Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah (cropped).jpg
Amir Kuwait
Pemerintahan29 September 2020 – sekarang
Didahului olehSabah Al-Ahmad Al-Jaber
Perdana MenteriSabah Al-Khalid Al-Sabah
Keputeraan (1937-06-25) 25 Jun 1937 (umur 83)
Bandar Kuwait, Kuwait
PasanganSharifa Sulaiman Al-Jasem
AnakandaAhmad
Faisal
Abdullah
Salem
Sheikha
KerabatWangsa Sabah
AyahandaAhmad Al-Jaber Al-Sabah
BondaYamamah

Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah (Bahasa Arab: الشيخ نواف الأحمد الجابر الصباحNawaf al-Ahmad al-Jābir as-Sabāh, 25 June 1937) ialah Amir Kuwait dan Pemerintah Angkatan Darat Kuwait sejak tahun 2020. Baginda merupakan adinda tiri Amir Kuwait Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Baginda tercalon Putera Mahkota pada [[7 Februari 2006, pencalonan ini dilihat bertentangan dengan tradisi kerabat Al-Sabah, di mana lantikan Amir dan Putera Mahkota selalu bertukar-tukaran sesama cabang kerabat Al-Salem dan Al-Jaber.

Riwayat Syekh Nawaf di dunia politik Kuwait mencakup peranannya sebagai Gabenor Hawalli pada 12 Februari 1962 sehingga 1978. Baginda dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac 1978 sehingga baginda ditugaskan pada jabatan Menteri Pertahanan pada 26 Januari 1988 dan 20 Jun 1992.

Pada 13 Julai 2003, baginda dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan merangkap sebagai Menteri Dalam Negeri. Baginda kemudian ditugaskan menjadi Timbalan Pertama Perdana Menteri pada 16 Oktober 2003 hingga 2006. baginda juga menyandang sebagai Perdana Menteri sejak naiknya Syeikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah ke takhta.