Peluru Petunang ini merupakan manuskrip tangan berbahasa Melayu berkenaan cara, petua dan amalan orang Melayu berhubung dengan senjata api. Kemahiran orang Melayu menggunakan senjata api sememangnya telah diketahui sejak pemerintahan kerajaan Pattani lagi.

Secara umumnya, buku ini menunjukkan pengetahuan mendalam mengenai pengendalian senjata api, contohnya tidak mengubah jumlah ubat bedil yang digunakan walaupun jarak sasaran berbeza-beza. Ini memastikan perbezaan hanyalah sudut tembakan, dan bukannya dipengaruhi oleh kekuatan ubat bedil.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia ada menerbitkan semula buku Peluru Bertunang yang diusahakan berdasarkan dua buah manuskrip tulisan tangan, yang usianya sudah melebihi seratus tahun. [1]


Pautan luar


Rujukan

  1. ^ http://www.dawama.com/index.php?ch=20&pg=138&ac=11752 PELURU PETUNANG, Penulis: A. Samad Ahmad, Penerbit: DBP


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z