Promosi Wiki

Dengan dukacitanya saya memaklumkan bahawa promosi wikipedia di kolej selatan Johor Bahru telah menemui jalan buntu sebelum ia sempat dilancarkan. Malah peribadi saya sendiri telah ditaruh buruk sangkaan oleh pihak berkenaan, dengan anggapan saya mempunyai muslihat (agenda tersembunyi) di sebalik rancangan promosi ini.

Bagi mengelakan pembaziran sumber, di sini saya menawarkan steriotaip "bookklet" promosi yang saya bikin sebelum ini kepada orang wiki.Ia adalah dalam format microsoft word, dalam saiz A4.

Soalannya, bagaimana saya mengkongsikan steriotaip "booklet" ini untuk ahli wikipedia? Ychmatematik 05:02, 8 September 2005 (UTC)

Sentimen perkauman

Terima kasih kerana ingatan dari anda. Rasa-rasanya orang di internet ini rasional belaka dan dapat menerima perbezaan . Jika Chin Peng boleh berhujah , kita pun boleh kan.Malekhanif 17 September 2005

Puasa dan Ibadat Puasa

Hal ini adalah mengenai puasa dan ibadat puasa. Saya akan asingkan kedua-duanya kerana hujah saudara agak rasional. Saya akan edit secepat mungkin.Master2841 16 September 2005

Logo Wikipedia

Saya andaikan ejaan yang sepatutnya ialah "Ensiklopedia bebas"? Aurora 02:32, 27 September 2005 (UTC)

Telah saya minta di meta. Harap-harap akan ditunaikan segera. Aurora 01:08, 28 September 2005 (UTC)

Saya lihat logonya telah ditukar :) Aurora 01:39, 21 November 2005 (UTC)

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya. Selamat bersahur dan selamat hari raya. Bagaimana caranya ?.Malekhanif 7 Oktober 2005

sysop

Terima kasih atas penghargaan dari anda. Saya akan kendalikan sebaik-baiknya demi kebaikan bersama.

Al Fatihah

Ucapan takziah kepada YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan keluarga di atas kehilangan Allahyarham Datin Seri Endon Binti Dato' Mahmood Ambak

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.Yosri 00:46, 21 Oktober 2005 (UTC)

Sumbangan Pengguna

Terima kasih, Yosri, atas pemberitahuan tentang "sumbangan pengguna". Oleh sebab "sumbangan pengguna" adalah senarai pengemaskinian, memang susah untuk saya mengetahui tentang rencana-rencana yang telah disumbang. Umpamanya, sumbangan pengemaskinian saya di Wikipedia Bahasa Inggeris melebihi dua ribu, akan tetapi rencana asal yang ditulis saya tak sampai dua puluh sahaja. Walaubagaimanapun, di sini, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada anda kerana mengambil masa untuk memberitahu saya.

P/S: Baru saja dapat lagi satu mesaj daripada anda, tetapi saya tidak tahu apa yang dimaksudkan: "Alam semesta = Universe Alam semulajadi = Natural/natural environment".
PM Poon 01:28, 26 Oktober 2005 (UTC)

Hi Yosri, sekarang baru saya faham apa yang dimaksudkan anda bila anda mengatakan tentang "sumbangan pengguna". Apa yang saya hendak terdapat dalam "Senarai Pilihan", iaitu salah satu daripada ciri-ciri yang berlainan dengan en:Wiki. Terima kasih sekali lagi atas pemberitahuan anda. —

Boleh juga. Saya lihat lamannya juga sudah ada di Wikipedia:Rencana pilihan. Bagaimanakah kriterianya? Aurora 03:21, 2 November 2005 (UTC)

Saya fikir anda maksudkan 20 baris pada paparan 800 x 600? Agak kabur sedikit kerana jumlah baris biasanya bergantung pada saiz tetingkap anda :) Saya kira 20 baris adalah sekitar 4 atau 5 perenggan. Dan kalau melihat contoh Wikipedia lain, seharusnya rencana itu mempunyai sekurang-kurangnya satu gambar. Aurora 03:07, 8 November 2005 (UTC)

) Mahu diletakkan di laman utamakah? Atau sekadar pautan saja?

Hi Yosri, hak cipta adalah suatu perkara yang rumit. Sebenarnya, hampir kesemua gambar di internet mempunyai hak cipta dan dari segi undang-undang, tidak boleh disalin.

Walaubagaimanapun, dari segi pragmatik, undang-undang tidak selalu semestinya diikut, terutamanya kerana Wikipedia bukan sebuah portal yang berniaga. Lagipun, kita cuma menggunakan gambar sebagai lakaran kenit ("thumbnail"), iaitu biasanya berlebar paling tinggi 300px. Oleh sebab itu, hanya orang yang gila akan mendakwa Wikipedia kerana tiada manfaat yang boleh diterima dengan berbuat demikian. Yang paling lebih dialami oleh Wikipedia ialah pihak pemilik hakcipta meminta gambar dikeluarkan.

Saya pernah terlibat dalam kes hakcipta Malaysia di sebuah syarikat yang saya bertugas dan oleh sebab itu, pendapat saya tentang hak cipta telah berubah. Memang sebelum itu, saya pun sama dengan anda dan pengguna-pengguna di Wikipedia Bahasa Inggeris yang mungkin tak pernah mengalami kes hak cipta.

Kekelamkabutan di Wikipedia Bahasa Inggeris sekarang disebabkan oleh kes eBay yang didakwa kerana mengimbas buku-buku pada keseluruhannya ke internet. Walaupun begitu, eBay tidak mengaku bersalah dan bersedia menahankan diri di mahkamah. Tak kan menyalin buku-buku melalui pengimbas tidak bersalah? Akan tetapi eBay adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepimpinan yang dinamik. Sekiranya kesemua hal mengikut undang-undang, memang syarikat itu akan tertinggal di belakang. Orang yang pandai melihat bagaimana memintasi undang-undang.

Saya telah menyalin banyak gambar di Wikipedia Bahasa Inggeris, tetapi mendapat cuma satu aduan daripada pemilik hak cipta dan kes itu diselesai cuma dengan mengeluarkan gambar tersebut. Gambar berkaitan ialah sebuah gambar pelakun wanita Hong Kong (Betty Ting Pei).

Gambar Imej:Noordman'sGreenshank.jpg telah diambil saya dari laman http://www.camacdonald.com/birding/birding.htm. Portal itu merupakan sebuah portal seakan-akan Wikipedia yang mana sumbangan dibuat oleh penyumbang dan hak cipta masih menjadi hak penyumbang-penyumbang, yakni dalam kes tersebut, penyumbang Karl Ng. Sekiranya hendak meminta keizinan, ini boleh dibuat. Walaubagaimanapun, saya telah membuat pengakuan di bawah gambar tentang pemilik hak cipta. Oleh sebab saya tak rajin menulis kepada pemilik hak cipta, saya rasa sekiranya Yosri nak keluarkan gambar tersebut, keluar sahaja. Saya tak ada masalah.

Saya berasa bahawa sangat banyak penekanan ditumpukan ke atas gambar-gambar, walaupun banyaknya rencana di Wikipedia, khususnya di Wikipedia Bahasa Inggeris, juga disalin daripada laman lain tanpa masalah.

(P/S: Saya harap Yosri faham apa yang ditulis saya, sebab bahasa Malaysia saya tidak begitu baik.) — PM Poon 17:21, 9 November 2005 (UTC)


Terima kasih Yosri..sekarang saya tidak begitu sibuk jadi boleh lah saya menyumbang sedikit. :)

Sila rujuk Berdasarkan kategori dan Ejaan "Kategori" . — PM Poon 02:30, 15 November 2005 (UTC)

Indeks Pantas

Hai Yosri, masalahnya bukan tentang "Wikipedia:Indeks pantas". Pengisiannya adalah secara automatik. Saya dah cuba sewaktu menggunakan ("Category").

Masalah sekarang ialah tentang penggunaan "Category" dan "Kategori". Adakah kamu nak betulkan penggunaan perkataan "Category" yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna-pengguna? (Yang tak melibat kebanyakan pengguna, bahasa Inggeris boleh dikekalkan.) — 10:22, 16 November 2005 (UTC)

Hal-hal tentang Kategori

Hai Yosri, saya nampak Wikipedia Bahasa Indonesia telah berjaya menggunakan "Kategori". Kamu boleh berhubung mereka tak? Barangkali mereka boleh ajar.

(P/S: Sebenarnya, saya tidak payah sibuk-sibuk. Kan ini bukan hal saya? Saya cuma nak tolong sahaja. Sekiranya saudara Yosri tak puas dengan campurtangan saya, baik saya tak mau ganggu. — PM Poon 13:29, 16 November 2005 (UTC)

Masalah "Category" dan "Kategori"

Hai Yosri, memang betul saya terperasan semasa saya membaca ayat: "Kalau boleh ditukarkan, tukarkanlah." Pada waktu saya membaca, saya tafsirkan ayat itu sebagai: "Kalau u rasa u pandai, u bikinlah."

Semasa saya bermain dengan "Halaman Rawak", saya mendapati bahawa ada pengguna-pengguna yang menggunakan perkataan "Kategori" di dalam rencana mereka dan tidak dapat membuat kaitan dengan halaman "Category". Saya juga mendapati bahawa banyak juga rencana yang tidak mempunyai kategori, kemungkinan antara sebab-sebabnya ialah kegagalan mereka membuat kaitan apabila menggunakan perkataan "Kategori".

Bagi saya, ini merupakan satu masalah yang amat besar sebab pengelasan adalah suatu perkara yang penting sekali jika terdapatnya banyak rencana. Kan pelik sekiranya bahasa Melayu tidak boleh digunakan dalam portal bahasa Melayu? Pada awalnya, saya pun rasa keliru tetapi sebab saya mempunyai sedikit pengalaman di en:Wikipedia, saya boleh menyesuaikan diri dengan dua jenis bahasa.

Bagi saya juga, masalah penggunaan "Kategori" mesti boleh diatasi sebab terdapatnya banyak portal bahasa lain yang sudah berbuat demikian. Kalau kita tak tahu macam mana nak bikin, kita boleh tanya kakitangan Wikipedia melalui "Help:How to start a new Wikipedia#Getting help" di en:Wikipedia.

Semasa saya bermula menyertai sumbangan ke en:Wikipedia, saya tidak mengambil berat tentang perkara "Kategori". Hanya selepas beberapa bulan di sana baru saya tahu akan kepentingan "Kategori" dalam pengelasan rencana-rencana supaya senang dirujuk.

en:Wikipedia telah mengalami banyak masalah tentang "Kategori" dengan sistemnya yang lama. Oleh sebab itu, mereka telah membuat pindaan baru-baru ini dan kini tengah membuat pembetulan. Dengan lebih daripada 800,000 rencana, ini memang mengakibatkan pening kepala. Bagi ms:Wikipedia yang kini mempunyai 8,000 rencana, baik kita buat pembetulan sekarang sebelum ia menjadi masalah yang tidak dapat diatasi. — PM Poon 22:41, 17 November 2005 (UTC)

Indeks pantas

Berkenaan dengan Wikipedia:Indeks pantas, saya telah mengubahkan rencana itu ke bahasa Inggeris dengan menukarkan perkataan "Istimewa:SemuaHalaman" kepada "Special:AllPages". Sila tekan "A-Z" di "Laman Utama" untuk melihat bahawa ia tidak perlu penyumbang mengisinya secara manual. — PM Poon 22:41, 17 November 2005 (UTC)

Hak cipta

Hai Yosri, saya tidak tahu akan pendapat kamu tentang perkara hak cipta. Adakah kamu seorang puris ataupun seorang pragmatis?

Bagi saya, saya melihat dari segi hasil. Sekiranya kita kena menangkap gambar sendiri, memang susah nak dapat gambar yang mencukupi. Dari segi praktik, terdapat dua perkara yang kita perlu bertimbang:

  • Berapakah pemilik hak cipta gambar di Internet yang betul-betul mengambil berat tentang hak milik mereka sehingga nak mendakwa orang yang melanggarkan haknya? Saya rasa tak sampai 1%, barangkalinya tak sampai 0.1%. Jika angkanya 1%, ini bermakna bahawa sekiranya kita ambil 100 gambar, kita akan dapat 99 gambar tanpa masalah. Kan ini baik untuk portal kita?
Sebagaimana yang kamu tahu, saya telah membuat pengakuan dan catatan pemilik di bawah gambar. Sekiranya gambar ini kepunyaan saya, memang saya lebih suka sekiranya orang berbuat begitu sebab terdapat lebih rujukan kepada laman web saya. Pendedahan dan trafik adalah lebih penting dalam Internet daripada hak cipta sekiranya tiadanya apa-apa kerugian kewangan.
  • Bagi lagi 1% (saya rasa tak ada 1%) itu, apakah yang boleh dibuat mereka selain daripada mendesak kita mengeluarkan gambar? Sekiranya gambar dikeluarkan, tak kan mereka boleh lagi mendakwakan kita, selain mereka telah mengalami kerugian yang rumit. Dalam pengiraan gantirugi, terdapat tiga komponen:
    • Kerugian pemilik hak cipta: Ini mestilah merupakan kerugian yang benar dan yang boleh dibukti. Kebanyakan laman di internet tidak memberi keuntungan kepada pemiliknya secara langsung dan oleh sebab itu, komponen ini tidak akan menimbulkan apa-apa kerugian yang benar, yakni ganti-rugi bagi komponen ini ialah kosong. Pengiraan kos juga merupakan satu masalah besar kerana biasanya gambar merupakan sebahagian sahaja daripada laman web.
    • Keuntungan kita: Sekiranya kita mendapat apa-apa keuntungan daripada penggunaan hak cipta mereka, pemilik berhak mendapat sebahagian daripada keuntungan kita. Wikipedia, sebagai sebuah portal yang tidak berniaga, tidak mendapat apa-apa keuntungan dan oleh sebab itu, komponen ganti rugi ini adalah kosong juga. (Sekiranya kita menggunakan gambar mereka untuk menjual poster, ini merupakan cerita yang lain.)
    • Bayaran kos mahkahmah: Sekiranya kita telah mengeluarkan gambar selepas didesak, mahkahmah akan membuang kes sekiranya kedua-dua komponen di atas merupakan kosong disebabkan tiada apa-apa manfaat yang boleh diterima oleh pendakwa.

Dengan ini, saya berasa bahawa kami tidak perlu takut tentang hak cipta. Semasa saya bekerja dengan sebuah syarikat, saya tergigil sewaktu syarikat saya didakwa. Pada akhirnya, kes itu dibuang tanpa pertandingan! Bukan senang nak mendakwa tentang kes hak cipta, selain keuntungan dan kerugian yang benar dapat dikira.

Sekarang terdapatnya perselisehan di en:Wikipedia tentang perkara hak cipta. Yang saya tahu, mereka yang mengambil bahagian dalam perdebatan merupakan "blind leading the blind" :). Kita harus membuat ms:Wikipedia sebagai sebuah portal yang dynamik di dunia dengan semangat "Malaysia Boleh." Kan orang Jepun meniru orang lain dan mencapai kejayaan hari ini? — PM Poon 22:41, 17 November 2005 (UTC)

Siapa saya

Saya sekarang menghidapi penyakit tulang belakang (slip disc) dan harus menjalani pembedahan. Oleh sebab saya enggan membuat begitu dan tengah mencuba ubat tradisional, maka saya ada masa yang banyak untuk menyumbang kepada portal ini buat sementara. Apa sahaja yang saya boleh buat, saya akan menyumbang tetapi saya tiada rancangan jangka panjang di sini ataupun di en:Wikipedia selain daripada sekali sekala menyumbang rencana.

Sebagaimana yang kamu barangkali tahu, saya peminat Photoshop. Sila tengok salah empat daripada gambar yang telah saya memperbaiki dan membandingkannya dengan gambar yang asal:

Memang saya merasa bangga akan hasil yang saya dapat. — PM Poon 22:41, 17 November 2005 (UTC)

Jawapan

Hai Yosri, keuntungan bukan sahaja didapati dari segi kewangan. Kekadangnya keuntungan didapati dari segi kegemaran :).

Kategori

Nampaknya, Borgx daripada Indonesia tengah menolong Aurora (sila lihat Perbualan Pengguna:Aurora#Kategori). Borgx telahpun menulis bagi pihak kita kepada http://bugzilla.wikimedia.org/show_bug.cgi?id=4020:

Please add to languageMs.php (not exists in default/current file)
  • NS_CATEGORY => "Kategori";
  • NS_CATEGORY_TALK => "Perbualan_Kategori".

Kemungkinannya tertimbul sedikit masalah tentang ejaan "NS_CATEGORY". Sekiranya NS merujuk kepada ms:Wikipedia, ejaan yang betul ialah "MS_CATEGORY". Walaubagaimanapun, saya TELAH menulis kepada Borgx mengenai hal tersebut dan saya akan mengikut perkara ini sehingga mencapai matlamat :).

Indeks pantas

Sebenarnya, saya pun pelik kita boleh "bikin" Indeks Pantas! Kan Malaysia Boleh! Hahaha.

Isu hak cipta

Nampaknya ada kekeliruan mengenai penerangan saya. Kamu berkata:

"Sekiranya seseorang pemilik hakcipta mengambil tindakan mahkamah dan mahkamah mengarahkan kita membuang semua gambar miliknya yang terdapat di Wikipedia Melayu, berapa lama masa yang akan diambil untuk membuangnya. Mungkin mereka yang meletakkan gambar tersebut sudah tidak aktif, dengan itu bagaimana mengenal pasti gambar yang perlu dibuang".

Undang-undang hakcipta adalah undang-undang sivil dan bukannya undang-undang jenayah. Sekiranya seseorang pemilik hakcipta mengambil tindakan mahkamah, dia cuma boleh memintai gambar hak miliknya dikeluarkan. Mahkamah tidak akan mengarahkan gambar yang lain dikeluarkan. Namun begitu, sesiapa yang tidak mengambil tindakan mahkamah (termasuknya pemilik yang tidak aktif) tidak layak membuat apa-apa permintaan. Dengan kata lain, sekiranya kesemua gambar kena dibuang, semua pemiliknya kena mengambil tindakan berasing-asing. Walaubagaimanapun, sekiranya tiada gantirugi agak besar yang boleh diperolehi oleh pendakwa, mahkamah tidak akan melayankan kes tersebut dan akan menyifatkannya sebagai "kes sia-sia". Alamak, penerangan ini seakan-akan merupa kuliah :).

Apabila saya mengatakan bahawa pemilik hak cipta akan meminta gambar dikeluarkan, saya bermaksud bahawa mereka sendiri akan bertulis kepada kita secara langsung tanpa melalui mahkamah. Mengambil contoh yang saya pernah mengemukakan kepada kamu, pemilik hak cipta gambar "Betty Ting Pei" (iaitu http://simonyam.com/hkmw/actors/betty-ting-pei/ ) telah menulis kepada en:Wikipedia supaya mengeluarkan gambar. Selepas menerima permintaan, admin en-Wikipedia telah mengeluarkan gambar tersebut dan hal itu dikira selesai:

Tak kan sampai menjejaskan kewujudan Wikipedia!

Sebenarnya, isu hak cipta gambar terlalu dibesar-besarkan. Dulu saya pernah bertugas disebuah syarikat penerbitan. Pada waktu itu, sekiranya kita ambil gambar orang lain dan menggunting sebahagian (crop), maka hak cipta pemilik terus hilang! Akan tetapi buat sekarang, ini tidak boleh lagi dibuat sebab ia dianggap sebagai "derivative work". Walaubagaimanapun, taktik baru adalah menyatukan dua atau tiga gambar melalui pengklonan (cloning) :). Kan konsep ini sama dengan penggunaan rencana orang lain dan menuliskannya semula dalam perkataan sendiri?

Tujuan saya

Apa yang anda mengatakan tentang tulang cakera gelincir adalah betul belaka. Akan tetapi saya seorang penagih komputer, dan sekiranya saya tidak main komputer, saya akan maut terus :). Walaubagaimanapun, masa dalam kesakitan pun sudah lepas selepas rawatan akupunktur.

Sekarang, saya berharap bahawa kita boleh mengukuhkan asas laman ini (terutamanya pengelasan yang cemerlang; hal-hal yang lain nampaknya setanding dengan kebanyakan Wikipedia bahasa lain).

Semasa saya bermula dengan ms:Wikipedia, saya berasa hairan kenapa rencana-rencana tempatan tidak kukuh. Saya rasa kita kena mengukuhkan rencana terhadap tempat-tempat dan tokoh-tokoh Malaysia melalui kerjasama, semacam "Kerjasama Minggu Ini dari Wikimedia".

Selepas itu, kamu boleh membuat promosi wiki supaya dapat menambahkan bilangan rencana secara pesat. Bagi pendapat saya, penuntut-penuntut di sekolah merupakan petak pasaran sasaran (target market segment) yang terbesar dan yang paling senang ditangkap. Ini mungkin boleh dibuat melalui persuratan kepada persatuan-persatuan sekolah, institut dan universiti (umpananya, Persatuan Kesusasteraan, Persatuan Sains dan Matematik, dan sebagainya) sebagai langkah pertama. Kena belajar sedikit sebanyak daripada taktik komunis yang amat berkesan pada awal 1960-an di Singapura!! :)

Diharap pada masa depan, saya akan melihat gambar kamu dan pasukan kamu di suratkhabar. Tertakluk kepada taraf kejayaan Wikipedia Malaysia, kamu boleh menjadi "Jimmy Wales" ataupun "Jack Cranfield" Wikipedia Malaysia!! Berilah masa tiga tahun. Dari situ, kamu mungkin boleh mencari keuntungan kewangan!! :) — PM Poon 11:27, 18 November 2005 (UTC)

Terjemahan untuk ms:Wikipedia

Hai Yosri, sila lihat Perbualan Wikipedia:Kedai Kopi#Terjemahan untuk ms:Wikipedia.

Saya belum habis mengemaskan rencana itu. Baca sahaja yang sudah dikemas dan buat cadangan kamu. Selepas tugas terjemahan sudah siap, saya akan mengajar bagaimana menguruskan perubahan pada masa hadapan. Ini terlibat muatturun beberapa perisian yang istimewa. Oleh sebab penerangan tidak berapa jelas dalam rencana "Prosedur di meta untuk localisation", saya telah sesat banyak kali dan muatturun banyak perisian yang saya tidak tahu adakah perlu atau tidak :). — PM Poon 08:59, 19 November 2005 (UTC)

Seluruh rencana telah dikemas. Biar kita mengambil masa tiga (3) hari sehingga seminggu (7 hari) untuk membuat ini dengan teliti supaya tak perlu membuat dua kali. — PM Poon 11:02, 19 November 2005 (UTC)

Dengan penggunaan "#", kedua-dua bahasa boleh diguna.

  • NS_CATEGORY => "Kategori",#Category
  • NS_CATEGORY_TALK => "Perbualan_Kategori,",#Category_talk.

Kan kita bernasib baik? Kalau tidak, memang pening kepala!! — PM Poon 17:24, 19 November 2005 (UTC)

Hai Yosri, "NS" merujuk kepada "Name Space" dan bukannya "Malaysia". Itu juga kesilapan saya sehingga diberitahu oleh Borgx dan sewaktu saya masuk ke dalam LanguageMs.php. —

Hai Yosri, rencana tersebut telah dilindungi. Bolehkah kamu membetulkan ejaan. Menurut MoS (Wikipedia Manual of Style), cara yang betul adalah penggunaan huruf kecil bagi kesemua perkataan kecuali perkataan pertama dan kata nama. Saya mengalami masalah mengaitkan rencana ini dengan ayat: "UNIX merupakan satu sistem pengoperasian boleh pindah."

Bolehkah kamu berbincang dengan Aurora tentang penggunaan "1990-an" ataupun "1990an"? Bagi saya, mana-mana satu tak kisah asalkan kena tekal. — PM Poon 08:49, 24 November 2005 (UTC)

Templat untuk jadual rencana masjid

Hai Yosri, saya baru belajar membuat templat untuk jadual, dan juga siap jadual untuk masjid yang saya nampak kamu banyak menumpu masa. Dengan templat ini, kamu cuma kena isi butir-butir tanpa memikirkan format, seperti di rencana Masjid Zahir:

{{Masjid
|Gambar=[[Imej:Maszahir.jpg|frames|260px]]
|Nama=Masjid Zahir
|Negeri=Kedah
|Daerah=Tiada maktlumat
|Imam1=Tiada maklumat
|Imam2=Tiada maklumat
|Bilal1=Tiada maklumat
|Bilal2=Tiada maklumat
|Bendahari=Tiada maklumat
|Alamat=Masjid Ayer Kangkong<br> Tiada maklumat
}}

Lagipun, kesemua jadual rencana masjid akan nampak sama dan selaras. Harap kamu suka akan templat ini. Sekiranya kamu hendak tukarkan gaya jadual, sila menyunting Templat:Masjid.

Saya juga buat templat untuk haiwan, iaitu Templat:Haiwan. Sila lihat rencana Ular Tedung Selar. — PM Poon 13:36, 25 November 2005 (UTC)

Navigasi pada pokok-pokok

Hai Yosri, en-Wikipedia mempunyai cara-cara tertentu untuk melayari halaman-halamannya. Bagi masalah yang anda timbulkan, cara en:Wikipedia ialah penggunaan kategori di bawah halaman tersebut. Saya rasa cara itu lebih efisien kerana sekiranya kita hendak menggunakan cara kamu, kita kena sediakan navigasi juga untuk rencana yang lain, umpamanya, masjid-masjid, haiwan-haiwan, dan sebagainya.

Saya telah membubuh Kategori:Tumbuhan pada beberapa rencana mengenai pokok-pokok. Sekiranya kamu rasa bahawa "Tumbuhan" amat luas, kamu boleh mencipta dan menggunakan Kategori: Pokok.

Tadi, saya baru mentermejahkan rencana "Wikipedia:Kategori" daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai panduan. Di bahagian Kepada pembaca baru, terdapat kenyataan seperti berikut:

"Sekiranya anda hendak menjelajah kategori amnya sewaktu membaca sebuah rencana, sila lihat petak "Kategori" di bawah rencana itu yang menyenaraikan semua kategori yang mempunyai kaitan dengan rencana tersebut."

Saya nampak beberapa amalan kamu yang tidak selaras dengan en:Wikipedia, iaitu:

  • Sekiranya rencana bertajuk "ABC", rencana itu kena bermula dengan perkataan-perkataan "ABC" kecuali tidak boleh. Biasanya, ini boleh dilakukan dengan menyusunkan semula ayat pertama.
  • Perkataan "ABC" kena ditulis dengan huruf berat dan tidak boleh dijadikan pautan.
  • Tajuk bahagian (==XYZ==) juga tidak boleh mempunyai pautan.
  • Bagi setiap rencana, sesuatu perkataan cuma boleh dikaitkan satu kali sahaja. Contohnya, kalau tahun "1945" sudah dikait menjadi pautan, ia tidak boleh dijadikan pautan lagi sekali, kecuali rencana itu amat panjang.

Sewaktu saya bermula di en:Wikipedia, saya juga membuat kesilapan tersebut. Dengan kena marah teruk-teruk, saya telah belajar banyak di sana. Di sana terdapat beberapa pentadbir yang amat garang dan yang "tak kasi muka". Mereka di panggil "rogue admin" kerana tidak mematuhi panduan tata tertib yang disediakan oleh Wikipedia. — PM Poon 20:09, 26 November 2005 (UTC)

Pembatalan "Templat:Haiwan"

Hai Yosri, saya telah mengubahsuaikan tempat diatas untuk kegunaan kedua-dua haiwan dan tumbuhan (mengikut cara en:Wikipedia) dan menukarkan namanya kepada "Templat:Hidupan". Bolehkah kamu batalkan "Templat:Haiwan" supaya tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan? — PM Poon 06:58, 27 November 2005 (UTC)

Hai Yosri, saya harap Yosri tidak salah faham akan mesaj saya pada 26hb November. Mesaj itu bukan sebagai kritik tetapi sebaliknya, berkongsi tentang pengalaman saya di en:Wikipedia.

  • "Rogue admin" bermaksud "pentadbir yang nakal" dan tidak disyorkan di mana-mana, termasuk dalam en-Wikipedia.
  • Tajuk semestinya menggunakan huruf berat. Selain daripada tidak mematuhi stail panduan Wikipedia (MoS), kegunaan sebahagian tajuk sebagai pautan tidak kelihatan kemas. Saya rasa bahawa sekiranya tiada perkataan lain yang ada, rencana itu mungkin terlalu pendek dan merupakan "stub" sementara. Pautan boleh dibubuh kemudian sewaktu rencana itu dipanjangkan.
  • Templat merupakan satu teknik yang saya baru mempelajari walaupun dah lama wujud. Ia mengasingkan isi daripada format dan menyebabkan fail sumber rencana kelihatan lebih kemas serta mengurangkan masa bagi mencipta rencana yang baru. Sekiranya Yosri sudah siapkan rencana, tidak payahlah menggunakannya sebab ia tidak akan mengurangkan masa kamu. Walau bagaimanapun, sekira saya menemui rencana masjid melalui halaman rawak, saya akan cuba mengubahkannya untuk kamu.
  • Sebenarnya, saya cuma minat pada sejarah tempatan dan bukan geografinya. Akan tetapi pada fikiran saya, Wikipedia Bahasa Melayu kena dijadikan sumber yang unggul bagi segala rencana berkenaan dengan bangsa Melayu, baik berkenaan dengan Malaysia, ataupun berkenaan dengan Indonesia dan kawasan-kawasan orang Melayu. Saya lebih minat pada rencana-rencana seperti sejarah sains dan falsafah, tetapi apabila saya nampak kekurangan rencana yang lengkap berkenaan dengan negara kita, baru saya menumpukan masa kepada rencana tersebut. (Dah banyak kali, saya menghentikan dorongan saya untuk mengarang rencana yang saya minati.) Saya juga harap dapat menterjemahkan lebih rencana mengenai Panduan Wikipedia bagi pengguna-pengguna Wikipedia Bahasa Melayu sebelum saya terus hilang :). Saya tidak akan lama di portal ini sebab saya seorang hangat-hangat tahi ayam saja. Walaupun begitu, saya harap dapat memberi sedikit sumbangan kepada portal ini sebelum tahi ayam menjadi sejuk :).
  • Akhirnya, saya nak mengucapkan terima kasih kerana maklumat kamu tentang bandar dan mukim di Malaysia. Dengan maklumat ini, saya harap boleh mengarang rencana tempatan yang lebih baik. —

    Halo Yosri, saya sedang mengusulkan Hayabusa_future untuk diangkat sebagai bureaucrat baru di id.wikipedia. Berhubung Anda salah satu sysop di sana maka saya minta dukungan Anda. borgx (bicara) 07:40, 30 November 2005 (UTC)

    Pentadbir

    Hai Yosri, terima kasih atas jemputan kamu.

    Sebagaimana yang saya mengatakan pada 28 November, saya merupakan hangat-hangat tahi ayam sahaja dan tak sesuai menjadi pentadbir. Penyumbangan saya mungkin disebabkan pengalaman saya semasa di en:Wikipedia di mana saya telah belajar sedikit sebanyak melalui tembakan pentadbir nakal. Memang pada masa itu, saya tidak gembira kerana ditembak, tetapi ia telah memaksakan saya membaca Panduan Gaya (Manual of Style) en:Wikipedia dan dengan itu, saya sekarang memahami sedikit sebanyak tentang gayanya.

    Sebagaimana yang saya telah beritahu, saya tidak akan lama di sini, tetapi sebelum saya hilang terus, saya harap boleh membuat sedikit sumbangan melalui pengukuhan asas Wikipedia Bahasa Melayu ini. Untuk mengekalkan ketulenan Bahasa Melayu, diharap kamu boleh menjadikan sebagai Panduan Gaya portal ini keutamaan kepada bahasa asli sekiranya ada pilihan, umpamanya menggunakan "takrif" untuk "definition" dan bukan "definisi" walaupun kedua-duanya adalah betul. Walaupun ini merupakan gaya sahaja, ia akan membantu mengekalkan dan mencegahkan pencemaran bahasa Melayu yang kini dibanjiri oleh pengaruh bahasa Inggeris.

    Saya baru-baru menemui laman kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengandungi pelbagai kamus, termasuk "Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu", "Kamus Dewan (Bahasa Melayu), kamus istilah, dan sebagainya. Sekiranya kamu tak pernah melawat laman ini, sukacita dimaklumkan bahawa ia telah banyak membantu saya dalam terjemahan rencana.

    Terima kasih sekali lagi atas jemputan kamu. (Sekiranya adanya perubahan pada masa hadapan, saya akan membuat permohonan.) — PM Poon 10:01, 2 Disember 2005 (UTC)

    Terima kasih!

    Terima kasih sebab menyampaikan salam kepada saya. Biasanya, seperti dikatakan di User:x42bn6, saya akan berada di en:. Saya ingin menjemahkan artikel dalam Wikipedia Behasa Melayu kepada en:; dimanakah informasi tentang proses ini?

    Minta maaf kalau Bahasa Melayu saya teruk. :P x42bn6 Cakap en 12:24, 9 Disember 2005 (UTC)

    Navigasi pada pokok-pokok

    Hai Yosri, saya baru membuat penemuan baru! Saya ternampak templat, CatAZ, di en:Wikipedia dan meniru cara navigasinya di laman kategori, "Tumbuhan". Cara ini memerlukan kita menggunakan [[Kategori:Tumbuhan|Durian Paya]] untuk rencana "Pokok Durian Paya". (Sila lihat laman "Kategori:Tumbuhan.)

    Dengan cara ini, kita tak perlu lagi menyediakan laman-laman seperti "Pokok yang bermula dengan A" dan sebagainya. Kan lebih kemas? Lagipun, pelayaran sepatutnya dibuat di laman kategori dan bukannya di laman rencana.

    Untuk penjelasan yang lebih lanjut, sila lihat: Bagaimana memastikan tajuk rencana tersusun dengan betul dalam laman kategori. — PM Poon 01:44, 14 Disember 2005 (UTC)

    Kamus wiki

    Hai Yosri, sebenarnya saya keliru tentang apanya Wiki kamus disebabkan ia menggunakan portal yang sama dengan ms:Wikipedia; namun tiadanya sebarang perbezaan di antara rencana kamus wiki dengan rencana Wikipedia, umpamanya rencana kaca dan kaabah.

    Bagi saya, rencana kamus cuma memberi tafsiran yang pendek, sedangkan rencana ensiklopedia agak panjang. Sepatutnya, kamus wiki kena mempunyai enjin carian seperti di laman web Wiktionary dan Dewan Bahasa.

    Walaubagaimanapun, saya berasa bahawa kaedah sekarang yang menggunakan senarai perkataan adalah tidak memuaskan kerana ia memerlukan pengisian senarai setiap kali sebuah rencana kamus dikarang. Oleh sebab itu, saya mencadangkan sedikit perbaikan melalui penggunaan kategori. Sila rujuk laman "Kategori:Kamus wiki" serta "Kategori:Perkataan A" dan sebagainya. Dengan kaedah ini, kita tidak perlu mengisi apa jua senarai. Walaupun demikian, ini cuma merupakan langkah sementara sebelum kita mencari teknologi yang lebih memuaskan untuk mengurusnya. — PM Poon 12:50, 14 Disember 2005 (UTC)

    Hai Yosri, melihat pesan yang Anda tinggalkan di halaman pembicaraan saya, saya rasa Anda sebenarnya hendak menjawab soalan yang dikemukakan PM Poon, kan? :-) Btw, tinggal dua rencana lagi untuk mencapai jumlah 10,000.

    Kamus Wiki di ms:Wikipedia harus dihapuskan untuk mengelakkan segala kekeliruan.

    Saya berasa bahawa kaedah Wiktionary sekarang yang menggunakan senarai perkataan adalah tidak memuaskan kerana ia memerlukan pengisian senarai setiap kali sebuah rencana kamus dikarang, yakni ia menelan terlampau banyak masa. Oleh sebab itu, saya mencadangkan sedikit perbaikan melalui penggunaan kategori. Sila rujuk laman "Kategori:Kamus wiki" serta "Kategori:Perkataan A" dan sebagainya. Dengan kaedah ini, kita tidak perlu mengisi apa jua senarai. Walaupun demikian, ini cuma merupakan langkah sementara sebelum kita mencari teknologi yang lebih memuaskan untuk mengurusnya. Sepatutnya, kamus wiki kena mempunyai enjin carian seperti yang terdapat di laman web Wiktionary Bahasa Inggeris dan Dewan Bahasa.

    Aurora telah berkata: "Seharusnya kandungan bersifat kamus dipindahkan ke Wiktionary. Malangnya, tiada sesiapa yang aktif di situ. Aurora 06:59, 15 Disember 2005 (UTC)

    Saya berasa bahawa ketidakaktifan Wiktionary tidak merupakan masalah buat sekarang. Baik kita tumpukan masa di ms:Wikipedia buat sementara daripada membahagikan tenaga kita. Walau bagaimanapun, saya akan cuba memperbaiki kaedah di Wiktionary. — PM Poon 20:52, 21 Disember 2005 (UTC)

    Sejarah Wikipedia Bahasa Melayu

    Hai Yosri, kita sudah mencapai sepuluh ribu rencana pada 21 Disember 2005. Saya berasa kita harus mengarang sebuah rencana yang bertajuk "Sejarah Wikipedia Bahasa Melayu". Jika tidak, kita akan lupa pencapaian di portal ini, seperti dengan tarikh permulaan.

    Saya terdapat di en:Wikipedia bahawa tarikh permulaan ms:Wikipedia adalah 12 Ogos 2003, sedangkan kita di sini tidak tahu tarikh permulaannya selain daripada tahun 2003. Saya percaya bahawa bulan "Januari" yang diberikan di Laman Utama merupakan satu "tarikh tembakan" disebabkan kelupaan tarikh permulaan :).

    Sekurang-kurangnya, rencana ini harus mempunyai maklumat-maklumat berikut:

    • Tarikh permulaan (12 Ogos 2003);
    • Nama-nama pengasas serta sedikit latar belakang pengasas, termasuk bagaimana gagasan ini tertimbul dan wawasan pengasas;
    • Gambar pengasas :) ;
    • Tarikh pencapaian seribu rencana;
    • Tarikh pencapaian sepuluh ribu rencana (21 Disember 2005).
    • Tarikh pencapaian seratus ribu rencana (itu kemudian :).

    PM Poon 21:10, 21 Disember 2005 (UTC)

    Enjin carian untuk Wiktionary

    Hai Yosri, kan kita boleh menggunakan enjin carian yang sama di ms:Wikipedia untuk Wiktionary? — PM Poon 21:25, 21 Disember 2005 (UTC)

    Wiktionary Bahasa Malaysia

    Hai Yosri dan Aurora, setelah berfikir dengan lebih teliti, saya rasa kita tidak perlu Wiktionary Bahasa Malaysia kerana Dewan Bahasa dan Pustaka lebih unggul. Kemungkinan sebab tiada kelebihan yang dapat dicapai bagi kita mencipta Kamus Bahasa Malaysia, "tiada sesiapa yang aktif di situ" seperti yang diperlihatkan oleh Aurora.

    Saya bercadang bahawa kita menggunakan Wiktionary kita untuk menjadikan kamus Bahasa Indonesia-Bahasa Malaysia dan sebaliknya. Ini dapat membantu pengguna-pengguna menterjamahkan rencana di id:Wikipedia kepada Bahasa Malaysia dan sebaliknya. Saya pernah cuba menterjemahkan rencana di id:Wikipedia tetapi tidak berjaya kerana tiada kamus Indonesia yang bagus dan lengkap di internet. Walaupun saya pernah beli sebuah kamus bertajuk "Kamus Lengkap Inggris-Indonesia" sewaktu di Jakarta, kamus itu pun tidak lengkap juga untuk tugas tersebut.

    Juga di sini, saya hendak mencadangkan pertukaran ejaan "Wiktionary" kepada "Wiksyenari" ataupun "Wikikamus". Mungkinnya, Aurora akan membantah :) sebab dia membantah "sysop" dieja sebagai "sisop". Sebenarnya, kebanyakan perkataan dalam Bahasa Inggeris adalah perkataan tercantum, umpamanya "television" (tele + vision), "international" (inter+ national), "osteoporosis" (oste + porus + osis), dan sebagainya.

    Bahasa Malaysia mempunyai sistem yang tertentu untuk mengeja kata-kata daripada Bahasa Inggeris. Ini adalah suatu pencapaian utama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengatasi kekurangan istilah Bahasa Melayu pada dekad 1960-an. Pada waktu ini, terdapat banyak kritikan sewaktu kerajaan hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana kelemahan tersebut. Akan tetapi dengan rekaan sistem terjemahan, apa sahaja perkataan yang dikandungi dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu pun boleh mempunyainya. Tidak lagi kita dapat mengatakan bahawa Bahasa Melayu kekurangan istilah ataupun tidak mempunyai mana-mana satu istilah Bahasa Inggeris lagi.

    Sekiranya kita tidak dapat mencari perkataan seperti "sysop" dan "Wiktionary" di kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang merupakan pembangun bahasa Malaysia yang rasmi, maka kitalah yang menjadi penterjemah secara ingkar :). — PM Poon 01:12, 22 Disember 2005 (UTC)

    Halo, boleh saya memberi tanggapan? Saya sebenarnya kurang setuju dengan rencana untuk melakukan penterjemahan istilah nama proyek-proyek Wiki seperti Wikipedia,Wiktionary,Wikiquote dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu/Indonesia. Karena istilah itu seperti merupakan merek/brand/trademark. Seperti layaknya Microsoft Office, kita tidak pernah mengucapkannya sebagai Microsoft Kantor, atau Microsoft Jendela untuk Microsoft Windows, atau Adobe TokoFoto untuk PhotoShop. Apalagi SQLKu untuk MySQL. Rasa-rasanya tidak ada masalah dengan perkataan misalnya "Ayo kita mengembangkan Wiktionary". Oh ya satu lagi, saya setuju dengan pengembangan Wiktionary bahasa Melayu, (karena sudah ada makanya harus dipergunakan, sekarang ini sangatlah payah untuk mengajukan proyek baru di Wiki). Saya juga bisa belajar bahasa Melayu di situ:) Dan jangan berpikir kerana "tiada sesiapa yang aktif di situ". Karena kita tidak memulainya makanya tidak sesiapa yang melanjutkan. Salam! Face-grin.svg borgx (bicara) 01:32, 22 Disember 2005 (UTC)

    Mengenai Wiktionary, saya rasa tiada masalah hendak buat bahasa Indonesia atau Inggeris ataupun yang lain. Lihat contoh di dictionary atau Malay. Ada pelbagai bahasa di situ. Selain erti, boleh juga bubuh tesaurus kalau mahu.
    Saya bersetuju dengan Borgx bahasa ada sesetengah istilah yang tidak perlu diterjemahkan. Contohnya Wiktionary dan Windows. Saya juga tidak gemar mencipta istilah baru, kerana para pengunjung Wikipedia tidak pernah mendengar istilah itu dan tidak akan faham maksudnya. Lagipun, bukan semua perkara boleh diterjemahkan. Contohnya, rebana dan durian. Orang Inggeris menggunakan terus perkataan tersebut, dan tidak mencipta perkataan baru.
    Aurora 09:38, 22 Disember 2005 (UTC)

    Ular Sawa Darah

    Hai Yosri, "ular sawa darah" tu ular ke ayam? Sila lihat: Ular Sawa DarahPM Poon 09:19, 22 Disember 2005 (UTC)

    Hai Yosri, bagi saya, kalau tak ada gambar, cuma tulis "Tiada gambar" dah cukup. Elakkan segala keliruan. Kalau kamu pamerkan pelbagai haiwan, orang akan hairan mana satu itu yang merupakan ular. — PM Poon 10:11, 22 Disember 2005 (UTC)
    *****

    Hai Yosri, semalam, sewaktu kamu menyunting rencana ini, saya pun tengah menyunting rencana yang sama juga. Oleh sebab itu, saya mengalami konflik penyuntingan sewaktu saya hendak muat naik. Sudahkah kamu melihat gambar ular sawa darah yang saya muat naik?

    Saya tidak dapat mencari imej yang cantik di internet, kecuali sebuah yang tidak boleh diambil kerana ia adalah untuk jualan. Oleh sebab itu, terpaksalah saya menggabungkan dua imej supaya menjadi ciptaan saya. Saya berasa teknik ini amat bagus untuk mengelakkan hak cipta sewaktu tidak dapat mendapat sumber yang selamat. Bagi saya, cuma dua sumber yang tidak boleh diambil:

    • Halaman pesaing Wikipedia, yakni halaman-halaman ensiklopedia lain; dan
    • Imej-imej yang dipaparkan untuk jualan.

    Yang lain tidak merupakan masalah. Disebaliknya, kemungkinannya mereka lebih gembira sebab kita membubuh alamat lamannya supaya pengguna-pengguna dapat mengunjungi tapak mereka. en:Wikipedia tak nak buat begitu dan oleh sebab itu, kena mengikut undang-undang dengan amat tepat.

    Kita mesti sedar akan kekukuhan kita. Setiap kali saya membuat pencarian di Google, boleh dikatakan hampir tiap-tiap kali, nama Wikipedia akan terjumpa pada tempat satu (iaitu atas sekali), baik versi Bahasa Inggeris ataupun versi Bahasa Melayu/Indonesia,. Sebagaimana yang kamu tahu, susunan oleh enjin carian adalah mengikut bilangan capaian. Oleh sebab itu, saya rasa bahawa pembubuhan alamat laman pemilik-pemilik imej di portal kita akan memberi manfaat kepada mereka melalui lebih capaian. Disebabkan manfaat ini, keengganan untuk kita menggunakan imej mereka (kecuali dua kategori yang tersebut di atas) akan kurang.

    Sila lihat juga rencana Perang Dunia I yang kamu karang. Saya telah menambah sedikit kandungan dan berasa amat kagum dengan hasil rencana ini yang tidak terlalu panjang ataupun terlalu pendek. Nampaknya, usaha sama kami ini sangat berkesan! — PM Poon 07:23, 23 Disember 2005 (UTC)

    Terjemahan antara muka

    Hai Yosri, supaya tidak perlu menggandakan pesanan, sila lihat Perbualan Aurora. — PM Poon 06:56, 23 Disember 2005 (UTC)


    Hai Yosri, kemungkinan kamu telah membaca pemerhatian Hayabusa yang amat tajam tentang terjemahan antara muka saya di Perbualan Kedai Kopi. Sila lihat pendapat saya. — PM Poon 19:04, 23 Disember 2005 (UTC)


    Saya pindahkan terjemahan dan perbincangan antara muka ke Wikipedia:Antara muka dan laman perbincangannya supaya lebih tersusun. Aurora 03:13, 24 Disember 2005 (UTC)

    Pendapat saya

    Hai Yosri, tidak salahnya kamu cenderung memilih perkataan yang lebih pendik dan mudah, asalkan ia tepat pada tatabahasa. Sebaliknya, inilah yang kita perlu buat. Walau bagaimanapun, untuk mementingkan huraian butang yang ringkas lagi padat, saya rasa kita tidak perlu mengikut tatabahasa untuk huraian butang; kegunaan "kan" boleh digugur.

    Kamu berkata: "Saya amat gembira mencapai 10K jumlah laman, tetapi saya lebih berharap mendapatkan lebih ramai penyumbang seperti yang ada di Wikipedia Indonesia." Janganlah "tetapi". Pencapaian adalah pencapaian (walaupun ditopang oleh rencana tunggul seperti Menara Petronas dibantu oleh puncak menaranya). Pencapaian 10K jumlah laman bermakna portal ini adalah aktif. Lagipun, kebanyakan kali sewaktu saya membuat pencarian di Google, portal ini mencapai tiga tempat yang atas sekali, bermakna capaian portal ini adalah lebih daripada portal lain. Kan ini suatu pencapaian yang boleh dikagumi?

    Kekadangnya ada kebaikan juga bahawa Wikipedia Bahasa Melayu tidak seaktif seperti Wikipedia Indonesia buat sementara. Pedang mempunyai dua mata. Jangan sahaja tengok satu mata pedang (saya berharap bukan orang miskin bercakap dalam bahasa miskin :)).

    Kalau nak cakap, saya rasa masalah utama Wikipedia Bahasa Melayu bukannya daripada bilangan penyumbang tetapi dari segi kekukuhan asasnya. Sewaktu saya membuat carian di "Halaman Rawak", saya mendapati bahawa kebanyakan rencana merupakan rencana tunggul ("stub"), alamat-alamat dan senarai-senarai yang lebih merupai panduan telefon :). Dengan kata lain, kualiti rencana buat sekarang adalah tidak memuaskan.

    Kini selepas pencapaian kuantiti yang agak memuaskan, baik kita pulang ke rencana yang ada pada masa ini untuk memperbaikinya. Kalau tidak, ia akan menjejaskan sumbangan-sumbangan pengguna baru kerana pengguna-pengguna baru akan mengikut kualiti rencana yang ada pada waktu ini.

    Kaedah yang disyorkan oleh Wikipedia untuk bahasa baru adalah seperti berikut:
    3.1 Set Main Page
    3.2 Add a link to lists of language Wikipedias available
    3.3 Translate the interface
    3.4 Prepare the Community pages
    3.5 Set up basic guidelines
    3.6 Add a style guide and resources for writers
    3.7 Write a few good content articles as an example for others
    3.8 Have cooperation between your language wikipedia and the others.
    4 Promote your Wikipedia.

    Promosi untuk mendapat lebih penyumbang rencana merupakan langkah yang terakhir. Kini, kami telah pulang ke langkah 3.3: "Menterjemahkan antara muka". Pada pendapat saya, kita harus balik ke langkah 3.7: "Mengarang rencana yang bagus sebagai contoh untuk pengguna lain", seperti yang dikatakan tadi.

    Jika kita hendak bertambah bilangan pengguna dengan pesat pada masa ini, keadaan akan serupa dengan keadaan hendak menjalankan perhimpunan raksasa tanpa pengawalan yang baik. Kan lebih baik bahawa kita memastikan pengawalan yang sungguh baik sebelum kita mengajak lebih pengguna ke Wikipedia ini? Kecoh nanti kalau kita tidak dapat mengawal kualiti portal ini dengan baik.

    Sebagai tepi, kebanyakan daripada kejayaan Wikipedia Bahasa Melayu disebabkan oleh sokongan orang Indonesia, seperti yang boleh terlihat daripada rencana-rencana yang telah disumbang. Dari segi gerak balasan Wikipedia Bahasa Melayu, kita dapat memggambarkan taraf kebudayaan orang Malaysia :). — PM Poon 20:15, 23 Disember 2005 (UTC)

    Pertanyaan

    Hai Yosri, selalu saya nak tanya, tetapi terlupa. Apa maksud kamu tentang: "Untuk daftar bandar di Malaysia, saudara boleh salin dan tampal pada spreadsheet untuk diproses kemudian." — PM Poon 21:50, 23 Disember 2005 (UTC)

    Menyalin dari laman Web

    Hai Yosri, tak jelas lagi. Yang mana satu rencana? — PM Poon 05:37, 24 Disember 2005 (UTC)

    Hai Yosri, bagi rencana-rencana masjid, memang saya pakai "gunting-dan-tampal" melalui Microsoft Notepad. Akan tetapi sebab butir-butir setiap rencana adalah berlainan, saya kena taip butir-butir tersebut. Saya masih tidak pandai dalam penggunaan pangkalan data.
    Bagi terjemahan antara muka, saya tidak mendapati kelebihan untuk membuat begitu. Saya tidak tahu mana satu rencana yang anda rujuk. —

    Yosri, salam kenal. Boleh tak ajari cara mencipta templat?

    Kategori-kategori untuk masjid

    Sila lihat: Perbualan Aurora.

    Badak Sumatera

    Hai Yosri, adakah terdapat kesilapan dalam ayat ini di dalam rencana "Badak Sumatera": "Dianggarkan hanya terdapat 48.68 ekor badak terdapat di pantai timur Sabah. Pemburuan haram Badak Sumatera masih lagi berlaku."

    Bagaimana kamu mendapat 48.68 ekor? — PM Poon 02:53, 26 Disember 2005 (UTC)

    Rencana tarikh

    Hai Yosri, sila lihat: Perbualan Aurora untuk perbincangan tentang rencana tarikh. — PM Poon 00:37, 30 Disember 2005 (UTC)

    Pencapaian ms:Wikipedia

    Hai Yosri, saya berasa kamu tidak beberapa puas dengan pencapaian kamu di ms:Wikipedia. Sebenarnya, saya berasa kamu harus berpuas hati dengan pencapaian kamu. Nampaknya, kamu adalah pentadbir yang paling aktif. Ketekunan kamu telah menyebabkan portal ini masih wujud selepas dua tahun lebih. Sekiranya tiada kamu, saya berasa portal ini dahulu telah mati secara semula jadi. Kini, Malaysia (24 juta penduduk) telah masuk kategori yang sama dengan bahasa Indonesia (242 juta penduduk), China (1,306 juta penduduk) dan Rusia (143 juta penduduk). Pada peringkat pertama, iaitu peringkat perkembangan, pencapaian kamu boleh dikatakan amat berbangga.

    Sekarang, kita masuk peringkat kedua, iaitu peringkat pengukuhan. Bagi saya, mendapatkan lebih penyumbang merupakan peringkat ketiga kerana sekiranya asas portal ini tidak kukuh, kualiti rencana-rencana yang disumbang oleh pengguna-pengguna baru akan terjejas. Oleh sebab itu, baik kita menumpukan masa untuk memperbaiki rencana-rencana yang ada di portal ini (kebanyakannya merupakan rencana tunggul) pada masa sekarang supaya pengguna-pengguna baru dapat mencapai taraf sumbangan yang memuaskan.

    Selain Wikipedia bahasa Inggeris, kebanyakan portal Wikipedia (termasuknya bahasa Jepun) tidak mempunyai banyak gambar. Saya berasa bahawa gambar merupakan seribu perkataan dan harus dipergunakan. Adalah baik sekiranya kita mempunyai gambar-gambar sendiri ataupun gambar yang tersedia di Wikimedia Commons, en:Wikipedia serta gambar di domain umum. Walau bagaimanapun, sekiranya gambar yang dikehendaki tidak ada ataupun gambar yang sedia ada tidak bagus, maka kita kena mencari sumber yang lain.

    Bagi saya, kemasukan alamat portal pemilik gambar adalah suatu cara yang boleh dipergunakan untuk pemilik-pemilik gambar yang akan memperolehi manfaat pendedahan (asalkan kepentingan mereka tidak terjejas), khususnya kerana portal kita kini merupakan portal yang sering mendapat terbanyak capaian dalam enjin carian. Ini adalah suatu penyimpangan daripada panduan en:Wikipedia yang mengamalkan prinsip yang amat tulen. Biar kita membuat penyimpangan daripada tidak mempunyai gambar. Bagi kaedah-kaedah lain, baik kita mengikut Panduan Gaya Penulisan en:Wikipedia sahaja. — PM Poon 02:38, 30 Disember 2005 (UTC)

    Hai Yosri, memandangkan kamu masih tergesa-gesa tentang mencapai lebih ramai penyumbang, bolehkah saya menanyakan dua soalan:

    • Adakah kamu puas dengan asas portal ini serta kualiti rencana yang ada pada masa sekarang?
    • Apakah strategi yang kamu telah mengikut untuk mendapat lebih banyak penyumbang?

    Bagi saya, memang baik sekiranya terdapat beberapa orang aktif yang boleh mengemaskan asas portal serta rencana yang ada. Pada pendapat saya, saya berasa kita masih belum sedia untuk mendapat pengguna-pengguna yang lain kerana kebanyakan rencana di ms:Wikipedia tidak mematuhi panduan gaya penulisan yang disyorkan oleh en:Wikipedia. Sekiranya pengguna-pengguna menurut cara penulisan rencana-rencana yang ada pada waktu sekarang, jumlah kerja pengemasan akan lebih banyak.

    (P/S: Sebagaimana yang kamu tahu, saya juga telah menumpukan banyak masa di portal ini pada dua tiga bulan yang lalu. Memang saya nak mengurangkan masa saya selepas terjemahan antara muka kerana cara hidup saya terjejas.) — PM Poon 14:11, 30 Disember 2005 (UTC)

    Kategori untuk rencana mengenai industri muzik

    Hai Yosri, sila lihat: Kategori en:Wikipedia untuk seni lakon.

    Sebenarnya, saya tidak minat akan muzik. Namun demikian, saya pun tidak tahu bagaimana hendak mengelaskan rencana-rencana tersebut. Adakah penyanyi sama dengan ahli muzik, ataupun ahli muzik cuma merangkumi pemain alat muzik? — PM Poon 10:45, 31 Disember 2005 (UTC)

    Rencana haiwan & tumbuhan dan hal-hal lain

    Hai Yosri, daripada rencana-rencana di ms:Wikipedia, memang dapat mengesankan peluh darah kamu. Kan ada enam pentadbir? Saya cuma dapat "melihat" Aurora dan Hayabusa.

    Negara Indonesia mempunyai 242 juta orang sedangkan Malaysia cuma ada 24 juta. Dari segi ini, pencapaian ms:Wikipedia boleh dikatakan setanding dengan id:Indonesia sekiranya kita mencapai 10% daripada bilangan rencananya. Dengan 11,738 rencana di ms:Wikipedia buat sekarang berbanding 15,090 rencana di id:Wikipedia, kita kena berasa puas hati. Bagi saya, yang penting adalah kualiti rencana kita yang amat merisaukan.

    Sebenarnya, saya tidak dapat mengesankan tujuan kamu sewaktu kamu mengarang rencana haiwan dan tumbuhan. Bolehkah kamu menampalkan rencana versi Bahasa Inggeris ke dalam ms:Wikipedia bagi memudahkan terjemahannya? Banyak kalinya, sewaktu saya hendak mencari gambar untuk rencana haiwan dan tumbuhan, saya tidak dapat mencari rencana versi Inggerisnya di en:Wikipedia. Namum demikian, sekiranya sesuatu pengguna hendak menterjemahkan rencana yang kamu memulakan, mereka mungkin tidak dapat mencari versi bahasa Inggerisnya. Selepas penambalan, bubuhkan sahaja "label terjemahan".

    Lagi satu hal: Saya berasa label sekarang terlalu besar dan cenderung mengalih perhatian. Bolehkah kamu memperkecilkannya? Saya berasa "label perubatan" sekarang tidak beberapa sesuai. Sewaktu saya membaca label itu, saya tidak larat nak membaca rencana tersebut. — PM Poon 10:45, 31 Disember 2005 (UTC)

    Hai Yosri, saya tidak pernah mengaitkan pautan luar yang kamu telah menyediakan dengan rencana yang boleh diterjemahkan sehingga penjelasan matlamat kamu. Saya baru-baru sahaja menterjemahkan

    Hai Yosri, adakah kamu tahu bagaimana membuat patch? — PM Poon 19:11, 2 Januari 2006 (UTC)

    Rencana tarikh dan Terjemahan antara muka.

    Hai Yosri, sila lihat: Perbualan Aurora.PM Poon 08:12, 3 Januari 2006 (UTC)

    Imej licensing

    Halo Yosri, Saya mencari templat lisensi GFDL untuk digunakan di imej seperti di id dan en, bisakah Anda membuatkannya? (bahasa Melayu saya buruk) :) borgx (bicara) 09:49, 3 Januari 2006 (UTC)

    Daftar tarikh

    Hai Yosri, daftar tarikh itu apa? Bolehkah kamu tunjuk satu halaman? — PM Poon

    Hai Yosri, sila rujuk kepada Perbualan Aurora. Tak kan saya nak membazirkan masa kalau rencana-rencana ini tidak perlu? :) — PM Poon 11:12, 3 Januari 2006 (UTC)

    Tak ada masalah! Portal ini memang bagus. Semua pemulihan dapat dilaksanakan dengan mudah. Saya amat suka akan perisian ini! — PM Poon 11:21, 3 Januari 2006 (UTC)

    Rencana "Osteogenesis kerangkaan"

    Hai Yosri, saya tidak dapat mencari rencana yang tersebut di atas. Adakah rencana ini dihapus? — PM Poon 12:02, 3 Januari 2006 (UTC)

    Pengecilan gambar

    Hai Yosri, okay... sebab saya tak perasan gambar akan digunakan untuk kegunaan lain. Walau bagaimanapun, gambar asal masih ada, kan? Setakat ini saya cuma memperbaiki gambar untuk tujuan kegunaan rencana sahaja. Apabila saiz gambarnya kecil, paparan gambar akan lebih cepat, khususnya bagi komputer lauyar seperti komputer saya.

    Rencana Masjid Jami yang kamu mengarang amat bagus; ia tepat dan tidak terlalu panjang. — PM Poon 12:59, 3 Januari 2006 (UTC)

    Pengelasan rencana

    Hai Yosri, saya nampak kamu tengah membubuh kategori tambahan untuk ahli-ahli muzik. Kaedah penggunaan kategori adalah: "Jangan gunakan lebih daripada satu kategori sekiranya ia merupakan hierarki yang sama. Gunakan subkategori atau sub-subkategori yang paling terperinci."

    Umpamanya: Untuk masjid di Perak, kita menggunakan kategori "Masjid di Perak". Tidak perlulah kita lagi menggunakan kategori "Masjid di Malaysia" kerana kita akan menjadikan "Masjid di Perak" sebagai subkategori "Masjid di Malaysia". Ini dibuat melalui pembubuhan "Masjid di Malaysia" sebagai kategori di halaman kategori "Masjid di Perak". Sekiranya seseorang hendak mencari rencana masjid di Perak, dia boleh masuk halaman kategori "Masjid di Malaysia" dan kemudian memilih "Kategori di Perak". Dalam kategori di Perak, dia akan menemui segala rencana-rencana masjid di Perak.

    Sama juga dengan kategori "Seniman". Istilah "seniman" adalah sangat luas. Ia merangkumi:

    • Pelukis;
    • Penyair;
    • Penyanyi;
    • Pemain alat muzik;
    • Penari;
    • Pembintang filem;
    • Penari; serta
    • semua orang yg mencipta hasil seni.

    Oleh sebab kategori "Seniman" dan "Ahli muzik" merupakan hierarki yang sama, kita kena pilih kategori yang lebih terperinci. Dalam kes ini, "Ahli muzik" akan menjadi subkategori "Seniman".

    Bagi saya, saya rasa pembubuhan kategori: "Seniman" tidak sesuai kerana kategori ini amat luas. Sekiranya Yosri tidak suka kategori "Ahli muzik", mungkin kita boleh menukar menjadi kategori "Pemain muzik", "Penyanyi" dan sebagainya dan membuat kategori-kategori ini menjadi subkategori "Seniman". Apa pendapat kamu? — PM Poon 12:54, 5 Januari 2006 (UTC)


    Pada pendapat saya, jika kategori itu "Tasik di Itali", maka ia memerluka dua kategori atas, iaitu "tasik" dan satu lagi berkenaan Itali. Jika anda tidak setuju dengan "Geografi Itali", gunakan saja "Itali". Aurora 01:09, 11 Januari 2006 (UTC)

    Tag Wikipedia

    Hai Yosri, saya "ternampak" kamu daripada halaman "Perubahan Terkini"! Memang rajin kamu ni! Manakah pentadbir lain? Kan ada enam? Saya cuma kenal Aurora, Hayabusa dan kamu!

    Yosri mungkin sedar bahawa saya tengah meringkaskan tag-tag Wikipedia kerana saya berasa tag mengandungi terlalu banyak perkataan sehingga saya sendiri pun tak bacanya. Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan perubahan saya atau mana-mana perubahan yang saya telah membuat, tolong beritahu saya, okay?

    (P/S: Saya telah menukarkan lakar halaman "Status Terkini" supaya nampak lebih kemas. Saya juga menukarkan formatnya supaya tidak perlu mengemaskini jadual-jadualnya setiap bulan. Pengemaskinian tahunan juga telah dimudahkan. Itulah sebabnya saya mencipta rencana-rencana tarikh yang berformat "bulan sebelum hari".) — PM Poon 13:11, 5 Januari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, tidak apa kalau kamu tak balas. Kekadang saya pun malas juga.

    Antara sebab-sebab saya tidak hendak menjadi pentadkbir ialah kerana saya takut pada suatu hari, saya juga tidak aktif. Terdapat ramai "wikipediholic" ataupun "wikiholic" di en:Wikipedia. Malangnya tidak dapatnya di ms:Wikipedia kecuali kamu. Dulu, saya banyak aktif di en:Wikipedia, tetapi buat sekarang, saya tiada masa nak masuk ke sana kerana ternampak banyak lagi kerja asas di sini.

    Bagi mendapatkan lebih ramai penyumbang aktif, kita kena ada strategi yang bagus. Saya telah berfikir tentang hal ini sejak kamu menimbulkannya dan terdapat beberapa cadangan. Walau bagaimanapun, saya berasa masa belum sampai untuk mendapat ramai penyumbang secara besar-besaran sedangkan asas portal ini masih belum kukuh. Bagi saya, prioriti kini ialah mengkukuhkan asas. Walau bagaimanapun, masa amat singkat bagi saya kerana saya kena menguruskan hal peribadi. — PM Poon 01:02, 6 Januari 2006 (UTC)

    Kumpulan Rock

    "Pembuangan" "Sejarah kumpulan rock Malaysia"

    Hai Yosri, "Sejarah kumpulan rock Malaysia" tidak dibuang. Saya cuma menjadikannya sebagai pautan [rock]. Umpamanya:

    "Kumpulan Bacteria (kini digelar Kumpulan Silence Death) adalah sebuah kumpulan penyanyi [[Sejarah kumpulan rock Malaysia|rock]] Malaysia."

    Perbuatan saya ini adalah selaras dengan "Manual of Style" (MoS) en:Wikipedia. Lagi satu sebab adalah kerana rencana "Sejarah kumpulan rock Malaysia" termuncul berpuluh-puluh kali (kemungkinan melebihi seratus kali) sehingga ia memberi tanggapan bahawa ini cuma merupakan pencubaan semata-mata untuk mengisikan portal sahaja.

    Jika sebuah rencana mengandungi empat baris sahaja tentang sesuatu kumpulan rock dan 47 baris tentang sejarah rock, tajuk rencana itu tidak boleh lagi dinamakan "Kumpulan rock ABC". Nama rencana yang sewajar kena ditukarkan menjadi "Sejarah muzik rock" kerana 92% daripada kandungannya adalah kena-mengena dengan sejarah rock secara langsung. Yang kena dimasukkan, jika ada bahan-bahan, adalah sejarah mengenai kumpulan rock itu, dan bukannya sejarah mengenai muzik rock.

    Kalau seorang murid SPM dikehendaki mengarang tentang "Albert Einstein" tetapi 80% daripada karangannya adalah mengenai "Sejarah Fizik" ataupun "Teori relatif am", namun dia akan gagal dalam peperiksaannya kerana dikira mengarang "out of point".

    Pembuangan tajuk-tajuk bahagian kosong

    Pembuangan tajuk-tajuk bagi bahagian kosong juga merupakan Panduan Gaya en:Wikipedia yang mengesyorkan kegunaan komen dalam rencana untuk tujuan yang kamu maksudkan:

    Make comments invisible

    Avoid highlighting that the article is incomplete and in need of further work.

    Similarly, there is little benefit to the reader in seeing headings and tables without content.

    If you want to communicate with other potential editors, make comments invisible to the ordinary article reader. To do so, enclose the text which you intend to be read only by editors within <!-- and -->.

    For example, the following:

    hello <!-- This is a comment. --> world

    is displayed as:

    hello world

    So the comment can be seen when viewing the HTML or wiki source.

    Hierarki kategori ahli muzik

    Saya juga telah menggunakan hierarki kategori seperti berikut:


    Berdasarkan bidang
                                                       Seni
                                                         |
                                          _______________|_________
                                          |                    |
                                          |                    |
                                        Muzik                Karya
                                          |
                 _________________________|________________________
                 |                |                |              |  
                 |                |                |              |
            Alat Muzik       Ahli Muzik       Sejarah Muzik      dll
                                  |
                     _____________|__________________________________
                     |                          |                  |
                     |                          |                  |
             Ahli muzik Indonesia       Ahli muzik Malaysia       dll
                                                |
                               _________________|_______________
                               |                |              |
                               |                |              |
                         Kumpulan muzik      Penanyi      Pemain muzik
                            Malaysia        Malaysia        Malaysia
    
    
    Berdasarkan profesion
                                                 Profesion
                                                     |
                                _____________________|_____________
                                |                |               |
                                |                |               |
                            Ahli politik      Seniman        Ahli sains
                                                |
                             ___________________|___________________
                             |            |              |         |
                             |            |              |         | 
                        Ahli Muzik     Pelakon        Pelukis     dll
                             |
                _____________|______________
                |                          |
                |                          |
       Ahli muzik Indonesia        Ahli muzik Malaysia
                                           |
                            _______________|_______________
                            |              |              |
                            |              |              |
                      Kumpulan muzik    Penanyi      Pemain muzik
                        Malaysia        Malaysia       Malaysia
    
    

    Oleh sebab itu, muzik dan seniman merupakan dua hierarki yang berasingan; satu mengenai bidang manakala satu lagi mengenai profesion. Penggabungan kedua-dua kategori BUKANnya di buat dalam halaman rencana, tetapi dalam halaman kategori Ahli muzik, seperti berikut: [[Kategori: Muzik]]<br>[[Kategori: Seniman]].

    Walaupun pengemaskinian menelan masa yang agak banyak dan yang boleh digunakan untuk mengarang rencana baru, saya berasa bahawa kelihatan taraf portal ini kena dikekalkan supaya dapat menarik lagi ramai pengguna-pengguna baru yang berkualiti.

    PM Poon 14:34, 6 Januari 2006 (UTC)

    * * * * *
    Hai Yosri, terdapat satu kesilapan yang saya terbuat. Saya terlupa menguji pautan "Sejarah kumpulan Rock Malaysia" sewaktu saya memasukkannya dalam rencana. Sebenarnya, rencana yang berkaitan bertajuk "Sejarah ringkas Rock Malaysia".
    Saya berpendapat bahawa perkataan "ringkas" dalam tajuk rencana tidak sesuai kerana pengguna-pengguna lain mungkin hendak mengembangkan rencana tersebut menjadi rencana penuh. Oleh sebab itu, saya telah mengalih rencana ini kepada "Sejarah muzik rock di Malaysia."
    Saya juga terlihat kamu telah mengembalikan semula templat "Sejarah ringkas Rock Malaysia". Kan membazirkan masa sahaja jika seorang menggugurkannya dan lagi seorang mengembalikannya? Bagi saya, saya tidak kisah sekiranya kamu hendak mengekalkan format asal. Ada baiknya bahawa kita memutuskan adakah saya perlu mengemaskinikan rencana-rencana kumpulan rock. — PM Poon 15:09, 6 Januari 2006 (UTC)

    Komen pesanan ini diperluaskan di atas supaya lebih jelas.PM Poon 05:10, 7 Januari 2006 (UTC)

    Gagasan baru

    Selepas berfikir lebih lanjut, kaedah saya di bawah pun tak berapa tepat:

    "Kumpulan Bacteria (kini digelar Kumpulan Silence Death) adalah sebuah kumpulan penyanyi [[Sejarah muzik rock Malaysia|rock]] Malaysia."

    Keadah yang lebih bagus ialah:

    "Kumpulan Bacteria (kini digelar Kumpulan Silence Death) adalah sebuah kumpulan penyanyi [[Muzik rock|rock]] Malaysia."

    "Sejarah muzik rock Malaysia" akan dipaparkan sebagai:

    Sila lihat juga: Sejarah muzik rock di Malaysia.

    Tidak perlu memaparkan rencana seluruhnya dalam setiap rencana kumpulan muzik rock Malaysia. Diharap kamu lebih suka akan gagasan ini. — PM Poon 08:06, 7 Januari 2006 (UTC)

    Article for deletion

    Hey, on EN.WP, there's Article for deletion ({{AfD}} for deletion purpose. How do I do the same here? I want to propose AfD for Roketmath, which is a spam. Thanks. __earth 03:31, 7 Januari 2006 (UTC)

    Kumpulan rock

    Hai Yosri, kalau nak kata banyak pun tak banyak juga. Terdapat:

    • 138 rencana dalam kategori "Ahli muzik";
    • 31 rencana dalam kategori "Ahli muzik Malaysia"; dan
    • 39 rencana dalam kategori "Kumpulan muzik Malaysia".

    Sejauh apa yang saya sedar, saya cuma mengeluarkan templat sejarah rock daripada rencana-rencana dalam "Kumpulan muzik Malaysia" sewaktu mengemaskinikannya. Kalau ada rencana dalam kategori yang lain pun tak banyak. Kan rencana-rencana masjid dan rencana-rencana tarikh jauh lebih banyak (melebihi 4,000)?

    Kalau kamu tak puas dengan suntingan saya, saya akan mengembalikannya. Kan senang sahaja? Tak sampai 10 saat bagi setiap rencana! Hanya sesuatu yang saya nak berkata: Mengulangi sejarah rock sebanyak hampir 200 kali dalam mana-mana satu portal bukan merupakan cara yang betul dan akan memberi tanggapan yang amat buruk kepada pembaca.

    Walaupun kita telah mencapai melebihi 10,000 rencana, cengkarang tarikh merupakan 3,586 "rencana" ataupun 30.2%. Namun, dengan 11,867 rencana buat sekarang, kita cuma ada 8,281 buah rencana.

    Saya telah membuat sedikit analisis tentang rencana-rencana di ms:Wikipedia. Dengan menggunakan saiz sampel sebanyak 50 halaman rawak (tidak termasuk rencana tarikh), saya mendapati bahawa:


    Kumpulan Jumlah Rencana % Jumlah Rencana
    3 ayat atau kurang 30 60%
    4 - 10 ayat 5 10%
    11 ayat hingga 1 skrin 4 8%
    1 skrin - 2 skrin 8 16%
    Melebihi 2 skrin 3 6%
    Jumlah 50 100%


    Daripada analisis ini, kita mendapati bahawa 70% daripada 8,281, yakni sekitar 5,800 rencana merupakan rencana tunggul ("stub"). Yang cuma boleh di baca tidak melebihi 2,500.

    Adakah keadaan ini memuaskan? Bagi saya, memang ada keperluan untuk adanya rencana tunggul, akan tetapi ia kena dihadkan sebanyak-sebanyak 30%. Namun, keadaan sekarang adalah terbalik. Sekira saya seorang pembaca baru, saya tidak akan mencapai portal ini buat kali kedua sekiranya saya tidak boleh dapat maklumat yang dikehendaki kerana kebanyakan rencana merupakan rencana tunggul. Sebenarnya, sekiranya saya tidak terdahulu menyertai en:Wikipedia, saya juga tidak akan menghabiskan masa di sini.

    Saya berasa bahawa kita kena menumpukan lebih masa dalam memperbaiki rencana yang ada pada waktu sekarang. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai banyak masa lagi di sini dan cuma akan mengutamakan terjemahan antara muka sahaja. Buat sekarang, terdapat banyak kesulitan dalam pelaksanaannya dan Borgx tengah membantu saya. — PM Poon 05:28, 11 Januari 2006 (UTC)

    Rencana

    Hai Yosri, saya menterjemahkan istilah perubatan sahaja sebab malas nak menterjemahkan rencana. Mengikut Dewan Bahasa, ejaan "diagnosis" bukan "diagnosa" tetapi ejaan bahasa Inggeris dikekalkan. — PM Poon 08:33, 14 Januari 2006 (UTC)

    Hai Yosri, walaupun en:Wikipedia sentiasa mengatakan "peraturan Wikipedia hanyalah garis panduan, bukannya cara mutlak", dalam pelaksanaan harian, ia harus diikuti kecuali kita mempunyai sistem yang lebih baik daripadanya ataupun alasan yang munasabah. Sistem en:Wikipedia merupakan satu sistem yang telah diperdebatkan secara meluas oleh beribu-ribu pengguna selama 5 tahun dan merupakan sistem yang terbaik pada waktu ini. Bagaimanapun, memang terdapat ruang untuk memperbaiki lagi, tetapi bukan senang hendak membuat begitu.

    Untuk memberi anda satu contoh, sewaktu saya mempelajari Saujana Pentadbiran Perniagaan (MBA), kami sentiasa diperingatkan bahawa bukan terdapatnya hanya satu penyelesaian sahaja bagi setiap masalah. Pada pertengahan tahun kedua, seorang pelajar telah memberi satu cadangan sebagai penyelesaian. Cadangannya tidak bagus dan ditolak oleh pensyarah. Dia tidak puas hati dan berkata: "Bukan terdapatnya hanya satu penyelesaian sahaja bagi setiap masalah!" Pensyarah amat marah dan memintanya berjumpa selepas kelas. Memang selepas menuntut 75% daripada kursus, dia masih belum memahami apa yang dimaksudkan dengan pernyataan ""Bukan terdapatnya hanya satu penyelesaian sahaja bagi setiap masalah!" Dia dipecat daripada kursus tersebut dengan serentak. Kan sayang?

    Moralnya cerita ini ialah walaupun terdapat banyak cara mengatasi sesuatu masalah, bukan kesemuanya lebih baik daripada apa yang disyorkan oleh en:Wikipedia pada waktu sekarang. Kalau bukan begitu, kan semua cara boleh diguna setiap kali kita menggunakan pernyataan: "Peraturan Wikipedia hanyalah garis panduan, bukannya cara mutlak?" Tak perlulah membazir masa untuk membelajarinya.

    Senarai

    Senarai memang mempunyai kebaikan sendiri. en:Wikipedia pun menggunakannya sebagai tambahan sahaja. Bagaimanapun, kebanyakannya tidak dikemaskini.

    Saya menyertai en:Wikipedia selama tiga setengah bulan dari 19 Julai 2005 dan keluar pada 30 Oktober 2005. Walaupun tempoh kelihatan singkat, saya telah membuat 2,495 suntingan (termasuk rencana baru) di sana kerana menghabiskan sekurang-kurang 15 jam setiap hari dalam tempoh itu. Bagaimanapun, hanya bila saya hendak keluar, baru saya sedar tentang pentingnya, ciri kategori.

    Sewaktu saya bermula aktif di ms:Wikipedia, saya mendapati bahawa kategori boleh dikatakan jarang dipergunakan di portal ini. Yang saya nampak ialah senarai-senarai sebagai ganti. Bagi saya, ciri kategori merupakan asas dan senarai merupakan tambahan, dan bukan sebaliknya.

    "Nyahkekaburan" dalam tajuk

    Menggunakan "nyahkekaburan" tajuk adalah kaedah yang diamalkan oleh en:Wikipedia. Kemungkinan pendapat anda lebih baik, kerana sewaktu membuat carian, pengguna akan terus singgah ke halaman kekaburan tanpa menggunakan perkataan "kekaburan".

    Rencana sejarah ringkas rock

    Sebenarnya, kita tidak memerlukan dua rencana, satu yang ringkas dan satu yang penuh. Kalau anda menggunakan tajuk "Sejarah Rock di Malaysia" dan membubuhkan label "stub", kan dah mencukupi?

    Saya amat membangkang pemaparan rencana sejarah rock sebanyak 200 kali. Pengguna yang masuk melalui kategori "Kumpulan rock di Malaysia" akan berasa bosan sekiranya dia melayari setiap rencana dalam kategori itu. Selepas mendengar alasan anda, saya cuba memasuki rencana sejarah melalui pautan seperti berikut:

    Kumpulan xxxx adalah sebuah kumpulan penyanyi rock [[Sejarah rock di Malaysia|Malaysia]] yang mula dikenali semenjak tahun 1989.

    Sebenarnya, itu pun salah. Yang kena dipautkan ialah "rock Malaysia" dan bukannya "Malaysia". Bagaimanapun, pembaca tidak akan tahu sejarah tersembunyi dalam pautan tersebut. Oleh sebab itu, semalam saya cuba menggunakan:

    dalam sebuah rencana. Tetapi saya tidak tahu akan perasaan anda dan tidak menyunting rencana rock yang lain walaupun saya menjumpainya banyak kali di Halaman Rawak.

    Perasaan saya di Wikipedia

    en:Wikipedia

    Sewaktu di en:Wikipedia, saya selalu kena tembak. Kebaikannya ialah saya belajar lebih cepat. Keburukannya ialah saya tidak berasa seronok. Terdapat banyak interaksi di en:Wikipedia. Buat salah sahaja, dan dalam tempoh setengah hari, anda ditembak. Buat baik, tiada orang berkata apa-apa.

    Keadaan ini berlangsung selama tiga bulan. Hairannya, sewaktu saya hendak tinggal, saya mulai menerima banyak pujian. Bagaimanapun, hati tidak lagi di sana. Saya juga menerima satu bintang SELEPAS meninggalkan en:Wikipedia!!

    ms:Wikipedia

    Saya menyertai ms:Wikipedia pada 16 Ogos 2005 dan bermula menjadi aktif pada 22 Oktober. Mula-mulanya saya hendak berhenti penyertaan di portal ini pada 31 Disember tetapi memandangkan terjemahan antaramuka belum siap, saya telah melanjutkan tempoh sehingga Perayaan Tahun Cina Baru.

    Tugas terjemahan antaramuka lebih susah daripada apa yang saya sangka. Kini, Borgx (disyorkan oleh Aurora) tengah membantu saya tetapi memang susah nak mengikut langkah-langkah tersebut kerana ia memerlukan lima perisian (WinAce, VIM, CVS, PHP, MS-DOS serta Mediawiki download) dan terdapat banyak pesanan ralat sewaktu menggunakan command prompt. Kini sangkut pada PHP kerana tak biasa dengan penggunaan perisian ini. Borgx amat sabar. Kalau dia telah bosan, memang saya kena mengabaikan projek ini kerana tiada keupayaan membuatnya tanpa bantuan.

    Saya mendapati bahawa tidak ada banyak interaksi di portal ms:Wikipedia walaupun portal ini merupakan portal masyarakat. Kamu buat kamu punya, saya buat saya punya bukan konsep portal masyarakat, kan? Tapi kalau terdapat interaksi seperti en:Wikipedia, baik semacam ini :)

    Sebenarnya, saya memang hendak mengurangkan penyertaan saya di ms:Wikipedia semalam supaya jangan membuat sesiapa marah. Terlalu komited pun tak bagus.

    Memang saya terperasan sewaktu Aurora bertanya saya nak buat rencana tarikh sehingga bila? Bukan saya yang suka membuatnya. Saya membuat rencana tarikh kerana hampir semua pautan tarikh berwarna merah. Bagi saya, kalau nak buat, baik buat semua. Jangan buat setengah setengah! Sebenarnya bukan saya seorang yang menghabiskan rencana tarikh. Oleh sebab kerja itu amat membosankan, saya kena mengupah anak bongsu saya yang berumur 11 tahun untuk membantu saya menghabiskannya. Saya tahu jika saya tidak menghabiskannya, tak tahu sampai bila baru ada pengguna lain yang akan membantu menghabiskannya.

    Tadi, saya melayari Wikipedia bahasa lain dan masuk id:Wikipedia untuk memasukkan gambar pada rencana mereka. Selain daripada en:Wikipedia, saya nampak banyak Wikipedia bahasa lain (termasuk Wikipedia bahasa Jepun dan China) tidak mempunyai banyak gambar. Oleh sebab saya minat akan Photoshop, saya akan membantu mereka. Walaupun en:Wikipedia mempunyai banyak gambar, kualiti kebanyakan gambar tidak memuaskan. Seorang pengguna aktif di sana telah mengatakan: "I know wikipedia could use more photoshop entusiasts."

    Banyak lagi yang saya nak mengemukakan, tetapi pesanan ini telah terlalu panjang. — PM Poon 15:28, 14 Januari 2006 (UTC)

    Pelbagai perkara

    Hai Yosri, tak payahlah kita menggunakan "saudara". Saya berasa kata ganti "saya" dan "kamu" kurang formal dan lebih sesuai bagi perbualan kita.

    Sebenarnya, sewaktu saya di en:Wikipedia, saya memang takut setiap kali saya nampak notis pesanan yang berwarna oren. Setiap pesanan mengecewakan saya. Kebanyakannya tidak berlogik, umpamanya saya menggunakan bahasa Inggeris Amerika sedangkan yang menulis pesanan menggunakan bahasa Inggeris British. Mereka mengadu bahawa bahasa Inggeris saya tidak betul (walaupun kedua-dua kelainan bahasa boleh diguna di en:Wikipedia). Saya juga mendapati bahawa yang selalu kacau ialah orang British. Mengapa katak-katak di bawah tempurong itu tidak hendak mencipta portal sendiri atau menggunakan portal Simple English kalau mereka hendak pengguna mematuhi kelain British sahaja? Saya pun tidak pasti. Keunggulan Empayar British dah tamat; kini merupakan zaman Amerikat Syarikat.

    Lagi seorang doktor mengadu bahawa rencana saya mengenai perubatan tidak cukup teknikal! Kan Wikipedia merupakan portal masyarakat dan bukannya portal ahli perubatan?

    Terdapat seorang pentadbir yang merupakan pensyarah bahasa Inggeris yang selalu marah saya. Dia adalah pensyarah bagi penuntut asing di Universiti Oxford; so what kalau cuma mengajar penuntut asing yang tidak pernah belajar Bahasa Inggeris? Kan taraf sama sahaja dengan murid sekolah rendah? Akhirnya, saya mendapati bahawa tabiatnya memang begitu; selalu mengacau pengguna. Dia telah dianugerahkan dengan gelaran "rogue admin" ("pentadbir nakal") tetapi sewaktu itu, saya tidak tahu. Sebelum saya tinggal en:Wikipedia, seorang pengguna yang hendak membalas dendam memberitahu saya bahawa pentadbir itu didakwa dalam makhamah en:Wikipedia! Pengguna ini meminta saya menggunakan peluang untuk menembaknya balik tetapi saya tidak hendak membuat begitu. Saya menyertai Wikipedia bukan hendak berlawan dengan sesiapa. Penulisan cuma merupakan salah satu daripada kegemaran saya.

    Saya datang ke ms:Wikipedia bukan sebab saya tidak suka en:Wikipedia. Cuma satu dua minggu sebelum saya berhenti dan masuk ms:Wikipedia secara aktif (yakni selepas tiga bulan di en:Wikipedia), saya mendapat beberapa pesanan yang amat menggembirakan saya. Memang saya membelanjakan sebanyak 15-18 jam sehari sewaktu di en:Wikipedia. Tempoh itu merupakan tempoh yang lebih gila daripada tempoh saya di ms:Wikipedia. Saya masuk ms:Wikipedia kerana saya rakyat Malaysia dan juga kerana saya berasa saya boleh memberi sedikit sumbangan. Saya juga berharap memperbaiki bahasa Malaysia saya melalui pembetulan rencana saya oleh pengguna lain, akan tetapi matlumat ini tidak dapat dicapai.

    Saya tidak berasa marah akan ms:Wikipedia; saya cuma berasa kecewa. Saya juga takut akan menimbulkan salah faham ataupun membuat kamu semua berasa marah dengan suntingan saya.

    Rencana kumpulan rock

    Bagi saya, tidak perlulah kita mempunyai dua versi rencana. Mengikut gaya Wikipedia ataupun gaya ensiklopedia secara umum, ringkasan harus ditulis dalam perenggan-perenggan pendahuluan setiap rencana.