Jarak sosial membantu mencegah puncak jangkitan yang tinggi ("merendahkan lengkungan epidemik") untuk membantu perkhidmatan kesihatan menangani permintaan, dan memperpanjang masa untuk perkhidmatan kesihatan meningkat dan diperbaiki.[1][2][3][4]

Penjarakan sosial (Bahasa Inggeris: social distancing atau physical distancing) ialah aturan tindakan kawalan jangkitan yang tidak melibatkan sebarang rawatan perubatan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kebarangkalian sentuhan antara orang yang membawa suatu jangkitan, dan mereka yang tidak terjangkit bagi tujuan menghentikan dan memperlahan penularan penyakit, morbiditi dan akhirnya, kematian[5][6] dengan mengekalkan jarak fizikal antara individu dan mengurangkan kekerapan individu bersentuhan antara satu sama lain.[7]Biasanya ia melibatkan penjagaan jarak tertentu dari orang lain (jarak yang ditentukan berbeza dari satu negara ke negara yang lain dan dapat berubah mengikut masa) dan mengelakkan berkumpul dalam kumpulan besar.[8][9]

Penjarakkan sosial adalah yang paling berkesan apabila suatu jangkitan dapat ditularkan melalui sentuhan titisan (batuk atau bersin); sentuhan fizikal langsung, termasuk sentuhan seks; sentuhan fizikal tidak langsung (contohnya dengan menyentuh permukaan tercemar seperti fomit); atau penularan bawaan udara (jika mikroorganisma dapat bertahan dalam udara dalam tempoh yang lama).[10] Penjarakan sosial boleh menjadi kurang berkesan dalam kes apabila jangkitan ditularkan terutamanya melalui air atau makanan tercemar atau melalui vektor seperti nyamuk atau serangga lain, dan kurang kerap dari individu ke individu.[11] Kelemahan penjarakkan sosial termasuk kesepian, daya pengeluaran berkurang, dan kehilangan manfaat lain berkait dengan interaksi manusia.

Dalam sejarah, perkampungan pesakit kusta dan lazaretto didirikan sebagai cara mencegah penyebaran penyakit kusta dan penyakit berjangkit yang lain melalui penjarakkan sosial,[12] sehingga penularan difahami dan rawatan berkesan dicipta.

Lihat juga