Republik Islam Pakistan
ريڤوبليق اسلام ڤاكستان

اسلامی جمہوریۂ پاکستان
Islāmī Jumhūrīyah-e-Pākistān
Bendera Pakistan
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata negara
Cogan kata: Ittehad, Tanzim, Yaqeen-e-Muhkam
(Perpaduan, Disiplin dan Keimanan)
Lagu kebangsaan: Qaumi Tarana
Pakistan in its region (claimed and disputed hatched).svg
Ibu kotaIslamabad
Bandar terbesarKarachi
Bahasa rasmiBahasa Urdu
PemerintahanRepublik Semiberpresiden
• Presiden
Arif Alvi
Imran Khan
Penubuhan
• Kemerdekaan daripada United Kingdom
14 Ogos 1947
• Pengisytiharan Republik Islam
23 Mac 1956
• Air (%)
3.1
Populasi
• Anggaran 2019
202,643,279 (6)
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Total
$1.423 trilion (14)
• Per kapita
$7,022 (98)
HDI (2019)0.709
tinggi · 86
Mata wangRupee Pakistan (Rs.) (PKR)
Zon masaUTC+5 (PST)
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan+92
Internet TLD.pk

Republik Islam Pakistan atau Pakistan, adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disemapadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh.

Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara keenam dengan penduduk teramai di dunia dan negara kedua yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia.

Pakistan sebenarnya sebahagian daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur, kini dikenali sebagai Bangladesh.

Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro terletak di Lembangan Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek. Kawasan Pakistan emudian dikuasai oleh kuasa Arab, Kurd, Turki, Baloch dan Mongol.

Allama Iqbal adalah penyair kebangsaan Pakistan. Di samping tanah airnya, ia juga terkenal di Iran, wilayah Kurdistan dan Iraq di mana ia dikenali sebagai Iqbāl-e Lāhorī.

Simbol-simbol kebangsaan Pakistan (rasmi)
Haiwan Markhor.jpg
Burung Keklik.jpg
Pokok Pedrengo cedro nel parco Frizzoni.jpg
Bunga Jasminum officinale.JPG
Haiwan warisan Snow Leopard 13.jpg
Burung warisan Vándorsólyom.JPG
Mamalia akuatik Platanista gangetica.jpg
reptilia Persiancrocodile.jpg
Amfibia Bufo stomaticus04.jpg
Buah Chaunsa.JPG
Masjid Shah Faisal Mosque (Islamabad, Pakistan).jpg
Sungai Indus river from karakouram highway.jpg
Gunung K2, Mount Godwin Austen, Chogori, Savage Mountain.jpg

Etimologi

Pakistan adalah singkatan dari perkataan Punjab, Afghan, Kashmir, Sindh dan Balochistan. Istilah ini mula diperkenalkan pada 1934 oleh Choudhary Rahmat Ali dalam risalah 'Now or Never'.[1] Mulanya dikenali sebagai Dominion of Pakistan pada 1947. Kemudian ditukar kepada Republik Islam Pakistan pada 1956. Huruf i ditambah pada akronim tersebut untuk memudahkan sebutan.[2]

Sejarah

Beberapa penakluk pernah menguasai wilayah ini. Kuasa penakluk itu termasuklah termasuk Harappa, Indo-Arya, Parsi, Yunani, Saka, Parthia, Kushan, White Hun, Kurdistani, Arab, Turki dan Mughal.

Sejarah awal

Lembangan Indus pernah terdiri beberapa kerajaan purba, termasuklah Mehrgarh, salah satu bandar purba yang terawal diketahui, dan Tamadun Lembah Indus di Harappa dan Mohenjo-daro.

Tamadun Lembah Indus runtuh pada pertengahan alaf kedua SM dan diikuti oleh Tamadun Vedik yang menjangkau sebahagian besar dataran Indo-Ganges.

Pada sekitar abad kelima hingga ketujuh Masihi, Dinasti Rai dari Sindh mentadbir kawasan ini. Dinasti Buddha terakhir yang mentadbir kawasan ini ialah Dinasti Pala yang memerintah kawasan ini serta utara India dan Bangladesh moden ketika pemerintahan Dharmapala dan Devapala. Sindh ditakluki oleh Muhammad ibn Qasim pada 711 M dan menjadi titik permulaan zaman Islam di Pakistan.[3]

Tamadun Islam di Pakistan

Menurut catatan rasmi Pakistan, penaklukan Muhammad ibn Qasim menandakan permulaan asas Pakistan,[4] meskipun konsep Pakistan hanya muncul pada abad ke-19. Zaman Pertengahan Awal, yakni dari abad ketujuh hingga ke-13 menampakkan perkembangan pengaruh Islam di sini. Ketika zaman ini, golongan sufi banyak berperanan dalam menjalankan dakwah di kawasan Pakistan, menyebabkan ramai daripada golongan Hindu dan Buddha memeluk Islam.

Selain itu, kawasan Pakistan juga dikuasai oleh pelbagai empayar Islam seperti Empayar Ghaznavi, Kerajaan Ghor dan Kesultanan Delhi, sebelum ditakluki oleh Empayar Mughal.

Kemerdekaan dan Pakistan moden

Negara Pakistan merdeka pada 14 Ogos 1947 daripada pihak British hasil gerakan kemerdekaan yang dipimpin oleh Muhammad Ali Jinnah. Beliau menjadi Gabenor Jeneral pertama dan memerintah negara selama lebih setahun sebelum meninggal dunia pada 11 September 1948. Sementara itu, Liaquat Ali Khan dilantik sebagai Perdana Menteri pertama negara.

Negara ini secara rasminya menjadi negara republik Islam pada 1956 menerusi perlembagaan negara. Presiden negara pertama, Iskander Mirza dilantik pada 1956, tetapi Iskander bertindak melaksanakan undang-undang tentera di negara sebelum digantikan oleh Ayub Khan pada 1958. Ayub digantikan oleh Yahya Khan pada 1969.

Sebuah perang tercetus pada 1971 di Pakistan Timur, yakni Perang Kemerdekaan Bangladesh, meskipun disifatkan sebagai sebuah perang saudara oleh pihak Pakistan Barat.[5] Pihak pejuang kemerdekaan Bangladesh, Mutki Bahini yang dibantu oleh pihak tentera India menang dalam perang tersebut, menyebabkan Pakistan Timur merdeka daripada negara dan kini menjadi Bangladesh, manakala Pakistan Barat menyerah diri dalam perang tersebut.

Setelah penyerahan diri Pakistan, Yahya Khan digantikan oleh Zulfikar Ali Bhutto yang menampakkan kemunculan semula demokrasi di Pakistan.[6] Pemerintahannya terbantut pada 1977 akibat sebuah rampasan kuasa, menyebabkan Jeneral Zia-ul-Haq menjadi Presiden pada tahun berikutnya. Zia-ul-Haq memerintah negara higga 1988 apabila Zia maut dalam sebuah nahas pesawat. Pada 1993, anak Zulfikar, Benazir Bhutto lalu menjadi perdana menteri wanita pertama negara. Pada 1999, Perang Kargil tercetus antara pihak Pakistan dan India, dan Pervez Musharraf melaksanakan sebuah rampasan kuasa sebagai ketua eksekutif, dan seterusnya sebagai presiden pada 2001.[7]

Benazir Bhutto dibunuh pada 27 Disember 2007 oleh pihak Al Qaeda. Pilihan raya umum diadakan pada Februari tahun berikutnya dan dimenangi oleh Parti Rakyat Pakistan lalu membawa kepada pelantikan Yousaf Raza Gillani sebagai Perdana Menteri.[8] Pada 18 Ogos 2008, Musharraf meletak jawatan atas desakan agar Musharraf dipecat lalu digantikan oleh Asif Ali Zardari.[9] Pilihan raya pada 2013 pula menyaksikan pelantikan semula Nawaz Sharif buat kali ketiga.[10] Pilihan raya pada 25 Julai 2018 menyaksikan kemenangan Pakistan Tehreek-e-Insaf dan pelantikan Imran Khan sebagai Perdana Menteri.[11]

Geografi

Rencana utama: Geografi Pakistan
K2, puncak tertinggi Pakistan serta gunung kedua tertinggi dunia.

Geografi dan iklim Pakistan adalah pelbagai dan negara ini ialah rumah kepada pelbagai jenis kehidupan liar.[12] Keluasan Pakistan ialah 881,913 km2, menjadikannya sebagai negara ke-33 terbesar dunia daripada segi keluasan, meskipun angka ini boleh berubah apabila kawasan Kashmir yang dipertikai juga diambil kira.

Pakistan memiliki pesisir dengan Laut Arab dan Teluk Oman di selatan.[13] Pakistan bersempadan dengan Afghanistan (2,430 km), China (523 km), India (2912 km) dan Iran (909 km). Selain itu, Pakistan memiliki sempadan marin dengan Oman dan terpisah daripada Tajikistan oleh Koridor Wakhan.[14]

Pakistan terbahagi kepada tiga kawasan utama secara geografi, iaitu kawasan tanah tinggi di utara, lembah Sungai Indus dan Penara Balochistan.[15] Kawasan tanah tinggi terdiri daripada Karakoram, Hindu Kush dan Pergunungan Pamir. Gunung tertinggi Pakistan ialah K2 dengan ketinggian 8,611 meter. Sungai Indus mengalir di sepanjang negara dari kawasan Kashmir ke Laut Arab. Penara Balochistan terletak di barat Pakistan manakala Gurun Thar pula terletak di kawasan timur.

Iklim Pakistan adalah pelbagai; terdapat iklim tropika dan iklim sederhana dengan iklim kering di kawasan selatan. Pakistan memiliki musim monsun dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir yang kerap dan musim kering dengan kekerapan hujan yang sedikit atau sifar. Kadar penurunan hujan pelbagai sepanjang tahun dengan corak banjir dan kemarau yang berselang-seli adalah biasa.[16]

Politik

Rencana utama: Kerajaan Pakistan

Pakistan ialah negara republik persekutuan demokratik berparlimen dengan agama Islam sebagai agama negara. Presiden Pakistan ialah ketua negara yang dipilih melalui pilihan raya yang berdasarkan sistem kumpulan pengundi. Badan perundangan negara terdiri daripada sistem dwidewan, iaitu Senat dengan 104 kerusi dan Perhimpunan Kebangsaan dengan 342 kerusi. Perdana Menteri bertindak sebagai ketua kerajaan dan ketua kumpulan majoriti Perhimpunan Kebangsaan.

Pakistan pernah memiliki beberapa sejarah rampasan kuasa ketenteraan yang menyebabkan pelaksanaan undang-undang ketenteraan dan komando tentera menjadi Presiden secara de facto, yakni pada 1958–1971, 1977–1988, dan 1999–2008. Pertukaran kuasa demokratik pertama Pakistan berlaku pada Mei 2013.

Pembahagian pentadbiran

Pakistan secara umumnya dibahagikan kepada empat buah provinsi, Punjab, Khyber Pakhtunkhwa, Sindh dan Balochistan,[17] serta tiga buah wilayah, Wilayah Ibu Kota Islamabad, Gilgit-Baltistan dan Azad Kashmir.

Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Pakistan
Pusat kewangan negara, Jalan I. I. Chundrigar di Karachi.

Berdasarkan nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, ekonomi Pakistan ialah ke-24 terbesar di dunia daripada segi pariti kuasa beli (AS$1.202 trilion, anggaran 2019) dan ke-42 terbesar dunia daripada segi nominal (AS$284.214 bilion, anggaran 2019).[18] Pada 2017, pariti kuasa beli Pakistan telah mencapai AS$1 trilion.[19] Pakistan secara keseluruhannya ialah negara membangun.[20] Menurut catatan Bank Pembangunan Asia pada 2011, dianggarkan 97.1 juta orang di Pakistan hidup dengan pendapatan kurang daripada AS$2 sehari.[21] Bidang perkhidmatan menyumbang kepada 58.8% KDNK negara, diikuti oleh bidang pertanian (20.9% KDNK) dan bidang industri (20.3% KDNK).[22] Mata wang rasmi Pakistan ialah Rupee Pakistan.

Hasil-hasil pertanian utama Pakistan ialah gandum, tebu, kapas dan beras. Pada 2017, Pakistan mengeluarkan 26,674,000 tan gandum, hampir menyamai penghasilan gandum di seluruh Afrika (27.1 juta tan).[23] 4.5 juta tan beras dieksport oleh Pakistan pada tahun pasaran 2018/19.[24] Bidang penghasilan besar-besaran seperti tekstil, baja dan simen ialah bidang industri paling pesat di negara.[25] Pakistan ialah pengeluar serta pengeksport peralatan pembedahan utama dunia.[26][27] Bidang tekstil merangkumi 70% eksport Pakistan serta berperanan sebagai sektor penghasilan terbesar negara,[28] tetapi bidang ini memiliki pelbagai masalah seperti persekitaran kerja yang teruk serta penindasan yang ketara.[29] Sektor kewangan, komunikasi, pergudangan dan pengangkutan ialah sektor-sekotr perkhidmatan utama negara.

Prasarana

Bangunan Universiti Punjab, universiti tertua Pakistan.

Pendidikan

Rencana utama: Pendidikan di Pakistan

Peratusan celik huruf penduduk Pakistan ialah 62.3% setakat 2018; kadar celik huruf bagi golongan lelaki ialah 72.5% manakala bagi golongan perempuan pula ialah 51.8%.[30] Perlembagaan Pakistan menetapkan syarat agar pendidikan rendah dan menengah adalah percuma.[31][32] Meskipun begitu, hanya 68% dalam kalangan murid Pakistan berjaya melepasi pendidikan rendah.[33]

Pendidikan di Pakistan secara asasnya mempunyai enam tahap, iaitu prasekolah, rendah (gred satu ke lima), menengah (gred enam ke lapan), matrikulasi (gred sembilan dan 10), pertengahan (gred 11 dan 12) yang merupakan pengakhiran pendidikan menengah secara keseluruhan dan pengajian tinggi.[34]

Pengangkutan

Sektor pengangutan negara menyumbang kepada sekitar 10.5% KDNK negara. Pakistan memiliki kira-kira 263,775 km jalan raya, termasuk yang tak berturap. Panjang landasan kereta api di Pakistan pula ialah 8,163 km.[35] Selain itu, Pakistan memiliki 151 buah lapangan terbang.

Demografi

Rencana utama: Demografi Pakistan

Negara ini ialah negara dengan jumlah penduduk keenam terbesar dunia. Mengikut bancian 2017, jumlah penduduk Pakistan ialah 201.8 juta orang, merangkumi 2.6% penduduk dunia. Pada 2030, Pakistan dijangka mengambil alih kedudukan Indonesia sebagai negara majoriti penduduk Islam terbesar dunia daripada segi jumlah penduduk.

Pakistan dikelaskan sebagai negara muda dengan umur median penduduk Pakistan ialah 23.4 tahun pada 2016. Kira-kira 35% penduduk Pakistan berumur kurang daripada 15 tahun.

Kumpulan etnik

Kebanyakan penduduk Pakistan terdiri daripada empat buah kumpulan etnik utama, iaitu orang Punjabi, Pashtun, Sindhi dan Balochi.[36]

Kiraan kasar pada 2009 menunjukkan Pakistan dihuni oleh 78.7 juta orang Punjabi, 29.3 juta orang Pashtun, 24.8 juta orang Sindhi, 14.1 juta orang Saraiki, 13.3 juta orang golongan Muhajir (penduduk Muslim dari India) dan 6.3 juta orang Balochi.[36][37]

Bahasa

Rencana utama: Bahasa di Pakistan

Penduduk Pakistan menutur dalam lebih daripada 60 buah bahasa. Bahasa Urdu, bahasa lingua franca dan simbol perlambangan Islam dan penyatuan kebangsaan ialah bahasa kebangsaan yang difahami oleh kira-kira 75% penduduk Pakistan. Namun begitu, bahasa ini hanya menjadi bahasa pertama bagi 8% penduduk Pakistan.[38][39] Bahasa yang paling banyak digunakan di Pakistan ialah bahasa Punjabi yang digunakan oleh 44.2% penduduk Pakistan.[40]

Bahasa Urdu dan bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi bagi Pakistan; bahasa Inggeris digunakan dalam urusan kerajaan, perniagaan dan kontrak rasmi.[35] Bahasa Arab juga diiktiraf dalam perlembagaan Pakistan.[41]

Agama

Rencana–rencana utama: Agama di Pakistan dan Islam di Pakistan

Agama rasmi Pakistan ialah Islam Ahli Sunah Waljamaah. Kebebasan beragama adalah dijamin dalam Perlembagaan Pakistan, menjamin hak untuk mengisytiharkan, mengamalkan dan menyampaikan agama mereka berdasarkan perundangan, ketenteraman awam dan akhlak.[42]

Agama Islam ialah agama utama di Pakistan;[43] kira-kira 96% penduduk Pakistan adalah beragama Islam dan Pakistan ialah negara dengan penduduk Islam kedua terbanyak di dunia selepas Indonesia.[44]

Kebudayaan

Rencana utama: Budaya Pakistan

Kebudayaan masyarakat Pakistan banyak dipengaruhi oleh kawasan sekeliling. Pakistan ialah kawasan pertama yang menerima pengaruh Islam secara menyeluruh yang membawa kepada identiti Islam yang ketara dalam masyarakat Pakistan.[45]

Rujukan

  1. ^ Choudhary Rahmat Ali (28 January 1933). "Now or never: Are we to live or perish for ever?". Columbia University. Dicapai pada 4 December 2007.
  2. ^ Roderic H. Davidson (1960). "Where is the Middle East?". Foreign Affairs. 38 (4): 665–675. doi:10.2307/20029452. JSTOR 20029452.
  3. ^ "Figuring Qasim: How Pakistan was won". Dawn. 19 July 2012. Dicapai pada 19 February 2015.
  4. ^ "History in Chronological Order". Ministry of Information and Broadcasting, Government of Pakistan. Diarkib daripada yang asal pada 23 July 2010. Dicapai pada 15 January 2010.
  5. ^ Bose, Sarmila (2005). "Anatomy of Violence: Analysis of Civil War in East Pakistan in 1971". Economic and Political Weekly. 40 (41): 4463–4471. ISSN 2349-8846. JSTOR 4417267.
  6. ^ M. Zafar. "How Pakistan Army moved into the Political Arena". Defence Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2009.
  7. ^ "India launches Kashmir air attack". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 26 Mei 1999. Dicapai pada 5 Ogos 2008.
  8. ^ "New Pakistan PM Gillani sworn in" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 25 Mac 2008. Dicapai pada 17 Mac 2009.
  9. ^ "Zardari wins Pakistan presidential election: officials" (dalam bahasa Inggeris). AFP. 5 September 2008. Diarkib daripada yang asal pada 7 Julai 2009. Dicapai pada 17 Mac 2009.
  10. ^ "Nawaz Sharif sworn in as Pakistani PM". ABC. 5 June 2013. Dicapai pada 6 June 2013.
  11. ^ "Imran Khan won Pakistan general election, 2018 and became the 22nd Prime Minister of Pakistan". Daily Pakistan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  12. ^ "Land and People". Ministry of Information, Broadcasting, and National Heritage. Diarkib daripada yang asal pada 22 Februari 2015. Dicapai pada 18 Februari 2015.
  13. ^ "PNS Gwadar". Global Security. 21 November 2011. Dicapai pada 4 Januari 2012.
  14. ^ Edward Wong (27 Oktober 2010). "In Icy Tip of Afghanistan, War Seems Remote". New York Times. Dicapai pada 4 Januari 2012.
  15. ^ "About Pakistan: Geography". American Institute For Pakistan Studies. Diarkib daripada yang asal pada 21 Julai 2011. Dicapai pada 24 Julai 2010.
  16. ^ "Pakistan Climate". Encyclopedia of the Nations. 28 Mac 2008. Dicapai pada 16 Mac 2009.
  17. ^ Article 1(1)–2(d) of the Part I: Introductory in the Constitution of Pakistan
  18. ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 23 October 2019.
  19. ^ Zahid, Wali (17 July 2017). "Pak GDP in terms of purchasing power parity crosses $1 trillion". The News. Dicapai pada 27 July 2017.
  20. ^ "World Economic Outlook Database, April 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 29 September 2019.
  21. ^ Poverty in Asia and the Pacific: An Update Diarkibkan 18 Mac 2015 di Wayback Machine
  22. ^ "Pakistan Economic Survey 2014–15" (PDF). Ministry of Finance. Dicapai pada 4 April 2017.
  23. ^ "wheat production". fao.org. Dicapai pada 20 April 2019.
  24. ^ "Pakistan Grain and Feed Update". gain.fas.usda.gov. Dicapai pada 2020-02-22.
  25. ^ "Manufacturing sector grows by 5.2 percent". Associated Press Of Pakistan (dalam bahasa Inggeris). 4 Mac 2014. Diarkib daripada yang asal pada 8 Ogos 2014.
  26. ^ Chin (24 Mei 2012). "World's Leading Surgical Instruments Producers". TradeFord (dalam bahasa Inggeris).
  27. ^ Khan, Mubarak Zeb (22 Ogos 2016). "Pakistan's shadow surgical instruments' sector". DAWN News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-25.
  28. ^ "Textile Industry of Pakistan - An Analysis - Ravi Magazine". Ravi Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2015-04-22. Dicapai pada 2017-09-24.
  29. ^ Bouissou, Julien (25 Januari 2019). "Textile : un rapport de l'ONG Human Rights Watch dénonce les conditions de travail au Pakistan". Le Monde (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 15 Mei 2020.
  30. ^ "Pakistan Economic Survey 2018–19 Chapter 10: Education" (PDF). Dawn. 10 June 2019. Dicapai pada 7 July 2019.
  31. ^ "Chapter 1: "Fundamental Rights" of Part II: "Fundamental Rights and Principles of Policy"". pakistani.org.
  32. ^ "Right to Education in Pakistan". World Council of Churches. 21 April 2006. Diarkib daripada yang asal pada 13 March 2012. Dicapai pada 25 July 2010.
  33. ^ Stuteville, Sarah (August 16, 2009). "Pakistanis in Seattle give a Pakistan community the gift of girls' school". The Seattle Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 17 Ogos 2009.
  34. ^ "Economic Survey 2009–10" (PDF). Ministry of Finance, Pakistan. 2009–2010. halaman 16, 3. Dicapai pada 2 January 2012.
  35. ^ a b "Pakistan". CIA World Factbook. CIA. Dicapai pada 13 Februari 2008.
  36. ^ a b Ian S. Livingston; Michael O'Hanlon (29 November 2011). "Pakistan Index" (PDF). Brookings population 2010. m/s. 13. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 27 March 2010. Dicapai pada 25 December 2011.
  37. ^ Nadia Mushtaq Abbasi (2010). "The Pakistani Diaspora in Europe and Its Impact on Democracy Building in Pakistan" (PDF). International Institute for Democracy and Electoral Assistance. m/s. 5. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 21 Ogos 2010. Dicapai pada 18 Disember 2013.
  38. ^ Yasmeen Niaz Mohiuddin (2006). Pakistan: a global studies handbook. ABC-CLIO. halaman 3, 317, 323–324. ISBN 978-1-85109-801-9.
  39. ^ Braj B. Kachru; Yamuna Kachru; S.N. Sridhar (27 Mac 2008). Language in South Asia. Cambridge University Press. m/s. 138. ISBN 978-1-139-46550-2.
  40. ^ Pakistan Bureau of Statistics (2013), Population by mother tongues
  41. ^ Perlembagaan Pakistan: Constitution of Pakistan, 1973 – Article: 31 Islamic way of life, Perkara 31 No. 2, 1973, Dicapai 22 Ogos 2018.
  42. ^ "The Constitution of Pakistan, Part II: Chapter 1: Fundamental Rights". Pakistani.org. Dicapai pada 22 August 2018.
  43. ^ Muhammad Qasim Zaman,Islam in Pakistan: A History (Princeton UP, 2018) online review
  44. ^ Singh, Dr. Y P (2016). Islam in India and Pakistan – A Religious History. Vij Books India Pvt Ltd. ISBN 978-93-85505-63-8. Pakistan has the second largest Muslim population in the world after Indonesia.
  45. ^ Basham, A.L. (1968), Pacific Affairs, University of British Columbia, 641-643

Pautan luar