Bot di Steigen, Norway
Perahu di Malaysia
Bot penumpang di Hong Kong
Bot laju Jotun
Kapal layar dan dan baj di Sungai Mississippi
Bot polis di Venice
Perahu & kapal Galicia

Perahu atau bot merupakan sejenis kenderaan air yang biasanya lebih kecil dari kapal. Sesetengah perahu boleh dibawa di atas kapal atau darat menggunakan treler - malah salah satu pengertian perahu ialah sejenis lancang air yang boleh dibawa oleh kapal.

Kata perahu ini sebenarnya mengalami penyempitan makna, kerana paling tidak sampai abad ke-17, perahu merujuk pada kapal besar (lihat perahu K'u-lun), bahkan galleon Barat pun dulunya dikategorikan sebagai perahu, sampai digantikan oleh kata "kapal" pada bahasa Indonesia dan bahasa Melayu moden, yang sejatinya berasal dari rumpun bahasa Dravida "kappal".[1] Perkataan ini mula muncul dalam kesusasteraan Tamil sebagai perkataan கப்பல் (kappal) selepas abad ke-17.[2] Kenderaan yang disebut "perahu" di zaman moden, dulu disebut sampan (berasal dari kata Cina 舢舨).[3]

Perahu mempunyai struktur pengapungan yang dipanggil hul dan sistem dorongan seperti kipas, dayung, galah, layar dan jet air.

Sistem dorongan

Perahu boleh digerakkan melalui air dengan beberapa cara, antaranya: