Arkib perbincangan

Perbincangan yang dilakukan sebelumnya telah diarkibkan secara tahunan di bawah:

Nama Jerman

Tidakkah seharusnya Malam Pisau Panjang (Night of the Long Knives) ditukarkan kepada nama Jermannya "Nacht der langen Messer" jika kita mahu selaraskan nama2 artikel kepada bahasa asal? Saya fikir lebih elok jika kita gunakan nama yang sudah dikenali umum oleh pembaca2 wiki ini, iaitu sama ada BM atau Inggeris mis. Iron Cross. Tak ada pembaca BM yang kenal atau akan mencari artikel tentang "Eisernes Kreuz". --Algazel (hubung) 21:52, 28 Mei 2019 (UTC)

Salam! Saya hargai maklum balas saudara.
Saya yakin tiada siapa akan baca atau cari topik berkaitan negara Jerman (atau dalam dunia penutur bahasa Jerman umumnya - yakni dalam Jerman ke Austria dan Switzerland) sambil mengehendaki adanya istilah bahasa Inggeris...ia tidak berasa autentik bagi saya (demikian juga untuk topik berkaitan dunia penutur bahasa Sepanyol, Perancis dan sebagainya). Lagipun, saya memilih nama Jerman sebagai temporary placeholder kerana tiada istilah sasar dipersetujui antara negara-negara Nusantara...tapi saya ada menambah tajuk atau nama dalam bahasa Inggeris sebaagi titik rujukan. Beginilah juga pendekatan saya berkaitan pemberian nama karya-karya cereka yang asalnya bukan dalam bahasa Inggeris tapi tiada tajuk terjemahan berbeza mengikut budi bicara penterjemah negara-negara dalam Nusantara.
[Namun, secara jujurnya dari sudut retrospektif: untuk rencana seperti "Blood Order/Blutorden", sepatutnya pemindahan kepada nama bahasa Melayu yang seragam antara media Indonesia dan Malaysia sekurang-kurangnya - patutnya lebih cocok...saya boleh memindahnya semula jika saudara mahu.]
--Anumengelamun (bincang) 08:10, 29 Mei 2019 (UTC)


Ya @Anumengelamun:, saya faham niat anda tapi kita menulis ensiklopedia ini untuk para pembaca bukan untuk kita.
Apapun, saya telah menurunkan pendapat/alasan saya di Kedai Kopi. Niat saya berbuat demikian bukan untuk menghebohkan isu ini tapi agar dapat kata sepakat daripada penyunting2 lain. Pada hemat saya isu ini penting diputuskan kerana ia akan menjejaskan keseragaman tajuk artikel. Banyak artikel (mungkin beribu) sudah ditulis dengan cara yang saya sarankan di KK, yakni cara lama. FYI manuskrip buku Lord Jim yang anda pindahkan telah mula2 dilakar dengan nama 'Tuan Jim' oleh Conrad. Lihat Google books ;) Itu sebab saya menterjemah artikel berkaitan dengannya di sini.

Assalualaikum, Anumengelamun! Saya ada sedikit kekeliruan berkenaan penggunaan istilah yang saya ingin rujuk kepada kamu, yakni berkenaan istilah "jambatan angkat".

Dalam WBI, istilah "jambatan angkat" (rujuk en:Drawbridge) merujuk kepada jambatan kuno yang biasanya dibina di hadapan istana atau pintu gerbang, manakala "jambatan angkat" moden seperti sebuah jambatan di Terengganu yang kini heboh diperkatakan, mengikut istilah yang digunakan dalam WBI (rujuk en:Bascule bridge) dipanggil sebagai "jambatan imbang" menurut laman sesawang PPRM (rujuk ini).

Maka, berikutan isu jambatan Terengganu yang saya katakan tadi, saya ingin mencipta rencana Bascule Bridge di WBM, cuma saya tidak pasti manakah tajuk yang lebih sesuai ("jambatan angkat" atau "jambatan imbang") memandangkan istilah "jambatan angkat" nampaknya lebih banyak digunakan. Itu sahaja untuk sekarang. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 10:31, 17 Jun 2019 (UTC)

Bantu saya

Bolehkah awak bantu saya membirukan pautan merah dalam templat {{Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi}}. Saya sudahpun membirukan separuh daripada pautan merah dalam templat tersebut.-Fandi89 (bincang) 12:19, 26 Jun 2019 (UTC)

Saya selalunya akan terdorong buat suntingan pada topik yang baharu dapat perhatian daripada bacaan rencana menarik mahupun tontonan berita...jadi manalah tahu, kalau ada tertera, mungkin saya akan segera buat. --

Assalamualaikum, Anumengelamun! Kamu boleh anggap ruang perbincangan ini sebagai sambungan daripada ruang perbincangan "Kekeliruan istilah" pada bulan lepas. Saya ada beberapa isu berkenaan kekeliruan istilah, termasuk yang berkaitan dengan masalah jambatan yang saya katakan pada bulan lepas.

  • Pertama sekali, isu laman jambatan. Setelah saya lakukan pemeriksaan, nampaknya kita sudah ada laman Jambatan imbang dalam WBM. Cuma, memandangkan frasa "jambatan angkat" dikatakan lebih banyak digunakan, patutkah saya tukarkan tajuk halaman kepada "jambatan angkat" ataupun sudah memadai untuk membina sebuah laman lencongan ke laman tersebut?
  • Kedua, saya ingin menyentuh tentang istilah-istilah saintifik yang digunakan dalam tajuk laman. Bagi isu ini, saya ingin tumpukan fokus kamu ke laman-laman berkaitan unsur logam, khususnya belerang dan timah sari. Saya berasa janggal akan nama tajuk laman yang digunakan, kerana perkataan itu jarang digunakan berbandingkan perkataan "sulfur" dan "zink" masing-masing yang lebih umum digunakan. Oleh itu, saya rasa lebih elok untuk menukarkan tajuk laman, seperti apa yang kamu kata di laman perbincangan saya, yakni tajuk laman sepatutnya menggunakan istilah yang lebih kerap digunakan. Maka, bolehkah kamu berikan keizinan kepada saya untuk menukarkan tajuk laman-laman tersebut?
  • Tambahan pula, mungkin kamu izinkan saya untuk menukarkan tajuk laman Galian Mangan kepada tajuk yang mungkin lebih sesuai. Lagipun, "galian" merujuk kepada mineral, sedangkan mangan ialah sebuah unsur logam.
  • Sebuah lagi isu yang berlegar dalam minda saya ialah nama sebatian kimia, seperti karbon dioksida dan hidrogen peroksida. Saya mempunyai masalah apabila terdapat dua nama bagi unsur yang sama, iaitu nama saintifik seperti "stanum" dan nama umum seperti "timah". Oleh itu, saya tidak pasti sama ada saya ingin namakan sebuah tajuk laman dengan "stanum oksida" ataupun "timah oksida". Harap kamu berikan pandangan tentang perkara ini.
  • Seperkara lagi, saya ingin mencipta laman baharu, yakni en:Complement system dalam WBM. Cuma, saya tidak pasti sama ada tajuknya perlu dinamakan sebagai "sistem komplemen" atau "sistem pelengkap". Bagi saya, isu ini sedikit sukar kerana perkara ini melibatkan istilah perubatan yang jarang diperkatakan. Saya harap agar kamu boleh memberi pandangan bagi perkara ini.

Itu sahaja bagi masa kini. Mohon maaf sekiranya terlalu panjang bagi kamu, tetapi saya harap agar kamu dapat memberi pandangan tentang isu-isu di atas sekiranya ada masa dengan sebaik mungkin. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 12:45, 29 Julai 2019 (UTC)

Ke hadapan @PeaceSearcher: Salam! Izinkan saya mencuba menjawab sebanyak mana yang boleh...
  1. Saya rasa tak pernah saya dengar perkataan "belerang" dan "timah sari" dipakai dalam konteks saintifik... (saya sendiri belajar masa nak berakhirnya PPSMI) - kedua-dua perkataan ini tidak ada dalam senarai istilah Melayu dipakai. Bahan tin pun (sekurang-kurangnya di Malaysia) memang menggunakan kata padanan Barat saintifik - yakni "stanum".
  2. Pasal hal "mangan" tu, dipersilakan.
  3. Perihal "jambatan angkat vs. jambatan imbang" - saya fikir mungkin kita bisa lencongkan kepada laman lebih bertajuk istilah yang kerap digunakan dalam media Malaysia+Singapura+Indonesia.
  4. Perihal "sistem komplemen/pelengkap" - kalau ikutkan, ia dalam bidang sains, jadi mungkin perlu dimasukkan dalam "sistem komplemen"...tapi cuba cari penggunaan lain terlebih dahulu dalam media lain sebelum sah. Saya sendiri tidak pasti - mungkin boleh lanjutkan kepada Kedai Kopi.
Sekian sahaja! Harap-harap balasan saya ada memadai. Kalau ada apa-apa, hantarkan pesanan lagi. :-) --

Kepada Anumengelamun, tak perlulah saudara nak salin dan tampal teks bahasa Indonesia di sini. Ini Wikipedia Bahasa Melayu, bukan Wikipedia Bahasa Indonesia. Faham-fahamlah sikit. Terima kasih.-2001:E68:4424:5225:6923:9B95:69BA:81E6 06:06, 24 September 2019 (UTC)

Kamu langsung tidak periksakah saya ada tulis dalam sejarah rencana kadangkalanya: "Penulisan semula akan bersambung"? Saya memang nak buat begitu...bersabar sikit boleh tak? --Anumengelamun (bincang) 07:10, 24 September 2019 (UTC)
Sudahkan rencana yg anda cipta atau "salin-dan-tampal" dari laman id.wiki sebelum membuat rencana baharu. Terdapat jumlah rencana yg agak menonjol yg telah anda cipta tetapi masih dalam bahasa Indonesia. Zamwan (bincang) 00:17, 20 Oktober 2019 (UTC)
Saya memang sengaja membiarkan kata-kata nama khas dan petikan bait dalam "pengembalian dan penyejagatan kandungan bahasa Melayu Indonesia" agar kandungan entri lebih jelas diketahui dalam konteks tertentu (takkan nak "Malaysia modenkan" penulisan HAMKA kalau dalam konteks bidang pemikiran dan sastera, misalnya?), tapi saya akan periksa dan baiki kandungan yang lebih merangkumi hal umum jika ada yang terlalu keIndonesiaan.
Saudara juga boleh tolong sekali, ini usaha sama semua penyunting. Saya bukannya ada kelapangan sepanjang masa dapat menghadap komputer riba atau PC (alat paling senang menyunting)... - Anumengelamun
Tolong jangan menyusahkan saya dan pengguna lain. Kita bukan hendak mengejar jumlah rencana.

Sila gunakan nama tajuk di dalam bahasa Melayu. Rencana seperti University of Canterbury harus ditulis sebagai Universiti Canterbury. Terima kasih. Zamwan (bincang) 00:01, 20 Oktober 2019 (UTC)

Saya memang mahu sunting dan kembangkan dengan lebih lanjut (hal entri "Universiti Canterbury"), saudara bersabar dan berbaik sangkalah sikit. Saya masa hantarkan entri terbaru saya tu rasa nak mengantuk tidur. Saudara setakat nak maklumkan benda ini tak payahlah menyusahkan kita berdua begini. Saudara boleh sahaja pindahkan juga laman entri berkenaan tanpa menunggu saya... (ಠ_ಠ) Anumengelamun (bincang) 06:43, 20 Oktober 2019 (UTC)

Benda yg senang dibuat, tolong jangan menyusahkan pengguna lain.

Apa maksud awak "hasil pengembalian dan penyejagatan", kami tak fahamlah?

"Kami"? Boleh kalian(?) perkenalkan diri kalian? Kalau nak berawanama beginipun, janganlah buat orang risau mahu terperanjat... (ó_ò)" [Nak berbincang di laman Discord pun boleh juga...]
"Pengembalian" di sini bermaksud mengambil semula kandungan daripada laman bahasa baku Indonesia biasanya sebagai asas atau bahan untuk pengembangan lanjut - hal ini memandangkan bahasa Indonesia antara baku Melayu diterima DBP melalui persetujuan MABBIM. Langkah tersebut membawa kepada tindakan seterusnya iaitu "penyejagatan", di sini bermaksud mengolah peristilahan semua perkataan yang dilihat hanya terbatas pemahamannya kepada warga sesebuah negara (misalnya Malaysia atau Indonesia) agar lebih difahami banyak pembaca di rantau-rantau lain (dalam kes ini: seperti Singapura, Brunei serta sebahagian rantau Indonesia di mana Bahasa Melayu masih kekal utuh seperti di Riau, Sumatera dan Kalimantan)...di laman ini, kami memang pertimbangkan banyak kandungan difahami sejagat. Inipun "Wikipedia Bahasa Melayu", bukannya "Wikipedia Bahasa Malaysia", "Wikipedia Bahasa Brunei" dan sebagainya...
-

Saya fikir tajuk di Indonesia sendiri tidak diperlukan kerana ini Wikipedia Bahasa Melayu, bukan Wikipedia Bahasa Indonesia. Mungkin tajuk rencana ini boleh ditukar kepada tajuk semula, Harry Potter dengan Batu Hikmat. Hanamanteo (bincang) 04:42, 21 November 2019 (UTC)

Habis, laman ini pun bukan "Wikipedia Bahasa Malaysia". Pembaca di Singapura dan Brunei juga memerlukan sumber ini; bahkan ada kawasan-kawasan dalam Indonesia sendiri mempunyai penduduk yang dikira ber"bahasa Melayu" (meskipun dengan takrifan sedikit berbeza) seperti di Riau dan Sumatera. Dewan Bahasa dan Pustaka juga mengiktiraf Bahasa Indonesia sebagai baku bahasa Melayu setaraf Bahasa Malaysia melalui inisiatif MABBIMnya...
Kita jangan libatkan politik nasionalisme yang memecahbelahkan negara-negara sebahasa di sini. --Anumengelamun (bincang) 14:09, 21 November 2019 (UTC)
Jangan lupa, Kalimantan juga menggunakan bahasa Melayu.
Apabila anda rasa tajuk yang digunakan dalam satu rencana salah, mestinya bukan gunakan cara

Kepada Anumengelamun yang dikasihi, hentikanlah menggunakan teks bahasa Indonesia di wikipedia bahasa Melayu. Sebelum ini tak pernah berlaku kes seperti ini. Jika tidak, kami akan panggil mana-mana penyelia untuk mengambil tindakan ke atas anda.

Siapa "kami" yang menulis berawanama ini? Saya hanya mengikut pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka di mana bahawasanya Bahasa Indonesia dianggap setara dengan bahasa Malaysia sebagai piawai-piawai bahasa Melayu diiktiraf

Hi, saya menggunakan handphone sekarang dan tidak ada masa untuk membaca apa yang telah anda revert. Jika anda betul2 membaca history rencana tersebut, anda nampak yang rencana itu bukan saja dibuat oleh saya dan juga sebagai penyumbang utama. Saya menukar untuk mengubah baik isi kandungan rencana2 yang telah saya tuliskan. Apabila saya pulang, saya akan semak apa yang anda revert dan akan tukar balik mengikut keperluan. Sepanjang 13 tahun saya menyumbang di wiki, awak lah orang yang pertama memanggil kerja saya sebagai vandalism. Dan awaklah orang yang paling kurang ajar dan revert kerja orang lain tanpa berfikir −Jay (bincang) 09:31, 25 Disember 2019 (UTC)

Sekiranya penulisan saya dirasakan terlalu kasar, maka saya ingin memohon maaf...saya cuma merasa sangat sangsi dengan gaya penyuntingan saudara yang "seolah-olah" menidakkan habis maklumat yang disunting sampai memadam habisan. Saya (dengan cuainya) menyangka saudara antara "penyunting liar" sebelum melihat biodata saudara...paasangka itu amat saya kesali.
Saya cuma ada satu soalan jujur (tidak berniat marah) seandainya jika saudara @LeQuattroStagioni: memang penyunting dengan pengalaman selama bertahun-tahun, sudah tentu saudara tahu menulis penjelasan dalam setiap suntingan diberikan bukan? Saudara kata saudara "mengubah baik" rencana ditulis saudara - saya pun sedang membantu merapikan dan mencantikkan entri agar sedap dibaca. Kalau saudara tidak setuju atau mahu cakap ada ralat dalam perapian saya, saudara boleh sahaja nyatakan terus dalam ringkasan suntingan atau hubungi sayavdi perbincangan tanpa perlu memadam terus...saudara padam terus seolah-olah macam saudara suka hati tak nak terima cadangan terkini dari penyunting (sedangkan pengemaskinian maklumat entri itu "collaborative effort") - saya tahu saudara tidak berniat begitu, tapi saya tak tahu juga di mana salahnya suntingan saya sehingga saudara padam habis begini... Anumengelamun (bincang) 09:53, 25 Disember 2019 (UTC)
Saya sudah revert semua yang anda revert tadi. Kalau tak puas hati, panggil Admin - Jay (bincang) 09:51, 25 Disember 2019 (UTC)
@Anumengelamun, selepas saya menulis rencana ini pada tahun 2007, saya baik pulihkan pada tahun 2008. Dan selepas itu semua edit dilakukan oleh BOT untuk kerja-kerja penyeliaan (bukan rencana). Minggu lepas saya review apa yang saya tulis pada tahun 2007 and 2008, untuk baik pulih . Tiba2 datang AWAK dan terus panggil saya vandalism? Lain kali baca dulu dan jangan main terus serang orang. Saya masih ada banyak improvement yang saya nak buat untuk rencana ini dan juga semua rencana2 yang saya mulakan −Jay (bincang) 09:31, 25 Disember 2019 (UTC)
1. Kepada saudara @LeQuattroStagioni: - saya minta maaf kerana tuduhan melulu saya terhadap saudara.
2. Saya masih tidak begitu faham di mana salahnya suntingan saya sampai saudara padam revert habis versi 2014 begitu - hal tatabahasa ke, maksud kandungan ke apa ke...saya cuma mahu penjelasan saudara di mana silap saya, itu je. Saya tak mahu libatkan pihak lain.
Saudara kata saudara "masih ada banyak improvement yang saya nak buat untuk rencana ini", tapi saudara kena faham ada juga banyak penyunting lain nak bantu improve sama-sama. Buat entri ini lazimnya bukan "one-man job", semua orang akan update & repair sekiranya mereka ada maklumat terkini - every final version will always be different than the last. Saudara asyik revert versi terakhir saudara yang wujud tahun 2014 dengan tatabahasa tak sedap tu...susahlah macam ni. Anumengelamun (bincang) 10:15, 25 Disember 2019 (UTC)
@Anumengelamun, saya revert kepada edit terakhir saya pada 08:15, 23 December 2019‎ bukan 2014. Saya seorang yang beretika dan suka berkerja bersama2 tetapi etika saya hilang dengan awak kerana tuduhan awak bahawa saya vandalised rencana tersebut. Sekiranya awak sudah berkasar dengan orang lain, awak tidak boleh berharap orang akan berlembut dengan awak. Tujuan awak mulia tetapi kesalahan awak adalah menuduh membuta tuli tanpa periksa. Seperti yang saya beritahu, saya akan memeriksa semula rencana itu apabila saya pulang. Buat masa ini, saya revert semula kepada penulisan saya pada 08:15, 23 December 2019. - Jay (bincang) 10:18, 25 Disember 2019 (UTC)
Boleh saya bertanya - kenapa saudara padam semua suntingan saya dan revert terus, sedangkan saudara boleh sahaja edit bahagian mana yang tidak kena pada bacaan saudara sambil petikan lain yang dirasa betul boleh dibiarkan? Suntingan terbaru saya mahu betulkan gaya penulisan entri serta menambahkan rujukan sah sekali, di mana salah saya? Kesianlah saudara susah payah asyik delete banyak macam ni... -

Salam saudara Anumengelamun. Mohon baiki ayat ini "Kedua-dua mereka kelahiran Antoine Lumière - seorang pelukis dan jurugambar - dan Jeanne Joséphine Costille, anak-anak jati kota Paris." di bahagian "Awal hidup dan pendidikan". Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 16:13, 25 Disember 2019 (UTC)

Cadangan

Hello. Bolehkah anda memperbaiki artikel Mustafa Kemal Atatürk berdasarkan Wikipedia Bahasa Inggeris, Wikipedia Bahasa Indonesia atau sebarang projek lain? Saya boleh menambah bahan visual. - Aybeg (bincang) 19:39, 8 Mac 2020 (UTC)

Kalau pengeditan & pengembangan (dari kandungan b. Melayu Indonesia) besar-besaran tu saya kena menghadap komputer nampaknya - itupun kalau saya kelapangan. Saya on the go ada jadual kerja: mungkin saya boleh buat, mungkin tidak dapat...trying asking the folks over at the "Wikipedia Bahasa Melayu" Discord in the mean time, maybe they can help. --~~ Anumengelamun (bincang) 04:41, 9 Mac 2020 (UTC)

Umum

Helo, kenapa awak balikkan suntingan di laman perbincangan saya sendiri. Kalau ya pun awak tegur saya berhubung terjemahan mesin tersebut, janganlah sampai begitu sekali. Saya faham niat anda berbuat begitu. Sebenarnya tujuan saya buat begitu tadi kerana saya ingin menjaga setiap perkataan BM.-Fandi89 (bincang) 14:47, 12 Mac 2020 (UTC)

Salam kembali! Saya tidak fikir pengekalan sebegitu digunapakai juga dalam perbincangan (yakni, situasi bualan yang tidak formal sesama penyunting yang tidak berniat untuk bacaan umum) pada ketika itu...namun, saya faham dan hormati sebab saudara memilih bertindak sunting balas demikian. Saya akan ingat agar tidak olahkan lagi... -

Boleh saya tahu mengapa anda menukar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu kepada Bandar Udara Internasional Kuala Namu? Sila hentikan perbuatan anda kerana ini adalah Wikipedia bahasa Melayu dan bukannya Wikipedia bahasa Indonesia. Walaupun lapangan terbang itu terletak di Indonesia, tetapi istilah lapangan terbang digunakan di Wikipedia bahasa Melayu dan bukannya Bandar Udara. Claude (bincang) 10:31, 22 Mac 2020 (UTC)

Salam, saudari. Saya sengaja memindahkan sedemikian kerana mengikuti penggunaan media Malaysia seperti TV3 dan Radio Televisyen Malaysia di mana kata nama khas dipakai pertubuhan/organisasi dan tempat dikekalkan (misalnya "Dewan Bandaraya Kuala Lumpur" tidak dibetulkan langsung sebagai ("Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur"), apatah lagi di Indonesia (misalnya "Komisi Pemilihan Umum Indonesia"). Lagipun, bahasa Indonesia setaraf bahasa Malaysia sebagai baku-baku bahasa Melayu diiktiraf Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia yang turut dianggotai Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia...

Bertengkar? Saya tidak merasakan kita berdua bertengkar. Cuma ianya sekadar perbincangan yang baik. Ia, memang ada perbincangan di kedai kopi. Perbincangan tersebut memang sengaja dibincangkan untuk mengambil kira pendapat para pengguna lain mengenai istilah dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Indonesia yang digunakan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Saya harap saudara memahami. Kita berdua tidak bertengkar sama sekali, cuma perbincangan yang baik. Claude (bincang) 11:53, 22 Mac 2020 (UTC)

Saya faham...saya ingin minta maaf sekali lagi jika ada yang salah faham. Selama saya menyunting menerapkan sebarang entri berkait topik-topik Indonesia tu tiada siapa yang tegur, jadi saya menyangka saya sudah melakukan kerja yang tidak menyanggah peraturan Wikipedia. Agaknya ada juga bias yang saya ada sendiri di mana semua penyunting disangka memang kuat baca sumber bahasa-bahasa Melayu dari Indonesia seperti saya juga maka saya sangka semua terus menerima apa yang disunting secara diam-diam... (•_•)"
Anyhow, saya tetap mahu ajak saudara sertai

Untuk makluman saudara, rencana haruslah dipindahkan menggunakan butang Pindah. Bukannya dengan menyalin semula dan meletakkannya di rencana lain (copy paste). Hal ini demikian kerana pemindahan rencana bukan sahaja memindahkan kandungan, ia juga memindahkan sejarah suntingan. Perbuatan "copy paste" sahaja seakan-akan menghiraukan usaha suntingan penyunting sebelum ini dan menggelarkan kandungan itu saudara punya. Kalau ada masalah pemindahan, boleh tanya penyelia terlebih dahulu. Harap maklum. -- TofeikuBincang 09:56, 29 Mac 2020 (UTC)

Salam, @Tofeiku:. Saya ada pernah tadi buat demikian untuk "Timor Timur" ke "Timor Leste", namun saya mendapati rupanya Hongqilim telah lencongkan nama "Timor Leste" ke nama "Timor Timur" yang salah itu...itulah sebab saya terpaksa buat cara manual begini. --Anumengelamun (bincang) 10:01, 29 Mac 2020 (UTC)
Cara manual tidak digalakkan. Rujuk penyelia terlebih dahulu. Kami boleh pindahkan untuk saudara. Lihat cara penyunting lain meminta saya memindahkan rencana di laman perbincangan saya. -- TofeikuBincang 10:03, 29 Mac 2020 (UTC)
Terima kasih atas petua diberi...saya amat menghargainya. --

Salam sudara Anumengelamun, saya perasan saudara antara pengguna rajin dalam penciptaan rencana baru di WBM. Cuma minta kerjasama saudara setiap kali cipta rencana, saudara letak pautan interwiki/wikidata di rencana yang saudara cipta. Contoh jika saudara menterjemahkan rencana dari Wikipedia Inggeris, saudara letak sekali pautan interwiki/wikidata dalam bahasa Inggeris supaya rencana yang saudara cipta itu dapat berhubung sama dengan versi bahasa lain. Jika saudara lebih memilih gunakan interwiki (cara lama), saudara boleh letakkan [[en:]] dibahagian bawah sekali jika saudara menterjemahkan dari Wikipedia Inggeris, nanti bot akan menghubungkan dengan wikidata. Saya sudah meletakkan pautan wikidata terhadap rencana saudara di Kepulauan Virgin dan Pesto. Selamat menyumbang. Claude (bincang) 08:07, 5 April 2020 (UTC)