Pengeboman Karachi 2007
Lokasi Karachi, Pakistan
Sasaran penyokong Benazir Bhutto
Tarikh 18 Oktober 2007
Jenis serangan Pengeboman berani mati
Kematian 130[1]
Pelaku Tidak diketahui

Pada 18 Oktober 2007, berlakunya pengeboman di Karachi, Pakistan yang meragut 130 nyawa dan menyebabkan 248 orang lain tercedera.[1][2] Pihak polis menanggung beban kebanyakan letupan-letupan yang membinasakan tiga buah van polis dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang anggota polis dalam kenderaan terbabit.[3] Kebanyakan mangsa yang terkorban adalah ahli-ahli Parti Rakyat Pakistan (PPP). Seorang jurukamera yang bertugas untuk sebuah stesen TV tempatan turut terbunuh. Serangan ini adalah merupakan yang paling ngeri pernah dialami negara ini.

Penduduk-penduduk Karachi tengah menyambut kepulangan Benazir Bhutto setelah lapan tahun hidup dalam buangan di Dubai dan London. Dua kali letupan kedengaran tetapi Benazir Bhutto langsung tidak tercedera. Kedua-dua letupan ini berlaku di hadapan trak perhimpunan (di mana beliau menyapa para penyokong dan ahli-ahli parti beliau) kira-kira pukul 00:52 PST, di tengah perjalanan dari lapangan terbang ke makam Mohammad Ali Jinnah untuk suatu perhimpuan yang dijadualkan, sejurus selepas trak Bhutto melalui sebatang jambatan.[4]

Selepas itu, Bhutto dibawa ke Rumah Bilawal, manakala mangsa-mangsa dikejarkan ke Hospital Jinnah.

Reaksi