Perak FA
Logo Perak FA.png
Nama penuhPersatuan Bola Sepak Perak
GelaranSeladang (The Bos Gaurus]
Diasaskan1921; 99 tahun yang lalu (1921) (Perak)
18 April 1951; 68 tahun yang lalu (1951-04-18) (Perak FA)
StadiumStadium Perak
Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
(Muatan: 42,000)
PresidenNegeri Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
PengurusMalaysia Datuk Adly Shah Ahmad Tah
JurulatihAustralia Mehmet Durakovic
LigaLiga Super Malaysia
2019Ke-5
Tapak sesawangLaman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Persatuan Bola Sepak Perak (Perak Football Association) merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai Liga Malaysia. Pasukan ini tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Perak telah dibentuk pada 18 April 1951[1] untuk mengawasi kegiatan bola sepak di seluruh daerah negeri Perak. Walaupun sebuah persatuan formal hanya ditubuhkan pada tahun 1951, Perak FA telah benar-benar mempunyai pasukan bola sepak sejak tahun 1921,[2] yang menyertai Piala Malaya (kemudian Piala HMS Malaya, sekarang dikenali sebagai Piala Malaysia). Mereka juga salah satu ahli pengasas Persatuan Bola Sepak Malaya (yang wujud lebih awal daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang berlaku pada tahun 1926.

Mereka adalah pasukan ketiga paling berjaya dalam pertandingan Piala Malaysia dengan 8 kali kemenangan dan 11 kali menjadi naib juara. Mereka memenangi piala terakhir dari 8 piala mereka pada tahun 2018 menewaskan pasukan Terengganu FC menerusi penentuan sepakan penalti dan naib juara terakhir pada edisi 2007. Perak FA telah menjadi pasukan yang konsisten dalam bola sepak Malaysia, di mana mengakhiri liga di kedudukan lima teratas di dalam Liga Super Malaysia setiap tahun sejak awal. Selain itu, Perak FA adalah satu-satunya pasukan di Malaysia yang belum pernah diturunkan ke divisyen lebih rendah sejak era profesional diperkenalkan pada tahun 1989.

Perak FA mengumumkan bahawa Stadium Perak yang berkapasiti 42,500 kerusi sebagai stadium rasminya, walau bagaimanapun mereka akan menjalankan beberapa perlawanan di Stadium Lumut yang berkapasiti 15,000 kerusi (di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak) pada bila-bila masa ketika Stadium Perak tidak dapat digunakan.Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang baru telah dinaik taraf sempena Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 juga berupaya menganjurkan perlawanan pada waktu malam. Stadium Perak terletak di berhampiran Fair Park di Ipoh di mana pejabat pasukan berada.

Nama gelaran bagi pasukan Perak FA adalah The Bos Gaurus yang adalah nama untuk Seladang bermaksud Bapa Segala Seladang. Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor, yang secara kasar diterjemahkan menjadi "kejar, saudara, kejar". Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, 'Skor Yeop Skor'.

Sejarah

Perak FA telah menghabiskan musim 2006 bagi Liga Super Malaysia di tempat kedua, belakang Kedah FA. Perak Fa bermain baik di sepanjang musim, telah menjadi pendahulu liga dan menjadi pasukan pilihan memasuki baki dua perlawanan, tetapi seri 2–2 dengan Terengganu FA membolehkan Kedah FA merampas gelaran tersebut.

Pada akhir musim, pengurusan pasukam mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan beberapa pemain senior yang pada asalnya mempunyai kontrak sehingga Oktober 2007 disebabkan oleh kekangan kewangan.[3]

Merupakan salah satu pasukan yang tidak akan bertindak dengan pantas selepas habis musim dalam mencari bakat bakat pemain baharu, mengikat kontrak pemain yang sedang meningkat juga pemain yang terbaik. Sentiasa memberi harapan kepada peminat setia Perak dengan memberikan objektif yang tidak munasabah kerana tindakan last minute mereka.

Pada musim 2020 yang bakal tiba ini, Perak langsung tidak membuat apa apa perubahan lagi.


Penyokong

Pasukan Perak juga mempunyai gerakan penyokong berkonsepkan Ultras yang dikenali sebagai Ultras Silvermania. Kumpulan penyokong ini akan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan kepada para pemain Perak dari awal sebelum perlawanan hingga lah tamat perlawanan tanpa henti. Dipercayai gerakan Silvermania ini dirancang sekitar tahun 2009 dan merupakan antara yang terawal di Liga Malaysia.

Seperti pasukan lain, negeri Perak juga mempunyai lagu penyokong dan liriknya digunakan untuk menaikkan semangat pemain. Versi popular lagu penyokong Perak adalah dalam versi When The Saints Go Marching In.

Ipoh Mali, Ipoh Mali, Ipoh Mali,
Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong.

Khabar angin mengatakan lagu ini mula kedengaran apabila Perak muncul juara Piala FA Malaysia pada 1990. Sejak itu, laungan Kejor Yeop Kejor menjadi sinonim kepada penyokong Perak. Pada perlawanan akhir Piala FA 1990, Perak ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama dan pada masa rehat, penyokong Selangor bersuara kepada penyokong Perak dengan laungan Kejor Yeop Kejor.

Pada masa separuh masa kedua, Perak berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2 dan penyokong Perak mula melaungkan Kejor Yeop Kejor. Lauangan tersebut menjadi semakin kuat apabila Perak berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mencatat kemenangan 4-2 ke atas Selangor.


Stadium

Rencana utama: Stadium Perak


Tajaan Jersi Pasukan

Tahun Pengeluar Penaja
2000-01 Umbro Dunhill
2002-04 Lotto
2005 TM
2006-09 Joma
2010 Specs
2011 None
2012 Kika None
2013 Umbro / Kappa Lembaga Air Perak
2014 Joma / PAFA Sports[4] Lembaga Air Perak / Casuarina
2015 AL Sports Perak Agro / Casuarina
2016 Lembaga Air Perak / Perak Corp.
2017 Lembaga Air Perak / Perak Corp.
2018 Lembaga Air Perak / Perak Corp. / MapsPerak / Quip / WCE / Al-Ikhsan
2019 Umbro Lembaga Air Perak / Sapura Energy. / Setiaawan / Al-Ikhsan / OldTown White Coffe /kltehlanddev / ArwanaExpress
2020 Kelme Visit Perak (tuan rumah) & Pangkor Duty Free Island (tempat lawan)

Pencapaian

Kejohanan Pencapaian Terbaik
Kejohanan Kelab Asia / Liga Juara-Juara AFC Pusingan 1 (2x) (1969, 1971)
Piala AFC Suku Akhir (2x) (2004, 2008)
Pusingan 1 (1x) (2005)
Kejohanan Kelab ASEAN Tempat Keempat (1x) (2003)
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super Juara (2x) (2002, 2003)
Divisyen 2/Perdana 2/Liga Premier Naib Juara (1x) (1989)
Divisyen 3/Liga FAM Juara (3x) (1959, 1964, 1965)
Piala FA Malaysia Juara (2x) (1990, 2004)
Piala Malaysia Juara (8x) (1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998, 2000, 2018)
Piala Sumbangsih Juara (3x) (1999, 2005, 2006)

Pemain

Sehingga 2 Februari 2020

Skuad Utama

No. Posisi Pemain
1 Malaysia GK Nasrullah Aziz
3 Malaysia DF Shahrul Saad (Kapten)
5 Australia DF Anthony Golec
8 Brazil MF Leandro
10 Brazil MF Careca
12 Malaysia MF Kenny Pallraj
13 Brazil FW Guilherme De Paula
14 Malaysia MF Firdaus Saiyadi
15 Malaysia DF Idris Ahmad
16 Malaysia MF Partiban Janasekaran
18 Malaysia GK Khairul Amri Salehuddin
20 Malaysia DF Rafiuddin Roddin
No. Posisi Pemain
21 Malaysia DF Nazirul Naim
22 Malaysia GK Hafizul Hakim
23 Malaysia DF Amirul Azhan
24 Malaysia DF Shathiya Kandasamy
25 Malaysia MF Hafiz Ramdan
27 Malaysia DF Nazirul Afif
28 Malaysia MF Nazmi Ahmad
31 Malaysia FW Farid Khazali
34 Malaysia MF Khairul Amizan
35 Malaysia MF Khairil Anuar
93 Kemboja MF Thierry Chantha Bin
- Bosnia dan Herzegovina DF Tarik Isic
- Korea Selatan DF Hyo-Seok Jeon

Organisasi Pasukan

Pengurusan Pasukan

Sehingga 5 Februari 2020 [5]

Jawatan Nama
Presiden Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Presiden Malaysia Datuk Adly Shah Ahmad Tah
Setiausaha Malaysia Mohamad Azlin Bin Mohd Nadzri
Naib Presiden Malaysia Dato' Muhammad Yadzan Mohammad
Malaysia Abdul Aziz Yeop Jamaluddin
Malaysia Dato' G. Irudianathan
Bendahari
Jawatankuasa Eksekutif Malaysia Mohd. Reduan Amir Hamzah
Malaysia Zainal Anuar Abdul Rashid
Malaysia Megat Amerudin Megat Danian
Malaysia Joharudin Johar Ali
Malaysia Mohd. Najib Mohd. Mokhtar
Malaysia Mahadee Ramlee
Malaysia Wan Fadzli Izam Wan Zulkifli
Malaysia Mohd. Suder Satimin
Malaysia Hairul Anwar Mohamed Noor

Staf Kejurulatihan

Sehingga Februari 2020[6]

Jawatan Nama
Pengarah Bola Sepak
Pengurus
Ketua Jurulatih Australia Mehmet Durakovic
Pembantu Jurulatih Malaysia Shahril Nizam Khalil
Jurulatih Malaysia Syamsul Saad
Jurulatih Penjaga Gol Malaysia Mohd Hamsani Ahmad
Jurulatih Kecergasan Malaysia Sam Pakiaraj Victor Davaraj
Fisioterapi Malaysia Mohd Zainuddin Zakariar
Doktor Pasukan Malaysia Dr.Vijay Babu Subramaniam
Masseur Malaysia Muhammad Izwan Sudin
Masseur Malaysia Muhammad Syazrin Ahmad
Kitman Malaysia Muhammad Fahmi Azmil
Kitman Malaysia Ahmad Helmi Ahmad Jamal
Pengurusan Keselamatan Malaysia Roslan Khan
Pengurus Akademi &
Ketua Pembangunan Belia
Malaysia Ahmad Shahrul Azhar Sofian
Ketua Jurulatih U21 Malaysia K. Nanthakumar
Pembantu Jurulatih U21 Malaysia Sanjay Kumar Naidu a/l G.Jeyaraman
Jurulatih Penjaga Gol U21 Malaysia Mohd Azlen Ahmad Jabri
Jurulatih Kecergasan U21 Malaysia Kamarul Dinis Kamarudin
Fisioterapi U21 Malaysia Muhd Hamizan Sabri

Senarai Presiden

Tahun Presiden
2019- Negeri Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
2018 Negeri Perak YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
2015-2017 Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan
2010-2015 Negeri Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin
2008-2010 Negeri Perak Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
2008-2008 Negeri Perak Datuk Mohammed Mahiyuddin Abdullah
2007-2008 Negeri Perak Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi
1999-2006 Negeri Perak DYMM Sultan Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah
1957-1972 Negeri Perak Datuk Teoh Chye Hin

Pengurus

Tahun Pengurus
2019- Negeri Perak Datuk Adly Shah Ahmad Tah
2018 Negeri Perak Ahmad Shahrul Azhar
2017 Negeri Perak Datuk Jamal Mohd Aris
2016 Negeri Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya
2015 Negeri Perak Dato M.Karathu
2014 Negeri Perak Dato' Azhar Ahmad
2010-2013 Negeri Perak Khairul Azwan Dato' Harun
2008-2010 Negeri Perak Ustaz Nor Azli Musa
2007-2008 Negeri Perak Datuk Mohammed Mahiyuddin Abdullah
2001-2006 Negeri Perak Dato' Haji Jamal Nasir Rasdi
1998-2000 Negeri Perak Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar

Ketua Jurulatih

Tahun Jurulatih
2017- Australia Mehmet Durakovic
2016-2017 Jerman Karl Heinz Weigang
2015-2016 Negeri Perak Shamsul Saad
2015 Croatia Vjerand Simunic
2015 Negeri Perak Dato' M.Karathu
2014 Negeri Perak Abu Bakar Fadzim
2013 Kedah Mohd Azraai Khor Abdullah
2012 Korea Selatan Jang Jung
2010-2012 Perlis Norizan Bakar
2009-2010 Negeri Perak Raja Azlan Shah Raja Shoib
2008-2009 Negeri Perak Dato' M. Karathu
2005-2008 England Steve Darby
2002-2005 Brazil Toni Netto
2001 Negeri Perak Dato' M. Karathu
2000 Jerman Karl Heinz Weigang
2000 Jerman Torsten Spittler
1999 Jerman Karl Heinz Weigang
1999 Kuala Lumpur Chow Kwai Lam
1997-1999 Jerman Karl Heinz Weigang
1996 Selangor Khaidir Buyong
1995 United KingdomEngland Ken Shellito
1993 Republik Czech Milous Kvacek
1992 Negeri Perak Chan Sze Onn
1991 Croatia Marco Bilic
1990 Negeri Perak Dato' M. Karathu
1989 Selangor Khaidir Buyong

Pasukan Gabungan

    1. ^ Komuniti Rasmi Penyokong Maya Bolasepak Perak
    2. ^ Liga Super Malaysia
    3. ^ Football: Cash-strapped Perak forced to let go of imports. Thestar.com.my (2007-09-15). Retrieved on 2011-09-12.
    4. ^ http://www.sinarharian.com.my/nama-baru-stadium-perak-1.155544 Nama Baru Stadium Perak
    5. ^ "FOOTBALL ASSOCIATION OF PERAK". FAM. Dicapai pada 21 February 2020.
    6. ^ "Team Profile - Perak". The AFC. Dicapai pada 21 February 2020.

    Pautan luar