya yang aktif. Saya faham betapa susah anda berasa nak menamatkan penyelia lama yang tidak aktif. Sebagai kompromi, anda mungkin boleh menciptakan suatu anugerah yang digelarkan "penyelia kehormat" bagi mereka yang memang memberi sumbangan yang kukuh pada peringkat awal portal ini. Tarikh "cut-off" mungkin boleh ditetapkan sebagai 31 Disember 2004 untuk kelayakan taraf itu, atau mana-mana tarikh yang lebih sesuai.

    Bagi penyelia baru, jika mereka tidak aktif selama tiga bulan pada tahun pertama, mungkin mereka boleh digugurkan. Tak perlu sehingga enam bulan. Kini kena mentakrifkan apa yang dianggap sebagai aktif atau tak aktif. Itu memang pening, hehehe. — PM Poon 19:19, 21 April 2006 (UTC)

    Pertanyaan

    Saya tidak faham kenapa anda memadamkan laman perbualan Sharifah munira? — Master2841 07:44, 27 April 2006 (UTC)

    Sudah dipulihkan. Yosri 10:25, 27 April 2006 (UTC)